"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 11, 2009

UMNO: Bukan Lupa, Tapi Tak Ingat - malaysiakini.

Reactions: 
BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.

10 comments:

Anonymous said...

tindakan anwar ibrahim nak ambik alih kerajaan malaysia pada 16 september yang lalu tu dengan cara lompat parti bermoral ker????? padan muka pakatan rakyat, pakatan rakyat memang bodoh pun sebenarnya. kau jangan dengan cakap mahfuz banggang tu. cakap aje pandai tapi sebenarnya bodoh nak mampus. nizar yang derhaka, sekarang ni nak pusing cerita umno pulak. sanggup korek semua benda-benda yang lepas dan sejarah semata-mata nak tunjukkan yang tindakan nizar dan kapal sink tu betul. benda yang salah tu tetap salah. sekarang ni isunya nizar derhaka tak ada kaitan dengan umno dan perkara yang lepas. patutnya suruh nizar dan kapal sink minta maaf pada sultan secara terbuka dan suruh nizar redha tentang apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. bukannya cari 1001 alasan untuk benarkan apa yang nizar dan kapal sink buat. mahfuz tu memang bodoh dan kaki belit macam keling, jangan dengar cakap si belit gelap tu.

katakalu said...

Macam ceramah Dato' Mahfuz Omar di Taman Melewar baru-baru ni...

Anonymous said...

ooii bodoh..tak mau belajar lagi ke, masih nak ampu karat. tak tau ke sejarah lompat tu dari mana mulanya. kalau iya pu DSAI nak ambil alih KERAjaan yg ada sekarang nie cara lompat tetapi bukan macam umno BODOh ooi, bila dah cukup majoriti buat laa cara mengikut undang2, guna parliment. bukannya merampas ikut cara penyamun tak bermoral dan mengambil kesempatan atas raja2.

Bodoh dulu kini dan selamanya.

Anonymous said...

org BN mmg camni..otak ada x pakai..terpesong jauh..
kesian ak tgk..korg ni solat ke tak wehh???

Anonymous said...

hehe hehe eheh..
Anwar ibrahim cuma cakap saja nak ambik alih kerajaan malaysia pada 16 september yang lalu tu dengan cara lompat parti tapi tak buat pun.. he..heh... hehe.. he

Orang yang tidak bermoral adalah Najib Razak kerana dia yang melakukan pekara itu dinegeri perak, hehehe...hehe..hehehe...

Kalau pembaca blog tak dengar cakap Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar tentang sejarah Umno bacul nak dengar cakap siapa..? heheh..hehe...hehe..

Rakyat perak tak pernah kata Mohammad Nizar menderhaka pada sultan tapi yang mengatakan begitu adalah petualang dari UMNO, hehe...hehe..hehe..

Sekarang UMNO cuba untuk memutar belitkan keadaan seolah-olah Petualang bangsa seperti Najib Razak adalah manusia yang bersih dari debu dosa. hehe...hehe..hehe..

Anonymous said...

tu la ko ada mata buta,
ada telinga pekak,
ada mulut bisu,
ada otak pakai lutut.
DSAI rancang nak ambik alih kerajaan dulu siap minta pak lah buat persidangan khas dewan rakyat untuk buat undi tak percaya pada pak lah, itu pun kalau speaker luluskan. setelah diadakan undi tak percaya tersebut, kalau majoriti ahli dewan sokong usul tersebut baru di bawa ke peringkat seterusnya. semuanya teratur dan tersusun. Bukan macam yang terjadi di perak baru2 ni.
Tiada insiden hilang menghilang kemudian keluar mengaku sokong BE END. Tok Najib terus buat PC dgn muka tersengeh sengeh dan terus nak jumpa sultan minta nak tubuh kerajaan. Ada akai ka..
memang DSAI yang mula rancang lompat2 tu tapi ikut cara yang terhormat bukan dga cara masuk ikut pintu belakang. lepas tu kata orang lain yang mula dulu dan tak betul.

LU PIKIR LA SENDIRIIIIII..

Anonymous said...

ishhhh... x habih2 kome ni...nak begaduh siang malam... yang sedap nye sapa... ANWAR jugak... hehehehe dapat taram BONTOT nizar kat kediaman MB perak tu...

tu yang x nak kluar dari kediaman tu.. bair la lama skit... dapat le rasa kemut keliling...

tu yg karpal angin tu.. dah lama mintak ANWAR... tp dia nak jugak kat org lain.. hehehe.. tunggu le lagi skit je nak valentine day ni..

kot dapat le... hehehehe

Anonymous said...

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

Anonymous said...

CAYA YOB... TEMAN SOKONG BEBENOR RASANYE... SUSAH DAPAT KOMEN PEPANJANG GINI.. TEMAN BUKAN LE ORG YG BELAJOR LAW PON.. TP RASENYA YANG PART LAST TU BENOR BELAKA... BAHAWASANYA TUANKU SULTAN AZLAN PON IDAK LE KURANG BIJAK BENOR NAK MENGAMBIL TINDAKAN SESUKA HATINYA.. IDAK GITU.. BANYAK PERKARA YANG DAH DI AMBIL KIRANYE.. GILA APA.. NAK BUAT IKUT SUKA JE... XKAN DIA NAK MALUKAN KEDAULATAN RAJA2... ISH NTAH LER KOME WOI.. CANSELLOR UM TU.. BUKAN CALANG2 OOOO... ELOK BENOR LER KAPAL KARAM TU SAMAN.. NDAK TEMAN NEGOK APA KESUDAHANYE.. PAKAT DUK SINGAPORE LE LEPAH NI.. HAHAHAHA.. DIRGAHAYU TUANKU...

Anonymous said...

Anonymous 2009 7:25 PM

Apa pun yang anda tuliskan dalam kotak komen ini kita memang percaya itu adalah peraturannya.

Dalam undang-undang yang satu dipegang oleh dua orang yang melakukan kesalahan, siapakah yang patut mengadili mereka...?

Oleh kerana itu kita mahu masaalah yang dicetuskan oleh Najib Razak itu dibawa kemahkamah sebagai jalan penyelesaiannya.