"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 26, 2009

Mengapa Marah Pada Dr Aziz Bari..?

Reactions: 
Dr Aziz Bari telah menulis sebuah artikel bertajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang”. Natijah dari artikel Aziz Bari ini telah mengundang beberapa respon yang agak keras terhadap beliau dari beberapa tokoh dalam PAS. Antaranya adalah Roslan SMS, Ustaz Idris Ahmad dan sebuah badan dari Terengganu pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik.

Semua respon yang memarahi Aziz Bari itu mempunyai satu hujjah yang sama, yakni, mereka mempersoalkan mengapa apabila PAS menang di semua pilihanraya kecil sebelum ini, yakni Permatang Pasir dan Manek Urai, tidak diminta pimpinan PAS ditukar seperti yang dibuat oleh Dr Aziz dalam artikel ini?

Jawapannya amat mudah, sebelum kedua-dua pilihanraya tersebut, tidak ada isu2 besar ini :
  1. Isu Kuil Seksyen23 dan Demo Kepala Lembu – Juga kepimpinan PAS senyap dan tidak membuat apa-apa kenyataan. Malahan, MIC dan MCA telah menyebarkan cerita bahawa Dato’ Hasan telah menentang pemindahan kuil S19 ke S23 atas dasar, kononnya, ia tidak diperkenankan Paduka Sultan.
  2. Isu ancaman bunuh serta ancaman rogol keatas Khalid Samad dan YB Rodziah dalam “Town Hall Meeting” berkaitan isu pemindahan kuil S23.
  3. ISU SELCAT- Jelas Hasan Ali MENYOKONG pihak pegawai2 kerajaan yang terdiri dari ahli UMNO dan telah melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Dato Hasan secara terang-terangan menyokong pegawai2 ini dan meminta SELCAT supaya dirombak.
  4. Dalam kedua2 isu-Kuil dan SELCAT- Presiden dan Timbalan Presiden PAS senyap sunyi tidak membuat apa-apa kenyataan umum bagi meleraikan kekusutan yang berlaku. Malahan dalam isu SELCAT, Timbalan Presiden PAS secara terang-terang menyokong tindakan Hasan Ali yang jelas khianat kepada Pakatan Rakyat (Rujuk Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT )
Sekaligus, isu2 di atas menafikan sama-sekali hujjah mereka yang tidak bersetuju dengan artikel Dr Aziz Bari, dan menampakkan keperluan berlaku perubahan drastic dalam PAS. Kalau tidak saya melihatkan pengulangan trajedi 2004 ke atas PAS.

Isu-isu yang Telah Mengguris Hati Pengundi Bukan Melayu


Isu-isu di atas adalah isu yang berlaku selepas PRK Permatang Pasir. Isu2 ini telah MENDEDAHKAN kepada rakyat bukan Islam wajah sebenar PAS di bawah kepimpinan Fraksi UMNO. Ia menunjukkan bahawa PAS :
  1. Mempunyai Presiden yang baik hati dan mesra rakyat tapi TIDAK MAMPU memimpin kerana mudah dipengaruhi Geng Terengganu. Boleh tanya sesiapa sahaja dari kalangan pegawai2 kerajaan di Terengganu dan mereka akan mengatakan demikian.
  2. Perjalanan PAS sudah menyeleweng dari janji-janji mereka sewaktu sebelum PRU 2008 dimana PAS menjanjikan “PAS for ALL” dan “Negara Berkebajikan”.
  3. Namun sekarang ini, PAS sudah meninggalkan janji tersebut dan mengambil fahaman “Hidup Melayu” pula.
  4. Tindakan2 melampau Hasan Ali ini merugikan PAS, namun ianya dibiarkan sedemikian rupa tanpa apa-apa pembalasan menunjukkan PAS redha dengan arah tujuan “Hidup Melayu” yang sedang diambil oleh Fraksi UMNO sekarang ini.
Natijahnya… Secara otomatik, PAS sedang ditinggalkan oleh pengundi2 bukan Islam. Petanda-petanda yang jelas :
  1. Kita kalah di peti2 undi Cina dan India di Bagan Pinang.
  2. Kedatangan orang bukan islam ke rumah Terbuka PAS Pusat amat menyedihkan.
  3. Kedatangan orang bukan Islam ke rumah2 terbuka PAS di seluruh negara juga AMAT MENYEDIHKAN.
Kalau tanda2 ini masih tidak difahami atau dinafikan, maka saya tak tahu apa nak kata.

PAS dipimpin Fraksi UMNO

Itu adalah persepsi yang telah lama beredar dan diungkapkan oleh Dr Aziz Bari. Ianya bukan satu khayalan dan ianya berasaskan kepada fakta2 berikut :
  1. Mereka yang duduk dalam kepimpinan PAS tertinggi juga terlibat dalam perbincangan dalam gelap dengan UMNO i.e. Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa, Harun Taib.
  2. Mereka sanggup MENIPU kepada AJK PAS Pusat tindakan berjumpa dalam gelap sehingga didedahkan oleh Pak Lah sendiri.
  3. Puak yang sama juga menjaja idea “Kerajaan Perpaduan” yang sama sekali berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat yang mahu mengganti Barisan Nasional dan bukan berpadu dengan mereka.
  4. Ustaz Ahmad Awang mendedahkan usaha melibatkan salah seorang kepimpinan tertinggi parti untuk menubuhkan kerjaaan perpaduan PAS-UMNO di Perak.
  5. Kita semua telah tahu usaha menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Selangor.
  6. Mat Said, MB Terengganu, boleh pergi ke rumah PJ Terengganu semata-mata untuk beli kambing? Takkan beli kambing pun nak pegi sendiri. MB Terengganu ni takda kerja lain ke?
  7. Bagaimana sekarang ini kerajaan Mat Said begitu lunak dengan PAS sehingga stadium pun mereka benarkan pakai? Saya masih ingat dahulu PAS nak pakai balairaya pun tidak diizinkan.
Seperti yang diungkapkan oleh Bakaq@Penarik Beca, kalau dah biasa makan tahi, macam mana jauh kita bawa dia dari tahi, tetap mereka akan cari tahi juga.

Atas sebab itulah, Tok Guru Nik Aziz mahu MEMASTIKAN PAS dibersihkan dari elemen2 yang akan menjadikan PAS sebuah parti yang mungkir janji dan tidak amanah.

Tulang Besi

10 comments:

hangnadzalim said...

'Change is never easy to bring about and BN is not end easy adversary. It can't afford to allow change to occur and would use all possible means to discredit Pakatan' kata2 Sang Maha Primadona AIB

EGM PAS ??? ako hampa!
hahahahahahahahahahahahahaahaahaahaa

Anonymous said...

Mereka sanggup MENIPU kepada AJK PAS Pusat tindakan berjumpa dalam gelap
sehingga didedahkan oleh Pak Lah sendiri


KPD FRAKSI-FRAKSI UMNO DLM PAS COBA MENAFIKAN PENDEDAHAN PAK LAH INI... POORAHHHHHHHHHHHH!!!

BOLOS said...

mampus UMNO!!Hidup tuan guru..Sebelum keadaan menjadi parah..Tuan GURU telah bertindak dahulu!!...Tuan Guru tolak UMNO dan balaci2nya 100%!!Sebabnya UMNGOK terlalu kotor!!Lebih kotor dari najis!!Tuan guru tidak mau PAS terpalit sama dgn najis para pengikut umno bersama balaci2nya!!Padan muka UMNGOK...KAH!KAH!KAH!

BPAK YG SELALU MARAH KAT ANAK said...

KALAU AZIZ BUAT KOMEN BN TAK BETUL ....ORG PAS KATA ..TENGOOOK....AZIZ TU SORANG YG BERANI....KALAU KATA UMNO TAK BETUL...ORG PAS KATA...TENGOOOK..AZIZ TU SORANG YG BERANI...TAPI BILA AZIZ BARI BUAT KOMEN YG ADA DUA TIGA ORG PIMPINAN YG TAK BETUL YG PERLU DI PERBETULKAN...MAKA SUARA2 PIMPINAN PAS PUN TERPEKIK TERLOLONG KATA AZIZ BARI DAH TAK BETUL...KALU AZIZ BARI TAK SAYANG PAS TENTU TAKKAN TEGUR KAT PAS...NAK JADI APA KAT PAS APA DIA PEDULI....SEBAB DIA SAYANG PAS TU DIA TEGUR ...TENGOOOK ...UST DERIS PULAK BUKAN MAIN MARAH LAGI....KALAU DAH TAK BOLEH KENA TEGUR ...JGN LE NAK JADI PEJUANG...PEJUANG ISLAM PULAK TU TAPI TAK BOLEH DI TEGUR....AGAKNYA NAK DI PUJI LE TU...TENGOOOK....

BPAK YG SELALU MARAH KAT ANAK said...

KALAU AZIZ BUAT KOMEN BN TAK BETUL ....ORG PAS KATA ..TENGOOOK....AZIZ TU SORANG YG BERANI....KALAU KATA UMNO TAK BETUL...ORG PAS KATA...TENGOOOK..AZIZ TU SORANG YG BERANI...TAPI BILA AZIZ BARI BUAT KOMEN YG ADA DUA TIGA ORG PIMPINAN YG TAK BETUL YG PERLU DI PERBETULKAN...MAKA SUARA2 PIMPINAN PAS PUN TERPEKIK TERLOLONG KATA AZIZ BARI DAH TAK BETUL...KALU AZIZ BARI TAK SAYANG PAS TENTU TAKKAN TEGUR KAT PAS...NAK JADI APA KAT PAS APA DIA PEDULI....SEBAB DIA SAYANG PAS TU DIA TEGUR ...TENGOOOK ...UST DERIS PULAK BUKAN MAIN MARAH LAGI....KALAU DAH TAK BOLEH KENA TEGUR ...JGN LE NAK JADI PEJUANG...PEJUANG ISLAM PULAK TU TAPI TAK BOLEH DI TEGUR....AGAKNYA NAK DI PUJI LE TU...TENGOOOK....

Anonymous said...

UMNO mempunyai kewangan kuat dan sangat kaya..
Berapa mahu,juta ke atau ratus juta ke, mesti diberi walaupun dalam gelap dengan bersyarat..

Sekiranya ada pemimpin PAS proksi UMNO yang cuba menipu rakyat maka PAS juga akan melingkupkan kepecayaan pengundi atas pagar yang kecewa dengan UMNO Rasuah...

BNgok said...

Jangan percaya dengan Ameno ... tu parti untuk orang2 kafir tu. Parti Ameno tu setan bertopengkan Melayu. Banyak orang Melayu telah dikafirkan oleh Ameno. Aku tengok kat sini pun banyak setan yang bertopengkan Melayu.

BNgok said...

Ini kerja2 setan bertopengkan Melayu yang di dalangi orang2 Ameno di negeri terengganu.

Fakta 1:
Hampir 2000 Org Di Negeri Terengganu Kini Telah Berjaya Di Murtadkan

Fakta 2:
Dana Sebanyak Rm 12.6 Juta Sebulan Telah Di Peruntukan Kepada Mubaligh-Mubaligh Kristian Utk Memurtadkan Umat Islam Di Negeri
Terengganu Kite. (Dana Datang Dari Negeri Sarawak)

Fakta 3:
Kawasan Teramai Yang Berjaya Di Murtadkan Ialah Di Kawasan Marang

Fakta 4:
Yang Telah Berjaya Di Murtadkan Tidak Perlu Mengubah Personaliti Mereka. Maksudnya, Yang Bertudung Kekalkan Tudung Anda, Yang Pakai Ketayap kekalkan Pakai Ketayap.

Fakta 5: Pusat Memurtadkan Umat Islam Di Terengganu Ialah Di Depan Pusat Pusat Membeli Belah Astaka Iaitu Di Sebuah Cyber Cafe (Kuala Terengganu).

Fakta 6:
Sasaran Utama
* Orang-Orang Islam Yang Miskin Dan Terdesak.
* Perempuan-Perempuan Yang Mana Suaminya Penagih Dadah.

Fakta 7:
Pendakwah Kristian (Sister) Telah Memasuki Hospital Besar Kuala Terengganu Utk Memantau Pesakit-Pesakit Yang Beragama Islam Yang Keseorangan Tanpa Waris Yang Datang Melawat Dan Tidak Mempunyai Wang Utk Menampung Kos Perubatan. Sister Ini Akan Datang Membantu Dari Segi Kos Perubatan Dan Melawat Pesakit-Pesakit Tersebut Dan Tunjukan Kebaikan Mereka.

Fakta 8:
Kitab Bible Dalam Versi Bahasa Melayu Telah Di Sebarkan Secara Terang-Terangan Dan Meluas Di Kemaman.

Jangan percaya dengan Ameno. Ini parti sesat. Semuanya Ameno sembunyikan supaya rakyat tak tahu.

BNgok said...

Dulu, Mufti Perak Harussani Zakaria berkata, beliau menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa beribu-ribu umat Islam di negara ini murtad. Sekarang isu ini senyap sesenyap mulut mufti berkenaan.

Ini kerja Ameno, parti ini telah tutup mulut mufti tersebut dengan memberi gelaran Tan Sri kepada beliau. Betapa liciknya parti Ameno setan yang bertopengkan Melayu ini.

BNgok said...

Umumnya terdapat tiga pendekatan bagi mereka yang murtad di Malaysia.

Pertama: adalah menjadi kesalahan yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana dari ketiga-tiga bentuk hukuman ini.

Kedua: tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah sehingga 36 bulan.

Ketiga, tiada sebarang bentuk hukuman tetapi diwajibkan melalui sessi kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan.

=========

Undang2 ini bukanlah undang Islam. Ini undang2 yang di dalangi oleh Ameno. Parti ini secara terus terang cuba untuk menjauhkan orang Melayu dari undang2 Islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Permainan jahat dari parti Ameno, parti setan yang bertopengkan Melayu.