Bukan saya nak bangga. Tapi saya bagitau, berkat saya ditarbiyyah PAS, saya menjadi manusia dan tidak berakhir menjadi penagih dadah atau perompak. Melalui tarbiyyah PAS, Tulang Besi membina hidup sendirian kerana ibu bapa sebuk. Sebagai anak sulung, Tulang Besi tiada kakak dan abang untuk meminta pertolongan.
Hanyalah taribiyyah, usrah2, kuliah2 dan program2 PAS sahaja sebagai penunjuk jalan di masa kegelapan. Tulang Besi bersyukur arwah ayah membawa Tulang Besi ke program2 usrah PAS masa umur Tulang Besi lebih kurang 12 tahun.
Tulang Besi memang sedari awal ditarbiyyah dengan PAS dan menyokong PAS. Tulang Besi tidak pernah mengenali mana-mana jemaah lain kecuali PAS.
Tulang Besi bersyukur kerana semasa pemimpin-pemimpin PEmuda PAS yang ada sekarang ini masih pakai lampin lagi, Tulang Besi telahpun mengikuti usrah dan program PAS. Ceramah PAS pertama yang Tulang Besi ikuti adalah yang diberikan oleh Khalid Samad di Markaz Tarbiyyah PAS yang belum siap. Setiap kali Markaz Tarbiyyah Tmn Melewar tu takda duit, mereka buat ceramah. Waktu itu, Tulang Besi masih ingat duduk bersandar di dinding yang sekarang ini berhampiran dengan Pejabat Pemuda dulu.
Tulang Besi jadi ahli PAS sewaktu PAS parti yang hina dan dagang. Di waktu itu, tiada siapa berani mengaku menjadi ahli PAS. Seingat Tulang Besi, ada seorang sahaja yang berani mengaku ahli PAS, yakni abang kepada Abdul Rahman Mayan. Memang orang bangsa Mamak ni kalau berjuang Islam 100x lebih berani dari orang Melayu. Tak heran kalau nanti ada bangsa Mamak yang akan jadi Presiden PAS.
(Tapi kalau Mamak yang sokong UMNO, 100x lagi jahat dari orang Melayu, macam Tun dgn Daim).
Tulang Besi tak boleh lupa waktu mula2 ikut usrah dulu, kita diajar akidah Islamiyyah dengan kitab ”Mastika Hadeeth” terbitan Jabatan Perdana Menteri. Waktu itu sedang hebat PAS dilabel sebagai sesat dan peristiwa Memali. Maka, PAS bertindak menggunakan kitab yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri bagi melindungi akidah orang Islam.
Selepas itu barulah ada kitab “Muqaddimah Aqidah Muslimin” yang ditulis Tuan Guru Haji Hadi Awang. Dan, selepas itu Kitab Mastika Hadeeth cuma digunakan untuk kuliah umum sahaja.
Tulang Besi masih ingat topik akidah pertama yang Tulang Besi belajar adalah Syirik. Dan Syirik hukumnya kita taat kepada manusia lebih dari kita taat kepada Allah SWT. Itulah INTIPATI Tauhid Uluhiyyah yang Tulang Besi tidak pernah lupa.
PAS MENYELAMATKAN TULANG BESI DARI MENJADI MANUSIA TAK BERGUNA
Jadi, jangan ingat tindakan Tulang Besi sekarang ini, menegur dan membetulkan pimpinan dengan blog, bukan sebahagian dari tarbiyyah PAS ke atas Tulang Besi. PAS boleh berbangga kerana PAS berjasa menyelamatkan Tulang Besi dari menjadi seorang penagih dadah atau perompak (atau yan g lebih teruk lagi menjadi pendokong UMNO) kepada seorang yang tamat pengajian di luar negeri dan mendapat ijazah.
Dan Tulang Besi berjaya mendapat A2 dalam Bahasa Malaysia untuk SPM dengan hanya membaca HARAKAH setiap minggu. Tingkatan 4-5 tidak memberikan masa yang banyak untuk Tulang Besi belajar Bahasa Malaysia. Maka, Tulang Besi tak baca sedikit pun buku teks Bahasa Malaysia. Apa yang Tulang Besi buat adalah membaca Harakah setiap keluaran dari muka depan sampai muka belakang. Hasilnya, Alhamdulillah, Tulang Besi dapat A2 dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.
Sekali lagi, Tulang Besi ingatkan, jangan cuba asingkan Tulang Besi dari PAS. Tulang Besi tidak pernah mendapat tarbiyyah lain dari tarbiyyah PAS. Dan Tarbiyyah PAS yang awal dahulu adalah menekankan ilmu dan peningkatan ilmu.
Di waktu itu, kita ada Arqam, ada Tabligh. Tapi, cara PAS adalah penekanan kepada Ilmu, bukan pada amal ataupun kepada zikir. Dan ternyata, cara PAS lebih berkesan dan panjang kesannya. Kerana ia berdasarkan kepada manhaj Islami.
Kepada penyokong-penyokong UG, berentilah buat fitnah ke atas Tulang Besi
WALA’, THIQAH, AKHLAK JEMAAH, DISIPLIN JEMAAH DSBNYA
Semua ni sebenarnya baru dalam PAS. Ianya popular semenjak pulangnya Arwah Ustaz Fadzil ke rahmatullah. PAS tidak pernah menghalang ahlinya menyuarakan pandangan dan pendapat. Menegur pimpinan bukan satu perkara yang ditegah oleh PAS.MEMFITNAH pimpinan itulah yang ditegah oleh PAS.
Tulang Besi sering dapat teguran untuk ikut saluran jemaah, ikut disiplin jemaah, ikut akhlak jemaah, ikut adab jemaah. Tapi, yang Tulang Besi tengok, bila Khalid ikut adab jemaah, dia kena pecat dari jawatan. Bila Abdullah Karim buat laporan, semua kena tolak mentah-mentah.
Bila ada mana-mana pendapat atau usul dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat Agung, mana yang tak disukai pimpinan akan ditapis dan dibuang. Itu yang saya pelik.
Adab dan saluran apa yang mereka hendak kita ikut. Bukan Nabi SAW pernah bersabda:
“Ad diinnu Nasihah” (Agama itu adalah Nasihat).
Apakah dgn blogger PAS memberi nasihat dan teguran kepada pemimpin PAS dikira tidak mengikut disiplin jemaah?
Sepatutnya pimpinan wajib mengambil kritikan-kritikan dari berbagai sumber dan menerima mana yang betul dan menolak mana yang tak betul. Bukan menyerang bloggers, menuduh macam2. Padahal, waktu pilihanraya, kesemua bloggers diharapkan bantuan mereka.
Waktu di Bagan Pinang, semua bloggers membantu PAS tanpa meminta imbuhan walau seposen. Takkan yang tu pimpinan PAS tak nampak.
Lagi satu, kenapa ada double standard dalam PAS. Dato Harun Din secara terbuka engkar arahan serta pendirian jemaah. Boleh Dato Harun Din lepas macam tu sahaja. (Saya bercadang menulis tentang ini).
Orang kecik kena orang besar lepas. Adakah itu yang dipanggil “Adab Jemaah” dalam PAS?
Sekian
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, February 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
Tulang Besi adalah contoh kegagalan sistem pentarbiyyahan PAS.
Woiii...bangang
Tak pasai2 hang tulis kisah sejarah hang tu pasai apa? Hang nak suruh orang kesin kat hang ka? Awat cam tu sekali hang ni...????
Hang buat camana pun orang dah tau perangai dan niat hang tu....tak payah la nalk selindung dengan kisah sejarah hang tu woiiii...
Sekarang ni apa yang orang nampak ialah perbuatan dan sikap hang tu yang tak melambangkan apa yang sebenarnya...
Ya....kalau betoilah mereka ada ucapkan begitu...maka...apakah benar mereka2 itu mahu bersekedudukan atau joint venture bersama Umno? Apakah dengan berbincang sebegitu rupa maka kamu boleh anggapkan mereka2 itu sudah menyokong Umno? Apakah dengan bermusyawarah begitu maka bersetuju sepenuhnya dengan idoologi Umno. Apakah dengan pertemuan itu maka kamu boleh mengatakan ini niat jahat Umno?
Persoalannya sekarang ialah hati hang tu yang rosak....was2 dan berperasangka buruk pada seseorang. Apakah Islam mengajar kamu begitu?
Hai....+Bangang...+Bangang
Abdullah bin Ubai lagi hebat dapat tarbiah dan solat jemaah di belakang Rasulullah tapi tda sampai ke hatinya. Hidayah adalah milikNya.
Patutnya yang menipu pasl jumpa UMNO dalam gelap lah yang rapat dgn Abdullah bin Ubai
Weiii...TB, ni aku nak bagi tau kat hang...
Dulu kecik2 aku pernah dengaq orang tua2 kata dan bunyinya macam ni:
1) "Woiii...Mat, jangan duduk atas bantai...nanti punggung hang bisui"
2) ' Woiii...Mat, hang lepas sunat ni jangan turun jalan kat tanah...nanti langkah taik ayam...besaq luka kat peliaq hang tu nanti"
So....hang paham2 la sendiri...nak jadi budak yang lurus bendoi ka atau faham akan nasihat dia?
Hai....+Bangang....+Bangang
bersabarla tb....
istiqamah ngam perjuanganmu...
lawan puak2 ug habis2an...
anda tidak keseorangn
TB.. ijazah luar negeri?.. hehe, nak tunjuk pandailah tu.. so, presiden pas kena dengar ckp hang la sbb hang lulusan luar negeri?.. tak guna kalau dpt ijazah kat mana2 sekalipun kalau setakat nak fitnah org..
hmm..persepsi..persepsi.. apapun teruskan usaha anda.. kalau takde org menegur, takde yang nak amik kisah... sabda Nabi SAW mafhumnya : "katakanlah yang benar walaupun ia pahit". - Neo
Danby was the only Jewish member of the Australian Parliament until 2007, when Mark Dreyfus was elected. He has frequently spoken in support of Israel and in opposition to antisemitism and other forms of racism. In 2005 he was critical of a book by a Sydney Jewish atheist journalist, Antony Loewenstein, about the Australian Jewish community and its attitudes to the Israeli-Palestinian conflict which he regarded as anti Israeli propaganda.[2] In a letter to the Australian Jewish News, Danby called on the book's publisher, Melbourne University Press, to "drop this whole disgusting project." He also called on the Jewish community to boycott the book. "I urge the Australian Jewish community, and particularly the Australian Jewish News, to treat it with dignified silence," he said.
Since his election to federal Parliament in 1998, Michael Danby has become a leading advocate of changes to Australian laws which discriminate against gay men and lesbians, and against same-sex couples. He has concentrated particularly on discrimination against same-sex couples in superannuation and veterans’ affairs.
geng mati pucuk buat keputusanpun tak keruan! sama saje hakim mahkamah persekutuan dan lembaga displin.
Menarik.. memang menarik, siap gmbr lagi... nk tgk??? klik sini
Lama rupanya berada dalam PAS. Daripada kecil lagi.
Agaknya letih berjuang. Apa pun tak dapat. Hasan Ali tolak jadi Setpolnya.
Alang-alang pekasam..baik 'rempuh' saja. Bukan rugi. Untung sabut tenggelam. Untung batu timbul.
walaupun ramai penjilat najis Parti Talibarut Penjajah British Kafir Harbii - United Malay National Organisation kat sini yang menghentam TB,
tapi aku secara peribadi menyokong sepenuhnya usaha-usaha TB untuk memperbetulkan PAS dari dalam......
lihatlah.... mana ada Pencacai United Malay National Organisation pernah serang Hasan Ali, Nasha ataupun Mustafa ALi?.....
Sebab apa?....
sebab mereka ni agen Germbolan yang mengeram dalam PAS..... setelah cukup matang.... mereka akan menetas dan seteruskan menghancurkan jamaah dari dalam....
Terukan usaha TB.... kita bersama-sama aspirasi rakyat Marhaen menumbangkan Parti Yahudi Laknatullah yang dah lebih 50 tahun merompak dan menjarah hasil mahsul negara kita yang tercinta ni..
dan jugak segelintir pemimpin PAS yang berniat untuk berselingkuh bersama parti Keparat ni....
P/s : macam penah nampak muka TB kat Masjid Seri Petaling... penah join Tabligh dulu ke?...
alahaii perompak harta rakyat!
1.Takut jadi macam anuar brahim dulu la!!
2.Masuk umno!nak baiki dari dalam!!
3.Last sekali kena tendang keluaq!!
Kah.. kah.. kah..
Aik, xmau komen pasal kawan baik ANUaww ke??? Takut terkena tempias ye??
Kah.. kah.. kah... dasar pencacai hamPAS, bile nk kene kat hidung sendiri terus hidup miniskus... kah.. kah.. kah...
Kalu Micheal Danby tu sokong UMNO, abis satu dunia pencacai hamPAS kata UMNO pro-Yahudi.
Kah.. kah.. kah... Tulang Busuk, where r you????
Weiii Bangang sekelian,
Hampa tau tak...TB tu boleh diibaratkan macam pepatah melayu kata la iaitu " Macam anjing menyalak bukit" ha...ha...ha...
Kalaulah bukit boleh berkata2 dan kita tanya bukit balik kenapa anjing menyalak..bukit pasti akan kata "Apa benda la anjing ni....menyalak tak tentu pasai"
kah...kah...kah... bukit pun hairan..!!!!
Bangang Awang dogol...!
TB nak jadi apa pun dia punya pasallah... kenapa kau dengki pada dia...? ada dia datang mintak sedekah beras kat rumah kau.. sehingga kau nak tunjuk hebat pulak...?
TB menulis dalam blog telah diketahui hala tuju penulisannya khusus memberi peringatan, pandangan dan juga tinjauan pandangan orang lain berkaitan dengan parti PAS.
Kau menulis dalam blog ini atas perjuangan apa, pendirian apa, fakta apa atau kau memang pencacai sial..?
Tulis berdegar-degar macam kau tu bijak dalam semua hal dan orang lain kau tuduh bangan. Tunjuk muka macam TB kalau kau tu ada telor.
Kau dengan PM malaysia sama saja cakap tak serupa bikin... khak tuiii... haramjadah !
alahai awang dogol..kadang2 aku kesian baca komen dia..ni hasil didikan mak bapak dia la nih..sian la awang dogol..mak ngan ayah dia tak didik dia elok2 dari kecik dulu..
Wei bangang sekelian.
Ni nak sambung sikit cerita di atas..
Dek kerana kehairanan akan kejadian salakan anjing tersebut maka segala bukit2 yang ada cuba bertanyakan sesuatu pada segala makhluk yang hidup di sekeling bukit2 itu;
'Wahai segala makhluk di sekeling ku..apakah gerangan sang anjing ini menyalak tanpa henti2 pada ku?"
Maka jawaplah akan sekelian makhluk2 di sekeliling bukit2 " Entahhhhh.....kami pun tak tau weihhh....kena penyakit gila babi kot anjing ni?
ha....ha....ha....
Keh...keh...keh...
Auw...awu...awu...
Tertonggeng-tonggeng.....terguling-guling akan sekelian makhluk ketawakan si anjing tersebut.
+Bangang....+Bangang
Note:
Best tak cerita penglipulara aku...
(saja syok2 tulis....mata dah nagantok nak tidoq....besok mau jalan jauh... balik umah mak mentua...wa cau dulu )
TG Hadi Awang Perlu Mohon Maaf
Faizal terani dengan tok guru siapa yg lebih betul??? siapa tahu jawapannya..mungkin Awang Dogol lebih tahu???
Alhamdulillah...Syabas...
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).
Selidik dulu apa berita yang Si Tulang Kaki.. ehh.. besi ni bawa. Lps ni bleh ganti N.Ajis. Tukang bagi tiket ke syorga. Siap dpt anugerah "ULAMA" lagi.....
Orang yang disanjung2 mcm Haron Din dan Hassan Ali pun semakin dilupai dek pukulan Tulang Babi... ehh.. Tulang Besi....
Tulang besi... Sapa Tulang Besi..???
teruskan TB. ramai yg sokong tindakan ko...yang benar tetap benar yang salah tetap salah (AT)....aku bukan AT
tulang besi hasil tarbiah PAS?!?
hahahahahaha
hihihihihi
herherherher
hohohoho..
nak termuntah aku.. klu hasil tarbiah bapak dia ada menasabah..
hihihihi
hahahahaha
hihihihi
hahahahaha...
Post a Comment