"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 09, 2009

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan

Foto Ehsan LanJan
Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.

Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, "Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum".

Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,
  • "Section 4. Cash payment by the Corporation.
  • In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned."
Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.

Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia
Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.
Kenyataan Media Mustapha Mohamed

Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.
Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.

Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.

Memahami Kekeliruan

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.
Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.

Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangani perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.
Seksyen 4 Akta 144
Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.
Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri
Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hak Kelantan
PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)
Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.

Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.

Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.

Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

Fakta JDA
Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA
Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.
Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh
* Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
* Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
* Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
* Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

* Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
* Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
* Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
* Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
* Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

"The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht."

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.
Petikan Berita Dalam Majalah Offshore
Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.
Kenyataan Media Hess
Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

* A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
* B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.
Kenyataan Media PETRONAS
Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

* Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
* Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
* B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.

Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.

Baca selanjutnya...

66 comments:

Anonymous said...

terima kasih perisik rakyat.... anda betul2 membuka minda saya sebagai generasi muda rakyat malaysia... teruskan usaha anda.. kasi bongkarr lagi....

Mat Punai Nuar said...

hahahaa...dah takdak isu nak kelentong rakyat maka dipusingkan pulak fakta minyak di kelantan...bodoh punya PR. Apa nak susah sangat, tanah hak milik kerajaan negeri begitu jugak laut.Kalau ada kepakaran buatlah sendiri.Tak payahlah guna PETRONAS..Sebab itu lah orang cakap, PKR ni PARTI KENCING ORANG iaitu cakap saja pandai, buatnya hampehhhhh..........

Woi tambi, pegilah ko tolong Lim Guang ENg nu tengah menjahanakamkan org Melayu di Pulau Pinang...ko tahu tak bahawa si Husam ni pun ada share dlm Kelanta Oil...ko tengoklah kereta2 YB PAs di kelatan..Alphad, BMW, Mercedes adalah biasa...mana mereka dpt dui beb!!!! sama juga tu.

Cukuplah kpo mainkan isu2 ini wahai manusia tak sedar diri...hahahhaaaaa

manja said...

eh teruknya bahasa,mujur bahasa malaysia dah d ajar semula dlm sains maths,jika tidak mamat 2:09pm ni akan terus guna bahasa umno..bukan pertubuhan k..saan melayu bersatu,oii yb2 dlm pas banyaknya peniaga peraih,pemborong ikan macam d manik urai sebab tu boleh pakai kereta2 berjenama tapi kereta lama punya..la,kita org tak ada le jadi dr gigi tapi gigi yg ada tu guna gigit rakyat balik.

aku said...

BN masih putar belit utk samun hak kelantan.

Tok Pa tu mmg bodoh, sial...3 batu nautika??? hahahahahahaha...undang2 zaman bila ni? dah jd menteri pun bangang lg!!! dahla tak blajar, cuba bodohkan org lg..penyokong umno blhla ko bodohkan..rakyat dah cerdik la...

korang pernah dengar tak psl United Nations Convention Law of the Sea (UNCLOS) 1982??? M'sia pun sign jugak tu...

Kat dlm tu semua dah ada psl state jurisdictions, legal status and so on....klu nak tau lbh lanjut, baca, jgn asyik kena tipu jea...

puak umno ni ckp jea pandai tp fakta langsung takde..hampehhh!!!

mengikut UNCLOS 1982 tu,kawasan tu sah hak kelantan!!!!! tp xtau la kot2 puak2 bn blh putar belit lg psl UNCLOS 1982 ni, pinda sesuka hati utk kepentingan mereka, mahkamah pun bn punya...

HARAM JADAH BN!!!!!

joe Pengkalan said...

bese le...umno tu..bak kate org2 tua

siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama2 menccuri...

berbohong tu dah bese dah bagi UMNO..mencughi tu lagi la..mencughi harta rakyat

ps - weii poji...msg aku no tepon hang..henpon aku problem..no semua ilang

Unknown said...

Bodoh punya Mat punai,x tahu kah undang2 kat malaysia ni,semua telaga minyak mesti di beri kontrak kepada petronas dah ada perjanjian begitu mana boleh kerajaan negeri gali sde gali sendiri.
Pasal kereta mewah exco kelantan ,cuba tengok ketua menteri sarawak dan exco dia pakai kereta apa,Rolls-Royce.berjuta harganya.
kalau setakat mercerdece tu taraf pegawai kerajaan dia je.

Pegi la tegur Ketua Menteri Sarawak tu.

zambry mandela said...

ala pencacai UMNgOk ni seme bodo tak bole diajar.... menyalak je pandai...bukti takdak... bagi la fakta sikit untuk jadkkan bukti...

mat punai said.."Kalau ada kepakaran buatlah sendiri.Tak payahlah guna PETRONAS"

..ei bahalol Petronas tu sejak bila didaftarkan hak milik atas nama UMNO atau barisan nasional?

Anonymous said...

oiii jangan gaduh2 tentang kereta ke rumah ke siapa yang mampu dia boleh beli kita yang tak mampu tengok saja dan kalau nak jugak cari ikhtiar hidup untuk memilikinya...
MINYAK ATAU ROYALTI ATAU APA SAJA MASALAH YANG TIMBUL BIAR MEREKA YANG BIJAKSANA MENYELESAIKAN SECARA RUNDINGAN TAK PERLULAH KITA BISING2

APA YANG PENTING KITA MESTI SOKONG UMNO ISLAM DAN BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA INI..PASTIKAN KEMENANGAN CALON KITA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.....

Anonymous said...

jom sokong UMNO ISLAM...jangan lupa Sokong sekali SISTER in ISLAM... banyak anak bini UMNO dalam tu...

conversion law pun jangan lupa sokong...penat Koh Tsu Koon dengan Subramaniam drafkan... patut la nazri marah(dissapointed) majlis raja raja tangguhkan...

Anonymous said...

TUAN PUNYE GOBLOG NI PHM KE APE YG DIA POSTING SENDIRI? KEHKEHKEHKEH

Rossy said...

weh anon 3.14 mana AGO GO Girls ni....takkan UMNO tak bawak masuk Manek Urai pulak...kan ada beberapa percent pengundi manek urai ni berketurunan Tiong hua...OH YE KITA MESTI SOKONG UMNO 'ISLAM'...

Anonymous said...

Jefrey je yang tak paham kot... kehkehkeh ...maklum le otak pencacai ni bole terima maklumat

Unknown said...

Sokong umno/bn lagi ?? memang kena tipulah...
Dah lah busuk hati kepada orang melayu sendiri sehingga sanggup salurkan pipe ke songkla...Apalah punya bangsa perangai punya lagu ni..??Wal hal kat Kelantan pun berlambak orang umno...kalau salurkan ke kelantan pun apa salahnya????tapi dik busuk hati depa sanggup pi bela songkla then lepas tu puak2 siam pi bunuh orang melayu selatan siam tu. Lagu mana nak jawab dgn Allah atas perkara ni haa..???
Sudah laaah//tak kan dok buta lagi kot..?
satu2 kerja banjingan yg didedahkan ttg pemimpin umno/bn tak kan masih dok buta perut lagi kot??
Kesian3....

Anonymous said...

Jefrey je yang tak paham kot... kehkehkeh ...maklum le otak pencacai ni tak bole terima maklumat dan bukti

Unknown said...

Anyway tahniah kpg PR kerana dapatkan maklumat berguna ni..nanti aku akan capy untuk simpan sebagai kenangan maklumat penting..TQ

Anonymous said...

mat punai... jangan memalukan mak bapak ko.. macam mereka tak antar ko ke sekolah saja bunyinya.... bodoh tak agak-agak...

untuk pengetahuan ko yang bodoh... semua hasil minyak kat dalam malaysia ni mesti kena serah kat petronas yang buat... kerajaan negeri tunggu dapat royalti tu saja...


patut la ko kena tipu ngan amnu... bodoh macam ikan ubi je... macam lampan... orang lempar taik pun sambar... hahahahah... bodoh!!!

Money2U2 said...

Kepada yg dok menjerit UMNO ISLAM tu kan ..aku cadangkan depa pi lihat undang tubuh umno tu...
ada lagi ke perkataan ISLAM ..
Ramai yg tak sedar atau buat tak tau bahawa semenjak ERA mahadzir perkataan ahli umno mesti melayu dan islam tu dah hilang bersama meloncat ke sabah dulu..
Tak percaya? cuba lihat..
Jgn dok asyik menyalak sahaja tapi belajar dan membaca tak siapa pun yg rugi. Tapi kalau dah buta ...
tak dapek den nak nolong yeee..

Anonymous said...

Ni kalau dah violate UNCLOS...tak leh pi ICJ ker??

zali said...

kalau bukan 3 batu
nautika...berapa batu nautika?

kenapa tak cakap laut china
selatan tu pas yang punya...kan
senang.

terbuka lah pekung pas kini...

dalam kalut konon nya
memperjuangkan islam...pas juga
kalut nak memiliki duit yang
banyak...juta juta juta...

nak beli unta untuk ganti proton
saga ke...

duit banyak pun kelantan begitu
jugak mundurnya...

kelantan mundur bukan kerana juta
juta juta tak ada tapi kerana
sikap pemimpinnya yang jalan
kebelakang.

mana pegi duit juta juta juta

zambry Lali said...

mana pergi duit juta juta ex MB selangor mat tempe... jadik rumah bali style le...ehh duit juta juta juga boleh digunakan untuk buat lawatan sambil belajar di disneyland...tak gitu zali?

Anonymous said...

Betul jefrey,
Tuan punya blog pun tak faham apa yang dia buat. Sure copy kat mana2 janji ada nama minyak, kelantan,law or ect..ect.. pas tu paste. Satu je yang saya faham, iaitu Pakatan Penipu Rakyat penuh dengan penipu yang tahap haram jadah. Pecacai Pakatan yang tak berdaftar.... tak berdaftar ker??? HINDRAF la ni... main yes boss je. Tu la banyak sangat minum air Holy TOk Guru BullShitDull HamPAS, tak pun air jampi hj. Kapal sink atau paling tidak pun, tertelan "Air..."
Aj-Juburi.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Untuk Mat Punai Nuar..

Kalaulah Kerajaan PAS Kelantan dibenarkan buat sendiri kerja-kerja carigali, sudah lama dah pembangunan Kelantan mengatasi Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain.

Masalahnya, semua hasil bumi minyak dan gas didarat dan laut adalah milik negara, perlu dibuat oleh Petronas.

Kami sangka Umno Bn ni bijak, tetapi benda ni pun tatau.

Anonymous said...

BN mana penah bijak...

Anonymous said...

semua akan kata kamu bijak dan ya ya kamu memang bijak dan kamu semua akan lebih bijak sekiranya pilih UMNO.
KEBIJAKSANAAN ANDA JIKA DIKUMPULKAN DAPAT MEMBANTU UMNO MENUJU KECEMERLANGAN..

Anonymous said...

mari kekawan semua kita kuatkan umno..sumbangan anda semua diperlukan...

yang lepas usah dipedulikan ki bina kebaikan bersama...lupakan segala sengketa lupakan segala dendam....jasa UMNO jangan dilupa..

UMNO tetap berjasa pada kita semua

Anonymous said...

BENAR UMNO meme molek kawe raso bulih mene di manek urai nanti... UMNO skare lain weh tok srupo mulo...angin doh beruboh anok mudo ramai hok sokong UMNO di bawoh dato' Pa ...hok molek kawe sokong gu ko guano !!! kali ni kawe nok pilih UMNO kawe tok sei pilih PAS doh weeiiiii...

Anonymous said...

BUAT PEMUDA PAS KEMAHANG HANG MEMANG BIJAK..NO 1 ORG BIJAK MACAM HANG NI KENA DOK DALAM UMNO KERANA HANG BOLEH PIKIAQ CARA LAIN YANG ORAG LAIN TAK BOLEH PIKIAQ HANG LEBIH CERDIK PADA MENTERI LAGI...AKU GERENTI HANG MESTI MENANG ..WAKAKAKAA....MENANG SORAK!!!!

Madey said...

Gerakan dan MIC yang menang sorak menang semua kalau UMNO masih berkuasa....

UMNO pon menang sorak tapi agama anak tergadai...conversion law direstui UMNO...

kesian nasib pencacai yang masih melaung laungkan UMNO ISLAM... padahal dalam UMNO pon ada melayu kristian...patut la galak sangat nak sultan lulus usul conversion law tu

najib tolol said...

BN = bullshit.
bn mmg konfem kalah.
buat penat je bn ebrtanding.
kah kah..
nak menang jgn mimpilah...

Anonymous said...

hang ni bingai la zali.. dah mende tu hak kelantan, dah tentu la kena tuntut.. budus... bukan sebab nak kaya juta2.. sekurang-kurangnya hutang kelantan kat kerajaan pusat tinggal berapa juta je..takde la mcam Perlis, Melaka, Ganu.. cuba check berapa hutang diorg kat kerajaan pusat? - Neo

Mata Hati Jiwa said...

