"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 11, 2009

Larangan ceramah politik di Perak

eksklusif Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

"Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini.

musa hassanBeliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi.

"Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan," kata Musa.

Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut.

Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.

Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit.

"Saya tidak dengar (dakwaan itu). Negeri lain, kalau parti nak buat, kena ikut syarat-syarat (mengadakan ceramah) seperti biasa," kata Musa lagi, ketika diminta mengulas penarikan balik permit ceramah di Pulau Pinang.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 31Suasana tegang berlaku dekat istana Kuala Kangsar sewaktu majlis angkat sumpah menteri besar baru BN, Jumaat lepas - sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata berkali-kali (foto kiri, bawah).

Sehari selepasnya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan jadualnya di saat-saat akhir untuk menyambut Tahun Baru Cina di Ipoh - difahamkan atas alasan keselamatan.

Kawalan ketat polis mengiringi majlis angkat sumpah enam exco kerajaan baru BN itu semalam di istana Kuala Kangsar bagi menghalang sebarang kejadian tidak diingini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR mendakwa ceramah anjuran mereka di Bayan Baru pada Ahad lalu dibatalkan permitnya di saat-saat akhir kerana wujud "arahan khas daripada Bukit Aman."

Badrul Hisham Shaharin mendakwa pihaknya dimaklumkan pembekuan itu selama dua minggu sehingga situasi di Perak "kembali sejuk."

Ceramah itu yang asalnya dijadual di padang dekat Sungai Nibong Tengah, bagaimanapun diteruskan di sebuah rumah berdekatan  dengan kehadiran 2,000 orang penyokong, katanya.

Selain beliau, exco kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin turut berucap.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 22Sementara itu, ketua Angkatan Muda PKR Bayan Baru, Asrizal Tahir – yang memohon permit berkenaan – berkata permohonan mereka pada mulanya diluluskan oleh polis.

Katanya, seorang pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah menelefon beliau sehari sebelum program memaklumkan pembatalan itu.

Menurutnya, pegawai polis itu memaklumkan kepadanya bahawa semua ceramah "dibekukan dalam masa terdekat", difahamkan dua minggu, kerana "ada sangkut-paut dengan situasi di Perak."

Beliau juga mendakwa, pegawai itu memberitahu bahawa keputusan itu datangnya daripada ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman dan berkuatkuasa di seluruh negara.

Pergeseran di Perak bermula apabila kerajaan Pakatan tumbang setelah tiga Adunnya keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada BN.

Adun PKR Datuk Nasarudin Halim - yang menyertai parti itu selama 10 hari - kembali semula kepada BN.

Kerajaan baru BN pimpinan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir itu bagaimanapun tidak diiktiraf oleh menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebabkan wujudnya suasana krisis perlembagaan.

-malaysiakini

K'jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak...

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

ambiga sreenevasanKatanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:
  • Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
  • YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
  • Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
  • Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
  • Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
  • Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
  • Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.

-malaysiakini

MB: 'Lompat parti tidak akan berlaku di Selangor' - malaysiakini

  • Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor masih utuh ketika perbuatan melompat parti semakin menjadi-jadi seperti yang hangat diperkatakan sekarang.
  • "Di Selangor, tiga parti Pakatan rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan semuanya memberi komitmen. Memahami perbuatan ini hanya memberi kesan kepada parti dan Pakatan," katanya.
  • "Saya berpendapat, perbuatan melompat parti tidak akan berlaku," tegas beliau.
Jangan "over confidence" sangat Tan Sri...

Beringat sebelum kena...

Kalau pisang berbuah 2 kali... apa kita panggil? kalau dekat kedai kopi depa panggey - masaaakkk...!!!

Aspan Alias: UMNO Dan Komunis Senasib - malaysiakini

Aku cilok dari blog ASPAN ALIAS, tengok pada cara penulisan, macam hardcore UMNO, tapi aku suka baca & rasa nak kongsi beserta dengan satu komen dari pembaca yang menarik...

Baca beb...

Dalam sejarah negara, ada 2 buah parti politik yang diharamkan; yang pertamanya Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng, dan yang keduanya ialah parti UMNO yang semasa itu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammed.

Kedua-dua Chin Peng dan Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang sama; parti yang dipimpin mereka diharamkan.

PKM diharamkan kerana Chin Peng dan parti itu cuba untuk berjuang melalui gerakan bersenjata maka kerajaan Malaya semasa itu mengharamkan parti itu daripada berfungsi di negara ini.

Walaupun parti pimpinan mereka sama-sama diharamkan, tetapi asas pengharamannya adalah berbeza.

Chin Peng lari ke hutan apabila PKM diharamkan kerana tidak bersetuju dengan pengharaman yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan Dr Mahathir sengaja tidak mahu menghidupkan kembali UMNO yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Mahkamah Tinggi.

Dr Mahathir gembira dengan kematian UMNO kerana beliau boleh menyambung karier politik beliau dan berjaya menafikan keputusan Hakim Harun Hashim Mahkamah Tinggi untuk mengadakan pemilihan sekali lagi bagi jawatan Presiden dan Majlis Tertinggi.

Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1965 memperuntukkan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh Mahkamah boleh dihidupkan kembali oleh Menteri Dalam Negeri yang secara kebetulan ketika itu merupakan Dr Mahathir sendiri.

Beliau enggan menggunakan kuasa untuk menghidupkan UMNO itu kerana beliau sudah merancang untuk menubuhkan UMNO (Baru) yang kita semua anggotai ini, dengan mewujudkan Jawatankuasa Penaja di semua peringkat.

Dengan bertindak demikian Dr Mahathir dapat mengenepikan musuh-musuh politik beliau. Tunku Abdul Rahman, Tun Husien Onn, Tengku Razaleiegh Hamzah dan ramai lagi pemimpin UMNO semasa itu dicegah daripada menyertai parti ini.

Saya sendiri di Kuala Pilah tidak dipilih untuk menganggotai Jawatan Penaja walaupun anggota jawatankuasa penyandang yang lain di seluruh negara dilantik menganggotai Jawatankuasa Penaja parti yang baru ditaja itu.

Bermula saat inilah UMNO mula retak walaupun Dr Mahathir begitu berjaya menyusun ekonomi negara, dan saham Dr Mahathir yang bercakap banyak pada hari ini, tidak kurang besarnya dalam memecahbelahkan orang Melayu dalam UMNO ini.

Maka tidak hairanlah retak-retak itu akhirnya membawa belah apabila lahir pemimpin-pemimpin lemah dan tidak jujur seperti yang ada pada hari ini, dan ramai yang bercakap besar pada hari ini hanya bergiat dalam UMNO yang baru ditaja ini.

Perjuangan Chin Peng ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara komunis dan asasnya ialah untuk memperjuangkan bangsa Cina yang chauvinistic.

Rakan-rakan kita daripada bangsa Cina berjuang berpanjangan dan kalau kita kaji secara halus kita nampak kejayaan mereka membina bangsanya ketahap kemajuan yang begitu tinggi dan mereka tetap satu bangsa yang bersatu.

Sebaliknya, UMNO masih terkial-kial untuk membina bangsa yang sepatutnya dibelanya kerana kekurangan komitmen untuk menjayakan perjuangannya.

Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak sanggup berkorban untuk bangsanya kerana mereka mementingkan kedudukan dan kebahagiaan diri dan keluarga mereka sendiri.

Pemimpin Melayu sanggup membiarkan keburukan berlaku di hadapan mata mereka kerana takut kepada risiko yang mungkin mereka hadapi.

Perjuangan bangsa Cina adalah perjuangan global tetapi perjuangan kita Melayu adalah untuk keluarga sendiri, atau dalam bahasa yang lain ‘perjuangan cari makan’.

Siapa di kalangan kita yang sanggup berjuang dan menghadapi risiko, sedangkan orang Melayu tidak ada elemen perjungan di dalam jiwa mereka.

“The Malays walk on their stomach” itulah bunyinya satu perbilangan bahasa Inggeris yang digunakan untuk mendefinasikan orang Melayu dalam hal perjuangan.

Saya amat percaya pada perbilangan itu. Saya yakin orang yang berfikir tentu menerima pandangan ini.

Akhir kata saya ingin mengingati semua; baik Dr Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, Muhyiddin dan yang lain-lain dalam team itu semuanya berkira-kira business dengan bertopengkan perjuangan Melayu.

Percayalah! Semuanya akan terbukti dan kita semua akan berasa bahawa kita diperbodohkan mereka ini sekali lagi.

Jika panjang umur kita, kita akan sama-sama mengalaminya. Jangan disia-siakan pandangan saya yang kerdil ini.

Sekian…………………………………..Aspan Alias

Komen pembaca...

Sdra Aspan,

Saya memang bersetuju dengan apa yang sdr perkatakan. Orang Melayu sememangnya tiada semangat perjuangan kerana orang Melayu takut mati.

Kalau orang Melayu ada semangat perjuangan dan tidak takut mati mungkin kemerdekaan negara boleh dicapai pada tahun 1947 sebaik saja UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan bukan 1957. Selepas Perang Dunia Kedua, Kerajaan British bankrap dan mereka terpaksa melepaskan semua tanah jajahan mereka saperti yang di prasyaratkan didalam Doktrin Truman.

Dalam ertikata lain, orang Melayu dibawah kepimpinan UMNO pada ketika itu sebenarnya tidak perlu mencari parang dan lembing untuk menghalau Kerajaan British. 'Kok tompikkan' aja pasti British akan cabut. Mungkin lah satu dua orang Melayu akan terkena tembakan senapang patah orang putih. Itu saja. Tapi ia ternyata tidak ada satu dua orang Melayu yang berani kehadapan untuk menerima tembakan senapang patah orang putih itu. Dengan itu terpaksa lah orang Melayu tunggu lagi 10 tahun untuk merdeka.

Semangat juang orang Melayu diuji sekali lagi semasa zaman reformasi dan ternyata ia sememangnya tidak bermaya. Reformasi di Indonesia berjaya menumbangkan Kerajaan Suharto tetapi mengapa ia gagal menumbangkan Kerajaan Mahathir?

Jawapannya adalah sama. Orang Melayu tiada semangat perjuangan dan orang Melayu takut mati.

Di Indonesia, rakyatnya tetap mara kehadapan meskipun berhadapan dengan taburan peluru. Tetapi di Malaysia, semua bertempiaran lari bila disembur dengan air chemical saja. Kalau ditabur dengan peluru hidup entah lubang cacing mana yang mereka masuk.

Kadang-kadang kita pun merasa sedih apabila mengenangkan perangai bangsa kita. Kalau ada orang lain yang sudi menyuapkan, tangan mereka pun mereka tidak mahu menggunakan. Sebab itulah orang-orang Melayu masih jauh kebelakang jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain walhal negara kita diperintah oleh orang-orang Melayu sendiri.

Nampaknya orang-orang Melayu lebih suka makan ditapak tangan sebab itu lah pemimpin-pemimpin UMNO melayan orang-orang Melayu sedemikian rupa. Sebab itu lah politik wang berleluasa didalam UMNO. Sebab itu lah UMNO tidak dapat melahirkan anak-anak Melayu yang budiman untuk dijadikan pemimpin.

Agaknya bila orang-orang Melayu sudah tidor dihumpun pisang, baru mereka akan sedar ...

UMNO: Bukan Lupa, Tapi Tak Ingat - malaysiakini.

BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.

PAS kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.

"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.

Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.

"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.

Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan.

"Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar alternatif yang lain dihentikan.