- “Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."(Keseluruhan artikel boleh dibaca di bawah)
Ustaz Nasa adalah MP dan Nga adalah MP. Kenapa Ustaz Nasa tidak boleh merujuk terus kepada Nga untuk mendapat penjelasan yang sepatutnya? Apakah Ustaz Nasa sudah tidak bercampur lagi dengan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat? Maklumat saya dapat, Ustaz Nasa lebih suka bercampur dan bergaul dengan MP2 dari UMNO bila di Parlimen. Itu pun kalau Ustaz Nasa ke Parlimen la.
(Pak Bakaq Haq ada bukti2 yang boleh dikeluarkan berkenaan prestasi dan kehadiran MP Bachok (dulu MP Yan) di Parlimen. Setakat ni Pak Bakaq terus tegar dengan dakwaan beliau).
Saya merujuk kembali kepada rakaman dialog Nasa dan Hasan Ali bersama blogger UMNO/pro UMNO. Dan saya mendapat sebab sebenar mengapa YB Nga diserang sebegini rupa :
Fraksi UMNO menjadi penyambung lidah kepada fitnah-fitnah UMNO
Dan dalam kes ini fitnah UMNO terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Jadi, dalam isu Masjid dan Nga Kor Ming ni tak heranlah Nasaruddin menjadi penyambung lidah UMNO. Umno timbul isu, Nasa sambut. Pemuda PAS sambut. UMNO untung sebab tak payah keluar duit, orang lain buat kerja untuk mereka. Selama ini susah mereka hendak tembus penyokong PAS, sekarang dah ada orang tolong kempen untuk mereka kepada ahli2 dan penyokong PAS.
Saya terpaksa mendedahkan rekording ini lagi bagi memberi gambaran betapa seriusnya saranan Tok Guru Nik Aziz untuk 3 orang itu dikeluarkan dari kepimpinan PAS. Pimpinan2 PAS ini sudah menjadi penyambung lidah pada UMNO dan kalau tidak dibersihkan mereka ini, PASTI PAS AKAN HANCUR BERKECAI-KECAI.
YB Zul Nordin sendiri membela YB Nga dalam isu ini . Sila rujuk penjelasan beliau yang maha jelas dan maha jitu itu.
Kalau Pemuda sambut tu saya tak heran lah sebab dia takda di Parlimen dan mungkin mereka tersalah faham. Walaupun bergitu itu sebenarnya tak boleh jadi alasan kerana mereka boleh telefon mana-mana MP PAS.
Kita masih tidak lupa tuduhan Pemuda PAS kepada Aziz Bari bahawa Aziz Bari agen UMNO. Dalam isu ini, Pemuda PAS lah yang menjadi agen UMNO kerana menari kepada gendang UMNO.
Kesimpulannya, saudara/ri sekelian, keberadaaan pimpinan2 PAS yang pro UMNO dan anti Pakatan Rakyat ini akan kelak menghancurkan Pakatan Rakyat. Juga, mereka akan memastikan kemenangan UMNO yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Kita jangan lupa, “Dokumen Negara Islam” yang diterbitkan oleh PAS sebelum 2004 telah memberi kemenangan yang GEMILANG kepada UMNO/BN pada PRU 2004. Mereka yang dibelakang dokumen itu, juga sekarang ini berada di belakang usaha merapatkan PAS dengan UMNO. Ertinya puak-puak ini ada rekod memenangkan UMNO dengan gemilang. Kemenangan UMNO 2004 adalah antara kemenangan UMNO yang terbaik dalam sejarah UMNO.
PERLU, PERLU, PERLU EGM SEBELUM 2011.
Sekali lagi saya kata, EGM adalah PERLU untuk membersihkan PAS dari anasir-anasir serta kutu-kutu UMNO yang kelak bakal menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini adalah salah satu contoh betapa pemimpin2 PAS ini akan menjalankan ‘jarum” UMNO dalam PAS. Bayangkan benda yang akan diceritakan pada ahli2 PAS secara dalaman kalau yang keluar secara luaran pun sudah teruk macam ni.
Tulang Besi
(Isu dana: Pemuda PAS mahu Nga jelaskan pendirian)
PETALING JAYA, Dis 11 — Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Taiping dari DAP Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada rumah ibadat bukan Islam.
Setiausahanya Kamaruzaman Muhamad berkata Pemuda PAS mengambil berat isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.
Justeru kata beliau pihaknya mahu semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama umat Islam menghormati hak-hak beragama semua rakyat negara ini.
"Kami mengharapkan masyarakat bertenang agar tidak menimbulkan sebarang konflik agama dan perkauman sehinggalah penjelasan dan penerangan sebenar daripada Yang Berhormat Nga terhadap isu ini," katanya dalam satu kenyataan.
Kamaruzaman berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Nga berhubung perkara itu kerana Pemuda PAS amat menghormati kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan selaras dengan prinsip kebebasan beragama yang dipegang Islam.
"Pemuda PAS yakin prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan akan menghasilkan warganegara yang baik melalui pegangan agama yang mantap," katanya.
Kelmarin, Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 dan pada masa sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain.
Tindakan Ng itu telah menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang berpendapat tindakan mengungkit perkara berkenaan sebagai biadab dan menimbulkan sentimen perkauman.
Semalam Nga menegaskan kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.
Jelas Nga, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Prdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.
Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.
Nga yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.
‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya," katanya.
Tambah Nga beliau juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Harussani, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataannya.
PAS tidak sepakat isu dana bina masjid
Dis 10, 09 4:39pm
kemaskini 7.34pm - Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.
Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.
Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.
Beliau (foto kanan), yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."
Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.
Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".
"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.
"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."
"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.
Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".
"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.
Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.
Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.
Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.
Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.
Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.
Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.
Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."
43 comments:
Aku salah seorang yg tak sokong UG.
Aku juga salah seorang yg tak sokong TB & TP dalam soal mengkritik lebih2 pada DHA & Nasa kerana kau orang berdua dah sedia maklum kan....issu UG dah ditutup buku.
Penulisan negatif si TB & TP mengenai DHA & Nasa nampaknya hanya lebih kepada seolah2 nak membalas dendam atau sakit hati.
Itu yg aku nampak. Betol kannnnn....!!!!
.
Aku juga salah seorang yg tak sokong TB & TP dalam soal mengkritik lebih2 pada DHA & Nasa kerana kau orang berdua dah sedia maklum kan....issu UG dah ditutup buku.
Penulisan negatif si TB & TP mengenai DHA & Nasa nampaknya hanya lebih kepada seolah2 nak membalas dendam atau sakit hati.
.
Kalau tutup buku sebab apa masih berlaku aktiviti2 anti PR macam ini?
Apalah nak jadi dgn PAS ni..bila DAP hina dan pertikai Islam maka segeralah mereka membela dgn memberi pelbagai alasan dan hujah yg diterjemahkan dari Al-Quran. Mereka membela DAP lebih dari saudara seagamanya. Malah DAP diberi muka, disayangi dan dipuja lebih dari Presiden dan Timb Presidennya. Jika diamati kelakuan dan sikap ahli-ahli taksub PAS ini, mereka sanggup, rela dan akan tergamak utk membunuh saudara segama mereka demi utk menegakkan DAP yg dianggap saudara yg disayangi lebih dari akidah dan iman mereka..Semuga Allah mengampuni mereka yg telah sesat ini..
pada aku la
itu namanya SUARA DEMOKRASI bukan DEMOKRAZY ,mcm belah sana kata kebebasan media tapi hampeh.
apa yang orang orang yang naik nama tu MUNGKIN AKAN MEMBAHAYAKAN PR khususnya parti yang aku SAYANGI ini ......
pilihanraya semakin dekat
JANGAN SAMPAI PASAI DUA TIGA KERAT
PR JATUH DENGAN LUKA BERBIRAT
JIKA ANDA SAYANGKAN KEMENANGAN PR
JOM KITA BERSAMA SEPAKAT
KEMPEN SELAMATKAN PAS
KEMPEN SELAMATKAN PR
KEMPEN SELAMATKAN KEMENANGAN PR
AYUH KITA SELAMATKAN DAN
PERTAHANKAN PR
DAN LUASKAN RADIUS KEMENANGAN PR
AKAN DATANG
DENGAN IZIN ALLAH
KITA MESTI BOLEH
PERCAYALAH KEPADA KUASA ALLAH DALAM SETIAP PERBUATAN KITA
-cik anon ckp,Aku salah seorang yg tak sokong UG.
Aku juga salah seorang yg tak sokong TB & TP dalam soal mengkritik lebih2 pada DHA & Nasa kerana kau orang berdua dah sedia maklum kan....issu UG dah ditutup buku.
