eksklusif Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.
"Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi.
"Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan," kata Musa.
Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut.
Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.
Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit.
"Saya tidak dengar (dakwaan itu). Negeri lain, kalau parti nak buat, kena ikut syarat-syarat (mengadakan ceramah) seperti biasa," kata Musa lagi, ketika diminta mengulas penarikan balik permit ceramah di Pulau Pinang.
Suasana tegang berlaku dekat istana Kuala Kangsar sewaktu majlis angkat sumpah menteri besar baru BN, Jumaat lepas - sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata berkali-kali (foto kiri, bawah).
Sehari selepasnya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan jadualnya di saat-saat akhir untuk menyambut Tahun Baru Cina di Ipoh - difahamkan atas alasan keselamatan.
Kawalan ketat polis mengiringi majlis angkat sumpah enam exco kerajaan baru BN itu semalam di istana Kuala Kangsar bagi menghalang sebarang kejadian tidak diingini.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR mendakwa ceramah anjuran mereka di Bayan Baru pada Ahad lalu dibatalkan permitnya di saat-saat akhir kerana wujud "arahan khas daripada Bukit Aman."
Badrul Hisham Shaharin mendakwa pihaknya dimaklumkan pembekuan itu selama dua minggu sehingga situasi di Perak "kembali sejuk."
Ceramah itu yang asalnya dijadual di padang dekat Sungai Nibong Tengah, bagaimanapun diteruskan di sebuah rumah berdekatan dengan kehadiran 2,000 orang penyokong, katanya.
Selain beliau, exco kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin turut berucap.
Sementara itu, ketua Angkatan Muda PKR Bayan Baru, Asrizal Tahir – yang memohon permit berkenaan – berkata permohonan mereka pada mulanya diluluskan oleh polis.
Katanya, seorang pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah menelefon beliau sehari sebelum program memaklumkan pembatalan itu.
Menurutnya, pegawai polis itu memaklumkan kepadanya bahawa semua ceramah "dibekukan dalam masa terdekat", difahamkan dua minggu, kerana "ada sangkut-paut dengan situasi di Perak."
Beliau juga mendakwa, pegawai itu memberitahu bahawa keputusan itu datangnya daripada ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman dan berkuatkuasa di seluruh negara.
Pergeseran di Perak bermula apabila kerajaan Pakatan tumbang setelah tiga Adunnya keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada BN.
Adun PKR Datuk Nasarudin Halim - yang menyertai parti itu selama 10 hari - kembali semula kepada BN.
Kerajaan baru BN pimpinan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir itu bagaimanapun tidak diiktiraf oleh menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebabkan wujudnya suasana krisis perlembagaan.
-malaysiakini
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, February 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
jom pakat hantar mesej pada mufti perak pulak...jommmmmm
http://users3.smartgb.com/g/g.php?a=s&i=g35-01449-64
Terbukti lah UMNO pondan tua, bacul. Kalau macam tu kena haramkan juga TV3, RTM, Utusan...baru lah adil. Sana boleh cakap sini tak boleh bukan demokrasi namanya...bukan ikut perlembagaan namanya
Kah kah kah
Umno memang pondan tua dan bacul
Kah kah kah
Yang buat polis tapi umno kena maki
Kah kah kah
Sebab umno bacullah maka ada banyak blog pembangkang berbanding blog sokong kerajaan
Kah kah kah
Sebab umno bacul la maka 4 negeri dijajah pembangkang
Kah kah kah
Sebab umno bacul la maka kita bebas ceramah sana sini hantam pembangkang
Kah kah kah
Sebab umno bacul la maka ramai kakitangan awam yang menyokong pembangkang tidak dibuang
Kah kah kah
Hang baca ke buku perlembagaan
Kah kah kah
Hang tau ka hak asasi pun ada limit
Kah kah kah
Tapi yang musykil kenapa hang tak sebut haramkan astro sekali
Kah kah kah
Pasal nak tengok AF ke
Kah kah kah huk huk huk ptuih..
Kah kah kah
Salah tulis pulak dah
Kah kah kah
Sebab umno bacul la maka kita bebas ceramah sana sini hantam kerajaan
Kah kah kah
Pasal umno bacul la maka banyak jugak buku dan terbitan hantam kerajaan
Kah kah kah huk huk huk ptuih..
