"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 27, 2008

Pemuda PAS buat demo bantah i-Dance - malaysiakini

Pemuda PAS Pulau Pinang terus mengadakan demontrasi menentang i-Dance yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Demonstrasi itu diadakan di dua lokasi iaitu di Masjid Jamek Kubang Semang, Permatang Pauh dan Masjid Jamek Sungai Nibung, Bayan Baru selepas solat fardhu Jumaat semalam.

Kedua-dua lokasi demontrasi tersebut mendapat sambutan daripada hadirin sambil melaungkan beberapa slogan yang mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan program yang dakwa memberi kesan pada golongan muda agar tidak menghampiri dadah, ketagihan alkohol dan budaya lepak di pasaraya besar.

Program tarian jalanan itu telah diadakan Ahad lepas sebagai saringan pertandingan manakala pada 28 Disember ini merupakan pertandingan akhir.

Sebelum ini Pemuda PAS Negeri telah mengadakan dua demontrasi aman iaitu pada 12 dan 19 Disember 2008 lalu masing di masing Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Kampung Rawa di Jelutong.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong menerusi Setiausaha khasnya, Steven telah mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang melibatkan Dewan Ulamak PAS Negeri.

Memandangkan isu ini semakin panas, sekali lagi Lydia menghantar surat pada Pemuda PAS supaya diadakan perbincangan terperinci di samping ingin tahu perancangan PAS untuk duduk semeja berbincang tangani masalah remaja masa kini.

Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man telah menasihati Pemuda PAS Negeri agar tidak lagi menganjurkan demontrasi sebagai jalan penyelesaian sebaliknya mencadangkan cara perbincangan.

Cara perbincangan katanya, lebih relevan deripada melaungkan ketidak puasan hati di jalanan terhadap program berkenaan.

3 comments:

Anonymous said...

http://www.stevensim.org/2008/12/i-dance-campaign-objections-musyawarah/

Kenyataan akhbar dikeluarkan pada 7 Disember 2008 tapi Pemuda PAS tetap berdemo pula.

Adakah tindakan Pemuda PAS berdemo menunjukkan bahawa badan Pemuda masih tidak bersetuju dengan pendirian Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang?

Yang mana betul?

Anonymous said...

dua2 jalan boleh...dua2 bagus..menunjukkan ahli2 Pas dr atas smpai bawah sumenya bersatu menentang kemungkaran...tahniah2...

AMK??bila lagi??

Anonymous said...

Senang cerita, PAS memang tak boleh bersekongkol dengan PKR dan DAP kerana hanya akan mengundang banyak masalah dalam perlaksanaan sesuatu perkara...Mereka tidak ada persefahaman yang kuat...