-mmg la ko tak skong UG, tp ko sokong fraksi umno dlm pas..tak ke bangang tue!!!
-zargus-
Benda kecil nak di besar2kan....ape bendenye...
Si TB & TP x ubah mcm Utusan Meloya bila mengolah ayat.
Mungkin kerana sakit hati pada DHA & Nasa mereka nak sensasikan apa saja yg DHA & Nasa buat waema kenyataan yg mungkin tak la teruk sangat bercanggahnya dikacamata umum. Ada saja yg tak kena....dan ada saja yg nak mengenakan DHA & Nasa.
Sakit hati sangat ke pada DHA & Nasa. atau memang sengaja nak mencetuskan perasaan benci pada DHA & Nasa.
Apakah benar si DHA & Nasa ni talibarut UMNO..atau lu orang pakai hentsam kromo aje.
Sudahkah kau orang berdepan dan tanya DHA & Nasa muka-ke-muka...???
Atau kau orang cuma terpengaruh pada tulisan si TB & TP ni aje. Dia orang berdua ni mmg la....tulis cam tu sbb yg sorang tu frust sbb x dpt jadi CEO. Manakala yg sorang lagi tu terlebih berpandangan jauh tanpa melihat keadaan sebenar (peristiwa dan kejadian ketika itu).
UG dah ditup buku, jarum2 fraksi UMNo masih banyak.
Komentar di sini pun dah jadi bukti.
Ustadz Nasha tak nak bertobat ke lagi selepas dah "dipukul" Tuhan masuk hospital?
Takkan bila cakap cam tupun kau orang terus tembak dia dan mengatakan dia talibarut UMNO...
Kolot betol la kau orang ni....
Kalau cam tu...bila kau orang cakap dgn kawan2 umno kau orang...orang lain boleh tembak kau orang pulak la...ie. kau orang dah jadi talibarut UMNONogok tu..???
Kau orang suka ke...???? Jgn singkat fikiran la...jgn jadi Ngok mcm org2 Umno Ngoktu la.
utk anon 9.03pm. kau tetap nak sokong orang islam yg musuh islam ke?
anon 9.17pm. x payah bersemuka sbb perbuatan dia je dh menunjukkan niat dalam hati.
lawak orang islam melayu. marah org nak bina kuil, tokong dan gereja tp x marah pemimpin melayu islam yg lulus lesen judi dan arak....ha...ha...ha... melayu memang mudah lupe dan bebal...
Itu la kau orang....sikit punya halpun...dah pandang negatif pada DHA & Nasa.
Kes yg kau orang suka panjang2kan tu kan dah di tutup buku. Perkara lama kenapa masih melalut2 lagi hah....!!!
Kau org ni memang la sakit hati...dan busuk hati pada DHA & Nasa. Suruh bertemu muka dgn DHA & Nasa kau orang tak berani. Cuba pergi jumpa DHA & Nasa dan tanya mereka adakah mereka menyokong UMNO.
Bolehkah kau org rasa sesuatu itu (manis/masin) dgn hanya menyebut benda tu manis.masih saja????
Guna otak la sikit....!!!
TB, fraksi umno dalam Pas nak jadi kafir macam parti umno, termasuklah Hadi. Parti umno pun kafir juga kenapa tok ali sewel tu dok bersekongkol. dia dah jadi kafir dan murtad kot sekarang ni? Pasal umno tu bersekutu dengan kafir juga dan tuhan mereka tu asabiyyah.
Ramai di antara kita ni cuma Islam sbb keturunan. Bukan Islam tulen. Cakap pandai, suka pandang rendah kpd org lain, merasa diri lebih hebat drp org lain. Riak dgn ilmu yg ada dan perasan dgn amalan yg menunjuk2. Nasihat aku kpd semua...kalau kita kenal Allah, kita pasti akan menitis air mata bila bersolat atau bertasbih kpdNya. Kalau niat kita ikhlas dan tawadduk, pahala amalan kita akan sampai ke langit ke tujuh.
Saudara ku seagama...betulkan solat anda terlebih dulu sebelum kita mencari kesilapan saudara kita yg lain. Fikir-fikirkanlah...
Kan aku dh cakap berkali2 yg UG dah di tutup buku...DHA, NASA or yg terbaru TGHH dh bg tau itu kisah lama. Kenapa nak di panjang2kan lagi. Apa yg mereka sampaikan xda kena-mengena dgn fraksi/talibarut UmnoNgok tu.
Kenapa kau org masih tak faham2...atau mungkin kau org sendiri yg fraksi/talibarut UmnoNgok kerana suka sgt memainkan peranan dgn menanam kebencian pada DHA, Nasa & TGHA..??
Apakah kau orang sanggup menghadapi masyarakat luar bilamana masyarakat menganggap kau orang sebagai fraksi/talibarut UmnoNgok???
aku hairan cam mana org yg mengaku PAS sejok kecil dan mengaku ayahnya pembela DEB dan ahli PAS menggunakan sumber bukan dari lidah rasmi PAS kemudian menghentam pimpinan PAS. Kemudian nya mengajar pimpinan PAS merujuk terus kepada Nga untuk mendapat penjelasan yang sepatutnya?
Sedangkan dia tidak pula merujuk terus kepada Nasa untuk mendapat penjelasan yg sepatutnya.
Org PAS semua tahu lidah rasmi PAS adalah harakah.. lihat saja disini apa harakah kata Dana Masjid: Laporan Malaysiakini didakwa cuba lagakan pemimpin PAS, atau harakahdaily sekarang telah juga jadi Fraksi UMNO? Dan sejak bila pulok Malaysiakini menjadi lidah rasmi PAS atau PR?
aku nok tanya TB ko tahu ke apa kata2 YB Nga dan kata sebenar Nasa? ke ko hanya ambik dlm internet saja? (sudah barang tentu harakah bukan rujukan TB)
klu tak tahu senyap doh lah.. jangan tunjuk sangat yg kita tu masih menaruh harapan dgn jawatan CEO tu..
cuba ko teka, sejok ko kemarut dgn jawatan CEO ni berapa org dok yg baca tulisan ko ni berjaya ko tarik masuk PAS dok pun PR, dan ko teka pulok berapa org yg mula2 nak kenal dgn PAS dan PR kemudian tengok cara ko maki2, mencarut2, gila2 ke CEO, kemudian lari? Cuba ko teka?
Macam orang UMNO aje ulang perkara yang sama. PAS solat dua iman. isu kafir mengkafir!!
TB = UMNO
Cakap benci UMNO tapi perangai sama dengan UMNO.
Kata Islam tapi perangai macam syaitan
TB...tolong jangan laga2kan pemimpin PR. Kalau ada lagi artikal laga2 selepas ini, maka barangkali ko adalah talibarut UMNO...
AWASSSSSSSS
tadi ada org edar jadual kuliyyah maghrib ustaz Azhar Idrus di surau.. kat bawah sekali ada tertera..
tertakluk pada perubahan........
'Hendaklah tukang-tukang cerita waspada terhadap hal-hal bohong dan hikayat-hikayat yg menyajikan perbuatan salah, atau yg tujuan baiknya tidak dapat difahamkan oleh umum. Atau, cerita itu merupakan satu pertaruhan antara yg baik dgn buruk, lalu yg buruk mendapat pembelaan yg berlebihan sebelum dikalahkan oleh yg baik. Tanpa disedari, hal ini memberanikan org berbuat dosa.'(Iman al-Ghazali dlm kitabnya-Ihya' Ulumuddin)
NGA KOR MENG TU KAFIR HARBI, TAKAN UST NASA NAK SOKONG, SI BODOH MACAM NIK AJIS JE YANG GILE2 SOKONG KAFIR HARBI TU...
Anonymous wirautama said...
aku nok tanya TB ko tahu ke apa kata2 YB Nga dan kata sebenar Nasa? ke ko hanya ambik dlm internet saja? (sudah barang tentu harakah bukan rujukan TB)
klu tak tahu senyap doh lah.. jangan tunjuk sangat yg kita tu masih menaruh harapan dgn jawatan CEO tu..
cuba ko teka, sejok ko kemarut dgn jawatan CEO ni berapa org dok yg baca tulisan ko ni berjaya ko tarik masuk PAS dok pun PR, dan ko teka pulok berapa org yg mula2 nak kenal dgn PAS dan PR kemudian tengok cara ko maki2, mencarut2, gila2 ke CEO, kemudian lari? Cuba ko teka?.
Sudah lah wira buruk, kau tak layak nak persoal TB.
Kau taraf Bangla Alam Flora. Kau taraf bangsat.
Kau keturunan pencuci jamban
Blogger BatuApi said...
Macam orang UMNO aje ulang perkara yang sama. PAS solat dua iman. isu kafir mengkafir!!
TB = UMNO
Cakap benci UMNO tapi perangai sama dengan UMNO.
Kata Islam tapi perangai macam syaitan
December 12, 2009 1:32 AM.
Batu Api,
Kao bila nak sumpah. TB dah sumpah dah.
kao takda telur ke?
MALAYSIABARU.COM SAID,
seronoknya baca komen komen orang yg sama di atas. 1 orang mengomen sampai 20 kali.. ha...kuat jugak penyokong UG ni..
cyber trooper penyokong DHA dan Nasha ni bergandingan macam blogger Mukhriz yg di bayar berjuta juta utk hentam KJ.
SEKARANG DHA DAN NASHA MAIN KUASA DUIT PULAK. projek cuci masjid dan repair masjid yg tak patut repair dpt kat sapa? aku nak tanya pemuda PAS selangor sapa dpt? hasil duit projek ni di guna utk bayar cybertrooper DHA dan Nsaha ker?
KNP AHLI AHLI PAS BODOH SANGAT SEHINGGA SANGUP PAS KALAH ASAl ISLAM TAK KALAH.?
ape benda yg PRESIDEN PAS DAH AJAR KAT MANGKUK SERBAN ni?
BIAR PAS KALAH ASAL ISLAM TAK KALAH DLM NAK MENEGAKAN ISLAM?
kalau pas kalah pru 13 mcm mana nak tegakan islam? takde kuasa, takde authorirty di peringkat persekutuan?
BODOOOOOH NYER PRESIDEN , KP PEMUDA PAS NI...
last word..... PAS toksah berpolitik, dok kat reban masjid mtk tuhan turunkan emas dr langit lagi bagus...biar ajer ANWAR yg lagi cerdik je memimpin gerakan ISLAM dan KEADILAN di MALAYSIA ni..'
petikan
www.malaysiabaru.com
Toksah nak cakap banyak wahai pencacai2 TB & TP.
Hangpa pergi interview terus si DHA, Nasa & TGHA....tanya terus sokong UmnoNgok ka atau sokong Pas....Jadi fraksi UmnoNgok ka atau tidak.,,???
Aku yakin itu cara yg paling baik...ni tak.....nak tembak dari jauh....entah betul ka atau salah ka sasaran tembakan tu. Kalau tersasar tembakan tu...kau orang akan merosakkan nama kau sendiri dan yg paling teruk jamaah akan terpalit bau busuk perbuatan kau orang ini.
So, aku sarankan pada TB & TP jumpa terus empunya diri dan tanya pendirian mereka. Jangan dok sedap kepala otak nak hentam orang aja....!!!!!
pemuda harapan 1malaysia on Sat, 12th Dec 2009 6:14 am
Assalam1 malaysia….
aku ni selaku rakyat disini ingin bersuara..kat nik aziz yang semua orang sembah di kelantan…kenapa mahu didoakan kepada perdana menteri dato najib?..dia telah banyak melakukan perbuhan kepada 1malaysia…perdana menteri kita ibarat peganti rasul dimuka bumi ini..cuba anda lihat pelbagai tohmahan diberikan kepada dato najib tetapi beliau relaks…sebab tuhan memberikan kekuatan & kesabaran…kerana pm kita ada ciri maksum & muslim sejati yang patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat dunia…sedarlah wahai umatku islam sekalian janganlah kita berbalah tentang seorang yang belum tentu tuhan janjikan syurga seperti TGNA…tak semestinya dia pandai agama dia masuk syurga….sayangilah pemimpin kita doakan pemimpin kita agar dia akan menjadi pemimpin islam yang sebenar di alaf kemodenan ini….saya amat yakin dato najib dapat melakukan peruhan kepada 1malaysia & islam yang baru yang lebih refondum & intelektual & spiritual….
sekian salam assalam 1Malaysia…
#
pemuda harapan 1malaysia on Sat, 12th Dec 2009 6:27 am
Assalam1 malaysia….
JANGAN kita lihat orang yang pandai bercakap tentang agama dia semestinya betul 100%.
katakan ada seorang pelacur yang terpaksa mmenjual tubuh kerana sesuap nasi untuk keluarganya tak kan dia nak dapat dosa kerana dia lakukan bukan dengan kerelaan hatinya…kalu dia berdosa mana keadilan…dalam asma al-husna kata tuhan maha adil?ini adilkah namanya..?tolong jawab..?
adakah semua orang pas masuk syurga ?tak semestinya…& tak juga semua orang umno jahat..rakyat hanya ditipu oleh si dajjal TGNA & anwar si peliwat sebab itu dia nak menghancurkan islam….
hadis2 di atas tidak semuanya betul 100%..& ada beberapa ayat2 al-quran perlu dikaji semula sebab kita bukan berada di zamnan dahulu kala…nabi hidup dizaman pra sejarah…kita dizaman moden….pls laa…hanya umno sahaja yang tahu kebenaran sebab itu umno sahaja yang layak memimpin malaysia..sebab itu tuhan berikan kemenangan kepada bn memerintah 52 tahun….itu sudah terbukti tuhan menyebelahi umno..bukan pas,pkr & dap..
pls la kawan2 wake up from ur dream….tengok rata orang umno tuhan memberikan kesenagan kerana manjaga rakyat dengan baik menjalankan tugas seprti yang direncanakan..insyaalah tuhan akan berikan kemengan pada pru 13..dan selamnaya pada umno…
sekian assalam 1Malaysia…
komen dr puak umno karat dalam forum di http://ohartis.com/2009/12/panas-bila-aznil-menegur-tuan-guru-nik-aziz/
Pasai ni lah org islam lemah,sebab pecah belah sesama islam,lebih buruk lagi sampai tahap caci mencaci sesama islam.Sedangkan apabila org islam itu caci mencaci,maka Allah swt tak akan pandang mereka lagi.Ustaz2 dlm PAS dan UMNO tak pernah terangkan perkara mcm ni ke?tak pernah dakwahkan org islam supaya bersatu?Kenapa lebih banyak kita mencari keburukan dan mengaibkan saudara seagama kita sendiri?Sekarang ni Mengata-mencaci, mencari aib mcm dah jadi benda yg syok pulak buat penyokong2 PAS dan UMNO ni.Umat islam akan hancur jika perkara mcm ni berterusan.Sama2 lah kita muhasabah diri kita masing2 dan menyeru seluruh umat islam kearah penyatuan.Wallahu `Alam
Untuk sokong mana2 parti POLITIK itu adalah hak individu masing2,samaada yg beragama ISLAM atau bukan.Tapi jgn lah sampai kita sebagai seorang MUSLIM berpecah belah,caci mencaci,maki memaki,kafir mengkafir sesama kita.Biarkan kita berbeza ideologi politik,tetapi jgn sampai perbezaan ideologi ini menyebabkan kita berpecah dari ukhwah islamiah.Seorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yg lain didunia dan akhirat.Mari lah kita hentikan fitnah,caci mencaci dan maki memaki sesama kita.Mari lah kita sama2 fikirkan bagaimana seluruh umat islam dapat disatukan,kerana kekuatan sebenar islam itu akan datang apabila umat ini bersatu.Wallahu`Alam
Kalau betul2 sokong untuk tegakan syiar islam...islam kan diri dulu brother....jgn setakat nak menulis konon2nya sokong islam,tapi menjadi asbab yg memecah belahkan org islam.
ISLAM yg NABI saw ajar,dari hujung kepala sampai hujung kaki,amalan dari bangun tidur sampai lah tidur semula..muamalat,muasyarat,imaniat,aqidah dan akhlak.Perlu ISTIQAMAH sehingga akhir hayat.
Kesimpulannya,jgn menulis merapu,kalau sekadar nak pecah belahkan org islam.Kalau betul2 sayang agama ISLAM sayang NABI saw,belajar dan ikut cara NABI saw yg sebenarnya,jgn sekadar menulis yg bolen menyebabkan perpecahan dikalangan org islam..Wallahu `Alam
Kenapa perlu kita caci mencaci dan membuka aib saudara kita sendiri?UMNO ke PAS ke sama saja..dua2 parti POLITIK,bukan jemaah ISLAM.Dua2 parti politik yg mengamalkan politik demokrasi ciptaan YAHUDI..
