Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dilaporkan berkata pemilih di kawasan parlimen Permatang Pauh tidak wajar mengundi Anwar dalam pilihanraya kecil 26 Ogos ini.
Menurut peguam Anwar, kenyataan Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh kelmarin.

Surat tuntutan itu menyebut, kenyataan timbalan menteri itu membawa maksud secara langsung atau tidak langsung memberi gambaran bahawa Anwar pernah terlibat dengan kegiatan seks haram atau mempunyai tabiat suka berbuat demikian, seorang lelaki yang berakhlak rendah, lelaki yang tidak mempunyai nilai-nilai Islam, dan mempunyai perwatakan buruk.
Anwar beranggapan, kenyataan Hamzah itu sebagai sangat cuai, tidak bertanggungjawab, dengan sengaja dan berniat jahat merendah-rendahkannya di mata orang ramai sehingga boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan mereka.
Bekas timbalan perdana menteri juga, menurut surat peguam itu lagi, berkata kenyataan Hamzah berniat jahat, satu bentuk penyelewengan fakta yang menunjukkan akhlaknya buruk demi merosakkan imejnya dan mencari publisiti murahan.
Selain menuntut penarikan kembali kenyataan itu, Hazmah juga dikehendaki memohon maaf mengikut kata-kata peguam berkenaan di akhbar-akhbar pilihan Anwar dan tidak lagi mengulangi kenyataan seumpama itu.
Menurut satu kenyataan PKR hari ini, surat tuntutan Anwar itu telah dikirim melalui faksimili kepada pejabat rasmi Hamzah di Putrjaya jam 5.30 petang semalam.
-malaysiakini
TP - Sat ni jangan tekejut pulak kalau ramai-ramai menteri UMNO/BN mengaku DSAI ngorat bini depa...macam ni ka cara seorang pemimpin menjaga maruah isi rumah depa? bini hangpa datang bulan berapa haribulan tak mau bagitau ka dalam ceramah? kalau boleh, dedah sekali bini hangpa pakai baju dalam size apa, pad jenama apa, cukur berapa kali sebulan...bla bla bla...selak abis-abisss...alang-alang orang cakap...
No comments:
Post a Comment