"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 27, 2008

Tiada pertemuan dengan MB Selangor - UiTM

SHAH ALAM 26 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan wujud pertemuan antara perwakilan tertingginya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan isu cadangan membuka 10 peratus kuota pelajar bukan bumiputera ke universiti itu.

Naib Canselornya, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah menjelaskan, apa yang berlaku sebenarnya ialah tiga pelajar iaitu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan dua rakannya telah dijemput melalui panggilan telefon untuk hadir ke satu majlis berbuka puasa di kediaman rasmi menteri besar itu baru-baru ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga pelajar berkenaan bersetuju menghadiri majlis tersebut atas niat baik untuk berbuka puasa.

''Pada majlis itu juga, mereka telah dipanggil oleh Menteri Besar dan beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk berbincang dan menjelaskan isu-isu yang berbangkit,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan dengan enam perwakilan tertinggi UiTM bagi membincangkan isu kemasukan 10 peratus pelajar bukan bumiputera yang dicadangkannya.

-Utusan Malaysia Online

TP - Pulak Dah??? betol Ku Li cakap - Ini negara Republik Pisang..! 1 dunia tengok Malaysia macam tengok Sarkis. Malaysia ada PM Sarkis, TPM Sarkis, Kabinet Sarkis, MB Sarkis, TMB Sarkis, EXCO Sarkis, Politikus Sarkis, Penyokong Sarkis dan berbagai-bagai lagi produk keluaran Politik Sarkis Malaysia...

Bakal PM Sarkis jugak ka?

No comments: