
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, November 11, 2008
Sedia kaji turun tarif elektrik
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, setakat ini, kerajaan tidak akan membuat kajian semula ke atas tarif elektrik memandangkan harga pasaran bahan mentah itu masih berada di paras antara AS$100 (RM353) hingga AS$120 (RM423.60) setan.
Menurutnya, tarif elektrik pada masa ini sebenarnya diambil kira berdasarkan harga pasaran arang batu sebanyak AS$75 (RM264.75) setan.
‘‘Namun hakikatnya harga bahan mentah itu lebih tinggi daripada AS$75 dan ini sebenarnya mengakibatkan TNB mengalami kerugian.
‘‘Kami akan mengkaji semula dan menurunkan tarif elektrik sekiranya ia berada di bawah paras AS$75 selama tiga bulan berturut-turut,’’ katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan di sini hari ini.
Shaziman turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan wajar menurunkan tarif elektrik ekoran penurunan harga minyak kerana sebelum ini kenaikan tarif dibuat ketika harga minyak meningkat.
‘‘Ini kerana penjanaan tenaga elektrik tidak melibatkan sumber minyak".
‘‘Sumber yang digunakan oleh TNB untuk menjana tenaga elektrik sebenarnya terdiri daripada gas (60 peratus), arang batu (30 peratus) dan sumber-sumber lain,’’ jelasnya.
*aku pening... ni "cubaan membelit" ke apa ni???
Witness: Offending article not in RPK's computers
Wa'ie Iskal Kria Abdullah, 38, from the computer forensic division of the Commercial Crime Department also told the Petaling Jaya Sessions Court that he could not find any history of the two equipments being used to access Malaysia Today website between April 11 and April 26 this year.

Wa'ie Iskal said this showed that Raja Petra was administrator, a person who could gain full access to edit, delete and add anything to the website.
"I used the Solo 3 hardware and Encase software to retrieve data from the two machines seized," he said.
"At the times of testing, the Solo 3 and Encase are working fine."
The witness, who is the seventh produced by the prosecution, said the Solo 3 software was an equipment which would provide back-up to the original hard disk retrieved from the said items.
He was testifying at the trial of the Raja Petra, editor of the Malaysia Today website who is charged with sedition for allegedly writing the said article.
Deleted By User
Wa'ie Iskal said during his three day examination (May 2 to May 4, 2008) of the CPU and notebook, he could not find the said article as required by the investigating officer Mahfuz Abdul Majid
Farhan: What was the finding of your analysis by using Solo 3 and Encase?
Wa'ie Iskal: On examination of the CPU and notebook, I cannot find the said article ‘Let's send the Altantuya murderers to hell'. I also found no data to show that the two equipments were used to access the Malaysia Today website between April 11 and April 26.
Farhan: Why can't you find data on possible access to the Malaysia Today website?
Wa'ie Iskal: I think the data (Internet history) has been deleted by the user.
Farhan: Why do you say that?
Wa'ie Iskal: I found a software which can be used to delete the data showing access to any site. It must have been used or set by the user to delete all temporary files between this date.
Hearing before Judge Rozina Ayob continues.
Raja Petra, 58, was charged with publishing a seditious article titled ‘Let's send the Altantuya murderers to hell' in Malaysia Today on April 25.
The charge under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948 carries a maximum fine of RM5,000 or three years in jail or both.
MIC veteran to take on Samy

The former MIC vice-president said he decided to contest after taking into consideration the interest of the party and the socio-economic condition of the Indian community in this country.
"I shall and will bring a change to MIC and to the socio-economic condition of the community," he added.
Muthupalaniappan was first elected to the MIC central working committee in 1979. The same year, he was appointed Negeri Sembilan MIC chief and party Youth head.
He was made senator in 1980, and two years later, won the Si Rusa state assembly seat and was appointed to the Negeri Sembilan state executive council.
He contested the party vice-presidency in 1987 and 1991 but lost both bids.
Muthupalaniappan eventually landed a veep seat in 1997 but failed to retain the post at the party's 2000 and 2006 elections.
Yesterday, the MIC politician announced his intention of contesting the top post held by his former ally S Samy Vellu for the past three decades.
Lebih 50 Pertubuhan Industri Halal Serta Ekspo Halal Dunia Di Abu Dhabi
Pengarah Ekspo Halal Dunia Christine Weaver berkata Timur Tengah merupakan salah satu pasaran perdana produk halal dan pameran itu menyediakan satu platform perniagaan yang memenuhi keperluan pengeluar, pedagang dan pemimpin perniagaan halal global yang berhasrat mengembangkan perniagaan masing-masing di rantau ini.
"Keperluan acara ini diadakan adalah jelas apabila anda menimbangkan bahawa industri halal menawarkan perniagaan yang lumayan. Terdapat lebih 1.8 bilion pengguna di seluruh dunia dan anggaran nilai perniagaan AS$2.1 trilion," katanya.
Sambil mempamerkan makanan halal, acara itu yang diadakan di Pusat Pmeran Negara Abu Dhabi, turut memberi fokus ke atas produk gaya hidup halal, yang termasuk kewangan Islam dan fesyen yang mematuhi syariah, kosmetik dan produk penjagaan kesihatan.
Pameran itu yang diadakan serentak dengan Forum Halal Dunia, yang menghimpunkan pakar dari pelbagai industri untuk menangani isu utama dan menyediakan penyelesaian praktikal khusus bagi pertumbuhan dan pembangunan mampan yang merentasi banyak bidang industri ini yang pelbagai.
Forum itu akan turut menonjolkan sektor kewangan Islam bernilai berbilion dolar, yang disertakan oleh tiga seminar komprehensif mengenai perkhidmatan perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah yang diberikan oleh bank Timur Tengah.
"Pelabur dan pelanggan yang berpotensi bagi produk dan perkhidmatan di dalam sektor kewangan Islam akan mendapati seminar ini sangat berguna. Sektor perkhidmatan kewangan yang mematuhi syariah itu bernilai antara AS$200 bilion dan AS$500 bilion setahun dan merupakan kepentingan yang kian berkembang bagi pasaran kewangan dunia," kata Weaver.
Usul Kit Siang gesa Kabinet tidak rayu pembebasan Raja Petra ditolak Parlimen
KUALA LUMPUR: Usul tergempar yang difailkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam bagi menggesa Kabinet tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditolak Dewan Rakyat hari ini.
Keputusan itu ditolak Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melalui dalam kamar.
Menurut Lim, alasan yang diberikan oleh Speaker ialah terdapat usul lain yang difailkan mendahului usulnya.
"Terdapat usul lain yang difailkan sebelum usul saya, saya sendiri tidak tahu usul siapa yang diterima," katanya.
Ditanya sama ada usul yang diterima itu ialah usul Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) kerana Pengerusi DAP itu turut memfailkan usul tergempar ke Dewan Rakyat Semalam, Lim tidak pasti dengan perkara tersebut.
"Saya tidak pasti usul siapakah itu, kita tunggu sehingga pukul 11.30 pagi nanti," katanya.
"Obama akan dapat berjaya buat perubahan dengan pertolongan Allah" Pemimpin Islam USA
CHICAGO: Louis Farrakhan, pemimpin kumpulan Nation of Islam, kelmarin menyifatkan bakal presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan luar biasa dan keupayaan mengatasi semua cabaran.
Menurut beliau, Obama akan dapat membuat perubahan positif hanya dengan pertolongan daripada 'Allah dan rakyat yang mempunyai perasaan muhibah'.
'Presiden yang dipilih, Obama, telah menaikkan semangat semua golongan yang tertekan, tertindas, ditolak dan dihina,' kata beliau dalam satu ucapan selama 90 minit kepada lebih 1,000 pengikut beliau di Masjid Maryam selatan bandar Chicago, kelmarin.
'Sekarang terpulang kepada kita semua untuk memanfaatkan tenaga baru yang beliau berikan kepada kita... dan menyalurkan tenaga itu untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik,' tegas beliau.
Farrakhan menyifatkan pencalonan Obama telah mencetus 'semangat kesatuan' daripada semua rakyat, mirip keghairahan sewaktu mendiang Robert F. Kennedy bertanding merebut jawatan presiden pada 1968.
Menurutnya, beliau sengaja tidak membuat sebarang kenyataan mengenai sokongannya terhadap Obama sepanjang beberapa bulan lalu kerana bimbang kenyataan beliau akan menjejas peluang Obama menduduki Rumah Putih.
Farrakhan berkata Obama secara tidak adil telah dikaitkan dengan Paderi Jeremiah Wright, yang membuat kenyataan mengkritik pemerintah Amerika, dan Paderi Michael Pfleger, yang mempersenda pesaing Obama daripada Parti Demokrat, Senator Hillary Rodham Clinton.
'Selama sembilan bulan yang lalu saya sengaja tidak berkata apa- apa kerana kata-kata saya yang baik sering diputarbelitkan,' kata Farrakhan.
'Jadi, saya memutuskan lebih baik saya tidak bercakap apa-apa agar tidak terlibat dalam tengkarah berhubung kenyataan paderi-paderi itu.
Senarai Panjang Salah Laku YB Zulkifli Noordin
Sebagaimana lazimnya, saya mulakan dengan memohon maaf kepada para sahabat yang merupakan peminat dan pengkagum YB Zulkifli yang kadangkala saya tulis sebagai Zulkipliarq. Niat saya ialah supaya pembaca tidak tertipu dan ditipu oleh pemimpin yang sebegitu, jika pun anda anggap dia sebagai pemimpin.
Perkara ini merupakan satu kejutan atau pun mungkin dianggap fitnah bagi orang luar atau mereka yang tidak mengenali Zul, akan tetapi adalah merupakan bahan sumpah seranah atau pengetahuan umum kepada yang terlibat seperti area officer, aktivis parti ataupun pegawai petugas pilihanraya. Yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini.
Jangan pula sewenang-wenang menuduh saya agen Umno atau pensabotaj parti. Saya sentiasa ikhlas dalam perjuangan rakyat. Ini bukan soal memburukkan parti cuma mendedahkan apa yang buruk tentang si polan itu yang telah mendatangkan banyak masalah kepada aktivis serta pegawai parti. Jika ia berjaya berubah kepada yang baik, Alhamdulillah. Tetapi, kita telah sedia maklum tentang niat jahatnya untuk berkampong dengan Najib! Bagaimana ya?!
Senarainya yang berjaya dikumpul setakat ini ialah:-
1. Melemparkan fitnah terhadap ‘otai’ dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.
2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.
4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.
5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.
6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.
7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.
8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.
9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.
10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.
11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.
12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.
13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.
14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!
15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.
16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.
17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato’ Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.
18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.
19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.
20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.
21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara ‘remot’ atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.
22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.
Setakat ini, itu sahaja yang berjaya saya kumpul dari majlis bercerita serta perbincangan sesama sendiri yang senantiasa dijalankan demi memperkuatkan lagi perjuangan untuk rakyat.
Sekian. Wassalam.
sumber - M@RHAEN
The long nose of the law
Malaysiakini reports that Selangor CPO Khalid Abu Bakar denied that police moved in on the vigilers whilst they were in the midst of singing the Negaraku.
He suggested that the vigilers had made this up.
When told that there was video evidence to back what the vigilers had alleged, his response was simply “I am denying it.”
That’s not all.
Referring to the vigil at the Dewan Sivik, Khalid says the vigilers were first asked to disperse whereafter, some were arrested.
I was there.
There was no order to disperse and no reasonable time given to the vigilers to do so.
And the baton wielding and shielded FRU charged into the vigilers whilst they were still singing the Negaraku.
The video bears this out.
There’s more long-nosing.
According to the Malaysiakini report, Khalid said that the vigilers who have been holding candlelight vigils the last four Sundays opposite the Amcorp Mall prior to yesterday’s, have not heeded police demands to apply for a permit.
“We have given them enough warnings,” he said, and reiterated that the group had failed to heed demands to obtain a police permit for four weeks.
When did the police make these demands?
Read More [here].
5 Months And You're "Finished"..!
In his 2009 Budget related speech, Lim questioned why Sabah Chief Minister Musa Aman had failed to meet Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) investigating team.

Lim did not yield to the Umno youth deputy chief and asked the younger man to cite the standing order for his interruption.
A shouting match ensued with the prime minister’s son-in-law calling Lim a ‘dinosaur’.
MPs from both sides joined in a shouting match.
Five Months
The deputy speaker Ronald Kiandee calmed things down and asked the first time MP not to refer to honorable members as a dinosaur.
Both Lim and Khairy got in each other’s way which led to Khairy saying, "On even such a petty matter, dinosaurs do what they do, they refused to sit down when standing orders are cited."
The deputy speaker seeking to regain control asked Khairy to retract his statement.
At this juncture Lim got up as told Kiandee that he did not want Khairy to retract.
"I do not want him to retract because in five months time, he will be finished," said Lim.
The Fact is.........

What says you Khairy "Jack" Daniel's?
SUARA SUKJ: Bodek Jangan Tak Bodek...!!!
Walaupun Datuk Najib telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO, tetapi apa salahnya selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan, beliau dan UMNO bahagian berkenaan mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Ini sebagai tanda simbolik taat setianya kepada Pak Lah. Namun Datuk Najib tidak pandai menggunakan kesempatan ini.
Paham maknanya tu?
Kalau tak paham, hangpa tak leh jadik ahli UMNO...
Mari kita bedah siasat sikit entri ni dan kita cuba fahami pendirian blogger SUARA SUKJ.
Pertama - "Sepatutnya UMNO Bahagian Pekan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO". maksudnya - sepatutnya UMNO Bahagian Pekan kena jadik "bangang" dengan mencalonkan orang yang dah nak letak jawatan sebagai Presiden UMNO.
Dengan erti kata lain, UMNO Pekan mestilah menunjukkan kebangangannya dengan mencalonkan "orang yang ditolak oleh rakyat" sebagai Presiden UMNO.ini akan menyerlahkan lagi kebangangan Bahagian Pekan yang diwakili oleh Najib.
Seluruh Malaysia akan menilai perbuatan "bangang" ini.bila bahagian yang diwakili oleh bakal Pi Em mencalonkan individu yang pada hakikatnya "telah mati" usia politiknya, maka kebangangan ini akan tertepek kemuka bakal Pi Em.
Kedua - "Walaupun Datuk Najib telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO, tetapi apa salahnya selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan, beliau dan UMNO bahagian berkenaan mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO".maksudnya - apa salahnya jadi "bangang???"
Ketiga - "Ini sebagai tanda simbolik taat setianya kepada Pak Lah".maksudnya - UMNO Pekan kena la pandai "bodek"... walaupun Pak Lah dah janjikan peralihan kuasa, tapi tak bermakna Najib "sah" akan jadik Pi Em... buatnya Pak Lah twist...amacam???
Keempat - "Namun Datuk Najib tidak pandai menggunakan kesempatan ini".maksudnya - UMNO Pekan tak pandai "bodek la...
Pendirian blogger SUARA SUKJ pada pandangan aku pulak ialah... blogger SUARA SUKJ memang mewarisi sifat-sifat yang sepatutnya dipunyai oleh ahli UMNO... kuat "pump", kuat "bodek", pandai "ampu" dan jugak "bersedia untuk menjadi bangang"...
Patut la UMNO makin jahanam... ahli UMNO tak berapa cerdik, blogger pro UMNO pulak bangang-bangang... bukan nak perbetul parti... makin nak perosak parti adala... elok la tu... lagi cepat UMNO bungkusss...