"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 13, 2010

'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS - Malaysiakini

Reactions: 
Salam pembaca2 Malaysiawaves sekelian. Alhamdulillah, hari ini hari yang amat bersejarah bagi saya. Saya bersyukur kerana penghantaran aduan saya berjalan lancar. Saya juga bersyukur dapat bertemu kembali dengan Ustaz Rahim setelah sekian lama tidak berjumpa beliau. Saya terharu sebab dia masih ingat pada saya walaupun telah hampir 4-5 tahun tidak berjumpa. Beliau ni adalah antara pekerja PAS yang paling komited yang saya pernah jumpa. Dan, urusan saya dengan beliau berjalan amat lancar.

Saya kemukan tiga salinan dokumen dan kesemua dokumen serta salinan telah dicop oleh Pejabat Agung sebagai tanda terima. Bersama aduan bertulis itu, saya juga telah lampirkan rakaman audio sebagai BAHAN BUKTI terhadap aduan saya tersebut. Dan saya nampak sendiri Ustaz Rahim meletakkan aduan2 saya serta CD rakaman audio ke dalam satu 'envelope' dan beliau kata dokumen saya itu akan dihantar terus ke SU Agung.

Syukur alhamdulillah segala berjalan lancar dan syukur saya dapat berjumpa Ustaz Rahim setelah lama tidak bertemu. Semoga usaha saya ini diberkati serta dirahmati Allah SWT hendaknya. Saya minta kesemua pembaca Malaysiawaves mendoakan kejayaan usaha saya ini, inshaalah.

Tulang Besi
'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS
Abdul Rahim Sabri
Feb 12, 10
12:11pm

Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan parti itu berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' mengemukakan empat aduan terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Tulang Besi yang baru tiba dari Indonesia berkata, beliau menyerahkan empat aduan tersebut bersama-sama sekeping cakera padat yang mengandungi bukti berbentuk audio berhubung salahlaku pemimpin kanan PAS tersebut.

Aduan tersebut diserahkan kepada Setiausaha Kerja PAS Pusat, Abdul Rahim Saidin di pejabat parti itu kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Dalam sidang media selepas menyerahkan aduan tersebut, beliau berharap dengan aduan tersebut, pihak PAS membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas.

"Tanggungjawab untuk menjaga parti daripada dilanda masalah displin terletak kepada semua orang, tidak hanya terletak kepada orang bawah sahaja. Kalau orang bawah boleh displin, orang atas kena lebih displin," katanya.

Abdul Rahman berkata perjumpaan Dr Hasan dan Nasaruddin dengan penulis blog dari Umno dan PAS di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu, berlangsung pada 25 Oktober tahun lalu.

Dalam pertemuan tersebut, mereka didakwa mendedahkan rahsia parti berhubung bai'ah ta'lik kepada penulis blog tersebut.

Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika calon-calon PAS yang menang mengkhianati parti - bagi mengelakkan risiko mereka lompat parti.

Tulang Besi juga dilaporkan sebelum ini menyiarkan rakaman audio tersebut di dalam blognya, November tahun lalu.

Mengulas mengenai aduan kedua, Abdul Rahman mendakwa keputusan Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 yang meluluskan kertas kerja yang ditulis Dr Haron Din itu.

Katanya kertas kerja tersebut adalah "satu titik tolak pepecahan dalam PAS" yang mencadangkan supaya "mengadakan perbincangan dengan Umno".

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, keputusan tersebut melanggar perlembagaan parti kerana "Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu" dan " tidak pernah dirujuk kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat".

"Keputusan itu tidak mewakili Majlis Syura Ulama. Setakat yang dimaklumkan kepada saya, tidak ada minit mesyuarat. Mungkin ia hanya perbincangan biasa... Ia tidak dibincang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Dr Haron yang menyertai sebuah forum yang dianjurkan oleh 30 NGO berhubung isu 'Kalimah Allah', Abdul Rahman berkata tindakan tokoh agama itu telah "melanggar pendirian rasmi PAS tentang isu kalimah Allah yang diputuskan pada 5 Januari lalu".

Dalam aduannya, Abdul Rahman menyifatkan kehadiran bekas ahli panel Forum Perdana Islam itu dalam forum tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 13 Januari lalu adalah "satu bentuk sokongan yang jelas kepada keputusan NGO" yang menyatakan penggunaan kalimah itu adalah hak eksklusif orang Islam sahaja.

Berhubung aduan keempat, Dr Hasan didakwa menyebarkan fitnah tentang Pakatan Rakyat di Selangor, dalam pertemuannya dengan penulis blog Umno dan PAS pada 25 Oktober itu.

Dalam aduannya, Abdul Rahman memberi contoh fitnah yang disebarkan adalah berhubung isu projek "Plug And Play" di Selangor.

Berdasarkan rakaman audio itu, Abdul Rahman mendakwa Hasan Ali menyatakan tiada elemen dan kepentingan bumiputera dan Melayu sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melaksanakan projek ini.

"Tindakan Dr Hasan jika tidak dibendung, akan berlaku pepecahan (dalam Pakatan Rakyat)," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menerima sebarang tindakan displin berhubung pendedahan berani ini, Abdul Rahman berkata:

"Saya sanggup menerima apa-apa risiko. Saya berpihak kepada kebenaran dan saya ada bukti. Parti harus dijaga. Saya tidak takut".

Abdul Rahman berkata beberapa aduan berhubung perkara tersebut sebelum ini pernah dikemukakan kepada pejabat agung PAS dan jawatankuasa displin parti melalui emel sejak November lalu.

Bagaimanapun tidak ada maklum balas berhubung aduan beliau itu, tambahnya.

10 comments:

Awang Dogol said...

Woiiii....bangang

Orang macam si Tong Busuk pun hampa nak hormat....porahhhhhh.

Kita orang (UMNO) nak buat baik pun ini orang buat taik.....busuk perut...hasat dengki. Orang macam ni hampa nak hormat lagi...kah..kah...kah...+Bangang...+Bangang.

Nak tunjuk glamor la tu....hantar bahan bukti kunun....kah...kah...kah...selayaknya dalam tong busuk aja lempaq envelop tu.

Ini orang kiri-kanan dia bantai...dalam Pas pun dia bantai...pada kamipun dia bantai jugak..dia ingat dia perfect sangat la.....Woiiiii...caermin muka la dulu....sebijik macam AT muka.....he...he..hhe


Woiiiiii...bangan...jangan perasan la. Kalau orang dalam Pas pun meluat dengan hang....tambah kami yang di luaq PAS yg hang selalu tibai ni...

+BANGANG.....+BANGANG

Jusoh Bercakap Jenab Diam said...

kepada
awang dogol...
Biar mereka buat kerja mereka yang hang kaluk tu apa hal..hang ingat muka hang lawa sangat doh ko...he..he.

cermin mukan hang sendiri ler..takdak cermin hang g kapala sapa yang botak tu hang tilik la..

hang jadi kaluk tak tentu pasai ni apa....bising semacam jer...biar la dia nak gelemor ke apa ke..yang jangan dok kaluk boleh ke...

hang jaga hang parti Umno tu la..biar pi la dia nak buat apa pun ...
yang jangan dok kalut semacam ....

patut la hang dok kena tibai asyik dok cakap pasal orang lain tu yang kena tibai..

hang pun suka tibai orang ..he.he jadi apa salahnya orang tibai hang pulak...

biar hang tengok sikit kerja dalam PAS macam mana..kena tibai dan Fitnah tu dah lali dalam PAS ni...
hang kecewa ke PAS DAN UMNO tak dok sekali ....
selamat tinggal UMNO..dan hang sekali

JEBAT MENGKUDA said...

DULU KINI DAN SELAMANYA..aku sokong PAS tapi syaratnya..macam kes Perak pulak ..ada syarat2..PAS mestilah buktikan PAS adalah HAROKAH ISLAMIAH..gerakan Islam..bukan SEMATA2 berperangai macam PARTI POLITIK SEKULAR..sama perangai macam BN UMNGOK..baik ahli dan pemimpinnya...

ZaimaZ said...

Sekian lama PAS dok komen yg KERAjaan tak telus, semua aduan rakyat marhaen di tapis oleh menteri , semua rakyat setuju dgn pendirian itu, tapi kenapa lak semua aduan ke JKD PAS mesti melalui SU keparat tu? so akan terjadilah mcm umngok buat, hok klik deme lepas dan yg bukan dari klik deme akan di dakwa seterusnya di hukum. puak-puak pengkhianat ni tak teringat ke amaran ALlah dlm ayat 2 dan 3 surah As Sof? Dulu syiah jadian dlm PAS lebih syiah dari syiah, lani lak umno jadian(penjilat umno) lebih umno dari umno. Maha suci ALlah, sekiranya ada amalan kami di dalam perjuangan ini yg di terima sebagai jihad di jalanMU, maka kami merayu kepadaMU ya ALlah KAU hancurkanlah musuh Islam bernama umno dan anjing-anjing mereka di kalangan pimpinan PAS dengan sebangsat-bangsat kehancuran dan kembalikanlah kekuatan ummah bersama PAS dan rakan-rakan PR.amin ya Robbal ' alamin.

Awang Dogol said...

Woiiii...Bangang,

Aku sibok sbb si Tong Busuk tu yang suka sibuk pasai pati aku. Woooooo... kau orang suka2 tibai pemimpin aku .... kau orang suka2 tibai..parti aku...takpa noh....aku tibai si Tong Busuk yang busuk hati ni...hang bising pulak....Bangang betoi la hang ni.

Woiiii bangang,
Orang yang bagi makian anjing pun boleh mulia di sisi islam.....inikan pula...orang yang nak ajak buat kebaikan sesama ummah. Orang ajak berbincang...bermuafakat dengan baik....tapi...si Tong Busuk ni dengan bangangnya mengsyakki yang buruk pulak pada kami. Bbukan itu saja...dikatakan pulak puak2 hampa yang nak berbincang tu pembelot. Kepala bapak punya bangang ka orang macam tu. Belum apa2 dah saqngka yang bukan2. Baru nak rancang...dah katamacam2 yang buruk.

Woi...bangang,
Gula kalau setakat kata maneh aje tak jadi....kena rasa....baru tau meneh ka masin. Sebab tu aku kata....orang macam hampa ni patut pakai topi koboi aja....jangan dok pakai ketayap....keranan perangan buruk hampa tu merosakkan pandangang rakyat pada ketayap hampa tu. Pakai topi koboi senang...hampa tembak la mana2...orang tak heiran...sebab memang perangai koboi tu cam tu.

Ada paham +BANGANG....+BANGANG sekelian.

JEBAT MENGKUDA said...

Kalau tak boleh kontrol perasaan marah..dok panggil orang..bangang..bangang..ade akhlaq Islamiah ke oooii..pejuang sejati..boleh kawal..marah..macam Saidina Ali..Haji Hadi selalu dok ceramoh..kawe oooiii..

Anonymous said...

hoi...awang dogol. itu maksud dia sape yg salah tetap salah. ahli parti ada hak nak tegur pemimpin yg gila. at least dia x macam ko bacul. pemimpin buat salah pun biarkan....x salah aku awang dogol ni watak org jahat dalam dalam wayang kulit. ko memang jahat tp bangang....

lurus said...

alo awang dogol. sori ler aku x leh bagi salam pasal aku x tahu ko muslim ke ape sbb xde dpan mata. sape kata salah kalu nak bincang. aku rasa ahli pas xde masalah. yg jadi masalahnye x buat terang2. x mintak persetujuan ahli2 semua. cuba buat cara terang2 org x marah. ni baru ade dua kerat negeri dah lupa diri. buat keputusan sendiri mcm diaorang je yg ade dlm pas. mana boleh mcm tu kawan...ko tengok bila TGNA dh paham pasal perbincangan tu kan dia x kisah...tolongla jgn menggadaikan prinsip amanah tu bila dah ade kuasa....ade paham???

* utk TB TAHNIAH. baru diaorang tahu PAS tu bukan diaorang punye *

Jusoh Bercakap Jenab Diam said...

hancur umno hancur umno
hidup rakyat hidup rakyat

awang dogol

ni nak citer kat hang umno buat taik nak ajak pas buat taik sama ke..he he
umno dah tersepit dah oi...awang dogol umno sangupkah nak tinggal prinsip korup kow org yang selalu makan rasuah tu dan makan harta rakyat nak ajak orng buat baik konon...cermin muka hang dulu awang...he.he.he..
hang sangup ke nak tukar parti dan masuk pas..kalau pas bagi syarat bubar Umno ...macam mana ada setuju...
berani ko...
kalu tak de berani hang memang serupa bos hang dalam Umno ....

kita ada syarat kalu Umno nak kerjasama Pas boleh Jalankan Hukum Hakam dalam AlQuran dulu tukar sistem perundangan sekarang kepada perundangan islam..kami bubar Pas masuk Umno...
macam mana
ada berani ke awang dogol...

nilai diri kita kalu nak bercakap hang tu bila bercakap toleh kanan kiri dulu kena langgar kat lori taik baru hang kata lori taik langgar aku...(awang dogol)

pemimpin hang kena tibai hang pun tau dia buat perkara tak betui
pemimpin yang tak betui patut kena tibai
hang setuju tak kalau pemimpin hang rompak duit rakyat dan hang nak kata dia bagus atau hang nak kat dia baik dan ikhlas kerana rompak duit rakyat..

kalau hang setuju kata macam baik je memang hang jelas pun sama macam pepimpim UMno yang korup..

klau aku tak mengaku itu pemimpin aku ..nanti aku cari jalan siram taik kat kepala dio

dah la sedar wahai sahabat awang dogol umno dah tinggal impin saja sekarang ni ...hanya tunggu masa nak tumbang jer...

carilah tempat yang lain pulak...

selamat diri hang awang dogol sebelom hang ditumbangkan naye kat hang ler...

al-khattab said...

seluruh saf di belakang kamu TB...teruskan & jgn udur walau setapak!!!