"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 09, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan Dijangka Selesai..?

Begitu senang sekali bagi Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa membuat andaian yang beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin PR akan dapat diselesaikan setelah Hadi memberikan penjelasan kepada mereka. Beliau mengatakan, perbincangan antara PAS dan UMNO bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Ini merupakan 'kejutan' bagi saya kerana tidak disangka-sangka Hadi dan Nasha senyap2 dapat mengilhamkan 'perancangan' mengalahkan pemimpin2 lain dalam PR. Pada awalnya perancangan mereka seumpama gerakan 'gerila bawah tanah'.

Apabila taktik bawah tanah sudah terbongkar sebelum mencapai kejayaan seperti yang diimpikan, barulah mereka 'terpaksa' membuat pengakuan memang ada perancangan kearah untuk 'bersama' dengan UMNO demi kesejahteraan kepada rakyat dan negara bagi pemikiran mereka.

Ini juga bermakna 2 pemimpin tertinggi PAS ini telah 'memecut dengan laju' kedepan meninggalkan pemimpin2 lain dalam PR termasuklah Mursyidul Am PAS, TGNA dan juga Ketua Umum PKR serta PR, DSAI. Beginikah caranya untuk mempamerkan ungkapan 'kesejahteraan kepada rakyat dan negara'?

Sebelum ini PKR hanya mengambil sikap 'berdiam diri' dalam permulaan isu sehinggalah 3 hari lepas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali telah mengatakan isu ini tidak pernah dibawa dalam mesyuarat PR. Mungkin isu ini sudah semakin serius dan ini akan 'membantut' usaha PR untuk mengambil-alih tampok pemeritahan negara daripada BN.

Janganlah kita lupa, DSAI telah memilih untuk 'berkorban' demi kesejahteraan rakyat dan negara dengan menolak semua tawaran yang dibuat oleh Che Det dan memilih untuk menerima apa sahaja perancangan jahat yang telah diatur kepada beliau. Oleh kerana keberanian dan keyakinan beliau, Che Det telah menghumban beliau kedalam penjara. Terbukti..., pengorbanan DSAI tidak sia2...

Disinilah bermulanya arus perubahan yang begitu menakutkan BN sehingga sekarang. Bulan depan beliau terpaksa menempuh lagi 'sejarah hitam' yang telah diatur oleh BN untuk 'menghumban' beliau sekali lagi kepenjara.

Kenapa 2 pemimpin tertinggi PAS ini tergamak untuk 'meninggalkan kawan', sedangkan kerana 'pengorbanan' kawan inilah, parti yang mereka pimpin telah mendapat sambutan yang begitu luar biasa daripada semua bangsa dinegara kita? Kenapa mereka sanggup untuk membuka pintu kepada parti yang telah bertanggungjawab keatas semua kerosakkan dinegara kita?

Jelas dan nyata, perancangan kearah penyatuan ini adalah 'sesuatu yang karut' seperti yang telah diulas oleh TGNA. Saya pun dah malas nak ulas panjang lebar mengenai isu ini kerana bagi saya memang ada 'sesuatu yang tidak kena' tidak kiralah apa pun alasan yang diberikan....

Posted By yeols to PRO REFORM

7 comments:

Aziz Al-Fayyed said...

Salam...

Ikhwan yang dirahmati Allah... Semoga kalian semua dalam lindungan dan peliharaah Allah hendaknya...

Saya amat2 terkilan dengan keputusan pemilihan kepimpinan PAS dalam Muktamar ke 55 baru2 ini. Tak payahlah saya nak uraikan, mungkin Ikhwan semua dapat mengagak siapa pilihan saya.

PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi bukan Islam andainya muqabalah menjadi kenyataan... Saya boleh jamin 98%, ini kerana, apa yang saya tinjau dan dengar cakap di sekitar Johor Bahru, penyokong PAS yang bukan Islam sudah mula bersungut dengan wujudnya team2 dalam PAS, antara sungutan mereka ialah muqabalah bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Saya mohon, andainya agenda muqabalah dan kerajaan perpaduan ini hendak diteruskan, mereka-mereka yang terlibat hendaklah buat satu parti baru dan teruskanlah rundingan itu. Saya sebagai muslim yang mendukung perjuangan PAS tidak rela perjuangan saya walaupun tidak pernah berjuang secara langsung di cabul dan di lacur demi kepentingan mereka-mereka yang ada agenda tersendiri. Ingatlah, PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam sebagai cara pemerintahan, jangan lupa pada dasar parti, kami di dalam PAS adalah kerana perjuangan Islam PAS.

