"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 12, 2009

Sepatutnya GST Hanya Untuk Pengundi Dan Penyokong UMNO/Barisan Nasional Sahaja

Setelah puas merompak duit Petronas, nampaknya masa untuk merompak duit rakyat pula. Kali ini rompakan dilakukan terus dari poket rakyat sendiri.

Tahun 2009 adalah tahun yang amat sedih bagi kerajaan BN dari segi pendapatan. Ini kerana :
  1. Pungutan cukai korporat merudum kerana keadaaan ekonomi dunia yang merudum. Dicampur dengan kadar ekspot yang menurun akibat kejatuhan ekonomi Amerika dan sekaligus ekonomi dunia.
  2. Pendapatan Petronas juga merudum kerana kejatuhan harga minyak yang pada satu waktu dahulu mencecah USD140 satu barrel. Kadar terbaru hari artikel ini ditulis adalah pada USD 69.87 ( untuk jenis Texas Sweet Crude).
  3. Kadar pelaburan asing juga hampir-hampir ke tahap berhenti sama sekali ke Malaysia. Ertinya penjanaan ekonomi yang diharapkan dari pelaburan asing juga tidak boleh diharapkan langsung.
Pada waktu yang sama, perbelanjaan kerajaan BN tidak nampak kadar pengurangannya. Tiada usaha serius memerangi rasuah dan pembaziran. Amalan “tender terbuka” tidak dipraktikan dengan serius dalam pentadbiran kerajaan Pusat. Sedangkan tender terbuka akan menyelamatkan wang rakyat dengan begitu banyak serta menjamin orang-orang yang layak dalam menerima kontrak mendapat kontrak tersebut.

Perbelanjaan kerajaan BN masih terdedah dengan korupsi dan pembaziran mengagalkan usaha kerajaan untuk menjana ekonomi hasil dari perbelanjaan kerajaan Malaysia. Sepatutnya ekonomi menjadi lebih baik dan terjana akibat dari perbelanjaan kerajaan. Namun, apabila duit tersebut hanya masuk dalam kantong kroni dan UMNOPUTRA, maka ianya hanya menjadi kepunyaan beberapa orang sahaja dan rakyat jelata menderita.

Satu lagi trend yang menghairankan adalah pengekakalan “budak-budak tingkat 4” oleh Najib. Boleh dikatakan kesemua “Budak-Budak Tingkat 4” dikitar semula dan diletak di beberapa tempat yang strategik.Ertinya tindakan-tindakan mereka dahulu tidak pernah dipandang sebagai tindakan-tindakan serong oleh pentadbiran yang ada sekarang ini.

Sehinggakan ada ura-ura untuk memberi jawatan Timbalan Menteri kepada menantu mantan PM. Saya tak nampak ekonomi yang berasaskan “Kronisma, Nepotisma dan Korupsi” yang dipacu UMNO ini akan berubah. Walaupun, pemimpin negara berubah, tapi amalan masih sama.

SPRM cuma berguna untuk mensabotaj dan membunuh pembangkang semata-mata. Tidak digunakan untuk membentra rasuah dan salah guna kuasa terutama yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pilihanraya Umum Akan Dipercepatkan, Sebelum GST Diperkenalkan


Maka, GST telah diperkenalkan. Setelah segala hasil mashul negara telah dirompak, maka tibalah masanya kerajaan merampok wang yang ada dalam poket-poket rakyat jelata.

Perkara ni kita dapat belajar dari “Orde Baru Suharto”. Suharto mampu bertahan sebagai dictator Indonesia selama 32 tahun. Selama pemerintahan Suharto, tiada pembangkang yang wujud. Semua yang membangkang akan dihapuskan.

Tetapi, apabila perampokan selama 30 tahun itu telah menyebabkan Pertamina bangkrupsi, maka barulah bermula kelemahan rejim Suharto. 3 tahun sebelum Reformasi berjaya menjatuhkan Suharto, wang minyak Indonesia telah kering. PERTAMINA sudah hampir bangkrap pada masa itu, sama seperti Petronas sekarang ini.

Dan, apabila berlaku kemelesetan ekonomi yang begitu teruk, maka jatuhlah regim Suharto. Soalan kepada rakyat Malaysia, adakah kita akan biar Malaysia menjadi bangkrap baru kita hendak menukar kerajaan korup dan rasuah Barisan Nasional ini?

Saya sokong GST dikenakan hanya kepada pengundi serta penyokong UMNO dan Barisan Nasional sahaja.

Waktu saya bekerja dahulu, saya pernah memberi nombor akaun saya kepada salah seorang penyokong kuat Barisan Nasional dalam ofis saya itu. Saya minta dia membayar kos told an cukai saya kerana tol dan cukai ini adalah produk Barisan Nasional. Dia adalah antara yang telah mengundi UMNO dan BN. Mengapa saya harus membayar apa yang saya tidak sokong.

