
Menurutnya lagi, tiga anggota polis merentap patung mayat itu, yang dijadikan lambang bantahan hampir 100 pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dengan berkata "tolong beri kerjasama."
Ridzuan Ahmad berkata kejadian berlaku secepat kilat dan "mayat AUKU" dibiarkan dalam simpanan polis tanpa sebarang pergelutan.
Perhimpunan anjuran gabungan tersebut, yang disertai 13 perkumpulan mahasiswa, bermula kira-kira jam 9 dalam cuaca lembab akibat hujan.

Selain mengusungkan "mayat", mereka juga berbaring selama beberapa minit di atas jalan depan pintu masuk Parlimen dengan kain rentang hitam bertulisan "Akta Untuk Kuburkan Universiti" sebagai akronim lain AUKU.
Sementara beberapa orang lagi membawa kotak yang menggambarkan penjara - sambil diperhatikan oleh kira-kira 20 anggota polis pencegah rusuhan yang mengawal keadaan di perhimpunan itu.
Rang undang-undang pindaan AUKU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Dalam seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula, dijangka berlaku perdebatan hangat berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut "menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu".
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment