Pertemuan kira-kira 50 pemimpin India Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesaikan segera masalah-masalah yang menyentuh kepentingan masyarakat India.
Justeru, mereka memutuskan untuk kekal dalam PKR sementara mengambil usaha untuk mencari mencari jalan penyelesaian ke atas isu dan masalah yang memerlukan perhatian mendalam kepimpinan parti komponen Pakatan Rakyat itu.
Perkara itu diputuskan dalam pertemuan anjuran badan informal - Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India PKR - lebih sejam di sini.
Pengerusi jawatankuasa itu, P. Jenapala berkata, pihaknya masih yakin dapat mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang wujud dengan mengatur pertemuan dengan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Pertemuan itu memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa diketuai ahli sepanjang hayat PKR, Datuk Ravi Dharan untuk mengatur perbincangan dengan Anwar.
Ravi, ahli perniagaan berkata, beliau telah diminta oleh Anwar untuk menghadiri mesyuarat petang ini.
"Kami berpendapat ada isu-isu yang belum diselesaikan, tetapi kami tidak akan keluar parti (PKR)," kata Jenapala pada sidang media selepas pertemuan itu.
Tanpa menyebut sama ada memberi kata dua kepada pucuk kepimpinan PKR, Jenapala berkata, "kita tunggu (buat sementara) untuk mencari jalan penyelesaian... kita memerlukan perbincangan dan dialog."
"Kita yakin ia boleh dilakukan... kita tunggu dulu," katanya.
Pertemuan itu berlangsung kira-kira empat jam sebelum mesyuarat bulanan Biro Politik PKR malam ini, yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Dr. Syed Husin Ali.
Sebelum ini, Jenapala berkata, pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu diadakan bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.
Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.
Forum hari ini yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang sebelum ini berhasrat untuk keluar PKR, diadakan untuk membincangkan beberapa opsyen.
Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam selepas Manikavasagam mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor.
Malah Manikavasagam juga hadir dalam pertemuan itu.
Beliau satu-satunya wakil rakyat masyarakat India dalam PKR yang hadir.
Sebahagian besar pemimpin yang hadir hari ini merupakan pemimpin masyarakat India di peringkat negeri.
Selepas mengumumkan keputusannya di sebuah hotel di Petaling Jaya, Manikavasagam menghadiri pertemuan itu yang diadakan di sini.
Sementara itu, Manikavasagam berkata, beliau telah menjelaskan pendirian dalam isu melepaskan jawatan negeri pada pertemuan itu.
Ketika ditanya pendiriannya memandangkan pertemuan hari ini memutuskan tiada ahli yang akan keluar PKR, Manikasagam berkata:
"Buat masa sekarang saya keluar sebagai Timbalan Pengerusi negeri, tunggu hingga 15 Januari, saya akan balik dari Chennai dan akan cuba untuk menemui Anwar pada 15 Januari dan berbincang."
"Tunggu, tunggu (sehingga pertengahan Januari," kata beliau apabila ditanya sama ada akan keluar jika masih tiada penyelesaian selepas menemui Ketua Pembangkang di Parlimen itu.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Buat masa sekarang saya keluar sebagai Timbalan Pengerusi negeri, tunggu hingga 15 Januari, saya akan balik dari Chennai dan akan cuba untuk menemui Anwar pada 15 Januari dan berbincang."
Itu maknanya dia pergi jumpa bomoh (mr JI)di India seperti yang selalu dilakukan oleh samy vellu semasa jadi menteri JKR dulu.
Kena berhati-hati noooo!
Post a Comment