Ingatlah ikhwan yang menyebelahi muqabalah, pihak yang satu lagi hanyalah mempergunakan kamu untuk kepentingan politik mereka, mereka tiada keikhlasan dalam muqabalah itu, yang ada pada mereka hanyalah mengambil kesempatan terhadap populariti dan penerimaan PAS oleh semua lapisan masyarakat dan kaum pada waktu kini. Ingat apa yang telah pihak sana buat terhadap kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Perak. 50 lebih tahun mereka memerintah bumi Malaysia ini, pelbagai "pelacuran" politik telah mereka lakukan, dari hak dan ketuanan Melayu hinggalah kepada Raja-raja, habis semua harta rakyat dirompak bagi meneruskan agenda politik bangsat mereka. Apakah ikhwan yang menyokong muqabalah ini tidak nampak? tidakah anda semua membaca dan menyingkap sejarah lampau?

Sekian, Wallahu wa'lam...
aziz al-fayyed/090609/0246/tanjungputeri

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Buat Aziz
Presiden kata dlm mimpi, satgi la bagi gue tido dulu, mung nie.
Timbalan Presiden kata dlm mimpi, la bagi la gue kena kopi secawan dua lagi dgn UMNO

WOTR dok taip nie kata dalam hati' kesian ekau, kesian ekau '

Kalau ganti perkataan lain lagu mana ?
1-Perbincangan Perpaduan ka
2-Diskusi Perpaduan ka
3-Perjumpaan Perpaduan ka

Lagi sedap ' Ikatan Perpaduan ' Bleh ?

Guakan Bro....

Anonymous said...

Brovo Hadi,
Bravo Nasha,..
teruskan usaha kamu,...
kamu telah menemui jalan yang benar...
amin.....

Bengkak said...

Poorraaahhhh Nasa,

Akan selesai dengan penjelasan konon... Anta ingat orang lain bodoh macam Anta ke boleh terpengaruh dengan lidah UMNO.
Semua orang tau UMNO tu lidah bercabang, alih2 Anta yg beria sangat nak suruh orang bersekongkol dengan UMNO... apa kat belakang ada kira2 nak dapat jawatan menteri kaaa? Kalau Anta nak jadi menteri, baik Anta joint UMNO terus, tak payah nak kelentong2 orang PAS.

Us. Mohd Said said...

Assalamualaikum,Isu Kerajaan perpaduan masih kabur dan bukan agenda utama PAS. Ini merupakan agenda peribadi pimpinan tertentu saja. Tak ada makna langsung kalau nak dipikir. Nak di laksanakan tetap perlu mendapat mandat ahli PAS,jika tidak tak terlaksana jugak. Jangan cepat melatah, tambahan memaki-hamun pimpinan PAS, PAS bukan hak individu pimpinan PAS. Kalau isu UG hendak dilaksanakanpun tetap akan terkantoi ditengah jalan, ahli2 PAS potong 18 pun takkan sokong.Kenyataan dibuat dirumah masing2 bukan ada berjumpa dengan UMNOpun. Ahli PAS takdak sejarah ikut telunjuk pimpinan yang berpaling tadah.DS Anwar yang dulu kami paling benci bila dianaiya kamilah yang memapahnaya dan menyanjungnya lebih dari saudara dan kawan2nya sendiri. Jadi, jangan risau tentang semangat setiakawan Ahli PAS. Takkan ada kerajaan Perpaduan yang bakal diwujudkan.Hasan Alipun lebih muda daripada kebanyakkan Ahli pas asal.Ahli PAS mengangkat Hasan Ali yang ingin berjuang dengan PAS. Dan kalau betul Hasan Ali nak berpaling .... takdak orang yang nak ikut diapun.So, jangan kalut. Dan jangan mudah nak maki orang berdasarkan kenyataannya yang mungkin dimanipulasi. Yang mustahak dengar, lihat, berbincang baik2. Kami dah putruskan di muktamar Pusat takdak kerajaan perpaduan dengan BN. Cakap2 luar muktamar anggap saja cakap kosong.
Assalamualaikum.salam reformasi.

Us. Mohd Said said...

