"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 26, 2009

"Saya Sudah Tua Untuk Didalangi" - Tok Guru Nik Aziz

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini menafikan percubaan mereka-mereka yang cuba untuk menyebarkan fitnah kononnya ada pihak ketiga yang menghasut Tok Guru. Antara kenyataan-kenyataan yang boleh dibaca adalah dari PAS Terengganu (PAS Terengganu Dakwa Ada Pihak Ketiga)ataupun dari Utusan Malaysia (Kumpulan liberal gunakan Nik Aziz?). Ini semua kerja fitnah yang dilakukan oleh UMNO dan Fraksi UMNO dalam PAS.

Saya sudah tua untuk didalangi — Nik Aziz
Oleh - Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Okt 25 — “Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.

Tulang Besi

Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?

Puak2 Fraksi UMNO dalam usaha mereka menjatuhkan imej Tok Guru Nik Aziz menyebarkan cerita kononnya pihak Presiden dan pimpinan PAS Pusat telah pun memberi amaran kepada Hasan Ali.

Mereka mahu memberi gambaran kononnya tindakan telah diambil oleh Presiden dan kepimpinan PAS Pusat berkenaan dengan Hasan Ali dan segala tindakan beliau yang jelas melanggar keputusan Muktamar. Keputusan Muktamar yang saya rujuk adalah keputusan muktamar yang mewajibkan PAS memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Semua orang tahu apa yang Hasan Ali telah lakukan dan apa yang beliau telah lakukan merugikan serta mensabotaj Pakatan Rakyat.

Saya sudah dedahkan banyak kali dalam blog ini tapi sebagai contoh, sila rujuk artikel saya yang bertajuk “Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT”.

Segala pernyataan kononnya Hasan Ali telah diambil tindakan disiplin dinafikan sendiri oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog beliau.

Dinukilkan :
Tuan Ibrahim memberi kepastian sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kepimpinan PAS Pusat ataupun oleh AJK PAS Pusat berkaitan dengan masalah disiplin yang dilakukan oleh Dato Hasan Ali.

Saya sendiri telah merujuk kepada ramai AJK PAS Pusat dan mereka sendiri menafikan ada apa-apa tindakan yang telah diambil ke atas Hasan Ali hatta amaran sekalipun tidak pernah dikeluarkan ke atas Hasan Ali di atas segala tindak-tanduk beliau yang jelas berlawanan dengan keputusan Muktamar di Shah Alam dan Ipoh.

AJK Disiplin hanya akan mengambil tindakan memanggil Hasan Ali sekiranya ada surat rasmi dihantar kepada mereka samada dari AJK PAS Pusat, Presiden atau sesiapa sahaja yang berotoriti dalam PAS.

Nasihat saya pada para pendokong Fraksi UMNO, berhentilah menyebarkan cerita-cerita dongeng demi menyelamatkan Fraksi kamu yang semakin dibenci dan ditolak ahli-ahli PAS
Berhentilah berlindung di sebalik “title” ulama kamu hanya kerana kamu lulus Mesir ataupun Indonesia. Hakikatnya, kamu bukan Ulama dan kamu tak sepatutnya dipanggil ulama atas akhlak kamu yang buruk dan perangai kamu yang suka menyebarkan fitnah dan cerita dongeng.

Tulang Besi

Mesyuarat Jawatankuasa Khas PAS Rabu Ini

PAS memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam Rabu ini.

Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.

Mesyuarat ini, katanya, akan membuat keputusan apa akan dibuat selepas ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS juga akan mengadakan mesyuaratnya segera. Ia akan diadakan lebih awal iaitu malam ini di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini juga dipercayai ada kaitan dengan tulisan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya.

Sumber - HarakahDaily.Net

Menjelaskan Beberapa Fitnah ke Atas Kepimpinan PAS yang Sudah Bertahun-Tahun Berlegar

Saya sendiri telah mendengar fitnah ini selama beberapa lama. Semenjak saya duduk dalam kepimpinan kampus lagi. Yakni telah wujud satu usaha untuk mencipta sebuah jemaah dalam jemaah. Dan jemaah tersebut dikaitkan dengan kumpulan yang dipanggil sebagai IRC/JIM.

Saya sendiri antara mereka-mereka yang kuat menentang IRC/JIM/MISG sewaktu di kampus dahulu dan saya tetap berpegang dengan pendapat bahawa di kampus2 seharusnya semua jemaah Islam duduk di bawah payung PAS dan bukannya berlawan sesama sendiri.

Fitnah yang selama ini saya dengar menamakan beberapa nama yang mereka kaitkan sebagai “jemaah dalam jemaah” dan mereka-mereka ini dikatakan sebagai pemimpin JIM dalam PAS. Suka saya menggunakan peluang saya ini untuk memberi beberapa fakta yang bakal menguraikan fitnah ini :

Nama-nama yang dikaitkan mencipta “jemaah dalam jemaah” adalah:
  • Khalid Samad – Nama ini adalah nama yang paling kelakar dan paling tidak logic antara nama-nama yang sering diungkap dan diperkatakan. Ini kerana Khalid Samad adalah penggerak “Suara Al Islam” sewaktu di UK dahulu dan Suara Al Islam adalah musuh ketat JIM/IRC. Sebaik beliau kembali ke Malaysia, beliau masuk PAS dan bertanding pilihanraya di Kuala Kerai.
Ceramah Politik PAS yang pertama saya dengar adalah ceramah yang diberikan oleh Khalid Samad sewaktu Markaz Tarbiyyah masih belum siap. Khalid Samad juga pernah ditangkap ISA kerana aktiviti beliau dalam PAS.

Di Selangor, yang kerap menyebarkan cerita Khalid Samad ni JIM/IRC adalah Ustaz Mat Zain, ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Mustahil Khalid Samad ni IRC/JIM kerana beliau berpewatakan keras dan agresif. Mereka2 yang dilatih dan ditarbiyyah JIM/IRC mempunyai perwatakan halus dan lembut.
  • Dr Hatta Ramli – Dr Hatta pun sering dikatakan sebagai pencipt jemaah dalam jemaah dan menjadi penggerak JIM dalam PAS. Saya pernah mendengar ceramah Ustaz Othman Razak, bekas SU Kerja sewaktu zaman Asri. Beliau berkata sewaktu beliau bertanding kerusi Parlimen Setapak pada Piliharaya Umum 1982, beliau tiada jentera dan kesemua anak-anak murid beliau juga tidak mahu berkempen untuk beliau.
Yang berani turun berkempen untuk beliau HANYALAH kumpulan-kumpulan pelajar dari Kampus Medik UKM di Kampung Baru pimpinan Dr Hatta Ramli. Sekali lagi saya sebut, DR HATTA RAMLI. Jadi, bagaimana Dr Hatta Ramli ini JIM kalau beliau sudah berkempen dan aktif dalam PAS semenjak 1982 lagi, di waktu PAS amat lemah dan dipandang hina?
  • Husam Musa – Ini lagi cerita mengarut sebab Husam Musa masuk PAS sejurus selepas deklarasi kepimpinan Ulama diluluskan dalam Muktamar PAS 1982 di Dewan Bahasa Pustaka. Waktu Husam berada dalam kampus UM, IRC/JIM belum wujud lagi di Malaysia
  • Dr Syed Azman – Nama Dr Syed Azman pun dilibatkan sebagai penggerak IRC/JIM dalam PAS. Padahal, Dr Syed Azman adalah penubuh kepada gerakan PAS di USA ( waktu itu namanya MISG-Terra Haute).
  • Dr. Lo Lo Ghazali – Beliau adalah anak kepada bekas pimpinan PAS Perak, Haji Ghazali. Ertinya beliau ini telah PAS sejak kecil lagi. Bagaimana hendak dikatakan beiau ini IRC/JIM?
  • Dr Siti Mariah Mahmud - anak kepada bekas Bendahari PAS Kedah, Hj Mahmud yang tersohor di kalangan ahli2 PAS Kedah. Kalau kita rujuk kepada veteran2 PAS Kedah, semua akan menyatakan Hj Mahmud ini adalah antara yang paling berjasa kepada PAS Kedah.
  • Ustaz Mujahid Yusuf Rawa – Anak Kepada Bekas Presiden PAS Haji Yusuf Rawa. Keluarga saya mengenali Mujahid semenjak beliau kecil lagi dan kami memang tahu beliau ini hijau sekarat-karatnya. Tidak mungkin beliau boleh dijadikan jemaah lain, kerana beliau PAS sejak lahir lagi.
Manakala, terdapat beberapa bekas pimpinan JIM yang menyertai PAS selepas peristiwa Anwar Ibrahim dipecat 1999:
  • Dr Dzul Ahmad - Bekas kepimpinan besar JIM namun beliau telah mengambil keputusan untuk putus hubungan dengan JIM sama sekali dan terus istiqamah dengan PAS
  • Saari Sungip - Dalam satu forum dengan pelajar2 KMUK/MISG di UK, beliau telah menyuruh supaya JIM di UK dibubarkan dan kesemuanya masuk PAS. Beliau kata beliau tidak nampak apa arah tujuan JIM yang boleh menjamin kemenangan Islam (au qama qalla).
Mengapa tidak dipersoalkan background beberapa kepimpina Fraksi UMNO?
  • Nasaruddin Mat Isa - Mengapa sewaktu beliau di Jordan, kepimpinan PAS di sana tidak mengenali beliau?
  • Dr Harun Din- Mengapa beliau hanya aktif sewaktu PAS dalam Barisan Nasional dan apabila PAS ditendang beliau sudah tidak kelihatan lagi? KAlau nak kata takutkan tekanan pemerintah, mengapa Ustaz Ghani abdul Rahman boleh terus istiqamah berjuang walaupun beliau pensyarah di UTM?
  • Mustafa Ali. – Pun hanya kelihatan sewaktu PAS dalam Barisan Nasional. Sewaktu sebelum itu, kita tidak mengenali siapa Mustafa Ali?
Itu adalah beberapa persoalan yang boleh kita persoalkan, kalau mahu dipersoalkan lah.
Hakikatnya, PAS ini adalah seperti kuali yang panas. Kalau ada yang boleh bertahan duduk di atasnya, mengapa mahu meragui keikhlasan mereka. Tak perlu takut JIM atau tidak kerana kalau betul mereka tidak ikhlas mereka tidak akan tahan lama.