PENYOKONG PAS YANG BUDUS CAM KO NIH BOLEHLA NAK TIPU..

SEBELUM NIH PUN GENG2 PAS KATA KERAJAAN CURI DUIT RAKYAT JUAL PERTROL MAHAL..XTAU PUN BEZA MINYAK MENTAH DENGAN MINYAK DAH DIPROSES...
HAHAHAHAHAHA

KALAU X TAU BAIK DIAM DARI MENYEBARKAN BERITA YANG BOLEH MENJADI FITNAH..

LU PIKIR2 LA SENDIRI BEB...

Anonymous said...

nak pertikai hak rakyat kelantan memang kerja orang2 umno nih..dah terbukti sejak azali lagi.tgk je la bila pas perintah terengganu masa 1999.royalti kena tarik.sedangkan benda cam tu pon ramai berok2 umno nak pertahan,tak tau la aku...bila umno dapat perintah balik,dipulangkan balik.dah dapat duit,buat stadium la,taman islam la,masjid kristal la..tgk apa dah jadi,stadium besar gedabak pon bleh runtuh..niat kalo tak betul,jap2 tu gak Tuhan tunjuk tau...

UmnoOhUmno said...

kenape ek? komen-komen pencacai umno sedikit pun takleh pakai, aku cuba jugak nak pakai tapi memang takleh pakai, semuanya jenis 'keras keng' tak boleh dibawa kira bicara, tahu kutuk dan merendah-rendahkan orang, kalau umno masih menggunakan khidmat mereka ini alamatnya seluruh rakyat malaysia tak akan percaya lagi kepada umno, berkuburlah jawabnya !

Anonymous said...

Orang umno bodoh dulu,kini dan selamanya.Hanya yang belum sedar dan tak mahu sedar je yang masih tunggu dalam parti reput tu.Cukuplah rakyat ditipu oleh umno ni.Ni datang buat janji lagi kat manek urai.Lepas p.raya jangan harap le diorang nak turun jengok lagi.

aku said...

zali said...
kalau bukan 3 batu
nautika...berapa batu nautika?

kenapa tak cakap laut china
selatan tu pas yang punya...kan
senang
...................................

ko ni mmg bodoh la zali, aku dah ckp klu nak tau baca UNCLOS 1982 tu, malas ko ni rupanya...patutla asyik kena tipu,dahla bodo piang, pemalas lak tu...mcm tunggul reput jea ko ni, dahla takleh pakai, nyusahkan org plak!!! Bongok!!!

Zali, ko tau tak apa tu base line? apa tu internal waters???territorial waters??? Contiguous zones??? EEZ??? Continental shelf??? open seas???

BENGONG NAK MAMPUSSS!!!

CUPING MERAH said...

umngok dah la kapir!!!bodoh plak tu..
pasai apa aku sebut umngok kapir?pasai ada anon kat atas tu suruh menyokong umngok islam,mesti ada lawannya umngok kapirr!!

Anonymous said...

..... alhamdulillah umno masih gagah dan masih tetap utuh,,,Hari ini kami bersama= bersama mencuci minda org PAS secara berhemah.......kami tidak akan mencaci saudara semua kerana kami tahu saudara sedang sakit jadi memang menjadi tanggungjawab kami sesama islam memberi kesedaran ilmiah dalam mengubati luka minda anda...


biarkan PR atau PAS mengutuk UMNO yg kita kasihi..KATAKAN ALHAMDULILLAH SEMOGA MEREKA DIBERI TAUFIK DAN HIDAYAH

pemudakedah said...

kepada anon 7:57, hang ne memang x ada pemikiran yang boleh dipakai.. kalau umno betul2 dok pejuang islam, awat xmau laksana hukum hudud, ambik direct dalam al quran.. xsah dok kata hudud ciptaan pas.

tobatt umno xkan laksana hudud sebab umno parti penuh dosa, rasuah, x da akhlak,, hang tau rasuah tu hukumnya apa??? HARAM.... awat khairy ketua pemuda UMNO terang2 rasuah tapi hang senyap ja.... pikiaq la....

berhenti la jadi pencacai umno....

Anonymous said...

KHAS BUAT RENUNGAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN TERISTIMEWA BUAT PAS

Berbicara sama ada secara langsung melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.

Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:
'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'
(Surah al-Mukminun : 1-3)

Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.

Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiqa: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).

Oleh itu kita harus menguasai lidah PENULISAN KITA kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan PENULISANNYA yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.

"KITA DALAM UMNO HENDAKLAH BANYAK BERSABAR INSYALLAH UMNO AKAN MENCAPAI KEMENANGAN DAN KATAKAN ALHAMDULILLAH KPD MEREKA YANG SUKA MEMAKI HAMUN TANPA TAHU KEBENARANNYA"

aku said...

MAAFKAN AKU SAHABAT AKU INGIN MENGATA SIKIT!!!
Khas buat cuping merah hang memang hebat aku tabik spring sebab hang boleh hukum orang dengan senang...hang ni tentu cekap hang tentu pandai hang tentu seorang pejuang tapiiii...satu saja hang kurang iaitu berfikir wakakakaa...

Khas buat pemuda kedah hang pun hebat tulis macam ulamak..hudud hudud hudud...aku pun sokong hudud tapi aku kecewa...??? hang tau kenapa kerana hudud yang hang bagitau lain dari yang lain jadi aku confius!jadi aku rasa hang pun sama jugak dgn cuping merah wakakaka.....kurang guna fikiran.

ADA TIPS UNTUK HAN BERDUA!!
tIPS macamana hang berdua nak tutup kelemahan supaya boleh berfikir sendiri tanpa diberi bantuan ATAU TALIAN HAYAT YANG LAIN

1.banyak membaca
2.membuat tapisan setiap perkara atau isu yg hang terima
3.Cuba mencari kebenaran dengan berfikir sendiri,berbincang setiap isu politik dengan teman atau bertanya secara terus
4.analisis kebenaran tanpa bantuan org lain
lepas tu barulah hangpa berdua boleh tulis dan mempengaruhi org lain utk diajak bersetuju dengan pendapat politik anda

aku said...

aku terlupa nak bagitau hangpa berdua aku sokong UMNO!!!yang benar

aduh terjatuh plak kopiah......nasib baik ada serban biru kalau tidak habis kopiah aku...

zali said...

anon 5:38 : sekurang-kurangnya
hutang kelantan kat kerajaan pusat
tinggal berapa juta je..

dah le miskin berhutang lagi...

mana juta juta juta duit hutang tu
pegi?...depa pun tak tahu.

hutang untuk pembangunan kelantan
bukan untuk besarkan jubah.

aku said...

En zali hang memang bijak ada buat homework,,,

Anak Lawin Papulut said...

Buat umnongok ..and zali bangla.....lain kali kalau dah dihidang dengan bahan bacaan..sila baca dulu...aku tau la zali ...ko setakat sekolah TABIKA KEMAS aje.....sebab tu bangang....satu lagi

nampaknya geng umnongok...yang melawat blog nie memang layak digelar ahmak......maklumlah kurang ilmu...kurang membaca....kurang adap....sebab itulah ngok.....

zali ngok kerana ini merupakan nick name salah satu blogger umno yang dan tak berani nak guna nama bloggernya..maklumlah asyik mencarut aje.....itulah zikir bagi zali ngok....kami dah tau siapa kamu...kahakahh.....wakawkaha...

umnongok yang lain pulak ramai yang dok belajar...sijil aje itu pun ahmak jugak.....

zali duit lebih..boleh la buat bayar bil.....maklumlah pencacai cyber upahan

Tungak Langit tak au ulas ke????? sibuk ke???? tengok la bahasa geng umno kat sini..mencarut...maki hamun....aku rasa macam biasa aje ayat anony 8:35..kahkahakahh...

sudah la .......bila zali dan Tungak Langit hoi....paggil la GOMO,PARPU KARI,TAIPING MALI,JERRY kat sini...lama dah tak jumpa...jangan la dok meyamar anony aje...kahkahkahkahh.....buat geng umnongok ...dan teristimewa buat Tungak Langit...itu lah blogger yang hari-hari dok berzikir....bukan mengingati Allah tetapi nak suruh geng umno kenal apa itu..maki hamun ,mencarut..lucah.....hai Tungak Langit hoiiii...macam mana nie...blogger umno semua macam nie ke????? syang...sayang...berbicara tentang hati tertipu juga la ko Tungak Langit hoi......matlamat menghalalkan cara........eh..mana Anak Lenggong...balik ke.......ialah kena la balik dah dapat upah.....

kak ANI said...

maafkan saya saya nak melawak sikit!!! jangan maki saya pula yaaee

Pemimpin UMNO ialah Insan berminda agung bercakap tentang idea
Pemimpin UMNO ialah Insan berminda besar bercakap tentang peristiwa
Pmpin PAS ialah Insan berminda kecil bercakap tentang orang lain
PmpinPAS ialah Insan berminda kerdil bercakap tentang diri sendiri.

Anonymous said...

buat anak lawin pepulut tahniah kerana dapat memaki dengan jayanya dan kami ucapkan alhamdulillah semoga anda selamat dari siksaan kubur dan api neraka

aku said...

alhamdulillah buat pulut yang suka mencarut!!!!hangpa semua ni bila nak insaf

aduhh!!! terjatuh lagi kopiah putih hijau ni!!esok aku nak pergi beli songkok pulak kopiah putih hijau ni dah longgar betui

Anonymous said...

alhamdulillah dengan cercaan sdara!!

bodik said...

nama pun mat punai...jenis org bangang mcm inilah. mat punai ko ni x ada ilmu betul. apa jua sumber adalah milik Allah SWT bkn milik umno yahudi. Allah SWT dah tetapkan minyak tu berada d kelantan jadi buat apa puak2 pemimpin umno bangang nak menafikan. x kan hak Allah pun nak kebas juga!!!...puak2 umno yahudi ni mmg x takut pada Allah dan x takut pd seksaanNya. apa yg ada d muka bumi ni semuanya umno yahudi nak sebat. aku tgk umno ni dah jadi adik beradik israel. mat punai mana tahu hukum halal haram...yg dia tahu berpunai aje!!!

bodik said...

zali kalau melabun mcm lantoiii. sembang kosong!!!. puak2 umno ni mcm ni lah. betul kata TGNA...umno ni sesat lg menyesatkan...apa tidaknya terang2 menolak hukum Allah SWT. Kalau puak2 umno yahudi ni ada sikit islamnya...jadikan Al Quran dan Hadis Nabi SAW sebagai panduan dan undang2 100 peratus. pastikan anak bini tutup aurat, cari duit halal isi perut...jln kan hukum hudud, hapuskan kilang arak dan judi bkn dgn bg lesen. apa punya bangang zali tungkik ni. ada Quran dan hadis x nak pakai!!!

CUPING MERAH said...

KHAS BUAT TOTOK UMNO KAT SINI AKU NAK TANYA CKIT...

KITA MENGAKU KITA ISLAM KITA YANG MEMERINTAH...

1)apa hukum nya orang islam yang memerintah negara,menggunakan undang2 kafir dan menolak hukum islam?

kalau boleh SI ANON 8;35pm YANG KUAT BERSARAH tu yang jawab..

seolan seterusnya akan menyusul setelah seolan ini dijawab...

CUPING MERAH said...

bila aku bagi seolan..semua totok umno ni tk mau jawab apahal korang!!!

klau anda berada didalam kebenaran jawab aje seolan aku mudah je beb tkn payah menuntut lama2 solan ni kanak2 yang belajar kat pasti pon bleh jawab..

jawabla...aku banyak solan ni nk tanya..

aku said...

haramjadah punya puak2 taik umno ni, menyamar guna nama aku la plak. Mmg dasar bacul!!! korang ni mmg pengkhianat bangsa,selalu menyamar utk pecah belahkan perpaduan islam.

Zali ngok!!! knp x jwb lg apa yg aku tya???klu ko mls sgt ko sruhla kuncu2 ko tu cari bodo...takde inisiatif langsung!!!

Kpd yg menyamar tu cuba check ada telor ke tak???? sial!!!

Hapuskan umno!!! Hidup PAS!!! Islam for all!!!

UMngOK said...

udah udahle tu zali tunjukkan kebodohan kamu..aku kesian gak kat kamu ni asyik kena kutuk kat orang je.Nak buat camane dah terlampau bangang sangat.cubalah berpikir pakai otak sikit kalau nak jadi pencacai umno pun.Kerajaan kelantan kan amanah,walaupun hutang tu umno yang buat tetapi kerajaan Pas yang tolong bayar sampai habis.Bukannya umno nak berterima kasih tetapi mengutuk dan menindas pula.

