"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 11, 2009

PAS kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan

Reactions: 
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.

"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.

Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.

"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.

Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan.

"Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar alternatif yang lain dihentikan.

4 comments:

kafe kenyalang said...

harakah dan keadilan tak siar keputusan nombor ekor,tak pandai nak putar belit fakta dan tak ada gambar paha gebu artis sepertimana akhbar arus perdana..tu jer yang depa tak puas hati..

Anonymous said...

mmg le xde... kalau ada buka le harakah namanye... nerakah dan kebogelan la jdnye.. tp sama je dosanye.. ekor ngan peha gebu xde pon.. ngata org dalam semua muka suratnye.. dosa juga tu.. fitnah je..

Anonymous said...

Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah terperinci rampasan.

"Saya tidak tahulah berapa (jumlahnya). Anak-anak buah saya yang buat," katanya.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

Beliau merujuk laporan Suara Keadilan pada September tahun lalu tetapi Musa menafikannya.

Che Din berkata, jika kedua-dua penerbitan itu tidak mengikut syarat-syarat permit penerbitan yang digariskan, pihaknya mungkin mengambil tindakan lebih tegas.

"Sewaktu mohon permit dulu, macam akujanjilah. Daripada dua kali sebulan (Harakah diterbitkan), kita beri dua kali seminggu. Kita anjal. Mereka kena patuhlah pada akujanji mereka," katanya.

Ditanya sebab organ pembangkang Rocket terbitan DAP tidak menjadi sasaran operasi KDN, beliau mengakui akhbar itu edarannya sedikit.

Che Din bagaimanapun berkata tindakan kementerian itu bukan memilih bulu, sebaliknya, jika akhbar terbitan Umno sendiri melakukan perkara yang sama, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama.

Anonymous said...

Saya anak Jati Perak dan pengundi DUN Pasir Panjang. Kenapa kebanyakkan orang suka meludah dan menghina orang lain?? Salahker mereka meyatakan isu yang telah selesai dilakukan dalam masa yang singkat?? Saya kira orang2 begini kurang siuman dan dah lupa diri.

Selama ini apa yang UMNO berikan pada korang? Klau dapat pun kena ampu cukup2 baru dapat.Kalau kita syok sendiri mengumpat orang lain atau parti2 lain jangan ceritalah.

Sepatutnya kita selami parti2 lain dan cuba kita nilaikan.Sebenarnya kita membuka pekong parti yang kita ampu.Itulah sebabnya Allah Taala jadikan kita ada dua mata dua telinga dan satu mulut dua kaki dan tangan menyuruh kita banyakkan melihat,mendengar dan kurangkan bercakap dan banyakkan buat kerja.Kalau nak cari salah orang lain senang.Cuba kita lihat berapa banyakkah projek yg dibuat olih Umnor @BN yang terbengkalai? Contohnya diKL ni Plaza Rakyat berapa tahun terbengkalai,Stesen bas Express ke Pantai Timor di Stesen LRT Gombak, Plaza Jamik (stesen LRT Star& Putra). Pada mulanya hendak digabungkan dua setesen tersebut menjadi satu untuk dijadikan Plaza Jamek tapi separuh saja dan menyusahkkan orang ramai memang hampeh.

Walau bagaimana pun saya ucapkan SYABAS pada DSNJ yg berani menegakkan kebenaran dan membela rakyat Perak.Biarlah orang kata DSNJ menderhaka pada Sultan kerana rakyat kerana pemimpin yang berjiwa rakyat akan disokong rakyat, tapi JANGAN menderhaka pada ALLAH TAALA.