"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 12, 2009

1Malaysia Terkena Badi Sumpahan Minyak

Hantu-hantu Puaka Niyang Rapek UMNgOk/Beer eNd tak nak komenke kenyataan Ku Li dekat bawah ni..?

Mantan menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.
  • "Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.
Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.
  • "Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 billion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahan Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Sumber - Malaysiakini

9 comments:

Anonymous said...

Kenapa perlu kita caci mencaci dan membuka aib saudara kita sendiri?UMNO ke PAS ke sama saja..dua2 parti POLITIK,bukan jemaah ISLAM.Dua2 parti politik yg mengamalkan politik demokrasi ciptaan YAHUDI..

Anonymous said...

Sejarah Endon menjangkit pulak kat Satu Malaysia...
1. Suharto 32 tahun....Mahated 22 tahun.
2. Endon PERTAMINA...Malaysia PETRONAS.
3. Hutang kat Bank Dunia Endon tah bila nak habis bayar..Rakyat Malaysia seorang RM50 ribu hutang luar negara...bila pulak nak habis bayar ooooiiii
4. nilai RUPIAH paling rendah dalam dunia...RM pun nak jadi kedua termurah kot..
5. Indeks RASUAH...Malaysia dan Endon 50an jugak...Hidup BN Umngok..

Anonymous said...

Nasha wayang kuat..Kalau betul2 ikhlas berjuang kerana nak tegakan syiar ISLAM...letak saja jawatan sebab hang NASHA dah jadi asbab fitnah pada org islam dan asbab perpecahan yg lebih besar.Adakah hang akan letak jawatan??Jawapannya TIDAK sama sekali,sebab hang berjuang bukan utk ISLAM,tapi untuk kepentingan peribadi dan politik hang,demi jawatan,kuasa,RM,projek DLL..atas maksud DUNIA.Sikit pun takde kena mengena dgn perjuangan ISLAM.Hang NASHA kalau ya pun tak malu dgn manusia(SEMUA TAU AKAI OTA PEMBUHUNG HANG NASHA)malu lah lah sikit dgn ALLAH..geng2 perpaduang ni pun serupa juga..DHA,mustapa ali,hassan ali,idrus,roslam sms dan lain yg terlibat.Hangpa tolong lah malu sikit dgn ALLAH..hangpa nak tipu org boleh lah..(TIPU PUN DAH PECAH LUBANG)ingat sikit,semua yg hangpa buat ada dalam rekod yg akan dipaparkan pada hangpa di pdg Masyar nanti..AKAI ADA KA???

Anonymous said...

AS$100 billion tu sama ngan RM340 juta?????

Anonymous said...

Subsidi minyak kepada rakyat Malaysia adalah rahmat yang tak pernah di sukuri oleh rakyat Malaysia terutamanya orang PAS dan PR. Andai kata Malaysia Malaysia tiada Minyak tentu tiada subsidi minyak untuk rakyat Malaysia. Masalah Pembakang Malaysia ialah kurangnya bersukur , maklumlah ketua PR mengamalkan Liwat. Idea orang PR hanya sedap di Buntut.

Anonymous said...

Rakyat Malaysia mempunyai Kemudahan Kesihatan yang di subsidi oleh kerajaan, Kemudahan pelajaran yang di subsidi oleh kerajaan, Buku teks di sekolah pun percuma. Cuba bayangkan kalau tak ada duit Minyak di mana Kerajaan Malaysia nak tanggung semua tu. Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3500 sebulan tak ada cukai pendapatan. Di Selangor sebelum pilihan raya PR nak turunkan cukai Harta, sampai sekarang tak boleh nak turunkan.Cina DAP kata masa BN merintah mereka tak naikan cukai ikut kadar sepatutnya, dan cukai harta di Selangor dah terlalu rendah. JAdi pembankang jangan pandai membangkang otak mesti pakai. Peliwat selalu tak pakai otak kerana salah guna kemudahan yang tuhan beri. Jangan hanya sedap di buntut laknat Tuhan kena pikir.

Anonymous said...

Anonymous said...
December 12, 2009 7:10 PM

bro janganlah jadi minda penafian dlm sesuatu fakta.. Jadilah blogger telus minda.malaysia kecil je .. hasil minyak dah cukup memberi kesenangan pd rakyat.Bro adalah contoh anak biak hasil asuhan amno.leka hasil kekayaan negara hilang tanpa disedari ..Tahniah utk satu malaysia ..lahirkan pm bazirkan wang negara ..utk blogger pro bn ni apakah visi anda sebenarnya???

ini link tp ambil..
M'sia negara 'sumpahan minyak'
http://www.malaysiakini.com/news/119695

Jadilah manusia berakal bukan ..

...Pemerhati..

Liza said...

Anom 7.10... aku baca ko punya tulis macam sibodoh menyalak busut! apa yg ko mengarut tu???

Hek eleh! naik menyampah pulak kuda longkang nih! orang dok cerita pasal pembaziran duit Petronas dari zaman che det... hingga disambung oleh si najib sekarang... hingga Bank Dunia mengeluarkan kenyataan, Malaysia akan bangkrup bila hasil minyak habis pada tahun akan datang. sepatutnya Malaysia gunakan hasil minyak tu buat insfrastruktur asas yang mencukupi untuk generasi akan datang seperti sekolah, hospital dsb... apa yg ko merapu tu anom???

Anonymous said...

Apa boleh buat, memang benar kata rakyat malaysia kecuali penyokong umno celaka bahawa menara Petronas tu adalah batu nisan Dr,. Mahataik.

Manusia macam mahataik ni tidak bermoral menghabiskan harta negara macam bapak dia punya, seperti kata TSri P. Ramlee dalam filemnya 3 Abdul. Ingat harta negara ni bapak dia punya ke?