EQUILIBRIUM said...

bila kecoh pasai minyak ni teringat balik kesah kerajaan perpaduan hehehehe. sbb tu teman geli bila dengar perpaduan amno ni. takde hormat langsung pada kerajaan kelantan.

jadi pak mufti yg hebat tu sila perjuangkan hak melayu kelantan ni dulu baru nak kecoh2 politik perpduan. buat melayu yg sibuk perpaduan pun korang perjuangkankan dulu hak kesamarataan layanan federal terhadap kerajaan negeri seperti dalam perlembagaan malaysia.

aku said...

soalan yang pok nisoal tak perlu dijawab sebab dia telah adajawapannya kalau korang jawabpun wakakaka...macam curah air ke daun keladi...

aku rasa PAS perlu berubah kalau tidak parti ni akan diubah oleh pakatan rakyat yg lain...kerana PAS aadalah parti minoriti di malaysia yang pasti UMNO terus gagah dan mampu menawan hati rakyat semula

hidup UMNO hidup UMNO

aku said...

UMNO lebih ISLAMIK mempunyai package lengkap memacu negara...
org UMNO berhujah dengan kecerdikan dan menjaga lidahnya...aku hairan pyokong PAS skrg udah lain hidupnya penuh kebencian tapi UMNO penyokonnya kini hidup dalam kasih sayang

belia benci barua said...

zali tu bodo piang,tolol nk mampus..geng2 umno sume otak letak kat bontot,barua punya orang..tunggak langit and jeffry pencacai najis umno..

joostspring said...

Pas celaka....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya baca semua komen sebelum saya ni. Memang dari satu segi agak semacam saja baik yang UMNO dan yang PR (sebahagiannya la) dalam bab guna bahasa kasar ni - tapi hampir semuanya keluar tajuk artikel Topeng Perak ni. Tapi saya tak hairan sebab mereka semua tu 'hardcore' sebelah masing-masing.

Tapi apa yang nak saya katakan adalah terutamanya kepada saudara kita yang sebelah UMNO tu adalah, sila teliti FAKTA - barulah boleh dikatakan minda kelas pertama - jangan jadi minda kelas ke 3.

Saya amat-amat menyokong tuntutan negeri Kelantan kerana jelas daripada FAKTA (bukan setakat yang dibentang dalam posting TP ni saja), memang Kelantan berhak. Kalau perkara yang sama berlaku di Pulau Pinang pun (saya orang Penang), saya akan tuntut kerajaan negeri buat perkara yang sama (tak kiralah PR atau BN yang jadi kerajaan).

Kita berbicara tentang HAK, terutama sekali HAK RAKYAT. Tolong jangan samakan HAK RAKYAT dengan isu nak kayakan pemimpin.

Bagi saya pemimpin yang baik adalah mereka yang TIDAK mengkayakan diri sendiri. Jadikan para khalifah Islam Ar-rashidin terdahulu sebagai contoh terbaik.

Anonymous said...

wooi saudara lihat skrg ada dua aku ..
aku yang satu suka maki hamun''
aku yang satu lagi berbahasa baik dan berhemah....

Anak Lawin Papulut said...

Tapi orang umno mana tahu itu hak ke tidak.....semua main hentam aje..bro....kalau bercakap biarlah berfakta..nie TP dah bagi fakta kenapa nak dengki pulak..kalau memang rakyat kelantan berhak biar ajelah...kalau ade minyak di johor pun biarlah ...royalti nie hak kerajaan negeri di mana minyak itu diambil...nie tak puak=puak umno dalam nie buat-buat tak faham.....

Disneyland said...

puak UMNO mana ada otak... baca UTUSAN dengan tengok TV3 aje..

jootsprong said...

jootspring pemuda cilaka, hehehe pinjam karpal punya kata balas lu punya kutukan !

wishoffshore said...

Saya sebagai Petroleum Engineer Mengesahkan tulisan ini adalah tepat dan bukan rekaan pembangkang

Rakyat kelantan kena tuntut royalti 5 % tu dan boleh buat Menara Berkembar kat Kota Baru..

Thanks and regards

Anonymous said...

Hello
finasteride medication
It is important that you heed your doctor’s advice on any restrictions on beverages, food or activity while on Propecia.
[url=http://goldenoldtimeradio.com/]finasteride hair loss[/url]
It is given as an oral medication with a dosage of 1 mg once a day.
http://goldenoldtimeradio.com/ - propecia no prescription
It is given as an oral medication with a dosage of 1 mg once a day.