"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 29, 2010

TGNA Kekal Mursyidul Am PAS, Ahmad Awang Tersingkir

Reactions: 
Syukur Alhamdulillah. Namun, kita masih bersedih kerana nama Ustaz Ahmad Awang telah dibuang dari senarai Ahli Majlis Syura yang terbaru, walaupun Ustaz Ahmad Awang masih bersedia untuk terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Syura.

Nampaknya, Tok Guru berkeseorangan di dalam Syura kerana hanya beliau (dan mungkin seorang lagi) yang jelas penentangannya terhadap “Kerajaang Perpaduang”.

Saya juga pernah meminta Unit IT PAS Pusat supaya mengadakan khidmat “Videoconferencing” serta “Teleconferencing” dari Kota Baru ke Kuala Lumpur supaya Tok Guru tidak perlu datang ke Kuala Lumpur bila mahu mengendali mesyuarat Majlis Syura.

Ini memandangkan kesihatan serta kesibukan Tok Guru Nik Aziz. Tiada lagi alasan untuk tidak mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat. Juga, apa salahnya mesyuarat Majlis Syura diaadakan di Kota Baru setiap kali? Saya tak nampak sebab mengapa tidak.

Saya telah pun mengutarakan perkara ini kepada beberapa ahli Unit IT PAS Pusat sebelum ini. Saya berharap fasiliti ini akan diadakan dengan kadar segera.

Saya juga memohon kepada Allah SWT supaya memberi Taufik dan Hidayah serta kekuatan kepada Tok Guru didalam menjalankan tugas beliau sebagai Mursyidul Am.

Saya juga ingin menyatakan kehairanan mengapa Dr Harun Din dilantik semula sedangkan Dr Harun Din telah melakukan pelanggaran disiplin parti yang amat besar sebelum ini dan belum lagi memohon maaf kepada parti (Sila rujuk di sini).

Adakah ini bermakna setiap ahli PAS tidak perlu risau kalau melanggar keputusan rasmi parti kerana mereka tetap akan dilantik semula ke jawatan mereka kalau melakukan perkara tidak bertanggungjawab dalam parti?

Akhir kata, syukur kerana Tok Guru dilantik semula sebagai Mursyidul Am. Nampaknya, dengan tiada Ustaz Ahmad Awang di dalam Syura, tugas Tok Guru akan menjadi lebih berat.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini.

14 comments:

Anonymous said...

ternyata tugas sebagai Mursyidul Am adalah berat tanggungjawapnya.. bukan semua sanggup memikul amanah ini.. syabas untuk TGNA.. semoga Allah sentiasa bersamamu tuan guru.

Cucu said...

Pengekalan TGNA di dlm M.S bermakna PAS mahu kekalkan 'status Quo' yg ada sekarang w/pun umum mengetahui tahap kesihatan TGNA sekarang agak membimbangkan.Mungkin ahli2 M.S merasa terlalu sayang dan hormat kpd TGNA dan tidak sampai hati utk menyingkirkan beliau w/pun TGNA ada membuat kenyataan dia redha kiranya tidak terpilih semula.Penyokong PAS kena terima kenyataan bahawa halatuju politik PAS tidak akan banyak berbeza dpd apa yg ada sekarang.PAS juga kena terima hakikat tidak semua org melayu sokong PAS dan tak semua mereka yg tidak sokong PAS menyokong UMNO.Di antara penyokong PAS dan penyokong UMNO ada satu kumpulan lain yg lebih besar yg hanya mahu kepentingan orang melayu dipertahankan sepenuhnya.Kumpulan ini (bukannya PERKASA) akan menyokong mana2 parti politik yg dilihatnya boleh mewirai kepentingan Melayu yg mereka lihat kian terhakis sejak 2008.Ada baiknya PAS menilai semula peranannya dlm politik tanah air dan mencari punca kenapa timbulnya kebimbangan yg ketara dikalangan org melayu terhadap masa depan bangsa mereka.Ketahuilah musuh org melayu bukannya PAS atau UMNO,tapi melayu yg menggunakan politik utk membinasakan org melayu itu sendiri!

Anonymous said...

aku suka TNGA kekal sbg Mursyidul AM Pas..

anti-firaun..

lurus said...

alhamdulillah. walaupun dah berumur
dan tidak meminta-minta jawatan khidmat beliau masih diperlukan. dan insyallah PAS akan terus kukuh dan relevan selagi al-quran, hadis dan sunnah dijadikan panduan.

Anonymous said...

untuk Cucu. bila islam dibela pasti semua kaum akan terbela kerana dlm islam tidak ada agenda membzakan kaum. Allah SWT mencipta manusia berbilang kaum utk kita saling kenal mengenal. setiap kaum mempunyai tahap pemikiran dan adat yg berbeza mengikut alam sekeliling mereka tapi yg pasti mereka ini dicipta oleh Allah SWT so Beliau lebih berhak mendapat sujud dari makhluknya. manusia hanya perlu mengikut undang2 dan disiplin yg di tetapkan dlm al-quran , sunnah dan hadis. selainnya kita serahkan pada Allah SWT. mari kita tukar cara kita berfikir dan cuba tanya diri sendiri manakah yg lebih utama, agama atau kaum...

anti-dajjal

Anonymous said...

berita lagi bagus
chua soi lek dah menang kerusi presiden mca
sesungguhnya ini kemenangan utk 1malaysia

agak2 bila dia kena lantik jadik menteri

x sabar dah nie

Anonymous said...

bismillah
aku antara ramai orang yang mengikuti perkembangan politik melalui blog2,terutamanya blog pembangkang,sedikit pandangan aku mengenai bentuk penulisan di blog prisik rakyat dan tulang besi,sebagai pembaca,aku mengkagumi sumber dan kesungguhan kalian menjalankan tugas sebagai aktivis politik dalam penulisan blog,akan tetapi bentuk penulisan harus diperhalusi,sebagai contoh dalam artikel ini,saudara tidak habis2 mengecam perbezaan pandangan pemimpin sehingga nampak seolah-olah hendak melagakan,memangla kita rakyat sebagai rakyat bawahan,tetapi diperingkat kita,konsepnya nya adalah 'samiqna wata'na',ini tidak,setiap kali sesuatu keputusan syura diambil,saudara mengulas,ini bagus,ini tidak bagus,dan yang tidak bagus nampak lebih banyak di ulas oleh saudara!ayat quran berkata,'bersyuralah kamu,kemudian bertawakkal kepada Allah",bukanyer "bersyuralah kamu,kemudia cakap belakang2",fikir2 kan

Anonymous said...

masalahnye nik ajis ckp org Islam UMNO yg menyembah tuhan yg sama di'kafir'kan dan tidak masuk syurga walhal org yg bukan islam yg terang2 menghina islam di'maaf'kan kerana salah UMno tak mengajar diorg ni reti ISlam? tak ke double standard camtu?

so menda yg kau ckap kalu islam version NIk Ajis ni tak membezakan kaum? Aku tak nampak sorg pun ahli DAP berjaya ditarbiyahkan PAS, tp yg sebaliknya berlaku..dek demi kuasa, matlamat menghalalkan cara..yg aku pelik tu, mcm mane DAP boleh mengukuhkan prinsip dia dan menguatkan kuase dalam PR sedangkan PKR dan PAS tak boleh? asik kena cucuk hidung..

anti-firaun..

Anonymous said...

"Apa yang kita mahu ialah pampasan sebanyak RM30,000 setiap keluarga. Kita lihat di Kampung Buah Pala, kerajaan negeri berusaha sampai penduduk dapat RM200,000 pampasan setiap keluarga dan begitu duga Kampung Berembang di Selangor.

"Kami jumpa wakil rakyat Kempas, Datuk Osman Sapian tapi dia menunjukkan sikap nak gaduh dengan kami. Dia kata,"pergilah minta tolong dari pembangkang, kalau saya minta awak semua RM100 sebulan selama 30 tahun tinggal di atas tanah kerajaan berapa awak kena bayar?". Macam inikah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno kepada kami rakyat Melayu miskin?," tegas Ramli.

Ramli mempertikaikan sikap kerajaan negeri yang memilih untuk memberi pampasan kepada pindah yang diarah berpindah.

"Ada kawasan setingga di sekitar Kempas mendapat pampasan, ada yang dapat RM10,000. RM20,000 tapi kami disini dihalau begitu sahaja.

mankeldai said...

penyokong umno johor semengnya baghal!

Anonymous said...

TB.. TB.. tahu dok.. ni maklumat aku terima.. sebenarnya kan.. kan.. kan.. HH sengaja kekalkan TGNA, tahu dok sebab apa.. sebabnya HH nok seksa NA, dia tahu dah NA tu anti UG, dia lantik gak.. pah tu dgr kabar, dia org dah sok set sok set, masa meeting majlis syura dia org nok buli NA.. teruk kan puak2 UG ni kan.. kan.. kan..

Adake patut HH yg lantik NA, apa kelas HH, dgn ko pun dia tak setaraf, ni kan pulak NA, pas tu ada hati nak lantik NA.. TB kan.. kan.. kan..

tapi kan.. kan.. sebenarnya puak UG ada usur nak buang org yg tak bayar yuran.. tapi kan.. kan.. kan.. NA tentang.. NA kata kan.. kan.. kan.. klu buat juga dia pun nak klur PAS..

tapi aku tak tahu lah sapa yg puak2 UG ni maksudkan, tapi kan..kan.. kan.. aku tak rasa ko.. mungkin ali zidan kot.. sbb ko bayar yuran.. kan.. kan.. kan.. mamat rojak je selebet songlap yuran ko.. kan.. kan.. TB kan.. kan..

ko masuk lah tanding jwtan apa.. kita ator stratigy baru lak.. kita singkirkan semua puak2 UG ni.. bila semua dah tiada.. senang lah kita ambik balik jawatan CEO ko tu.. TB kan.. kan.. kan..

Maulana said...

Apa2 pun kita kena lah bersyukur dan menghormati keputusan yg dibuat oleh majlis. Ini bukan keputusan perseorangan. Itu yg kita kena faham.

Tak perlulah kita bersyakwasangka lagi.

Amin dan Alhamdulillah.

Anonymous said...

ape nak di hairankan, takan la dewan ulama dan majlis syura nak dengar kata budak separuh masak macam kau tu... hari tu mustafa ali jumpe kau pun pasal dia saja-saja je nak layan boring dia....

Anonymous said...

anon 6.45pm

http://theunspinners.blogspot.com/2010/03/pas-guna-kanak2-untuk-demo-setinggan.html