"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 04, 2008

Cadangan Kembalikan FINAS Ke Kementerian Penerangan Akan Dibincang

Kementerian Penerangan akan membawa cadangan supaya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pemberian lesen bagi penyiaran radio dan televisyen swasta diletak di bawah tanggungjawab kementerian itu ke Kabinet.

Menteri berkenaan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia mungkin boleh mencontohi negara luar yang menyelaraskan agensi seumpamanya di bawah satu kementerian bagi memudahkan pemantauan secara keseluruhan industri penyiaran negara.

"Atas cadangan itu, kita mungkin akan bincangkan dengan Perdana Menteri dan bawa ke Kabinet...mungkin kita boleh contohi negara lain jika agensi berkenaan diletak di bawah satu kementerian.

"Tetapi, saya percaya apa yang dibuat ini (meletak FINAS dan hak pemberian lesen) di bawah kementerian berbeza adalah atas kebijaksanaan Perdana Menteri dan kementerian melaksana dengan cara terbaik," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di sini Rabu.

Pada masa ini FINAS diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan manakala urusan pengeluaran lesen bagi radio dan televisyen swasta di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi.

Cadangan supaya FINAS dikembalikan kepada kementerian dikemukakan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) yang menyifatkan agensi itu lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Penerangan berdasarkan peranannya yang menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Ada bagusnya juga jika FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Ia lebih sesuai dengan peranan FINAS yang ada kaitan dengan filem dan penerangan.

dugong_darat said...

Good...

Tapi itu bab filem...

Camne lak polis, askar, bomba dan semua yang menjaga national security...

aper kater deme ikut cam amerika buat...

semua bertuhankan pentagon...

bleh terima akai tak cadangan nih...