Nasha wayang kuat..Kalau betul2 ikhlas berjuang kerana nak tegakan syiar ISLAM...letak saja jawatan sebab hang NASHA dah jadi asbab fitnah pada org islam dan asbab perpecahan yg lebih besar.Adakah hang akan letak jawatan??Jawapannya TIDAK sama sekali,sebab hang berjuang bukan utk ISLAM,tapi untuk kepentingan peribadi dan politik hang,demi jawatan,kuasa,RM,projek DLL..atas maksud DUNIA.Sikit pun takde kena mengena dgn perjuangan ISLAM.Hang NASHA kalau ya pun tak malu dgn manusia(SEMUA TAU AKAI OTA PEMBUHUNG HANG NASHA)malu lah lah sikit dgn ALLAH..geng2 perpaduang ni pun serupa juga..DHA,mustapa ali,hassan ali,idrus,roslam sms dan lain yg terlibat.Hangpa tolong lah malu sikit dgn ALLAH..hangpa nak tipu org boleh lah..(TIPU PUN DAH PECAH LUBANG)ingat sikit,semua yg hangpa buat ada dalam rekod yg akan dipaparkan pada hangpa di pdg Masyar nanti..AKAI ADA KA???
Anonymous Anonymous said...
Kalau betul2 sokong untuk tegakan syiar islam...islam kan diri dulu brother....jgn setakat nak menulis konon2nya sokong islam,tapi menjadi asbab yg memecah belahkan org islam.
ISLAM yg NABI saw ajar,dari hujung kepala sampai hujung kaki,amalan dari bangun tidur sampai lah tidur semula..muamalat,muasyarat,imaniat,aqidah dan akhlak.Perlu ISTIQAMAH sehingga akhir hayat.
Kesimpulannya,jgn menulis merapu,kalau sekadar nak pecah belahkan org islam.Kalau betul2 sayang agama ISLAM sayang NABI saw,belajar dan ikut cara NABI saw yg sebenarnya,jgn sekadar menulis yg bolen menyebabkan perpecahan dikalangan org islam..Wallahu `Alam
December 12, 2009 4:04 PM.
Sokong UMNO tu perangai orang Islam ke?
askum bro TP.....
gua rasa cukup2lah nak serang pimpinan2 dari parti sendiri...
alangkah baiknya sekarang ni kita kukuhkan kekuatan untuk attack BN/UMNGOK laknatullahi alaihim....
Gua pun tak suka juga dengan fraksi UMNO@geng UG dalam PAS ni..tapi Insyaallah mereka2 ni takkan lama dlm perjuangan...
takkanlah disebabkan satu cadangan(peribadi) iaitu bekerjasama dengan UMNO BABI pasca PRU12 yg lalu menyebabkan ramai ahli2 PAS yg melatah hingga sanggup mencaci maki pimpinan seperti TGHH...apa disebabkan satu pandangan bersifat peribadi kita telah melupakan jasa2 TGHH selama berpuluh tahun dalam PAS....
KITA SIAPA?
apa jasa kita dalam PAS?
apa jasa kita dalam dakwah Islamiah?
TGHH sendiri dah mengaku tuk tutup buku isu UG ni sudah2 lah bro..
aku merayu kat TP&Tulang BEsi&AT...
cukup2lah.....
Biarlah muktamar akan datang menentukan nasib mereka...
sekarang masa untuk kita bersatu bro...
mana Perisik Rakyat yang dulu..
waa Rindu Ketajaman tulisan lu dalam menghiris musuh2 kita BN/UMNGOK suatu ketika dulu..
bab lu ada masalah peribadi @ tidak BULLSHIT...biarkan saja...masa akan menentukan seGALANYA....
salamzzz
Karatbiru@gmail.com
ntah...
aku dah jadi tak paham skrg ni.........
tolong............
apa sudah jadi.........
timbalan presiden pas - yang jaja merata pelusuk kawasan bahawa pertemuan dalam gelap pas dengan umno "dipersetujui oleh majlis syura ulama". pertemuan yang dinafikan sebelum orang yang ditemui mendedahkan bahawa sudah TIGA kali bertemu. apabila produk yang dijaja tidak mendapat sambutan, dijaja pula ubat bernama "wala'". yang terbukti mujarab apabila disulami dengan "kepimpinan ulama tercabar" menjelang muktamar 55.
semasa mencabar jawatan no 2 pada 2005, nasha ini dipopularkan dengan jenama "profesional". pada 2009, dia sudah berjenama ulama. dalam masa EMPAT tahun kalangan ulama pas seperti haron din, harun taib, mat iraq telah mengiktiraf nasha sebagai ulama apabila berkempen untuk nasha mempertahankan jawatan timbalan presiden.
hati kecilku berbisik, pengiktirafan yang diberikan bukanlah secara percuma. ia datang melalui kaedah2 tertentu bagi merealisasikan agenda tertentu. di antara kaedah2 tersebut:
1. masalah kewangan.
