"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 19, 2008

Kak Jat Bantu Kak Pidah PRK P-036 - malaysiakini

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau akan membantu Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Abdul Aziz berkempen bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan depan.

Naib Ketua Wanita Umno itu berkata beliau akan memastikan anggota pergerakan itu bekerja sebagai sebuah pasukan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu.

Beliau berkata soal pemilihan parti Mac depan di mana beliau mencabar Rafidah bagi merebut jawatan ketua pergerakan itu, tidak menjejaskan hubungannya dengan Rafidah untuk menggerakkan jentera Wanita Umno bagi memastikan BN mencapai kemenangan.

"Saya akan menjalankan tugas selaku Naib Ketua Wanita pergerakan dan akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi kemenangan BN.

"Sekarang bukan masanya untuk kita dan sesiapa pun untuk mementingkan diri sendiri. Yang paling utama ialah BN menang pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas merasmikan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Shahrizat yang juga Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri berkata semua pihak perlu melaksanakan tugas dengan baik dengan mengetepikan sebarang perasaan yang ada, demi untuk parti.

Beliau yakin dengan kerjasama yang kukuh termasuk memastikan ramai golongan wanita keluar mengundi, BN mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

"Saya yakin golongan wanita akan turun beramai-ramai untuk mengundi BN, sebab mereka tahu di bawah kerajaan BN ada kestabilan dan keamanan," katanya.

Katanya di bawah kerajaan BN, wanita di negara ini amat bertuah kerana diberi peluang untuk menceburi bidang-bidang yang diminati sehingga menjadikan mereka cemerlang.

2 comments:

Anonymous said...

Baguslah jika mereka tidak bergaduh ataupun bermasam muka kerana berebut jawatan. Apa yang penting kerjasama antara mereka harus diteruskan demi menjaga nama baik Wanita UMNO...

Anonymous said...

Baguslah macam tu, elok bekerjasama, jangan terlampau emosi je. Ni untuk kepentingan bersama je, kalau sibuk dengan masalah perselisihan faham je, tak kemana pun..