
"Sudah semestinya prinsip ini dilengkapkan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang semua seharusnya sedia maklum," titahnya.
Baginda bertitah demikian dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.

Oleh itu titahnya, proses perbincangan awam seharusnya diperbanyakkan untuk setiap keputusan dan kerangka utama pembangunan kerajaan negeri.
"Masyarakat madani di negara maju menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara dan ini sewajarnya menjadi kebiasaan di Selangor," titah baginda.
"Kerajaan negeri beta mesti cuba menggunakan kepakaran yang ada pada pihak-pihak ini dalam tujuan untuk memajukan negeri Selangor.

Dalam pada itu, Sultan Selangor juga menegaskan bahawa keamanan, keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini akan terjejas dengan berlaku beberapa insiden yang melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh sekelompok masyarakat.
"Justeru, beta ingin menyeru kepada semua pihak agar memberhentikan segala tindak-tanduk yang boleh menjejaskan imej negara ini dan menumpukan perhatian ke arah memupuk perpaduan yang erat di kalangan semua kaum." titahnya.

"Sikap hormat-menghormati diantara kaum di negara ini perlulah sentiasa diamalkan bersama bagi menjamin perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia," titah baginda.
-HarakahDaily.Net
1 comment:
semoga Selangor pula menjadi Negeri contoh segi pembangunan ekonomi Rakyat,
Pulau Pinang negeri contoh pembangunan akhlak kaum
Kelantan negeri contoh pembangunan akhlak Rakyat & Pemimpin
Post a Comment