"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, May 28, 2008

Isu Minyak - Kerajaan Malaysia Bodoh.

Assalamualaikum...

Pendekatan terkini kerajaan Malaysia didalam menangani isu minyak di Malaysia melihatkan ianya tak lebih dari satu tindakan yang amat bodoh.amat bodoh kerana tindakan tersebut sebenarnya tidak akan memberi apa-apa kesan pun kepada ekonomi Malaysia & ianya sedikitpun tidak membantu rakyat Malaysia mahupun tokey-tokey stesyen minyak di kawasan sempadan Malaysia.

Kita rujuk pada berita yang dipetik dari [ Malaysiakini ] Sedikit petikan dari berita :
Semua stesen minyak di sempadan negara dilarang menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuatkuasa Jumaat ini.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata larangan itu membabitkan stesen minyak dalam jarak 30 hingga 50km di kawasan sempadan negara.

Apa yang dapat diselesaikan disini?30-50km perjalanan tak akan menghabiskan setangki minyak kenderaan baik diesel mahupun petrol.hanya habiskan RM10(diesel)ataupun RM15(petrol)& tangki masih berbaki untuk meneruskan perjalanan jiran kita beratus-ratus km sekiranya(memang pun)mereka mengisi penuh tangki kenderaan mereka & kerajaan Malaysia masih menanggung & memberi "subsidi" kepada bukan warganegara Malaysia.kalau saya sebagai bukan warganegara pun akan sanggup menambah sedikit belanja saya untuk mengisi penuh tangki kenderaan saya & ianya masih berbaloi rasanya.

Dari sudut ekonomi pula keputusan tersebut pastinya tidak akan memberi apa-apa kelebihan pun kepada negara Malaysia.apa kelebihannya?entah...yang pastinya akan menambah lagi beban kerajaan kerana difahamkan kementerian berkenaan akan menempatkan pegawainya untuk memantau & mengawasi aktiviti berkenaan distesyen-stesyen minyak berhampiran sempadan.tambah lagi perbelanjaan untuk menggaji pegawai2 yang akan ditempatkan ditempat-tempat berkenaan...kerajaan yang "bijak".

Kenapa kerajaan yang "bijak" & "prihatin" tak terfikir 1 pendekatan yang lebih baik,menjimatkan,menguntungkan rakyat dan meningkatkan ekonomi penduduk Malaysia?

HAPUSKAN TERUS SUBSIDI PADA PENGGUNA KENDERAAN LUAR NEGARA!!!

Kan lebih baik dihapuskan terus subsidi minyak untuk kenderaan luar negara,untuk kenderaan Malaysia harga minyak ditetapkan mengikut kadar biasa & untuk kenderaan luar negara ditetapkan mengikut harga TANPA SUBSIDI!!!lebih mudah kan?tak perlu pemantauan & tak perlu pengawasan.sudah pasti tokey-tokey stesyen minyak akan lebih bersetuju dengan pendekatan ini & sudah pasti(tokey-tokey stesyen minyak)akan bertambah pendapatan mereka jika dilakukan begini.mereka pun tentu tidak akan menjual minyak pada kadar harga subsidi kepada kenderaan luar negara kerana mereka akan rugi!tak betul?

Dari sudut ekonomi pula...dengan beban harga minyak yang tinggi sudah pasti rakyat luar negara akan berfikir 2-3 kali untuk "menyesakkan" Malaysia dengan kenderaan mereka.kalau ada pun kita juga yang mendapat untungnya.tak betul?

Hanya ada 2 pendekatan akan diambil oleh rakyat luar negara bagi mengatasi "beban harga minyak tanpa subsidi" dan sudah pasti rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dari pendekatan mereka itu.

1 - mereka akan menyewa kenderaan Malaysia ataupun menggunakan kenderaan awam yang ada di Malaysia untuk urusan pekerjaan di Malaysia dan disini pendapatan negara & rakyat Malaysia akan bertambah melalui hasil penyewaan kenderaan Malaysia & tambang kenderaan awam.jangan lupa...jalan raya kita juga akan mengalami sedikit pengurangan kesesakan & serba sedikit masalah kesesakan lalulintas terutama dibandar besar seperti Johor Baru akan dapat diatasi...tak betul?

2 - mungkin ada antara mereka terutama rakyat Singapura akan mengambil keputusan lebih drastik - beli kenderaan Malaysia.jika langkah ini digunakan oleh mereka,sudah tentu kita juga yang akan mendapat untung melalui hasil penjualan kereta di Malaysia.tak mustahil penjualan kereta Nasional akan bertambah kerana kalau mereka mengambil keputusan begini pun tak kan mereka nak beli kereta mewah beratus ribu sedangkan mereka hendak mengurangkan belanja mereka.dapatkan kereta biasa yang harganya berpatutan cukuplah...asalkan didaftar di Malaysia & nikmati harga minyak yang rendah...sekali lagi saya nak tanya...tak betul ke?

Saya masih terfikir sampai sekarang,kenapa kerajaan Malaysia yang dikatakan "prihatin" dan "mesra rakyat" tidak pernah berfikir lebih jauh didalam apa jua keputusan yang dibuat?kenapa tak difikirkan semua kemungkinan & kesan yang bakal diperolehi didalam melaksanakan sesuatu perkara?banyak keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia selama ini tidak pernahpun meyelesaikan apa-apa sebaliknya hanya menambah beban kewangan negara Malaysia...kalau ada pun hanya sekadar - WIN WIN SITUATION...

Sepatutnya kerajaan wajib membuat penyelidikan yang lebih jauh sebelum melaksanakan apa-apa perkara.perlu memikirkan kesannya pada rakyat,kesannya pada negara,kesannya pada ekonomi Malaysia & sebaiknya megurangkan beban perbelanjaan kerajaan...sampai bila kita nak berpegang pada keputusan WIN WIN SITUATION sedangkan rakyat luar sentiasa mengambil kesempatan pada negara kita?

Rasanya kerajaan Malaysia masih Bodoh.

Tamat

No comments: