"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 23, 2010

4 Billion: DPPNK Cabar Safuan Kemuka Bukti

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di beberapa media massa pada 22 September 2010. Beliau dilaporkan mengulas isu derma RM4 billion kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan dengan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat PAS Kelantan atas dakwaan kemungkinan melakukan penyelewengan.

2. DPPNK menyifatkan kenyataan Anuar Safian sebagai kenyataan melatah yang dikeluarkan atas sentimen politik yang keterlaluan. Sewajarnya Anuar Safian menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mempercayai dakwaan adanya derma sebanyak itu. Atau adakah sebenarnya UMNO Kelantan khususnya Pergerakan Pemudanya sendiri kecut perut sekiranya derma tersebut benar-benar wujud lantas menyukarkan usaha UMNO menawan Kelantan?

3. Barangkali sudah lama UMNO khususnya di Kelantan menunggu-nunggu isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti kerajaan Kelantan lantas bertindak pantas mengeluarkan kenyataan walaupun dakwaan yang wujud hanyalah samar-samar sahaja. DPPNK menasihatkan, jangan terlampau gelojoh memperlihatkan keghairahan menangani isu.

4. Selain itu, DPPNK juga kesal dengan dakwaan Anuar Safian yang mendakwa bahawa terdapat banyak isu penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan akhir-akhir ini. Anuar Safian yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi (OMBAK) sepatutnya bercakap berdasarkan fakta dan bukannya rekaan semata-mata. DPPNK dengan ini mencabar beliau supaya mendatangkan bukti sekiranya benar terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan. Amatlah sekali Pemuda UMNO Kelantan jika dipimpin oleh individu yang hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa asas sama sekali.

5. DPPNK mencadangkan agar Pemuda UMNO Kelantan khususnya Saudara Anuar Safian supaya dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu penyelewengan yang benar-benar berlaku. Atau sekurang-kurangnya mengawal pembahagian duit wang ehsan yang dirompak daripada royalti minyak Kelantan agar tidak dijadikan senjata politik oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
Bertarikh : 13 Syawwal 1431H beersamaan 22 September 2010M.

8 comments:

Anonymous said...

aiikkk..

sendiri buat taik, umno gak yg kena?

nah! tgk link ni serta bukti2 bertulis

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/09/bukti-terkini-salahuddin-ayub-lidah.html

ingat lagi tak firman ALLAH? jgn menyembunyikan sesuatu yg benar?

Anonymous said...

syarikat baru setahun jagung, paid up capital RM1 juta leh kasi PAS kelantan RM4 billion?

kah kah kah!..

ape sgt la wang royalti kelantan yg dok jd idaman smpai nak bawk gi Mekah tu lepas ni kan?

kah kah kah!

bodoh bangang la PAS ni..

ko agak2 dgn muka CEO I'da Group mcm kat link ni bleh pecaya ka? gigi pun tak mampu nak repair, nak kasi 4 billion? kah kah kah

sekiranya ia benar (adui, aku tak terbayang dalam otak aku menda ni benar), bukan jeles kat kerajaan kelantan, cuma ape yg cuba nak kitorg highlight kan, adalah ada unsur2 rasuah dalam pemberian replika cheque ini..keje belum buat, kontrak yg dipohon belum dapat (ntah2 da dapat), tp PAS dijanjikan RM4 billion oleh syarikat ni..DERMA ke RASUAH Tu?

tp mmg bodoh la puak2 PAS ni..cuba tgk balik artikel tu..ape dia tulish?

"Atau adakah sebenarnya UMNO Kelantan khususnya Pergerakan Pemudanya sendiri kecut perut sekiranya derma tersebut benar-benar wujud lantas menyukarkan usaha UMNO menawan Kelantan?"

ayat atas ni ayat mengharap bygan RM4 billion weih..

bodoh betul puak2 PAS ni..

Anonymous said...

apa punya mentaliti org umnut ni...aku x nmpak pun ayat yg ko highlight tu mcm mengharap...cuma dia kata umnut kcut perut sampai telor masuk dalam kalu derma ni jd knyataan....muah...muah...muah...

mosabit said...

anuar safian ni konon nak jadi anwar ibrahim...

tapi sayang cuma jadi anuar sapi jer...lembu punya susu..sapi dapat nama...

dan sebagaiiinyaa...

kahkahkahkahkahkah....

Anonymous said...

ada sesapa boleh tolong si forward link tu kat dewan pemuda pas..aku pun boleh bagi bukti yg dia hendak tu..

Anonymous said...

bodoh..

tak termasuk dek akal yg "derma" tu boleh jadi kenyataan..

the moment ko tulih tu bermaksud kemungkinan menda tu akan jadi..ni la maksud aku mcm mengharap tu..

bodoh..

Anonymous said...

cis! buang masa 5 minit dlm hidup aku pasal baca artikel bodo ni...

Anonymous said...

JH Yip Management Sdn Bhd
Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 51200 Phone:03-6274 5352
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK