"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 21, 2008

Ayah Pin pulang setiap hari Ahad

BESUT – Penduduk di sekitar perkampungan ‘Kerajaan Langit’ Batu 13, Hulu Besut mendakwa sering kali melihat keli- bat Ayah Pin (gambar) muncul di kawasan tersebut pada setiap hari Ahad.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Abu berkata, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 68, pulang pada setiap hujung minggu untuk bertemu dengan ahli keluarganya .

Menurutnya, rutin itu didakwa telah bermula sebelum media dapat menghidu kehadiran semula Ayah Pin di kawasan tersebut baru-baru- baru ini.

“Sebelum media heboh, Ayah Pin kerap balik sehingga dua hingga tiga kali seminggu, namun sejak kebelakangan ini Ayah Pin hanya dilihat pada hujung minggu saja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagaimanapun Pak Abu memberitahu, Ayah Pin sukar ditemui orang ramai kerana dia pulang secara senyap-senyap selain tidak akan muncul di hadapan khalayak ramai.

Seorang peniaga di Jertih yang enggan dikenali berkata, kira-kira dua minggu lalu ada lima pelancong singgah di gerainya.

“Semasa saya tanya mereka mahu ke mana, pelancong itu beritahu mereka mahu pergi jumpa Ayah Pin,” katanya.

TP - hari ahad ramai Polis cuti.

Hari ahad ramai orang Jabatan Agama cuti.

JHEAIT cuti gok ke hari Ahad? Terengganu cuti ke hari ahad?

Mane cuti nye?

Dah tu?

Kah kah kah kah kah kah kah kah...

No comments: