"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 23, 2010

Buang Bayi: Ini Penyelesaian Yang Paling Tepat..!

Alhamdulillah...

Lepas berpuasa selama 13 hari, akhirnya kunyit dan sawang yang berserabut dalam minda Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat akhirnya terhakis... berkat Ramadhan... aku harap lepas ni akan ada lagi idea-idea 1st. class dari Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS macam idea yang ni... kalau beterusan, PRU-13 nanti kita tak payah nak risau.

Idea pihak lain semua idea cap ayam... tabung DNA..? sekolah hamil..? apa benda semua tu..? ada tabung DNA, tapi kepakaran tak de buat apa..? bagi aku tabung DNA tu buat semak boleh la... dengan adanya tabung DNA, akan ada banyak pihak yang akan jadi "kambing hitam"...

Tak silap aku antara yang memula lontar idea Tabung DNA ni geng aku sendiri Aduka Taruna... idea tu tak best langsung selagi Malaysia masih dibawah KERAjaan UMNO/BN...

Tak mustahil ianya akan dimanipulasi... kejap lagi Pak-Pak Menteri dan anak-anak menteri UMNO/BN sedap-sedap makan daging mentah sampai dapat hasil, yang kena tangkap nanti dah tentu bla bla bla bla bla... alah tak yah sebut la... game macam ni dah lama dah... tak kan korang tak tau...

Zaman Rahim Thamby Chik dulupun sape yang jadik "kambing itam"..? tukang menjatnya sape..? yang kena tangkap sape..? kira tu zaman kuno beb... masuk zaman moden, macam-macam lagi KERAjaan boleh bikin beb... korang percaya sangat ke "sistem keadilan/mahkamah" dekat Malaysia ni..? blah la..!

Dah balik pada asal... Penyelesaian kepada masalah buang bayi:
Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi

Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.

11 comments:

Anonymous said...

boleh pakai idea ni..
cuma masalah termengandungnya pelajar bawah 18 tahun tu nak kena fikirkan juga kaedah penyelesaiannya.

takkan nak biarkan depa buang bayi atau lagi haru kalau depa sendiri bunuh diri sbb dah hilang punca.

Mr Joker said...

Anon 3:11...

Nak pikir masalah apa lagi..? kan dah menikah... kalau dah menikah, nak takut apa lagi kalau mengandung..?

eish... hang ni paham ke tak paham..?

laksamana said...

hok masalohnyo hok ngandung tuh buke jenis hok nok nikoh... jupo pun mok pok x tahu...

Anonymous said...

kan proposal tu utk pasangan 18 tahun ke atas sahaja...

Anonymous said...

Memang baguih idea tu...tapi ...yang aku myuskil...ada jugak natang yang tak sempat2 kumpul duit langsung ukt nikah...dah balun awal2 lagi?

Yang banyak berlaku adalah natang jenis ni la.

Jadi, utk penyelesainya, natang2 yang balun sebelum nikah, patut direjam guna hukum islam. Itu yang paling baik.

Aku pelik betoi la kat hampa ni, kata "mencegah itu lebih baik dpd mengubatinya". Tapi, aku nampak hampa lebih kepada "mengubati" dan bukan mencegah. Hukum Allah dah bagi...hampa masih tercari2...teraba2 pada benda lain.

Hampa ni tak percaya pada kata2 Allah ka?

Anonymous said...

1.Jenuh dok pikiaq!!cadangan puak pemuda pas ni!!
2.Awattt laa!!cadangan puak pemuda pas ni taraf tadika jeee!!!!
3.Emmmmmmm!!!dah taraf pendidikan!!taraf mentaliti!!! takat tu jeeee!!!
4.Nak buat macam mana nooooooooo!!!!

mamat drebar said...

oiiit topeng, ni idea pro UG la.. idea taskforce13...idea geng yahudi.. nape ko leh terjerat ek? bodo tahap gaban hang topeng buruk....

Mr Joker said...

Oi beruk 10:11 PM...

Idea pro UG ka, idea Erdogan ka... kalau bagus aku sokong..!

Beruk gua tak sokong... kena pulak beruk yang mak bapak dia tak bagi nama...

Man Kering said...

Aku sokong si Anon 5:01 kata tu.

Hairan, kenapalah puak2 pemimpin UMNO ni masih tercari2 penyelesaian masalah tu. Dulu digalakkan penggunaan kondom...sekarang nak tubuhkan tempat perlindungan bayi pulak dah. Macam menggalakkan aja utk rakyat melakukannya.

Al-Quran dah bagi tahu,orang yang tak ikut perintah tuhan mereka akan melakukan lebih banyak kerosakkan. Al-Quran dah bagi tahu orang yang melakukan zina hendaklah di rejam....tapi...puak2 pemimpin umno ni masih degil tak mahu guna hukum Allah dan masih mencari2 hukum mengikut akal mereka. Sebab tu zina makin berleluasa....kelahiran anak haram makin bertambah.

Allah dah bagi peringatan....tapi... puak2 UMNO ni masih ingkar....tak yakin...malah menolok terus hukum Allah.

Subhanallah....

Anonymous said...

anon 7:11
hang dok komen kat pemuda pas... aku nak tanya apa pemuda umno buat setakat ini dalam menyelesaikan masalah tersebut... Jange dok nampok sangat gak kita ni bodo dan tak faham isu sebenar...

Anonymous said...

Dalam al-Quran menyebut ada enam rukun hidup bermasyarakat yang perlu kita ikuti iaitu kita tidak boleh hina-menghina, merendah-rendahkan orang lain, perli-memperli, gelar-mengelar (yang tidak baik), berprasangka buruk dan mengumpat antara satu sama lain...
Renung-renungkan.....wassalam