Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah. Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau.



Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar dipusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu... termasuk aku dan Suhaib. Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya... pegangan itu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul dihadapan kawasan perkuburan...
Selepas itu, aku tidak tahu dimana Abah berada... adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting...
Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad...
Al Fatihah...
*ralat (pembetulan)
Sumber - Merah Hitam - Penulis Blog Merah Hitam adalah isteri dan bukannya anak kepada Saudara Mat Sah seperti yang dijelaskan sebelumnya, mangsa tahanan ISA yang setakat hari ini telah masuk 8 tahun penahannya dibawah akta zalim ini.
*ralat (pembetulan)
Sumber - Merah Hitam - Penulis Blog Merah Hitam adalah isteri dan bukannya anak kepada Saudara Mat Sah seperti yang dijelaskan sebelumnya, mangsa tahanan ISA yang setakat hari ini telah masuk 8 tahun penahannya dibawah akta zalim ini.
21 comments:
Firman ALLAH S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)
Penulis Merah Hitam bukan anak Mat Sah, tetapi isteri beliau.
Semoga mereka yang terlibat diberi pembalasan yang setimpal.
setiap perjuangan ada cabaran dan dugaannya, hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Menghakimi
Takziah...
I.S.A kejam......
~tekon~
Meraka Yang Zalim tak akan kekal lama!!!!
Ya ALLAH ya Tuhanku, ALLAHUAKBAR!!! ALLAH yg MAHA BESAR...
air mata aku hampir menitis bila mendengar kisah ini... inilah dia yg dinamakan perjuangan, airmata, darah dan nyawa menjadi taruhan...
Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku dalam menentang kezaliman ini Ya ALLAH!!! berikan kemenangan kepada pejuang2 agamaMU YA ALLAH!!!
air mata aku pernah menitis tatkala mendengar khutbah jumaat yg disampaikan oleh Tn Ibrahim Tn Man, beberapa hari sebelum pru12. rata2 makmum turut menitiskan airmata...
ayuh rakan2 sama2 kita berjuang dalam menegakkan agama ALLAH, kalau kita penat tok2 guru beribu2 kali penat menyebarkan agama ALLAH!!!
wassalam...
aduss..sebak......
MEREKA YG MELAKUKANNYA DAN MEREKA YG BERSETUJU DENGANNYA SUDAH DISEDIAKAN TEMPATNYA DIDALAM NERAKA BAHKAN SEMASA DIDUNIA LAGI MEREKA AKAN DIAZAB OLEH ALLAH DENGAN BERBAGAI CARA YG PEDIH
KITA TIDAK BERDAYA MELAINKAN DGN PERTOLONGAN ALLAH.BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA MEREKA YG DIZALIMI BAHAWA SYURGA SEDANG MENANTI BUAT MEREKA...
apa la punya bahlol dan zalim, zalim, zalim ISA, 8 tahun menahan orang tanpa bicara!!! Kalau salah seseorang tu bicarakan, jangan menahan Ikut Suka Aku jerrr. Ya Allah berilah kekuatan kepada keluarga Mat Sah, dan berikan balasan yang setimpal pada mereka yang tiada hati perut menggunakan hukuman sesuka hati jaaa
puak2 umno yahudi...jawablah kome di alam kubur nanti ttg menzalimi org2 islam. mrk yg dizalimi x di beri peluang untuk membela diri....ingatlah pemimpin yahudi laknat umno...seksa Allah terlalu pedih. kepada para penyokong umno yg memberi undi juga akan bertanggung jawab dan bersedialah kome dengan Allah tuan punya dunia.
dunia2....
antara perkara yang paling aku meluat dengan UMNO dan BN bukan pasal rasuah. tapi pasal ISA. kesian tengok keluarga yang kena ISA. aku dah kena dengan ISA mana tak aku tak tahu. jahanam BN
Takziah kepada keluarga saudara.al-fatihah!
sesungguhnya berbuat baiklah kamu semoga kamu tidak di tahan di ISA.
Posting yang paling sedih kat blog ni so far. Al fathihah
~Penang Mali
jangan main sentimen cerita sedih la... tu taktik lama la... anwar dulu pun main tektik sama gak, bunuh mak yaa untuk tarik simpati rakyat.
Akta penjajah yang masih di gunapakai oleh waris penjajah umno..ingat penjajah british ..ingat umno..umno adalah penjajah melayu abad ini..jika anda tidak mahu di jajah ..kuburkan umno selama lamanya..ingat !!!! umno adalah penjajah bangsa melayu abad ini.
salam semua!!!!
tuNGOK langti tak komen ke? kenapa? oooOOO lupe tuNGOKlangit sayang ISA... hampeh ISA kojam mengalahkan chinpeng... sajo je bakaq line
Pada hari kejadian ni Najib mungkin tengah gembira menjamu selera yang sedap2 bersama isteri dan anak2 di mahligai perdana, pemimpin2 UMNO lain mungkin sedang menghayun kayu golf sambil ketawa riang. KEJAMNYA ISA......BICARAKAN MAT SAH DI MAHKAMAH
BRO, AKU PUN SEDIH GAK, TAPI INI TAKTIK LAMA, INI NAMANYA TAKTIK DRAMA TAMIL!
SENTIMEN BRO, IT IS SO LAME....COME ON JANGAN JADIKAN POLITIK TANAHAIR MACAM AF BRO!
TAKZIAH BUAT KELUARGA YANG KEHILANGAN! AL FATIHAH!
Ini bukan masalah taktik, tapi kenyataan. Allah akan membalas terhadap org-org yang zalim, lebih-lebih lagi dengan saudara seIslam...takbir!
Post a Comment