"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 19, 2008

Post Paling Best Hari Ni...

Post ni aku cilok dari blog Anak Cucu Nabi Adam hasil kreativiti (creativity) blogger tinta hijau. santai la pulak beb...*gambar sekadar hiasan

Pusat Membeli belah

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

1. Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

2. Awek cun + balak tak hensem Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

3. Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi , ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

4. Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

5. Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan .. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

6. Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

7. Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo..

Impak politik wang, Mahathir ramal Umno, BN kalah teruk?

PETALING JAYA: Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.

"Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.

"Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

"Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah," kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk "Pencalonan Umno".

Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.

"Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka - Melayu, Cina dan India - memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.

"Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?

"Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN," katanya lagi.

Isu politik wang menjadi perhatian banyak pihak dengan Lembaga Disiplin mendedahkan lebih 900 aduan diterima sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.

Dalam tulisannya hari ini, Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno menyoal: "Apakah yang akan jadi pada Umno yang sudah kalah?Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin Umno? Tentu tidak," katanya lagi.

Beliau menambah, jika tidak hancur, Umno akan menjadi parti yang tidak bermaya, sekali gus tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.

"Mungkinkah Umno yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan Umno pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka," katanya lagi.

Alternatif disyorkan beliau: jika Umno hendak dipulih semula pemimpin yang telah mengotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir," kata beliau yang menyerahkan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Oktober 2003.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan di dalam blog saya," katanya.

Beliau berkata, tindakan yang berani amat diperlukan ketika ini bagi memulihkan imej dan kedudukan Umno yang didakwanya kian tercemar ekoran amalan politik wang yang semakin berleluasa. "Jika kita tidak berani mengambil tindakan, Umno akan hancur. Inilah yang akan menunggu kita kalau keadaan ini berterusan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata amalan politik wang adalah faktor utama yang akan memusnahkan Umno dan struktur keseluruhan parti itu.

Sekiranya tidak dibersihkan, negara perlu bersedia menghadapi keruntuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.

"Apabila mereka menggunakan wang, pandangan pengundi kepada mereka akan lebur. Mereka (pengundi) jijik pada orang macam ini. Pada pilihan raya akan datang sudah tentu yang akan dapat jadi calon ialah mereka yang kalau tak cekap bodek pun, ialah mereka yang cekap memberi wang kepada pihak tertentu supaya mereka dicalon untuk menjadi calon pilihan raya.

"Rakyat akan pandang mereka ini sebagai calon yang terlibat dengan rasuah. Apakah rakyat akan undi kepada calon-calon ini?," katanya.

Dr Mahathir berkata, hanya ahli yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Seperti yang saya katakan, undi daripada ahli sahaja tidak memberikan kemenangan kerana undi dari ahli (Umno) itu sedikit. Kita perlukan undi dari pengundi yang bukan ahli Umno tetapi merupakan penyokong setia Umno," katanya.

Rentetan daripada itu, kata beliau, tidak mustahil untuk BN kalah pada pilihan raya ke-13 akan datang jika para pengundi enggan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Itu bukan mustahil. Sebelum pilihan raya umum Mac lepas, kita fikir kita tentu menang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, tentu kita menang di Kedah, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Hujan sederhana yang kini berlaku kadangkala dari semasa ke semasa di Kelantan, Terengganu serta Pahang dijangka berterusan sehingga petang Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi di sini.

Keadaan itu berlaku di daerah Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Keadaan yang sama turut berlaku di Pahang, daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh, menurut kenyataan jabatan itu.

Kenyataan itu menambah keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan tebing sungai.

Hujan lebat dan ribut petir beserta angin kencang yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor, daerah Sepang, Klang dan Kuala Langat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, daerah Kuala Pilah, Seremban, Rembau dan Port Dickson, Melaka dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga malam Rabu.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Johor Timur.

Penganut Islam Di Malaysia Tidak Boleh Tukar Agama, Kata Bekas Hakim - malaysiakini

Konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini, kata seorang bekas hakim mahkamah tinggi.