Tulang Besi

Mengapa Marah Pada Dr Aziz Bari..?

Dr Aziz Bari telah menulis sebuah artikel bertajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang”. Natijah dari artikel Aziz Bari ini telah mengundang beberapa respon yang agak keras terhadap beliau dari beberapa tokoh dalam PAS. Antaranya adalah Roslan SMS, Ustaz Idris Ahmad dan sebuah badan dari Terengganu pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik.

Semua respon yang memarahi Aziz Bari itu mempunyai satu hujjah yang sama, yakni, mereka mempersoalkan mengapa apabila PAS menang di semua pilihanraya kecil sebelum ini, yakni Permatang Pasir dan Manek Urai, tidak diminta pimpinan PAS ditukar seperti yang dibuat oleh Dr Aziz dalam artikel ini?

Jawapannya amat mudah, sebelum kedua-dua pilihanraya tersebut, tidak ada isu2 besar ini :
  1. Isu Kuil Seksyen23 dan Demo Kepala Lembu – Juga kepimpinan PAS senyap dan tidak membuat apa-apa kenyataan. Malahan, MIC dan MCA telah menyebarkan cerita bahawa Dato’ Hasan telah menentang pemindahan kuil S19 ke S23 atas dasar, kononnya, ia tidak diperkenankan Paduka Sultan.
  2. Isu ancaman bunuh serta ancaman rogol keatas Khalid Samad dan YB Rodziah dalam “Town Hall Meeting” berkaitan isu pemindahan kuil S23.
  3. ISU SELCAT- Jelas Hasan Ali MENYOKONG pihak pegawai2 kerajaan yang terdiri dari ahli UMNO dan telah melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Dato Hasan secara terang-terangan menyokong pegawai2 ini dan meminta SELCAT supaya dirombak.
  4. Dalam kedua2 isu-Kuil dan SELCAT- Presiden dan Timbalan Presiden PAS senyap sunyi tidak membuat apa-apa kenyataan umum bagi meleraikan kekusutan yang berlaku. Malahan dalam isu SELCAT, Timbalan Presiden PAS secara terang-terang menyokong tindakan Hasan Ali yang jelas khianat kepada Pakatan Rakyat (Rujuk Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT )
Sekaligus, isu2 di atas menafikan sama-sekali hujjah mereka yang tidak bersetuju dengan artikel Dr Aziz Bari, dan menampakkan keperluan berlaku perubahan drastic dalam PAS. Kalau tidak saya melihatkan pengulangan trajedi 2004 ke atas PAS.

