"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 05, 2009

Buat Dialog Dengan Pimpinan2 Kawasan Untuk Sebar Fitnah?

Apa sudah jadi dengan Hasan Ali? Apa sudah jadi dengan DEwan Harian Negeri Selangor? Pada Mat Zain, pada Wan HAsrina, pada Iskandar Samad, pada Khairuddin Osman? Apakah mereka tidak takut neraka? Tidak takut dosa berbuat fitnah? Tidak takut pada balasan dari Allah SWT?

Izinkin saya menaqal contoh fitnah dari blog zainulfaqar

  1. Fahaman mereka terlalu liberal
  2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
  3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
  4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
  5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
  6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.
Jawapan saya ialah semua ini pembohongan yang amat NYATA. KESEMUA isu diatas berlaku SELEPAS Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian Negeri Selangor.

Misalnya, isu penguatkuasaan enakmen islam itu timbul hasil dari Hasan Ali meminta Ronnie Liu letak jawatan. Semua orang tahu, isu arak di Selangor berlaku SELEPAS Khalid dan Saari dipecat dari Dewan Harian PAS Pusat.

Isu Pusat Kebudayaan Cina juga isu baru selepas Khalid dan Saari sudah tiada dalam Dewan Harian.

Jadi bagaimana Khalid dan Saari sebab-sebab di atas boleh dijadikan sebab pemecatan Khalid Samad dan Saari kerana Khalid dan Saari sudah tidka duduk dalam Perhubungan Negeri lagi pada waktu itu. Bukankah ini satu PEMBOHONGAN dan FITNAH?

Ustaz Mat Zain juga mahu mencuba menyebarkan jarum dan racun beliau. Dalam mengulas Tahaluf Siyasi, beliau mahu menekankan PAS berpegang teguh dengan Islam. Tapi, takda pula Mat Zain terangkan bagaimana pula usaha membawa PAS berkawan dengan UMNO. Bukan UMNO itu sekular juga?

Patutlah Mat Zain telah ditengking oleh salah seorang peserta dan beliau terpaksa duduk hasil dari tengkingan itu. Beliau lah Ketua Dewan Ulama Negeri yang paling tak guna. Muka tak malu ke, dulu naik turun Selangor minta tanda tangan pimpinan Kawasan untuk memecat Hasan Ali, sekarang ni jadi penyokong kuat Hasan Ali pula. Sesiapa yang terlibat dalam PAS Selangor tahu bahawa Mat Zain adalah agen kepada Ustaz HArun Taib yang telah di boo di dalam satu ceramah di Kemaman.

Kerja Mat Zain ni selama ini melawat Kawasan dan menyebarkan fitnah. Dulu waktu Barisan Alternatif kerja beliau takda lain menyebarkan keraguan dan kebencian pada Barisan Alternatif. Sekarang ni sebar fitnah pasal Pakatan Rakyat pula. Kerja Mat Zain ni memang sebar fitnah. Sebab tu dalam sebuah mesyuarat Agung Kawasan Kuala Langat, perwakilan telah meminta pencalonan dibuka semula untuk jawatan Ketua Dewan Ulama Kawasan kerana mereka tidak mahu Mat Zain terus menjadi Ketua Dewan Ulama Kawasan mereka. Mat Zain mana ada aktif kat Kawasan dia lagi. Orang kat Kawasan tak suka dia.

Cerita kononnya DAP mencadangkan Pusat IT Antarabangsa yang untuk dijadikan Pusat Hiburan di Puchong dan Shah Alam bukan sahaja fitnah tetapi juga pelik. Ini kerana apa kena mengena Pusat IT Antarabangsa dengan hiburan? Juga, maklumat yang saya dapat, cadangan ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat exco.

Penolakan DAP kepada Enakmen Syariah Selangor juga pelik. Ini ekoran dari kenyataan HAsan Ali menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Padahal, idea mengharamkan arak di Selangor datang dari PAS Shah Alam pimpinan Khalid Samad. Apa yang Hasan Ali buat untuk Islam sepanjang beliau menjadi Exco Agama pun? Yang kita lihat Roslan SMS dari membawa Wira buruk sekarang sudah bawa Sorento. Wow!!!!

Hasan Ali pula mahu mengungkit bahawa beliau telah hilang lebih RM10 juta kerana berada dalam PAS. Kita tak nak soal la mana Hasan Ali dapat RM10 juta tu, tapi cukup saya ingatkan Hasan Ali bahawa sewaktu beliau mahu masuk PAS, Tok Guru telah memberi amaran kepada beliau. Malahan, Tok Guru telah menasihatkan beliau supaya jangan masuk kerana ujian dalam perjuangan ini terlampau berat, tapi Hasan Ali masih berdegil.

Akhir sekali, Hasan Ali berani menuduh Tok Guru berbohong. Berani kata Tok Guru bukan Tuhan dsbnya.

Sapa Hasan Ali dalam PAS berbanding Tok Guru. Sepanjang sejarah PAS, 40 tahun darinya mempunyai Tok Guru Nik Aziz dalamnya. Hasan Ali masuk PAS hanya selepas peristiwa Anwar Ibrahim dipecat.

Akhir kata, PAS Selangor akan lebih aman dan tenang dan lebih komited pada Pakatan Rakyat dengan ketiadaan Hasan Ali, Roslan SMS, Wan Hasrina, Mat Zain, Khairuddin Osman, Usop Ludin, Cikgu Rasedi dsbnya.

BUANG SEMUA FRAKSI UMNO DARI PAS..!

Tulang Besi

21 comments:

Anonymous said...

pdi demo banding ore deh...


tok guru demo tu sapa gak kl banding dgn nabi muhammad..

pas tu agama demo ko eh...

perlembagaan pas tu hukum demo ko..

ble tanya pasal hukum hudud kalut ribut si nizar dgn husam erdogan oyat yg dlm perlembagaan pas xde pun nak tubuhkan negara islam dgn hukum hudud..

poodah puak2 pas..cakap xsrupa bikin

Tulang Besi said...

Sebab Negara Islam ni hanya fungsi IJTIHAD bukan perkara yang TSABIT dalam Al Quran dan Sunnah.

Kalau kita tolak pun, ia tidak menjejas akidah.

Ia cuma IJTIHAD sahaja.

Anonymous said...

tulang besi proksi HUSAM..sama sahaja

Anonymous said...

apa maksud tolak negara islam tak jejas akidah?

ni macam isi kandungan usrahh JIM je..aku dah agak dah puak2 JIM ni nak buat jemaah dalam pas.

apa bezanya korang ngan almaunah n kmm yang bawak pendekatan sendiri dalam pas?

klu nak buat group sendiri buat parti baru la, ni apa menumpang pas plak. tak malu ke?

Anonymous said...

yg patut dibuang adalah golongan munafik haraki macam si tulang besi ni

serang pihak sejemaah lebih teruk dari serang umno dan bn. apa enah kita dengar dia kondem dasar2 dan salah laku dalam kerajaan? yang dia tibai asyik hasan ali nasharudin hj hadi padahal semua tu berjuang lawan umno gak

ko jgn jeles la tulang klu ada dalam pas hidup senang skit. kalau ko tak pandai urus duit sendiri yg kononnya 10k tu, jgn difitnah org yang mampu beli itu dan ini walaupun sebenarnya tu pon hutang

lebih baik ko tumpu camne nak jatuhkan bn dan umno kat selangor dn malaysia. jgn terus nak bersikap munafik haraki

Tulang Besi said...



serang pihak sejemaah lebih teruk dari serang umno dan bn. apa enah kita dengar dia kondem dasar2 dan salah laku dalam kerajaan? yang dia tibai asyik hasan ali nasharudin hj hadi padahal semua tu berjuang lawan umno gak
.

Saya serang orang dalam PAS yang nak berselingkuh dengan UMNO.

Apa bezanya orang PAS yang bekerjasama dengan UMNO berbanding orang UMNO?

Anonymous said...

Kenapa dok tabur semua ni dalam blog??..

Pegi la tanye Hassan Ali, TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, Khalid Samad, Saari Sungib, pimpinan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura dan orang-orang lain yang berkaitan..

Awat? Takdak teloq ke nak pi jumpa depa dan dapat penjelasan???..

Kenapa kata orang buat fitnah sedangkan hangpa sendiri dok sebar fitnah berdasarkan informasi 2nd hand ja??.. Kenapa tak pi amik info 1st Hand baru buat penilaian yang sebenar??..

ANTI PAS JUMUD said...

Bubar aje PAS. Tutup buku. Tak payah lah nak laksana Islam kalau jemaah asyik bertelagah sebegini, tapi rakyat makin dihimpit dengan berbagai masalah.

AYUH MULAKAN KEMPEN BUBARKAN PARTI PAS.

Anonymous said...

No more support for Pakatan. Kalau ini la yang terjadi, cukuplah sekali ni je aku undi Pakatan.

chai n tea said...

dah makin celaru
sedih tgk PAS camni

Tulang Besi said...

Pertelagahan ni akibat pengaruh UMNO dah masuk dalam PAS. Maka, proses pembersihan harus berlaku.

Benda ni normal dan harus dilakukan.

Anonymous said...

benarkah nasha ngan hasan nak berselingkuh dengan umno? atau tu andaian golongan yang sengaja mencari psal sebab tak puas hati dengan hasan sejak 2000 lagi?

masalahnya segala masalah dalam pas dan pakatan mahu dikaitkan dengan UG. benar ke group UG tu wujud?

apa bangang sangat ke org pas utk ikut bulat2 org yang nak bersama dengan umno, kalau ada la.

dengan begitu hebat fitnah ditohmah kepada hasan, ahli pas bukan semakin membenci, malah tambah simpati.

dia korban lebih banyak dari khalid samad yang hilang lepas balik UK dan muncul hanya untuk jadi calon pilihanraya

jangan jai munafik haraki tulang, jangn..tolonglah henti sikap tu..

ko nak orag pas buat apa lagi..nak melutut sujud kat kaki kao baru nak berenti memburukkan rakan sejemaah?

Tulang Besi said...

Pertelagahan ni akibat pengaruh UMNO dah masuk dalam PAS. Maka, proses pembersihan harus berlaku.

Benda ni normal dan harus dilakukan.

November 5, 2009 12:55 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

benarkah nasha ngan hasan nak berselingkuh dengan umno? atau tu andaian golongan yang sengaja mencari psal sebab tak puas hati dengan hasan sejak 2000 lagi?

masalahnya segala masalah dalam pas dan pakatan mahu dikaitkan dengan UG. benar ke group UG tu wujud?
.

Benarkah Nasa yang telah berbohong pada AJK PAS Pusat dan ahli PAS kerana berjumpa dengan UMNO dalam gelap?

Sehingga sekarang tiada laporan rasmi terhadap apa yang dibincangkan oleh NAsa dan Mustafa Ali dalam perjumpaan dalam gelap tersebut.

Anonymous said...

mungkin tiada laporan rasmi sebab itu bukan perjumpaan rasmi..mungkin itu erjumpaan macam anwar jumpa anifah aman di sabah atau husam jumpa ku nli dan chua soi lek

medan yang terbaik adalah dengan beftanya soalan ini secara bersemuka..tp rasanya nasa pun ada terangkan dalam perjumpaan kat rumah hasan ali tempoh hari

mustafa pion penah jawab dalam harakah, cuma bila n keluaran brapa tak ingat

Tulang Besi said...

Sudah ditanya dan mereka berbohong. Dan apabila ditanya, mereka tidak mahu memberi laporan.

FaridShah said...

Hapuskan fraksi UMNOjadah dan kelab pencinta UMNOjadah dalam PAS !

Teruskan perjuangan..
Lawan Tetap Lawan !

tengala said...

Bubarkan PAS ..lantik Tulang Besi jadi Presiden...
Nescaya selamat Di Dunia....akhirat belum tentu..sendiri mau cari...
Siapa setuju....

Anak Lenggong said...

Sebuah blog PAS kepunyaan Zainulfaqar Yaacob sini melaporkan sesi pertemuan Hasan Ali dengan ahli-ahli PAS Selangor di Puchung Perdana pada malam November 1hb, 2009.

Dalam sesi soal jawab, saudara Khairuddin, S/U Badan Perhubungan PAS Selangor ada memberi jawapan kepada soalan dari hadirin. Berikut dilaporkan:


Beliau menceritakan dalam pertemuan PAS dengan DAP, YB Teresa Koh bertanyakan ura-ura Hassan hendak masuk UMNO. Beliau berhujjah tidak mungkin kerana calon PAS yang bertanding dalam p/raya berbaiah akan jatuh talak 3 jika mereka melompat parti.

Beliau juga mengatakan wakil-wakil rakyat yang membuat onar dengan melompat parti sebelum ini adalah DAP dan PKR.
Ini bukan kenyataan tidak bernama tapi bernama. Ini bukan laman blog UMNO yang melaporkan tetapi laman blog PAS.

Betulkah etika berpolitik hingga mencagar paksa perkahwinan yang suci dan disanjungi Allah?

Ridzwan said...

semua orang LETAK JAWATAN, biar TULANG BESI DAN HUZAIFAH JADI PESURUHJAYA DAN TIMBALAN PESURUH JAYA. HABIS CERITA....senang ja nak komen, ada bukti ker ?

Anonymous said...

tulang besi....pi mampuih la hang......konon nak perjuang untuk pas tapi hati busuk...hang dengan geng-geng hang macam aduka taruna sama la ..mangkuk hayun..aku bukan peminat hasan ali n the gang tapi tetap menjunjung cara islam...buka main hentam kononnay mengikut maklumat....betui la anggapan sebelum ni PAS akan hancur kalau ada orang macam husam, khalid samad dan tulang besi,..,..piraaaaaahhhhhhhh..mampus la lu!!!!

Anonymous said...

Sebab Negara Islam ni hanya fungsi IJTIHAD bukan perkara yang TSABIT dalam Al Quran dan Sunnah.

Kalau kita tolak pun, ia tidak menjejas akidah.

Ia cuma IJTIHAD sahaja.


Wey bodoh, Negara Islam dipamerkan dalam sejarah pemerintahan Rasulallah apehal pulak tak sabit dengan Sunnah? Hukum hudud ditulis dalam Al-Quran. TG Nik Aziz sendiri sanggup berdebat dengan puak2 DAP pasal Negara Islam ko kata tolak tak apa?? Bangang punya TB ...