"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, May 17, 2008

Najib,Atlantuya & Kementerian Pertahanan.

Najib tidak Kenal Atlantuya

Beliau tidak pernah mengenali dan tidak pernah bertemu dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh pada Oktober 2006.
"Biarlah pihak mahkamah menjalankan tugasnya untuk menegakkan keadilan.Dalam waktu yang sama,saya berdoa bahawa kebenaran akhirnya akan terserlah"Datuk Seri Najib Tun Razak

Begitulah yang tertera pada muka depan akhbar Sinar Harian - Khamis 15mei,2008 bersamaan 9jamadilawal,1429.Hampir 2 tahun selepas tohmahan demi tohmahan dihambur kepada Najib,baru kini Najib mendapat "ilham" untuk membuat pengakuan dan penafian kepada umum.Namun bagi saya persoalan masih belum terjawab dan tidak ada apa-apa sebenarnya yang dijawab oleh Najib merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.

Bukan isu Najib kenal atau tidak anak gadis Shaariibuu
yang sepatutnya dijawab oleh Najib,tetapi sesuatu yang lebih penting lagi.Sesuatu yang menyentuh soal keselamatan negara ini & seluruh rakyat Malaysia.Kalau benar pun Najib ada hubungan dengan anak gadis Shaariibuu rasanya ia tidak menjadi masalah dalam hal keselamatan negara.Lagipun seorang lelaki Islam dibenarkan mempunyai sehingga 4 orang isteri & saya yakin Najib mampu untuk itu.Itu bukan masalahnya.Kalau dah jodoh apa salahnya?Tak jadi masalah...

Masalahnya ialah kebocoran pada sistem pertahanan negara.Persoalan yang masih belum terjawab ialah kebocoran pada sistem pertahanan & apakah langkah yang diambil oleh Najib atau Najib tak perasan kebocoran ini?Setelah hampir 2 tahun Atlantuya mati dibunuh kemudian mayatnya cuba dilupuskan dengan bahan letupan jenis C4 kita lihat tiada langsung tindakan yang diambil oleh kementerian pertahanan samada siasatan atau apa2 kenyataan berhubung bahan letupan tersebut....

Entah..."kebijaksanaan" Najib tidak terserlah langsung didalam menyelesaikan masalah tersebut.Lain yang dipersoalkan,lain yang dijawab...Inilah menteriku...

Sekali lagi menjadi teka-teki...Bagaimana agaknya bahan letupan sekuat C4 boleh terlepas dari simpanan kementerian pertahanan dan tiada siasatan mahupun kenyataan rasmi dari badan berkenaan seolah ianya hanya perkara biasa bagi mereka...tak mustahil satu hari nanti akan ada senjata yang lebih berbahaya diseludup keluar dari kawalan kementerian berkenaan dan membawa lebih musibah tetapi kemungkinan mereka yang bertanggungjawab sekadar tunggu dan lihat...tunggulah sehingga lebih ramai menjadi mangsa ujian dan lihatlah betapa rapuhnya sistem pertahanan negaraku Malaysia...