Isu-isu yang Telah Mengguris Hati Pengundi Bukan Melayu


Isu-isu di atas adalah isu yang berlaku selepas PRK Permatang Pasir. Isu2 ini telah MENDEDAHKAN kepada rakyat bukan Islam wajah sebenar PAS di bawah kepimpinan Fraksi UMNO. Ia menunjukkan bahawa PAS :
  1. Mempunyai Presiden yang baik hati dan mesra rakyat tapi TIDAK MAMPU memimpin kerana mudah dipengaruhi Geng Terengganu. Boleh tanya sesiapa sahaja dari kalangan pegawai2 kerajaan di Terengganu dan mereka akan mengatakan demikian.
  2. Perjalanan PAS sudah menyeleweng dari janji-janji mereka sewaktu sebelum PRU 2008 dimana PAS menjanjikan “PAS for ALL” dan “Negara Berkebajikan”.
  3. Namun sekarang ini, PAS sudah meninggalkan janji tersebut dan mengambil fahaman “Hidup Melayu” pula.
  4. Tindakan2 melampau Hasan Ali ini merugikan PAS, namun ianya dibiarkan sedemikian rupa tanpa apa-apa pembalasan menunjukkan PAS redha dengan arah tujuan “Hidup Melayu” yang sedang diambil oleh Fraksi UMNO sekarang ini.
Natijahnya… Secara otomatik, PAS sedang ditinggalkan oleh pengundi2 bukan Islam. Petanda-petanda yang jelas :
  1. Kita kalah di peti2 undi Cina dan India di Bagan Pinang.
  2. Kedatangan orang bukan islam ke rumah Terbuka PAS Pusat amat menyedihkan.
  3. Kedatangan orang bukan Islam ke rumah2 terbuka PAS di seluruh negara juga AMAT MENYEDIHKAN.
Kalau tanda2 ini masih tidak difahami atau dinafikan, maka saya tak tahu apa nak kata.

PAS dipimpin Fraksi UMNO

Itu adalah persepsi yang telah lama beredar dan diungkapkan oleh Dr Aziz Bari. Ianya bukan satu khayalan dan ianya berasaskan kepada fakta2 berikut :
  1. Mereka yang duduk dalam kepimpinan PAS tertinggi juga terlibat dalam perbincangan dalam gelap dengan UMNO i.e. Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa, Harun Taib.
  2. Mereka sanggup MENIPU kepada AJK PAS Pusat tindakan berjumpa dalam gelap sehingga didedahkan oleh Pak Lah sendiri.
  3. Puak yang sama juga menjaja idea “Kerajaan Perpaduan” yang sama sekali berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat yang mahu mengganti Barisan Nasional dan bukan berpadu dengan mereka.
  4. Ustaz Ahmad Awang mendedahkan usaha melibatkan salah seorang kepimpinan tertinggi parti untuk menubuhkan kerjaaan perpaduan PAS-UMNO di Perak.
  5. Kita semua telah tahu usaha menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Selangor.
  6. Mat Said, MB Terengganu, boleh pergi ke rumah PJ Terengganu semata-mata untuk beli kambing? Takkan beli kambing pun nak pegi sendiri. MB Terengganu ni takda kerja lain ke?
  7. Bagaimana sekarang ini kerajaan Mat Said begitu lunak dengan PAS sehingga stadium pun mereka benarkan pakai? Saya masih ingat dahulu PAS nak pakai balairaya pun tidak diizinkan.
Seperti yang diungkapkan oleh Bakaq@Penarik Beca, kalau dah biasa makan tahi, macam mana jauh kita bawa dia dari tahi, tetap mereka akan cari tahi juga.

Atas sebab itulah, Tok Guru Nik Aziz mahu MEMASTIKAN PAS dibersihkan dari elemen2 yang akan menjadikan PAS sebuah parti yang mungkir janji dan tidak amanah.

Tulang Besi