"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 07, 2009

Manek Urai: Koleksi Gambar Sekitar Penamaan Calon (III).

Calon PAS diiringi ribuan penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Pusat Penamaan Calon.
Ucapan pertama dari Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat selepas selesai penamaan calon.
Wakil DAP, Tan Seng Giew turut memberi kata-kata semangat kepada para penyokong dan Bakal pengundi N-41
Ucapan alu-aluan dari YB Ustaz Latiff.
Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua turut hadir memberikan sokongan.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli...
Ribuan ops... ratusan... ops... puluhan... penyokong Pakatan Rakyat... hahaha..!
Bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan, bantuan dan kemenangan kepada Calon yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N-41.
Amin...

Manek Urai: UMNgOk Buktikan Slogan 1Malaysia"..!

1Malaysia - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Inilah cara yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal, bagaimana mendahulukan rakyat dan bagaimana menjimatkan perbelanjaan "demi rakyat"...

Ketika rakyat Malaysia bersesak-sesak disini...
Disini...
Dan disini...
Para pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal pula berada disini...
Buat apa pulak dekat sini..?

O... dah ada kenderaan yang menjimatkan...
Berapa bijik..? ala... 2 biji je...
Korang ingat berapa kos yang dapat dijimatkan untuk memunggah para pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal dari Kuala Krai ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa..?

Korang ingat sape yang tanggung semua kos sewa 2 biji heli ni? UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang hutangnya bertambun-tambun tak terbayar atau ditanggung oleh KERAjaan Pusat..?

Kalau semuanya ditanggung oleh KERAjaan Pusat, aku boleh cakap berlaku penyalahgunaan kuasa dalam hal ni... sebab apa aku kata macam tu..?

Pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal datang atas urusan rasmi KERAjaan Pusat atau Parti? kalau urusan rasmi KERAjaan Pusat... apa urusannya..? penamaan calon bukan urusan KERAjaan Pusatkan..?

Jadi korang pikir la sendiri... "1Malaysia" atau WangMalaysia..?

Tukar...
"WangMalaysia" - "Rakyat DiHULUkan, PEMBELITAN diutamakan"

Korang dok sini diam-diam, belajar jimatkan belanja korang...

Manek Urai: Koleksi Gambar Sekitar Penamaan Calon (II).

Rakam jangan tak rakam... hahaha...
Anak muda Manek Urai bersama PAS, yang totok-totok bila lagi..? tak kan nak pakai timbang kati sampai ke sudah..?
Yang ni aku dedicate khas untuk Cenangau... kalau tahun ni tak dapat makan nasik minyak jugak, memang hampeh la kau..! hahaha...!!!
Ustaz "Budak Besar"... UMNgOk/Barisan Nasiyonal ni dia tau Fuluuusss je..!
Ha... cekak pinggang, bukak dada... jangan sesape cuba nak main gila..! rileks la brader...
Pengerusi Kelab Penyokong PAS (Kaum India) Perak... Kami akan berkampung disini untuk membantu jentera pilihanraya PAS berkempen..!
Abang Mat... macam biase la... baju kuning BERSIH...
Kontinjen PAS mengiringi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK N-41 selepas selesai penamaan calon.
Dato' Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan turut hadir mengiringi Abe Uji...

Monday, July 06, 2009

Manek Urai: Koleksi Gambar Sekitar Penamaan Calon (I).

Apa tu..?
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir memberikan sokongan kepada calon PAS mewakili Pakatan Rakyat.
Otai tukang sorak barisan hadapan penyokong Pakatan Rakyat...
Berpeluh macha kita bergendang.
Semua Pilihanraya Kecil mesti ada geng-geng ni...
Kelab penyokong PAS datang dari Perak dan berkampung di Manek Urai membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat... Bravo..!
Bulan berkibar megah di langit biru.
Oit..! sape cakap Pakatan Rakyat berpecah sebab isu Babi di Kedah..?
Jangan lupa pangkah bulan..!
Aku dekat sini la...!!!

Gambar Penamaan Calon N-41... Ada Mata Pandang...

Dekat bawah ni penyokong Pakatan Rakyat... lebih kurang 300 orang SAHAJA...
Dekat bawah ni pulak gambar penyokong pro UMNgOk/Barisan Nasiyonal... lebih kurang 20.000 orang... pergh...!!!

Gambar Sekitar Penaman Calon...

Aku baru sampai rumah di Kota Bharu, hari ni aku dapat bantuan laptop & broadband. gambar sekitar penamaan calon sedang dalam proses untuk diupload.

Keseluruhan kehadiran penyokong memihak kepada UMNgOk/Barisan Nasiyonal. Pakatan Rakyat hanya berjaya mengumpul sekitar 300 orang penyokong sahaja.

Tak percaya..?

Manek Urai: 1 Lawan 1 - malaysiakini

Baru balik dari lokasi penamaan calon N-41.

Rasmi PAS akan berhdapan dengan UMNgOk dalam pertarungan 1 lawan 1 di Manek Urai.

Gambar-gambar akan diupload kemudian.

Harap bersabar.

Kuala Krai Sesak...

Penyokong PAS berduyun-duyun datang, penyokong UMNgOk pun ada...

Bandar Kuala Krai makin sesak...

Kuala Krai berubah jadi Hijau...

Bulan disana-sini...

Lintas Langsung Dari Manek Urai

Aku sangkut dalam kesesakan lalulintas di Guchil, Bandar Kuala Krai.

Gerak dari Kota Bharu jam 7:30 pagi tadi, jalanraya menuju ke Kuala Krai sesak sepanjang 15km...

Semua diminta supaya tinggalkan kereta dan dapatkan motorsikal.

Parking di Seluruh Bandar Kuala Krai penuh, stesen minyak pun penuh, tepi jalan penuh, tengah jalan penuh...

Ada lagi...

Tandas Awam pun penuh...

Manek Urai: Program Ceramah Menjelang Penamaan Calon - malaysiakini

Dekat Kelantan je pemandu kereta sewa berani tunjukkan sokongan pada Pakatan Rakyat, kalau negeri lain, SAH permit dengan lesen kena tarik tak sampai sejam lepas lekat lambang parti dekat kenderaan... ini baru kita panggil "Demokrasi"...
ADUN Paroi, YB Taufek datang jauh dengan jentera dan petugas pilihanraya dari Negeri Sembilan...
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Latiff.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi...
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Husam Musa.
Barisan penceramah dan tetamu jemputan.