"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 12, 2010

Kapal TAK BOLEH Selam: Jurutera Perkapalan Disaran Berkursus Di 1Malaysia

Reactions: 
Klik imej untuk gambar besar
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan kecil pada sistem saluran air bertekanan tinggi pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman menyebabkan aset strategik itu tidak boleh menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Bagaimanapun beliau berkata, kerosakan mekanikal yang dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah itu tidak membimbangkan kerana hanya melibatkan sistem sokongan kapal.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' katanya.
Menatang Kapal TAK BOLEH Selam ni boleh memuatkan anak kapal seramai lebih kurang 31 orang dalam 1-1 masa... tapi kita tak payah risau sebab katakanlah "kalau" Kapal TAK BOLEH Selam ni rosak dalam masa operasi, tak ada sorang pun anak kapal akan mati lemas sebab ini ialah Kapal TAK BOLEH Selam... kot mana-mana pun dia TAK KAN boleh tenggelam.

Jurutera Kapal Mewah, Kapal-Kapal Dagangan, Kapal Kargo dan segala jenis Kapal termasuk sampan diseluruh dunia disaran supaya mengambil kursus "Kejuruteraan Kapal TAK BOLEH Selam" di 1Malaysia sebab hanya di 1Malaysia sahaja ada teknologi Kapal TAK BOLEH Selam.

Borang-borang Kursus "Kejuruteraan Kapal TAK BOLEH Selam" boleh didapati di http://kepalabapakbijan.com.my/. penyertaan terbuka sehingga semuanya terlondeh.

30 comments:

Anonymous said...

cepat je tulis, aku da agak lepas tgk tv3 berita smlm, musti ade posting nih early in the morning following day..terus terang aku ni bkn PR..

kelakar gak kapal selam takleh selam..baru beli agaknye kan? teknikal? harga mahal camni, and mmg fungsi dia utk selam, tp takleh selam, adoi yai..fail!

tp korg akan salahkan UMNO..kelakar gak..aku nak tgk comment2 PR kat sini pasal issue ni..

harap ada warranty lagi, org malaysia dah le takde expertise nak repair kapal selam, or otherwise, cost nak repair ni mahal..duit rakyat..

Anonymous said...

Kah..kah..kah..
Tak sampai setahun dah x boleh selam..
Beli mahal-mahal tapi cepat jahanam..
Ini betul "scorpene"ke
ataupun "scorpion".
Rasa-rasa kene tukar nama kepada "KD Atlantuya" kot baru boleh menyelam ... kah..kah..kah

LanaBulu said...

Masalah dok mai 1-1..
Lepaih satu mai lagi satu..
Tak habih2..
Orang nak guna kapai selam..kita pun nak pakai kapai selam..
orang beli baru punya..
kita beli yg second hand punya..betoi ke?
yg di-ligan tak dapat..yg dok kilok berteraboq.. lastly duit terbang..barang yg dibeli jadi bangkai gajah putih..
Rakyat terpaksa tanggung bebanan hutang..!

Anonymous said...

alahai..
1.Hangpa tak tauka!kapai selam tu!3 dalam 1!!:
1.1.satu untuk selam dalam ayaq!
1.2.satu untuk belayaq macam kapai biasa!
1.3.Satu untuk terbang!!

2.Kapai selam tu dah tunjuk bahawa dia dah boleh selam!la ni dia tunjuk pula yang dia boleh belayaq macam kapai biasa!!Bukan tak boleh selam!!
3.nanti dia akan tunjuk!dia boleh terbang la pulak!!
4.TP!hang pi kikih cat bahagian nomboq casis dan nombok enjin kapai selam tu!!
4.Nak tau samaada kapai selam tu pakai lesen AP untuk bawak masuk kemalaysia!ala!lesen AP yang dok bawak masuk kereta mewah tuuu!!nampak macam baghuuuu tapi second hand!!
5.Kapai selam tuuu!razak baginda bawa masuk !guna lesen AP la jugak koottttt!!!!!
6.alahai!alahai!nak kata apa lagiii!!!

paloibinmulau said...

maaf saya bukan nak tunjuk pandai. tapi saya rasa ini masalah technical term yg digunakan. mungkin perlu bezakan "diving" dan "selam" hehehe. kapal ini saya rasa boleh menyelam hehehe. masalah kapal ini ialah tak boleh "diving".

apa ini "diving"? mungkin kita kena tengok cerita perang pasal kapal selam mcm the hunt of the red october, das boot atau u-571.

Anonymous said...

salah sapa lagi...salah kerajaan barisan nasional laaa yang di kudakan oleh umno....

aku rasa kapal selam ni manual dia dalam bahasa mongolia...

Anonymous said...

Musti dah amek komisen lebih dan project spec dikurangkan....

Anonymous said...

lepas ni senang sket nak bawa kuar enjin ke ape2 ke...guna je kapal selam....ha3...

Anonymous said...

dah agak dah...mesti puak2 PR akan besar2kan perkara nih..sangat elok utk dijadikan bahan politik...

Anonymous said...

Apa2 pun, aku rasa Zahid Hamidi kena resign pasai tu hari enjin ilang, pas tu bab rahsia kerajaan dan ni kapai tak leh selam....

Anonymous said...

enjin kapal selam kena curik kot..tu yg takleh nyelam tu..

AzamDean said...

hahah inilah Kapal Dogol Tunku Abdul Rahman..anonymous atas skali ...mesti lah salahkan orng UMNO..dah UMNO jadi kerajaan..takkan aku nak salahkan Tunku Abdul Rahman lak..dah arwah dah..kot2 letak nama die yang suwey tu.. hahahahaa baru beli dah bentan.. belum beperang lagi..ini esok kalau berperang ni..mau maut tentera kita terabarai kapal selam tu masa menyelam...

rambai said...

Ahlul PR yang rosakkan kapal selam tu pastu tuduh kerajaan cakap UMNO punye keja ok le tu drpd ade kerajaan DAP yg control...he he

Anonymous said...

Saya hormat kat Tan Sri sebab membuat penjelasan terhadap isu tersebut.

Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan tidak cuba menyelindungi masalah dan bersikap telus. Orang ramai perlu menerima kenyataan ini dan tidak terikut-ikut dan percaya apa yang disebarkan oleh blog-blog yang tidak bertanggungjawab.

Anonymous said...

rasanya baik tingkatkan kawalan di pangkalan kapal selam tu , takut nanti hilang enjin pulak masa penyelanggaraan hendak dijalankan...

ShyTone said...

ini bukan kapal selam tapi tongkang untuk amik pendatang dengan izin..
hahahhaha

Abu Muhammad Haikal said...

Sukanya jadi Menteri di Malay sia dapat beli tanah dan rumah di Luar negara.

kan...kan...Melayu mudah lupa.

Anonymous said...

Mesti la bising!! Dah bebilion duit rakyat hangus...tk kn nk salahkn kerajaan mngolia kut..

last2 minyak gak yg naik harga...

Apa punya negara daaa.....

abdrahim kassim said...

bayar tak habis kot, sebab itu pengeluarnya bagi selam sikit sahaja. Kalau bayar habis baru boleh selam penuh....

Anonymous said...

Kapal selam yang tak boleh menyelam..............umno

Anonymous said...

ni mesti kes beli "tergesa2" ... tak double cek condition kapal selam tu betul2....

anwar said...

ala yang dok bising2 tu bayaq cukai ker..yang dok kata duit rakyat..rakyat mane..aku yang bayaq cukai pun tak kisah..janji kerajaan aku bukannya kerajaan terleiwat

kolonikof said...

anwar hang memang sesuai duduk dalam UMNO...UMNO suka orang BANGANG macam hang...

kapal selam takut lemas...

Anonymous said...

AKU RASA PEMIKIRAN JUAK2 BARISAN NAJIS NIE MAKIN BODO... DUIT RAKYAT DAH TENTU LA DARI RAKYAT MALAYSIA..TAK KAN DARI RAKYAT MONGOLIA... NIE SAPE PLAK NAK SIASAT???? MAKIN LAMA BARISAN NAJIS NIE MEMERINTAH MAKIN BODO RAKYAT MALAYSIA NIE...PUAK2 UMNO NIE PLAK...MAKIN SUKA DI PERBODOHKAN...BULAN 5 MINYAK NAK NAIK...TUNGGU LE RAKYAT 1MALAYSIA...HAHAHAHA!!!!

Manja said...

Aku rasa kapal selam mainan yang aku beli dekat Jepun dengan harga RM 3370.00 lima tahun lepas lagi bagus sebab sampai sekarang masih boleh aku bermain......

Hai....hairan betul.

AzamDean said...

haha kapal selam mainan dari jepun.?? hahaha ko klaka la bro., ahha apa2 pun terbukti barangan Jepun lebih hebat daripada kapal selam buatan perancis ni..ni buatan perancis kan?? haha

Manja said...

Jaga2 weiiii.. nanti ada pulak enjin kapal selam hilang kena jual...kah...kah....kah

Anonymous said...

Kapal selam mat monggol ni dah di sumpah oleh Altantuya selama tujuh keturunan mat monggol takkan amam. tak gitu?

haji labu bin kundur said...

Tuan PR,

Aku tak berape kisah kalau kapal selam tak boleh selam, yang aku cukup risau kalau kapal selam tu tak boleh timbul. Lagi haru biru dibuatnyer..

Old Navy said...

Tak yah le nak komen banyak2 ye...kalau tak tau pasai kapai...kalau tak penah turun kapai..buang masa aje...setakat nak kutuk budak kecik pun tau...jgn tau nak cari salah orang aje.....cermin diri & perbetulkan dulu.Biar lah depa (navy technican) buat keja depa.Depa tau apa nak d perbetulkan. Hampa jgn dok sibuk sibuk.Duduk aje kat darat diam2.