HARI INI DUA ORANG BAYI TELAH DILAHIRKAN DISARAWAK..DUA ORANG BAYI ITU BAKAL MENJADI PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PERDANA MALAYSIA SUATU HARI NANTI..SEBAB PADA MASA TU DUA ORANG BAYI ITU MUNGKIN LEBIH BERAKAL DARI YG ADA SEKARANG NI..NAK TAU SIAPA BAYI ITU ..BARU SAJA KELUAR BERITA DI SEMUA STESEN TV MILIK KERA...JAAN MLM INI.
eh...macam cerita terminator pulak...apapun peluang untuk bayi tu cuma di masa akan datang...
buat masa sekarang...ada sorang bayi juga yang dah cukup fed up dengan pkr dan pas...
bayi karpal namanya.
nyanyuk punya orang...
cakap sikit gelak banyak...
dah terminum kahak nik ajis ke?
pemimpin umno...dan dosanya
pemimpin pas ...dan dosanya
pemimpin keadilan dan dosanya
pemimpin dap kapiaq laknat dan dosa nya
dan kesemua penyokong2 parti dan dosanya...tiada yg maksum kecuali nabi..oleh itu muhasabah lah diri anda samada nak kutip banyak dosa atau pahala..adakah apa yg anda lakukan itu diredhai Allah dan rasulnya..berbaliklah kpd quran dan sunnah..sebaik2 peninggalan untuk umat manusia terutama yg di panggil islam....lebih baik ada pemimpin yg islam walaupun berdosa daripada mempunyai pemimpin yg kapiaq laknat.....pandai je tak cukup kalau tak de cerdiknye...lu pikir le sendriiiiiii...
betoi ke malaysianinsider cakap nizar nak jumpa paklah tak lama lagi? ada sapa2 tau ka
zali hanya kau sorang yg kaki angpu so bw2 la taubat....semua orng th yg umno kaki rasuah kaki ugut c4 x pyh la kau bela umno...
Penipu rakyat,
UMNO bukan saja bacul tapi juga pengecut. heeheh..hehe..heh
Kerana UMNO bacul dan pengecut pilihanraya yang sepatutnya diadakan tapi ditiadakan, hehehe..hehehe...
Kerana UMNO bacul dan pengecut guna kuasa istana tutup kelemahan, hehehe...hehehe,,hehehe...
Kerana UMNO bacul dan pengecut tak tunggu keputusan mahkamah untuk menentukan siapa yang berhak mentadbir negeri perak... heheh... heheh... heheh.....
Jumpa di blog orang lain. Boleh komen ke ?
------------------------
Rabu, 2009 Februari 11
Mustafa Ali pernah tegur Nizar beri tanah 999 tahun
Pada tahun lepas, pemimpin PAS Terengganu, Dato Mustafa Ali pernah menegur bekas Menteri Besar Dato Seri Muhammad Nizar mengenai tindakannya memberi tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru cina di Perak.
Menurutnya, hanya pada zaman British menakluk Tanah Melayu bahawa Raja-Raja Melayu telah ditipu untuk memberi tanah yang mana geran itu kekal selagi ada 'ada bulan dan matahari' seperti perjanjian sewaan tanah di Pulau Pinang antara Inggeris dan Sultan Kedah.
Kenyataan Mustafa Ali boleh dilihat di dalam blognya, bernama Politik Malaysia. Posting tersebut diterbit kembali di bawah ini:
Saturday, June 28, 2008
Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja
28 Jun
Dalam akhbar Utusan hari ini saya terbaca berita kononnya kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Mohamad Nizar Jamaludin becadang untuk memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun.
Bagi saya, ini satu maklumat baru dan jika benar, ia satu tindakan yang luar biasa sejak negara kita merdeka. Pemberian tanah di zaman selepas merdeka hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.
Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja seingat saya.
Jika tujuan pemberian tanah sebegini untuk mendapat political milege dari kumpulan tertentu, pada pendapat saya, kerajaan negeri juga perlu mengkaji kesan negatif dari kumpulan lain dalam negerinya.
Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya bukan untuk mendapat political milege sahaja. Tambahan lagi apabila ada maklumat yang mengatakan pajakan untuk kampung-kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum termasuk orang-orang Melayu hanya 99 tahun sahaja.
Oleh itu, sebagai Menteri Besar, beliau harus berhati-hati dalam membuat sesuatu kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti terlebih dahulu dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat samada yang menyokong kerajaan atau tidak bersama kerajaan.
Walau pun Nizar dan pemimpin parti PAS cuba menggunakan alasan adil kepada semua kaum, hujah politik berkesimpulan mudah ini diketepikan oleh Raja Muda Perak, YM Raja Nazrin.
Dalam satu ucapan di satu Persidangan beberapa bulan lepas, Raja Nazrin mendedahkan bahawa pada tahun 1950, Majlis Raja-Raja tidak setuju dengan British berkenaan Rancangan Briggs yang mewujudkan kampung-kampung cina yang serba lengkap dengan kemudahan. Semasa itu, ramai-ramai orang-orang asal Perak masih tidak mempunyai tanah.
Selain itu, Nizar cuba membawa alasan bahawa ada juga kaum Melayu yang mendapat tanah kampung baru dan orang-orang Melayu dianugerahkan tanah untuk membuka Sekolah-Sekolah Ugama. Isu utamanya masih tanah 999 tahun ini masih terlalu mengutamakan kaum pendatang Cina. Sepatutnya pemberiaan tanah dibuat berdasarkan Rancangan Kampung Tradisi kerana ia lebih mencapai sasaran penduduk asal Perak.
DYMM Sultan Perak tidak bersetuju dengan usul kerajaan Perak tersebut. Namun demikian, DYMM Tuanku sedia bertolak ansur untuk mencadangkan dianugerah hanya untuk selama 60 tahun sahaja. Permintaan DYMM Tuanku itu tidak diendahkan oleh Nizar dan kerajaan masih berdegil untuk menganugerah tanah selama 999 tahun.
Ada pihak yang memberitahu bahawa Nizar cuba memujuk exconya untuk menghadkan tempoh tanah kepada 99 tahun, tetapi jemaah exco yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP tetap berdegil.
Walaupun Nizar dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak, dia hanya dapat diterima setelah membuat persetujuan rahsia dengan DAP Perak yang dipanggil perjanjian Pangkor II.
Ramai pihak menganggap Nizar sebagai MB boneka yang akur kepada arahan dua ahli exco; Ketua DAP Perak, YB Datuk Ngeh Koo Ham and Setiausaha DAP Perak, YB Nga Kor Ming. Kedua-dua mereka ini adalah sepupu yang mempunyai pertalian saudara dengan pengganas Chin Peng, yang lahir di Lumut.
DYMM Tuanku Sultan sangat murka dengan kedegilan Nizar dan dipercayai menggesa pemimpin-pemimpin masyarakat Perak mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pemberiaan tanah yang dianggap bersalahan dari segi Kanun Tanah Negara.
YA ALLAH, hancurkan lah pemimpin2 umno bn yang cuba merosakkan keamanan bumi mu Malaysia ini. Mereka melakukan rasuah Ya Allah, Mereka Menculik dan mengugut wakil2rakyat kami Ya Allah, mereka mengambil hak rakyat utk kemewahan mereka Ya Allah. Hancurkan lah mereka2 yang cuba merosakkan "kapal" ini Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
aminnnnnnnnn
aminnnnnnnnnn
aminnnnnnnnnnnnn
aminnnnnnnnnn
aminnnnnn ya rabbal alaminnnn
Jaga-jaga, larangan ceramah politik dilarang di Perak.Nampak gaya, macam akan berlaku DARURAT kalau UMNO tak dapat menguasai kerajaan.
Hujah yang akan digunapakai bila jumpa Sultan, "Demi survival bangsa melayu"
kepada semua...sila lawati http://www.amkbukitkatil.blogspot.com/ mengenai penerangan DSAI mengenai isu Perak kepada semua ahli PKR negeri melaka..
"Mencegah lebih baik daripada berubat"... Itulah yang pihak berkuasa laksanakan. Sebagaimana yang kita ketahui ceramah-ceramah PR ni kebanyakannya mengandungi isi-isi fitnah dan menjuruskan ke arah menimbulkan atau meningkatkan kemarahan rakyat terhadap BN. Ini akan menjurus kepada tindakan ganas dan liar oleh penyokong... Itu yang pihak berkuasa cuba elakkan...Salahkah larangan ceramah dikeluarkan?...
Post a Comment