Assalamualaikum,Isu Kerajaan perpaduan masih kabur dan bukan agenda utama PAS. Ini merupakan agenda peribadi pimpinan tertentu saja. Tak ada makna langsung kalau nak dipikir. Nak di laksanakan tetap perlu mendapat mandat ahli PAS,jika tidak tak terlaksana jugak. Jangan cepat melatah, tambahan memaki-hamun pimpinan PAS, PAS bukan hak individu pimpinan PAS. Kalau isu UG hendak dilaksanakanpun tetap akan terkantoi ditengah jalan, ahli2 PAS potong 18 pun takkan sokong.Kenyataan dibuat dirumah masing2 bukan ada berjumpa dengan UMNOpun. Ahli PAS takdak sejarah ikut telunjuk pimpinan yang berpaling tadah.DS Anwar yang dulu kami paling benci bila dianaiya kamilah yang memapahnaya dan menyanjungnya lebih dari saudara dan kawan2nya sendiri. Jadi, jangan risau tentang semangat setiakawan Ahli PAS. Takkan ada kerajaan Perpaduan yang bakal diwujudkan.Hasan Alipun lebih muda daripada kebanyakkan Ahli pas asal.Ahli PAS mengangkat Hasan Ali yang ingin berjuang dengan PAS. Dan kalau betul Hasan Ali nak berpaling .... takdak orang yang nak ikut diapun.So, jangan kalut. Dan jangan mudah nak maki orang berdasarkan kenyataannya yang mungkin dimanipulasi. Yang mustahak dengar, lihat, berbincang baik2. Kami dah putruskan di muktamar Pusat takdak kerajaan perpaduan dengan BN. Cakap2 luar muktamar anggap saja cakap kosong.
Assalamualaikum.salam reformasi.

Anonymous said...

Wednesday, February 29, 2012马华是反佛教!

敬爱的佛教信徒:


在此, 我要誠恳所以書面將实事发生在马耒西亜吉隆坡甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺. SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION NO: 19 JALAN 38 DASA JAYA KEPONG 52100 SELANGOR, MALAYSIA. 的遭遇公告大家, 我很不满意, 马华公会鹅唛區会及三宝寺理事主席那督叶金福律师, 是因為他应用悪毒傲慢的手段帶領一般外人耒挑衅践踏浄土及电招警方人员到甲洞三宝寺的神聖之地亳无理由的要警方人员强硬扣留出家人耒逹到耻辱佛教信仰者


我要强烈的在此請問我犯了什么涛天大罪而使你叶金福律师千方百計要警方人员扣留我和尚?


我耒至梹城, 初出道, 暫住甲洞三宝寺俢行, 只因看不过眼叶金福律师的為人, 无礼傲慢不可一视的态度对待壇主, 稍为講他几句而己他却採用如此下流的手段伤害出家人, 的确令人不敢恭维.


一校之長, 其学生如有犯错, 警方人员都必須先见校長去了觧实况, 才可行动, 這是一般常规.但遺憾的是. 他叶金福身为律师却反其道而行, 不依佛理而轻视佛教的精神一味要显示他是马华公会鹅唛區会及甲洞三宝寺理事会的主席, 强求要警方人員扣捕我和尚, 耒逹到其目標, 但还好,基於宗教敏感,連巫裔警方人員也懂得和尊重別人的文化習俗,不敢軽举妄动, 否則后果不敢設想.


我明白, 他马华公会區会主席那督叶金福律师大动肝火, 生氣一位担任該 (暹寺) 甲洞三宝寺將近20年的壇主, 也是自筹建三宝寺最大的功臣, 其因是师父惊觉到一个新耒的叶金福律师满囗仁義道德, 說一套做一套, 排除異己, 而理事会成员多數为其親戚家族当任, 再加上处理 (暹寺) 三宝寺钱財不透明, 除此之处, 他的行动想把佛教的浄土变为政治活動埸所, 公家修道之地, 当作私人財產。


师父看在眼裡, 以大局为重, 而善意的给予劝告, 却引起他马华公会鹅唛區会主席叶金福律师, 闷闷不乐, 坐立不安, 无法无天的反而处处为难, 并不友善的加以迫害壇主离开 (暹寺) 三宝寺


他马华公会鹅唛區会主席叶金福律师, 這种司马昭之心, 伪君子作风, 人人都知--------。你能花言巧語, 蒙蔽誤导群衆一時, 但不能欺骗一世. 佛教的因果肯定報应。


最后我也顺此祝願他醒觉, 諸悪莫作, 衆善奉行。


YOURS IN DHAMMA


VEN. PHRA PIYA THAMMO, PENANG, MALAYSIA.