"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 20, 2008

BN bantu pembangkang promosi produk halal

Kerajaan Pusat akan meneruskan kerjasama dengan lima negeri yang dikuasai pembangkang dalam mempromosi produk dan perkhidmatan halal berasaskan syariah walaupun pemimpin utamanya berbeza ideologi politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi berkata, kerajaan Pusat mengamalkan dasar dan pentadbiran yang dituntut Islam tanpa meminggirkan negeri yang tidak sealiran dengan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, contoh terbaik ialah i-City di Selangor yang dikuasai pakatan pembangkang tetapi kerajaan Pusat tetap membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan halalnya kepada pelabur asing serta tempatan.

Menurutnya, kerjasama erat juga diadakan antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Pulau Pinang untuk mewujudkan hab halal di utara Semenanjung.

''Saya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mempromosikan produk halal dengan mengetepikan perbezaan politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Islam Antarabangsa di i-City di sini hari ini - Utusan Malaysia Online

TP - ini satu perkembangan yang baik... sku setuju sangat2 dalam hal ni.

1 comment:

Anonymous said...

Ini merupakan cadangan yang baik. Kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri pembangkang dilihat sebagai satu kerjasama positif dimana persengketaan dalam politik dilupakan sementara. Usaha ini amat digalakkan. Tapi apapun, saya tetap tak setuju dengan Zahid Hamidi dengan kenyataannya berkaitan isu tahanan ISA yang tak dibenarkan solat Jumaat. Beliau tidak ada hak nak merubah hukum ALLAH SWT. Jangan tambah rosakkan lagi nama UMNO dengan kenyataan ini.