
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata ini kerana timbalan menteri mestilah daripada kalangan anggota Parlimen.
Bagaimanapun, Kurup boleh dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi kelak sekiranya parti bersetuju beliau bertanding semula, kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara, di sini.
Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan juga Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah.
Najib berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu dan akan membuat persediaan menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu sekiranya perlu.
-Utusan Malaysia Online
TP - woi... apa nih? tak aci la cenggini wei... korang tak kautim ngan Pak Hakim korek korek korek ke?... adoih... parah ni... kurang dah sorang... minggu depan kurang lagi banyak orang...
Pak Lah..! kemas luggage...katerbang dah siap nu..! che'det mana? hah? dah sampai Panama dah???
Laju betul mamak tu ya..!
No comments:
Post a Comment