Datuk Faiza Tamby Chik berkata berdasarkan undang-undang di negara ini, tidak mudah bagi seorang penganut Islam untuk keluar daripada agama itu.

Sambil mengambil contoh kes murtad Lina Joy, Faiza berkata dalam penghakimannya, mahkamah tinggi memutuskan bahawa mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan terus kekal sebagai penganut Islam hingga akhir hayatnya.

"Orang Melayu tidak boleh meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan mendapatkan perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan' pada Seminar Perbandingan Agama Antarabangsa (ISCOM 2008) yang berakhir hari ini.

Seminar dua hari anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut disertai ilmuan dari universiti Sydney, Syria dan Filipina.

Kini, Faiza berkhidmat sebagai fellow di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.

Bekas hakim itu berkata mahkamah berkenaan juga memutuskan bahawa sekiranya seseorang bukan Melayu memeluk Islam dan kemudian membuat keputusan untuk keluar daripada agama itu, dia perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri berkenaan, yang akan membuat keputusan tentang rancangannya itu.

Beliau berkata orang bukan Islam di Malaysia bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing, termasuk mengembangkan agama mereka seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kata beliau, undang-undang negara melarang mereka daripada cuba menarik penganut Islam menyertai agama mereka.

Pencalonan Rafidah dibuat kerana arahan

Pencalonan yang diberikan oleh Wanita Umno Bahagian kepada Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno adalah kerana arahan dan bukannya kehendak sebenar anggota akar umbi, kata Naib Ketua Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim.

Kenyataan beliau disokong oleh anggota exco Wanita Umno Datuk Khamsiyah Yeop yang menjelaskan bahawa 117 pencalonan yang diterima oleh Rafidah adalah "sekadar di atas kertas" dan tidak boleh diguna pakai untuk mencerminkan kehendak sebenar anggota pergerakan itu yang mahukan gandingan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim.

Mereka berkata demikian pada satu sidang akhbar di sini bagi mengumumkan bahawa 22 daripada 24 bahagian Wanita Umno di Perak kini mahu agar peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat dipercepatkan dari Jun ke Mac tahun depan.

"Kami berhasrat untuk mempunyai ketua pada Mac ini dan bukannya pemangku," kata Rusnah.

Beliau berkata bahawa dalam mesyuarat perwakilan masing-masing dari 9 Okt hingga 9 Nov lepas, bahagian-bahagian yang mencalonkan Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita berbuat demikian bukan berdasarkan kehendak sebenar akar umbi sebaliknya kerana mengikut arahan.

Di Perak, sembilan bahagian mencalonkan Rafidah untuk kekal sebagai ketua manakala 15 lagi mencalonkan Shahrizat.

Khamsiyah, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Lenggong, berkata : "Saya akui memang perwakilan mencalonkan Rafidah sebagai ketua dan Shahrizat sebagai naib. Ini adalah arahan dan persetujuan bersama mengikut peralihan ketika itu di mana kita diminta mencalonkan dan kita patuh kepada keputusan exco, tetapi apabila melihat situasi sekarang, kita juga merasakan kita perlu kepada ketua dan bukan pemangku."

Beliau berkata, sekiranya Rafidah bertegas untuk kekal sehingga Jun, itu bermakna Wanita Umno hanya akan dipimpin oleh seorang pemangku sehingga pemilihan seterusnya dan ini akan memberi kesan negatif kepada pergerakan itu.

"(Datuk Seri) Shahrizat hanya akan memangku dan terus memangku sehingga pemilihan akan datang. Banyak kesan kepada Wanita Umno (antaranya parti komponen lain dalam) Barisan Nasional akan kata..."look, we are ketua, you only pemangku. How can you be ketua BN?. Kalau beliau jadi pemangku, maka Wanita juga tidak ada naib. Kalau kita tidak ada ketua bagaimana parti komponen mahu hormati kita?," katanya. Katanya, Wanita Umno Perak hanya mahu pengunduran dan penyerahan kuasa itu dipercepatkan dan bukan menolak peralihan kuasa yang telah dipersetujui.

"Kami pun tidak mahu kehilangan beliau (Rafidah). Begitu lama Rafidah bersama-sama kami, takkan kami nak tolak beliau begitu sahaja. Kami tidak sanggup beliau ditolak begitu. Kami mahu beliau diberi satu penghormatan dan dijadikan satu warisan. Itu sahaja," katanya.

Beliau berkata, sekiranya Rafidah terus mempertahankan jawatan itu, Wanita Umno tidak ada pilihan selain memilih Shahrizat yang juga telah mula meraih sokongan sebenar daripada akar umbi.

"Bagaimanapun kami mahu supaya tiada pertandingan (bagi jawatan ketua pergerakan). Ini sebaik-baiknya dan ini harapan semua orang. "Kita mahu jadikan penyerahan dan perubahan kuasa (seperti ini) sebagai warisan seperti yang dibuat oleh Tan Sri Aishah Ghani yang serahkan kuasa kepada Rafidah dulu. Itu yang kita harapkan," katanya.

Tan Yee Kew dilantik ketua perangan PKR S'gor

PKR Selangor membuat rombakan membabitkan tiga jawatan penting bagi memantapkan lagi pentadbiran parti itu, termasuk pelantikan bekas timbalan ketua Wanita MCA, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew sebagai ketua penerangan yang baru.

tan yee kewPada 17 Julai lalu, Dr Tan mengumumkan keluar MCA atas alasan parti itu bukan lagi satu wadah berkesan untuk membela nasib rakyat dan negara.

Beliau menggantikan Nashruddin Abdul Aziz yang memangku jawatan tersebut apabila bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar, Yahya Sahri, melepaskan jawatan itu pada 23 Jun lalu.

Yahya meletakkan jawatan kerana "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Abdul Khalid" yang menggantung tugasnya berhubung siasatan kes kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di Petaling Jaya.

Dr Tan memulakan tugas pada 30 Oktober lalu di samping Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang menggantikan wakil rakyat Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Ahmad sebagai timbalan ketua perhubungan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari pula mengambil alih jawatan setiausaha perhubungan PKR Selangor, menggantikan ketua bahagian Serdang, Hamidi Hassan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Amiruddin mengesahkan pelantikan baru itu.

Pasukan petugas

Menurut beliau, rombakan itu dibuat bagi meralisasikan projek PKR Pusat yang ingin memantapkan urusan pentadbiran parti itu di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Menurut Amiruddin, rombakan itu dicadangkan sebuah pasukan petugas yang diinspirasikan oleh bendahari PKR William Leong yang memulakan kajian mereka September lalu.

Pasukan itu, katanya, akan mengenalpasti masalah parti yang melibatkan hal-hal pentadbiran, pengurusan ahli baru dan kewangan negeri.

"Kita hendak naik taraflah," katanya.

Anggota Biro Politik PKR negeri itu juga akan dianggotai empat muka baru yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat negeri itu - Adun Gombak Azmin Ali, Sivarasa Rasiah (MP Subang), Zuraida Kamaruddin (MP Ampang) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia).

Selain rombakan dalam pejabat perhubungan negeri, sebuah forum yang mengumpulkan ketua-ketua bahagian seluruh Selangor dan wakil rakyat - Adun dan ahli parlimen - akan turut ditubuhkan.

Bertindakan sebagai ejen semak dan imbang, kumpulan ini akan bertemu setiap sebulan membincangkan polisi-polisi kerajaan Selangor.

-malaysiakini

Lokasi Ayah Pin dikesan, polis dan JHEAT susun tindakan bawa keluar

SERDANG: Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah berjaya mengesan lokasi persembunyian ketua kumpulan Ajaran sesat, Arifin Muhamad, 65 atau lebih dikenali sebagai ayah Pin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, JHEAT akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa Ayah Pin keluar dari lokasi tersebut dalam jangka masa terdekat.

Zahid berkata, beliau telah menerima maklumat tentang lokasi tersebut daripada pegawai-pegawainya awal pagi tadi.

"Laporan terbaru yang saya terima setakat pukul 10 pagi tadi, pegawai saya melaporkan mereka sudah tahu di mana ayah Pin berada dan disembunyikan.

"Mereka akan bekerjasama dengan pihak polis untuk keluarkan Ayah Pin dan diambil tindakan sivil dan syariah," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, berkata Ayah Pin yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat dilaporkan berada di Terengganu.

Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah JHEAT memaklumkan kepada polis untuk tidak menahan Ayah Pin sehingga siasatan selesai.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliaumengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.

Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.

-mSTAR Online

Sarawak PKR: More BN leaders to jump ship after state election

Sarawak PKR has predicted that the 10th state election will be held by the middle of next year following the latest political developments in the state which saw former BN leaders and members joining the party.

Sarawak PKR deputy chairman Wan Zainal Abidin Wan Senusi said today that the entry of Ngemah state assemblyman Gabriel Adit Demong, former Sri Aman MP Jimmy Donald and other BN leaders together with almost 12,000 BN members would strengthen the PKR base in Sarawak.

“I am optimistic that more BN leaders will join PKR in the near future,” he said in a statement.

He claimed that there were sufficient indications that the people of Sarawak would like to see change especially in its land policy.

Adit, 58, who won the seat on an Independent ticket in the state election on May 20, 2006, sent his application to join PKR last Saturday. With his inclusion, the party now has two members in the state legislative assembly.

The other is Dominic Ng who is also the state PKR chairnman and Padungan stae assemblyman.

UMNO Memang Sebuah Pertubuhan Yang Adil..!

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.

Beliau mendapatkan perintah itu pada 4 November lalu yang berkuatkuasa sehingga esok.Menurut surat dari ibupejabat Umno yang bertarikh 18 November, pemecatan Abdul Rahman berkuatkuasa pada 4 November lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia antara lain menyebut, mesyuarat jawatankuasa pengurusa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang kelmarin memutuskan keahlian Abdul Rahman gugur berkuatkuasa 4 November mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Ketika dihubungi petang ini, Abdul Rahman mengesahkan beliau menerima surat tersebut semalam.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi Kota Bharu akan mendengar kes tersebut esok.

Sebelum ini, beliau juga telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 November dari ibupejabat Umno berhubung tindakannya mendapatkan perintah mahkamah tersebut.

Surat tersebut, yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Husainay Hashim, meminta Abdul Rahman memberi sebab-sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya ekoran tindakannya itu.

Beliau diberi tempoh seminggu untuk memberi jawapan.

Tee Keat membisu berhubung 'peletakan jawatan' Ka Chuan

Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini membisu berhubung spekulasi bahawa bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan telah meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet.

ong ka chuan and ong tee keat mcaKetika ditemui di Parlimen hari ini, Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, enggan mengesah atau menafikan perkara itu yang telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Menurut laporan akhbar tersebut, yang memetik sumber-sumber, Ka Chuan yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan telah menemui presiden MCA itu dan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri, selepas tewas dalam pemilihan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.

Pertandingan bagi jawatan tersebut dimenangi oleh bekas naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek.

Difahamkan Tee Keat akan mengemukakan senarai baru calon menteri dari MCA kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencerminkan kepimpinan baru parti itu, dan Ka Chuan mungkin tidak disenaraikan.

"Saya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut dan sehingga ini saya tidak menyerahkan senarai (calon menteri) kepada perdana menteri.

"Di samping itu, tidak ada senarai tersebut. Sama ada seorang (merujuk kepada Ka Chuan) menyerah surat peletakan jawatan atau tidak, adalah tidak penting," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan senarai itu, Tee Keat menjawab: "Kita akan memutuskannya (bila tiba masanya)."

Ka Chuan tidak dapat dihubungi kerana beliau sedang melakukan lawatan rasmi ke Iran dan akan kembali ke tanahair lewat minggu ini.