2. benci dengan penentang nasha dan yang dilihat bakal menggugat kedudukan/peribadi.
3. peluang menjadi mb.
4. peluang menjana pendapatan.
golongan di atas amat mudah untuk dieksploitasi oleh pihak tertentu bagi memastikan agenda mereka terlaksana/direalisasikan. agneda tersebut mungkin melibatkan tawaran kedudukan serta jawatan serta janji 1-4 di atas akan diselesaikan. hanya yang bertemu dalam gelap, termasuk nasha, arif akan perkara2 tersebut.
"sepertimana yang pernah saya katakan, dan saya tetap mempertahankannya, selagi perpaduang mencengkam kuasa di jalan raja laut, selagi itulah pas akan dicaturkan oleh seterunya. ia begitu mudah untuk dilakukan kerana sudah ada yang menggunakan tangki bantuan oksigen yang sama."
kokok nasha membuktikan kebenaran bisikan hati kecilku…
hanya egm boleh selamatkan pas serta memperkasakannya mendepani pru 13. segerakannya!!! bisik hati kecilku lagi...
wallahu’alam
Apa bangangnya kau ni TB?
Maksud Us Nasha tu, kalau nak mintak peruntukan kpd rumah ibadat bukan Islam tu tak apa. Takde masalah. Tapi, janganlah dibandingkan jumlah peruntukan itu dengan peruntukan masjid. Sebab ni akan create persepsi buruk org Islam kepada DAP.
Kau ni otak taraf lembu ke TB? Mende paling senang pun taleh paham?
Busuk betol hati ko ni TB. Busuk!
Ha ha ha ...ada yang terasa siot!Komen2 di atas tu menampakkan wajah sebenar UmnoNgok...Orang baru je buat pertanyaan...hangpaa daah gagak gempita bising satu dunia...nampak sgt hamppa ni memang salah la...kata demokrasi la, kebebasan beragama...satu apa pun hangpa x faham...Beberapa soalan buat UmnoNgok Totok...apa hukum menutup aurat dala Islam?Apakah hukum judi dalam Islam? Apakah hukum arak dalam Islam? Jawam jgn x jawab!!!
Karat biru,
Kalau kita stop, nanti ahli2 PAS akan lupa.
Bila datang muktamar, mereka main sentimen ulama, sentimen wala'
Lepas tu jeghaung2 ni menang balik
Kau tak percaya nanti tengok
Sebabnya Nasha dah jadi kafir macam umno sama seperti Kor Ming. Tanya Haji Hadi, sebab dulu dia juga yang kata umno tu parti orang kafir, sebab sekongkol dengan MIC,MCA,PBS yang rata2 parti kristian. Kafirlah tu.
Tulang Besi said...
December 12, 2009 4:04 PM.
Sokong UMNO tu perangai orang Islam ke?
BILA MASA AKU TULIS KATA AKU SOKONG UMNO??
lantak korang la....sokong la UG kalau korang nak sgt. Nak kata isu UG dah tutup, siapa yg kata....?. yg hasan ali dok bebel ke hulu le hilir tu pehal. Yg Nasha si ulamak tahap professional tu dok beromen lagi ngan UMNO apa cite. Wey, turun padang, pergi siasat sendiri...UG dah mati ke belum...jgn wala tak tentu pasal. apa...nak jadi mcm penyokong UMNO, tahu hangguk je....korang pernah jatuh pokok mutan ke masa kecik2 dulu, sampai ni biul tak ilang2...citttt
Kalau tutup buku sebab apa masih berlaku aktiviti2 anti PR macam ini?
BANG...MANA BOLEH TUTUP BUKU LAGI...
SEBAB TB MASIH TAK PUAS HATI.
DHA TAK MAU AMIK DIA JADI CEO..
Jadi katanya (TB)..aku mesti kenakan DHA..baru puas hati aku.
UST NASHA plak ..aku akan musnah sebab UST tak mau amik aku ganti tpt SY.
sian..tamaknya TB ni
Post a Comment