Sekarang ini saya mendapat maklumat, orang itu telah bertukar parti dan menyokong Pakatan Rakyat.

Saya sarankan keseluruhan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat untuk berbuat demikian. Tak payah nak bertekak atau berdebat dengan orang-orang UMNO ini. Berikan nombor akaun bank kita dan suruh mereka masukkan duit tiap2 bulan untuk “cover” kos GST, tol, cukai itu dan ini dsbnya. Tak payah nak susah-susah bertekak dan berdebat. Orang putih kata “Money Talks”.

Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong perompak-perompak ini. Agaknya, pemimpin-pemimpin PAS ni pun bercadang untuk jadi perompak juga.
Satu untuk kau, satu untuk aku. Hahahahaha

Tulang Besi

15 comments:

UMUR 17 BAWAK KRETA said...

bro...ko masok website ni..tragedi KBMALL ari tu..aku tgk ada penyelamat tu ambik kesempatan laa..tgk laa apa dia buat kat driver tuu raba2 plak...

http://azdena-lifeinpeace.blogspot.com/2009/12/kb-mall-car-park-accident.html

orang said...

a'ah boycott la sorg2 hehe

RAKYAT BERDAULAT said...

PM umpama Pengerusi SURAU..boleh ke Pengerusi guna duit surau...untuk buat MENARA SURAU 100 tingkat..buat lebuhraya ke surau bernama PLUS...bagi kat kontraktor kroni..mark up harga 200...1000 peratus..selagi duit surau ada..dia guna duit surau bagi rasuah kat karyah penduduk untuk undi dia lagi jadi Pengerusi..bersama ajk kroninya..bila duit surau HABIS...dia mesyuarat dan putuskan KUTIP CUKAI SURAU / GST untuk semua ahli karyah...Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang...Parlimen dijadikan SURAU emak bapak dia orang...Duit cukai rakyat...jadi HARTA emak bapak dia orang...KITA BODOH undi juga dia..dulu kini dan selamanya...

Anonymous said...

aku boycot gok, sbb aku rasa blog ni cam sial, semua anak murid Nik Aziz suka mencarut dan memaki orang yg tak sokong dia

Anonymous said...

Aku sokong TB,,biar penyokong ubn saje yang bayar GST dan Tol.
Mana pegi otak korang penyokong ubn dan fraksi umno dalam Pas ni.
kerana gila jawatang maruah diri pun pimpinan Pas nak jual ke?

Anonymous said...

Jual.. jual jangan tak jual

majoi said...

aku setuju dengan TB biar penyokong dan pengundi UMNONGOK aje yg bayar duit GST dan semua cukai keRAJAan UMNO yang buat tu....

Anonymous said...

Kalau betul2 sokong untuk tegakan syiar islam...islam kan diri dulu brother....jgn setakat nak menulis konon2nya sokong islam,tapi menjadi asbab yg memecah belahkan org islam.
ISLAM yg NABI saw ajar,dari hujung kepala sampai hujung kaki,amalan dari bangun tidur sampai lah tidur semula..muamalat,muasyarat,imaniat,aqidah dan akhlak.Perlu ISTIQAMAH sehingga akhir hayat.
Kesimpulannya,jgn menulis merapu,kalau sekadar nak pecah belahkan org islam.Kalau betul2 sayang agama ISLAM sayang NABI saw,belajar dan ikut cara NABI saw yg sebenarnya,jgn sekadar menulis yg bolen menyebabkan perpecahan dikalangan org islam..Wallahu `Alam

Anonymous said...

Kenapa perlu kita caci mencaci dan membuka aib saudara kita sendiri?UMNO ke PAS ke sama saja..dua2 parti POLITIK,bukan jemaah ISLAM.Dua2 parti politik yg mengamalkan politik demokrasi ciptaan YAHUDI..

Anonymous said...

tolong jangan gunakan bahasa yang tak indah...ini ke yang kita nak ajar orang muda.....tak suka blog ni... just baca sahaja dan nilai.
saya pun tak suka,sekarang ni semua nak jadi hero,,,,,.

Anonymous said...

Nasha wayang kuat..Kalau betul2 ikhlas berjuang kerana nak tegakan syiar ISLAM...letak saja jawatan sebab hang NASHA dah jadi asbab fitnah pada org islam dan asbab perpecahan yg lebih besar.Adakah hang akan letak jawatan??Jawapannya TIDAK sama sekali,sebab hang berjuang bukan utk ISLAM,tapi untuk kepentingan peribadi dan politik hang,demi jawatan,kuasa,RM,projek DLL..atas maksud DUNIA.Sikit pun takde kena mengena dgn perjuangan ISLAM.Hang NASHA kalau ya pun tak malu dgn manusia(SEMUA TAU AKAI OTA PEMBUHUNG HANG NASHA)malu lah lah sikit dgn ALLAH..geng2 perpaduang ni pun serupa juga..DHA,mustapa ali,hassan ali,idrus,roslam sms dan lain yg terlibat.Hangpa tolong lah malu sikit dgn ALLAH..hangpa nak tipu org boleh lah..(TIPU PUN DAH PECAH LUBANG)ingat sikit,semua yg hangpa buat ada dalam rekod yg akan dipaparkan pada hangpa di pdg Masyar nanti..AKAI ADA KA???

Anonymous said...

Untuk sokong mana2 parti POLITIK itu adalah hak individu masing2,samaada yg beragama ISLAM atau bukan.Tapi jgn lah sampai kita sebagai seorang MUSLIM berpecah belah,caci mencaci,maki memaki,kafir mengkafir sesama kita.Biarkan kita berbeza ideologi politik,tetapi jgn sampai perbezaan ideologi ini menyebabkan kita berpecah dari ukhwah islamiah.Seorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yg lain didunia dan akhirat.Mari lah kita hentikan fitnah,caci mencaci dan maki memaki sesama kita.Mari lah kita sama2 fikirkan bagaimana seluruh umat islam dapat disatukan,kerana kekuatan sebenar islam itu akan datang apabila umat ini bersatu.Wallahu`Alam

melor45 said...

Ramai yang mengaku umat islam tetapi ajaran islam tak hendak ikut 100%,bab kutipan zakat siap dengan menara zakatnya dengan sistem pentabiran yang canggih sebab ia menjadi sumber kewangan.Tetapi bab-bab penguatkuasaan hukum dan syariah dukacita diumumkan hampir tiada perhatian dari pihak berwajib.Ada sesetengah Pejabat Agama Daerah tiada prasarana yang sesuai dan selesa sebagai sebuah pejabat penguatkuasa,tanpa kenderaan untuk beroperasi,tiada penguatkuasa yang terlatih dan bersenjata. Sepatutnya Raja-raja Melayu kena fikir hal ini.Pemimpin UMNO langsung tiada mencerminkan ciri-ciri Islam yang baik,tengok saja bini Najib sentiasa dalam keadaan dosa begitu juga dengan yang lain-lain,tetapi umat Islam UMNO masih memuji dan menyanjunginya tidak kah nie amalan songsang,amalan rasuah dan pecah amanah berleluasa, orang yang berdarjat dan banyak wang,tidak didakwa hatta nak dispina jadi saksi pun mahkamah kanggaroo memberi hak istimewa kepadanya.Inilah wajah-wajah satu malaysia yang semakin dijauhi oleh para pelabur dan pimpinan semakin kerap keluar negara untuk menjual negeri dan meminta sedekah.Disatu daerah SPS aku perhatikan setiap mukim ada DEWAN serbaguna yang sebenarnya tak digunakan perabis duit juta-juta akhirnya jadi sarang burung layang-layang, mereput dan usang.Keda,Mada,Perda dan Kada satu lagi ajensi yang banyak perabis duit negara demi mendapat sokongan Rakyat pada setiap pilihanraya.

Anonymous said...

Satu lagi projek Kerajaan BN celaka merompak wang rakyat. GST atau VAT hanya ada di negara maju saja. Di Malaysia ni penyokong umno baral dan celaka ni tak faham apa itu GST. Sokongan membuta tuli pemimpin mereka saja yang kaya, tapi mereka makan tahi.

Sebab tu tak boleh fikir. Mereka ingat Malaysia ni macam US atau Eropah. Negara ni malah terbelakang kalau nak di banding dengan Thailand, hatta Vietnam pun dah nak setaraf malaysia.

Di Eropah rakyatnya pendapatan tinggi dan di kenakan cukai, tapi masuk U free, tak kerja dapat elaun. Sanggupkah Malaysia bagi rakyat malaysia tanpa mengira kulit Masuk U percuma? dan pengganggur negara ni di beri elaun sementara mendapat kerja sendiri atau di aturkan oleh kerajaan. Kalau penyokong umno yang bonnggok dalam blog ni menyokong cadangan ni nampak sangat orang2 umno ni macam katak bawah tempurung. cakap berdegar- dengar tapi tahi mereka melekat di gelegar.

Anonymous said...

la betul la TB ckp. apa lak pecah belah lak. korang sokong UBN, korang sokong la apa yg UBN nak buat. Yg tak sokong UBN mmg la takan sokong apa UBN nak buat. lagi kan penyokong UBN ni kaya2...jgn lupa upah gantung poster tu termasuk sekali dgn cukai....ha ha ha..PRU13 nnt upah kena naik tau....sbb barang akan naik harga. pastu upah mengundi pun kena la naik gak, takan cukup kain batik ngan duit 50 hengget je. agak2 la tahun depankan, kita ni kalau bernafas pun kena bayo gak kat gomen...he he he...nasib baik selangor dah jatuh ke tangan PR, Khir Toyo dah kelaurkan titah tadah air hujan pun nak kena bayo kat syabas...he he he..