"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 11, 2009

Mengapa Nasaruddin Mat Isa Menjadi Penyambung Lidah UMNO dalam Isu Masjid/NgaKorMing?

Kita lihat Fraksi UMNO dalam PAS sudah pun mula mengambil sikap serupa dengan UMNO. Misalnya, dilaporkan Timbalan Presiden PAS berkata :
Aikk kenapa tiba-tiba menyebut pasal "kesepaduan Pakatan Rakyat"? Hakikatnya isu ini adalah eksploitasi UMNO semata-mata dan tidak seharusnya disokong oleh mana-mana kepimpinan PAS. Ia adalah fitnah UMNO untuk menyerang Pakatan Rakyat dan bukannya berasaskan kepada kebenaran.

Ustaz Nasa adalah MP dan Nga adalah MP. Kenapa Ustaz Nasa tidak boleh merujuk terus kepada Nga untuk mendapat penjelasan yang sepatutnya? Apakah Ustaz Nasa sudah tidak bercampur lagi dengan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat? Maklumat saya dapat, Ustaz Nasa lebih suka bercampur dan bergaul dengan MP2 dari UMNO bila di Parlimen. Itu pun kalau Ustaz Nasa ke Parlimen la.

(Pak Bakaq Haq ada bukti2 yang boleh dikeluarkan berkenaan prestasi dan kehadiran MP Bachok (dulu MP Yan) di Parlimen. Setakat ni Pak Bakaq terus tegar dengan dakwaan beliau).

Saya merujuk kembali kepada rakaman dialog Nasa dan Hasan Ali bersama blogger UMNO/pro UMNO. Dan saya mendapat sebab sebenar mengapa YB Nga diserang sebegini rupa :
Hasan Ali mewakili pemikiran Fraksi UMNO dan mereka yang pro UMNO dalam PAS. Mereka “ijma’” kejatuhan kerajaan Negeri Perak adalah kerana PAS Perak dikuda oleh DAP. Sebab itulah Nizar tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak. Kerana Nizar dipandang sebagai “kuda DAP”. (Tapi sebenarnya Nizar tak dilantik sebab tak lulus permohonan tanah. Tapi tu kita cerita lain.)
Fraksi UMNO menjadi penyambung lidah kepada fitnah-fitnah UMNO 

Dan dalam kes ini fitnah UMNO terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Jadi, dalam isu Masjid dan Nga Kor Ming ni tak heranlah Nasaruddin menjadi penyambung lidah UMNO. Umno timbul isu, Nasa sambut. Pemuda PAS sambut. UMNO untung sebab tak payah keluar duit, orang lain buat kerja untuk mereka. Selama ini susah mereka hendak tembus penyokong PAS, sekarang dah ada orang tolong kempen untuk mereka kepada ahli2 dan penyokong PAS.

Saya terpaksa mendedahkan rekording ini lagi bagi memberi gambaran betapa seriusnya saranan Tok Guru Nik Aziz untuk 3 orang itu dikeluarkan dari kepimpinan PAS. Pimpinan2 PAS ini sudah menjadi penyambung lidah pada UMNO dan kalau tidak dibersihkan mereka ini, PASTI PAS AKAN HANCUR BERKECAI-KECAI.

YB Zul Nordin sendiri membela YB Nga dalam isu ini . Sila rujuk penjelasan beliau yang maha jelas dan maha jitu itu.

Kalau Pemuda sambut tu saya tak heran lah sebab dia takda di Parlimen dan mungkin mereka tersalah faham. Walaupun bergitu itu sebenarnya tak boleh jadi alasan kerana mereka boleh telefon mana-mana MP PAS.

Kita masih tidak lupa tuduhan Pemuda PAS kepada Aziz Bari bahawa Aziz Bari agen UMNO. Dalam isu ini, Pemuda PAS lah yang menjadi agen UMNO kerana menari kepada gendang UMNO.

Kesimpulannya, saudara/ri sekelian, keberadaaan pimpinan2 PAS yang pro UMNO dan anti Pakatan Rakyat ini akan kelak menghancurkan Pakatan Rakyat. Juga, mereka akan memastikan kemenangan UMNO yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Kita jangan lupa, “Dokumen Negara Islam” yang diterbitkan oleh PAS sebelum 2004 telah memberi kemenangan yang GEMILANG kepada UMNO/BN pada PRU 2004. Mereka yang dibelakang dokumen itu, juga sekarang ini berada di belakang usaha merapatkan PAS dengan UMNO. Ertinya puak-puak ini ada rekod memenangkan UMNO dengan gemilang. Kemenangan UMNO 2004 adalah antara kemenangan UMNO yang terbaik dalam sejarah UMNO.

PERLU, PERLU, PERLU EGM SEBELUM 2011.

Sekali lagi saya kata, EGM adalah PERLU untuk membersihkan PAS dari anasir-anasir serta kutu-kutu UMNO yang kelak bakal menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini adalah salah satu contoh betapa pemimpin2 PAS ini akan menjalankan ‘jarum” UMNO dalam PAS. Bayangkan benda yang akan diceritakan pada ahli2 PAS secara dalaman kalau yang keluar secara luaran pun sudah teruk macam ni.

Tulang Besi

(Isu dana: Pemuda PAS mahu Nga jelaskan pendirian)

PETALING JAYA, Dis 11 — Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Taiping dari DAP Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada rumah ibadat bukan Islam.

Setiausahanya Kamaruzaman Muhamad berkata Pemuda PAS mengambil berat isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Justeru kata beliau pihaknya mahu semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama umat Islam menghormati hak-hak beragama semua rakyat negara ini.

"Kami mengharapkan masyarakat bertenang agar tidak menimbulkan sebarang konflik agama dan perkauman sehinggalah penjelasan dan penerangan sebenar daripada Yang Berhormat Nga terhadap isu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Kamaruzaman berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Nga berhubung perkara itu kerana Pemuda PAS amat menghormati kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan selaras dengan prinsip kebebasan beragama yang dipegang Islam.

"Pemuda PAS yakin prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan akan menghasilkan warganegara yang baik melalui pegangan agama yang mantap," katanya.

Kelmarin, Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 dan pada masa sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain.

Tindakan Ng itu telah menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang berpendapat tindakan mengungkit perkara berkenaan sebagai biadab dan menimbulkan sentimen perkauman.

Semalam Nga menegaskan kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.

Jelas Nga, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Prdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.

Nga yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.

‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya," katanya.

Tambah Nga beliau juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Harussani, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataannya.

PAS tidak sepakat isu dana bina masjid
Dis 10, 09 4:39pm

kemaskini 7.34pm - Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.

Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".

"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.

Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."

Pi Em Najib 1Malaysia: Garis Panduan Untuk Penulis Blog

Kata Pi Em Najib -

Garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah :
  1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat. (contohnya macam komen Pi Em Najib berkenaan isu Royalty Minyak Kelantan... "Jujur & Adil"..!)
  2. Jangan sekali-sekali menciplak. (contohnya macam slogan "1Malaysia"... langsung Pi Em Najib tak ciplak slogan 'PAS For All..!)
  3. Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan. (contohnya macam bila Pi Em Najib membuat kenyataan "Negara Akan Bankrup Kalau Harga Minyak Diturunkan..!" sumbernya dipautkan terus ke kepala otaknya...)
  4. Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut. (contohnya macam kenyataan Pi Em Najib bahawa Telaga Minyak Cakerawala bukan berada dalam perairan Kelantan... buktinya ialah Thailand dan Vietnam tidak membuat kerjasama dengan Negara Malaysia sebab 'bukan dalam perairan Kelantan"... orang bodoh je yang tak paham benda ni...)
  5. Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta. (contohnya kalau kalah banyak kali dalam PRK, tu maknanya "sokongan masih kuat berdasarkan komentar dan maklumat yang berfakta (baca auta))
  6. Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera. (contohnya macam bila Pi Em Najib keluarkan kenyataan yang dia tak kenal Sepul... sampai dah kantoi pun dia tak mintak maaf dan langsung tak mengaku di bohong..!)
  7. Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi. (citara yang baik ialah wanita Mongolia manakala rasa tahu yang mengerikan ialah bagaimanakah kesan letupan C4..! cool...)
  8. Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog. (baca blog Pi Em Najib... jelasss...!!!)
  9. Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi. (yang ni kena tanya Bik Mama)
  10. Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain. (piawaian yang tinggi ni korang kena study dengan Ajak Baginda... dia tau level piawaian yang Pi Em Najib suka... hahaha...!!!)
Najib berkata beliau mendapati piawaian seperti itu amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati serta produktif dan akan berusaha untuk patuh kepada piawaian itu sedapat mungkin.

Tambah lagi 1 - Piawaian untuk melayakkan seseorang tu jadi pemimpin atau mengepalai mana-mana institusi macam mana pulak..?

Aku rasa Pi Em Najib cuma pakai 1 standard piawaian je iaitu -
  • Bodoh...

Tazkirah Pagi Jumaat Oleh TGNA

Bila MB-MB negeri-negeri lain di 1Malaysia nak buat tazkirah tiap pagi jumaat macam TGNA..?

Pilihanraya Umum ke 13 pada 2011, Sebelum Pemilihan PAS

Maklumat yang saya dapat adalah Najib Tun Razak mahukan mandat yang segera sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mandat yang ada sekarang ini adalah mandat yang didapati oleh Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi dan bukan mandat beliau.

Maka, penasihat-penasihat di sekeliling beliau menyatakan bahawa mereka mahu mandat segera dan untuk itu perlu diadakan pilihanraya segera bagi menjamin kekukuhan pemerintahan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mereka bercadang untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum pemilihan PAS Pusat yang dijangka pada bulan Jun 2011. Biasanya Pemilihan PAS diadakan sewaktu cuti persekolahan. Maka, pilihanraya umum akan diadakan pada waktu yang sama menyebabkan PAS terpaksa menangguhkan pemilihan ini kepada selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Najib Mahu Menghadapi Pakatan Rakyat Dalam Keadaan PAS Dipimpin Kumpulan Pro UMNO

Itu adalah impian Najib Tun Razak. Itu adalah perancangan beliau sejak mula. Bayangkan apa yang pimpinan Pro UMNO yang sedang memimpin PAS sekarang boleh lakukan untuk membantu UMNO.

Sudah tentu mereka akan memilih senarai calon yang pro kepada aliran “Perpaduang”. Orang macam Khalid Samad dan Dr Dzul akan mendapati bahawa nama mereka telah digugurkan. Ini akan menyebabkan perpecahan yang teruk di kalangan jentera parti itu sendiri yang akan melemahkan jentera PAS itu sendiri.


Bayangkan kalau Roslan SMS yang dicalonkan bertanding di Parlimen Shah Alam menggantikan Khalid Samad? Hancurlah seluruh jentera PAS kelak.

Di peringkat Pakatan Rakyat juga laaaaaggiiii teruk. Pimpinan2 Pro UMNO dalam PAS ini sudah pun melakukan banyak perkara sabotaj kepada Pakatan Rakyat setakat ini. Bayangkan bila hampir dengan pilihanraya nanti.

Mereka cuma perlu untuk tidak berpartisipasi dalam mesyuarat2 sahaja untuk cukup menghapuskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Itu tidak termasuk kenyataan-kenyataan yang bakal dibuat kepimpinan PAS yang tidak sesuai dan tidak cocok untuk menghadapi Pilihanraya ke 13 kelak.

Dan dalam kes Hasan Ali kita lihat sendiri betapa Presiden PAS dengan mudah menolak kehendak serta kemahuan AJK PAS Pusat. Tiada apa-apa emosi pun yang beliau tunjuk sewaktu menolak kehendak AJK PAS Pusat. Ini bererti majoriti AJK yang pro PR itu TIADA MAKNA. Keputusan mereka akan ditolak mentah-mentah. PAS Pusat telah jadi macam PAS Terengganu.

Najib mahu PAS menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum kelak. BN akan mendapat kemenangan percuma sekaligus memenangi semula kerusi-kerusi yang mereka kalah serta menawan semula negeri-negeri yang mereka tewas.

Selepas UMNO kukuh semula, mereka akan tendang geng2 perpaduang dalam PAS ni macam tendang kucing. Segala yang mereka janjikan selama ini, mereka akan buang dalam tong sampah.

Ingat, Najib cuma perlu 55% dari undi popular untuk menawan kesemua kerusi dan negeri yang mereka kalah tempohari.

Umno Takut Dengan Cadangan EGM PAS

Saudara lihat sendiri bagaimana media Pro UMNO melaporkan cadangan Tok Guru untuk EGM dahulu. Nampak KETAKUTAN MEREKA YANG AMAT SANGAT akan idea EGM ini akan berjaya.

Selepas itu, demi memastikan idea EGM ini akan mati, mereka telah menyerang dan memfitnah Tok Guru dalam isu hadiah haji dan juga isu PMBK.

Tujuan mereka adalah melindungi pemimpin2 pro-umno dalam PAS yang sekarang ini sedang menjahanamkan PAS.

Pemimpin2 Pro UMNO ini sedang menyebabkan pengundi bukan Islam lari bertempirian dari PAS dan orang2 Melayu yang mempunyai akhlak dan integriti juga menjauhi PAS. Presiden PAS sendiri semakin hari semakin tidak popular dan apa yang Presiden buat?Beliau lebih suka menuduh orang lain memfitnah beliau dari membetulkan persepsi rakyat terhadap beliau. Jelas beliau masih belum bertaubat lagi.

Malahan saya mendapat maklumat dari blog Bagan Utama, sewaktu pelancaran buku berkenaan dengan Presiden PAS yang ditulis oleh UStaz Ridhuan Mohd Nor di salah sebuah expo buku, hanya 1 naskah berjaya dijual dalam 3 hari expo itu berjalan. Samalah macam Harussani Zakaria sewaktu beliau menhadiri satu expo dulu, orang ramai hanya berlari menjauhi beliau walaupun dia ni Mufti (walaupun dia tak tau cakap Arab tapi boleh jadi Mufti, heran heran).

Ekonomi dan Isu Perak serta GST Memerlukan Pilihanraya Umum yang Segera

Kiranya pada 2010 dan 2011 ekonomi tidak pulih, maka 2012 akan melihatkan ekonomi negara yang amat buruk. Tiada kerajaan dalam dunia mahu mengadakan pilihanraya dalam keadaan ekonomi yang merudum dan amat teruk.

Perak juga memaksa Najib mempercepatkan jadual pilihanraya Umum kelak. Isu Perak akan menjadi barah pada BN. UMNO amat memerlukan mandatebaru untuk kerajaan haram mereka di Perak. Kalau mereka tunggu, imej BN dan UMNO akan lebih hancur lagi.

Juga, GST yang dirancang oleh BN hanya akan berkuat-kuasa pada 2012. Kalau BN mengadakan pilihanraya di tahun yang sama GST dilaksanakan, ia seperti membunuh diri semata-mata.

PAS Perlu EGM Untuk Menyelamatkan PAS & Parti Serta Menjamin Keutuhan PR

Saya tak dapat nak kata. Bagi saya keperluan EGM ini adalah seperti darurat bagi PAS. Saya yakin cadangan EGM yang diberikan oleh Tok Guru tempohari adalah ilham dari Allah SWT untuk membantu PAS dari mengulangi 2004.

Ia ilham yang Allah SWT turunkan kepada Tok Guru sewaktu Tok Guru bertahjjud dan bersolat malam. Ia adalah pentunjuk bahawa Allah SWT akan menjaga PAS ini dan jangan takut untuk meneruskan agenda EGM ini. Inshaalah pertolongan Allah SWT bersama kita.

Tulang Besi

Kenyataan YB Nga Kor Ming Di Putar-Belit Media Perdana

Salam 2 all.

Saya telah membaca lapuran berkaitan kenyataan YB Ngar Kor Ming (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukkan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid-masjid di Malaysia bagi tempoh daripada 2000-2008.

Saya dapati kenyataan beliau tidak saperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.

Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah 'ibadah bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid.

Pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.

Beliau sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam saperti sekolah agama dan masjid.

Malahan YB Ngar Kor Ming dan lain-lain pemimpin DAP menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.

Bagi maksud itulah suatu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh YB Dato Seri Anwar, YB Dato Seri Hj Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam saperti yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan.

Saya percaya kenyataan YB Nga telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk agenda politik sempit bersifat chauvinistik perkauman.

Malahan kita sebagai umat Islam sepatutnya menghormati hak penganut agama lain untuk rumah 'ibadat mereka. Saya tidak nampak dimana salahnya mereka meminta sedikit bantuan untuk pembinaan rumah 'ibadat mereka.

Dibawah konsep daulah Islamiyyah, kita akan mera'ikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.

Ianya berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan dibawah Perlembagaan. Kalau itu berlaku, maka mereka akan termasuk golongan harbi. Dan kalau itu berlaku, saya akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan. Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.

Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. YB Nga cuma meminta bantuan dan peruntukkan bagi pembinaan rumah 'ibadat bukan Islam. Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid!

Walaupun tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan menurut Perlembagaan dan undang-undang negara, namun kalau kita ada lebihan peruntukkan apa salahnya membantu mereka. Selagi pembinaannya tidak menganggu umat Islam saperti apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, saya kira kita patut pertimbangkan. Kalau ada kita bagi sedikit bantuan, kalau tidak ada kita kata sahaja tidak ada..habis cerita.

Cuba bandingkan itu dengan tindakan orang Melayu sendiri yang menjual tanah rezab Masjid kepada syarikat bukan Islam saperti yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah di Sri Hartamas, Danau Kota dan lain-lain!

Cuba bandingkan dengan sikap orang melayu yang menarik balik peruntukkan Sekolah Agama Rakyat sehingga menyebabkan banyak SAR yang hari ini lumpoh, lesu dan ada yang terus hilang ghaibul ghuyub!

Bagaimana pula dengan perangai orang melayu yang mematikan institusi masjid dan mimbar dengan menyekat aktiviti 'ilmu dan da'wah di surau dan masjid?

Bagaimana pula sikap kita orang melayu dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Gerakan dalam konvensyen PGRM di Ipoh pada 08 Dis lepas yang mempertikaikan usaha kita untuk memartabatkan Islam, malahan mendesak supaya negara ini mengamalkan 'amalan sekular yang sebenarnya!

Kita tidak lupa inilah parti yang sama yang menyatakan orang Melayu adalah pendatang dalam negerinya sendiri! Dan saya tidak lihat akhbar atau pemimpin melayu mengkritik Parti Gerakan, atau mengambil tindakan tegas terhadap PGRM, Malahan semasa saya bangkitkan isu penjualan tanah-tanah masjid di Kuala Lumpur oleh MAIWP ini, tiada seorang pun wakil rakyat melayu yang bangun menyokong atau membantu saya. Mereka diam sahaja seribu bahasa!

Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?

Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masa depan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Zulhijjah 1430
10 Disember 2009

Royalty Minyak: Lawan "Perompak" Sampai Menang..!

Isu Royalty Minyak Kelantan masih tak nampak penghujung atau jalan penyelesaiannya kecuali dengan 1 cara sahaja. iaitu KERAjaan pusat kembalikan hak negeri Kelantan seperti yang telah termaktub didalam perjanjian awal tanpa berdolak-dalik.

Menteri-Menteri gila dalam UMNgOk/Beer eNd bersilih-ganti menonjolkan keBANGANGan masing-masing dalam mempertahankan hasil rompakan dari dituntut oleh empunya hak iaitu negeri Kelantan.

Yang paling-paling kita jelas ialah, masing-masing (Menteri-Menteri gila dalam UMNgOk/Beer eNd) sibuk mempertahankan atau menjilat-jilat "belakang" bapak perompak iaitu Pi Em yang "gah" dengan slogan "1Malaysia"... "1malaysia" dirompak sebenarnya..!

Bersekongkollah korang dengan "Bapak Perompak", "Bapak Pembunuh", "Bapak Pengebom", "Bapak Peliwat" dan segala macam yang "bapak-bapak". makin rajin korang bersekongkol, makin senang rakyat 1Malaysia menilai kejujuran korang dalam mempertahankan hak rakyat.

Bagi rakyat Kelantan pulak, aku yakin sangat-sangat bahawa majoriti dari mereka (termasuk aku) akan bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperjuangkan hak negeri kami. "Pulangkan Hak Rakyat & Negeri Kelantan..!". itu yang dah tertanam dalam jiwa masing-masing.

Selepas ini, MAMPAT akan memulakan langkah pertama dalam misi memberi penerangan kepada rakyat Kelantan dan juga seluruh 1Malaysia terhadap isu royalty yang selama ini telah diputar-belit oleh media perdana & juga menteri-menteri gila dalam KERAjaan Pusat.

Di Kelantan pula, beberapa pihak bukan Kerajaan sedang mengembleng tenaga mengumpul seberapa ramai yang boleh individu-indvidu yang akan memikul tanggung-jawab secara sukarela untuk mengadakan 1 roadshow keseluruh pelusuk Negeri Kelantan dalam misi penerangan isu royalty minyak.

Seluruh rakyat Kelantan akan disatukan tidak kira apa fahaman politik dan berbagai program akan diadakan diatas nama "Royalti Minyak: Kembalikan Hak Rakyat Kelantan..!". segalanya akan dijayakan sehingga hak rakyat & negeri Kelantan dikembalikan.

Ada cadangan dari beberapa pihak supaya Kerajaan Negeri Kelantan menaikkan Papan Billboard sebesar yang boleh disetiap pintu masuk negeri Kelantan dan juga disimpang-simpang dibandar-bandar utama negeri Kelantan yang tertulis "Royalti Minyak: Kembalikan Hak Rakyat Kelantan..!".

Segalanya masih dalam perancangan dan sama-sama kita berdoa semoga ianya menjadi kenyataan sekaligus meningkatkan tekanan kepada KERAjaan Pusat.

"BIAR DUNIA TAHU BETAPA ZALIM DAN RAKUSNYA KERAJAAN PUSAT DALAM MEREALISASIKAN SLOGAN - 1MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..!"

Jangan fikir rakyat Kelantan dan Terengganu itu sama pemikirannya..!