"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 17, 2008

Perbelanjaan "Berhemah" Ala UMNO.

Assalamu'alaikum...

Kurang 2 minggu lalu KERAjaan Pusat mengisytiharkan harga baru bahan bakar yang menyaksikan kenaikan sebanyak 41% - 63.3% dengan alasan mahu mengawal aktiviti penyeludupan bahan bakar ke negara jiran & juga sebagai pelan penjimatan beban subsidi yang ditanggung oleh KERAjaan Pusat.

Selang beberapa hari selepas pengumuman tersebut KERAjaan mengisytiharkan pula pelan penjimatan yang seterusnya iaitu memotong elaun keraian para menteri sebanyak 10% yang diwar-warkan membabitkan penjimatan perbelanjaan KERAjaan sebanyak RM2billion...itu baru 10%!kalau 50% berapa?10 billion kot...banyak kepentingan lain dapat diselesaikan dengan jumlah sebanyak itu.

Langkah KERAjaan yang seterusnya pula ialah menghentikan projek-projek yang tidak penting...projek-projek yang tidak penting?o...sekarang baru kita tau,banyak rupanya projek-projek yang tidak penting diluluskan oleh KERAjaan selama ni...secara tak sedar rupanya KERAjaan flip flop mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh mereka sendiri.bagus...satu langkah yang paling dekat kepada kehancuran KERAjaan pimpinan parti flip flop...teruskan mendedah pekong sendiri...

Di Perak pula dikhabarkan Mantan MB penggal lepas menolak jawatan ketua pembangkang yang mahu diwujudkan oleh kerajaan negeri PR dengan alasan ianya adalah 1 pembaziran.bijak berkata-kata tetapi kurang mengkaji fakta...inilah rupa seorang mantan MB.bagi aku,kalau jawatan tu bagus untuk memantapkan 1-1 kerajaan ianya tidak membazir.lagipun ketelusan sebuah kerajaan dapat dilihat dengan pengiktirafan jawatan tersebut.1 pembaziran ataupun tak mampu nak menjalankan tugas?biarlah kalau begitu...

Apa lagi langkah penjimatan ala UMNO?akan aku senaraikan kemudian...di Terengganu pula,bakal mantan PM mengisytiharkan bahawa KERAjaan pusat bersetuju mengembalikan wang royalti hasil bumi Terengganu sebanyak 5% seperti yang diterima dahulu.berita baik bagi rakyat Terengganu.hak anda dikembalikan.

Sorong papan tarik papan...pi mai,pi mai...tang tu jugak...itulah sebenarnya yang terjadi dalam pelan perbelanjaan berhemah ala UMNO...kalau diperhatikan,sebenarnya tidak ada perbezaan atau penjimatan yang dilakukan oleh KERAjaan.semuanya gali sana,kambus sini...gali lubang,tutup lubang...

Teliti balik berapa penjimatan atas pemotongan elaun keraian para menteri,campurkan dengan nilai projek-projek yang dibatalkan pelaksanaannya pastu tolak pulak jumlah gaji@elaun JKKK yang diwujudkan dinegeri-negeri PR(pembaziran yang nyata)pastu tolak pulak jumlah royalti yang bakal dikembalikan pada negeri Terengganu...

Aku tak nak tulis angka-angka perbelanjaan tolak campur tu tapi rasanya secara kasar kita boleh nampak macam mana pelan perbelanjaan "berhemah" tu sebenarnya tak pernah wujud & tak berlaku sebenarnya...apa yang berlaku sebenarnya ialah :
Dulu beli pisang rm5,cigar rm5,sukun@sukhoi rm5 & tempe rm5...jumlah rm20.........
Sekarang pulak pisang tak beli dah ganti dengan alat solek rm5,cigar dikurangkan beli rm2 je,setem rm3,sukun@sukhoi kurang jugak beli...beli rm4 je,rm1 beli kuda trojan pastu last skali beli minyak rm5...jumlah semua sekali rm20 jugak...

Rupanya depa kelentong kita...ceh...kalau bab belit,memang tuan punahsihat 20% otak kelas 1!!!patutnya dibagi anugerah menteri seputar paling berprestij abad ini.tak pun cadangkan aje nama-nama menteri kita dalam Guinness Malaysian Book Of Record sebagai menteri pembelit paling selambe dalam sejarah Malaysia.

Gitulah serba-sikit pelan penjimatan ala UMNO...entah apa yang jimat aku pun tak tau...

Tunggu la lagi apa pelan seterusnya dari menteri pasola & punahsihat 20% lepas ni.aku nak tengok je apa lagi akal depa...pemilihan agung parti raba-raba dah dekat dah ni...sempat lagi kot depa rancang pelan "20% aku punya" untuk buat modal tu...teruskan...last skali aku nak tujukan lagu "ular" dari Anita Sarawak khas untuk para menteri-menteri UMNO.

No comments: