Penyokong PAS di luar pusat pengiraan undi ketika sedang menanti berita gembira. Imej dari Malaysian insider.
Esok akan ada kokok kokok tentang kejayaan mengurangkan majoriti kemenangan. Tapi tak kesah .. yang penting menang ! Takkan ada 'pengundi' yang lompat parti ... Jadi .. tak perlu risau.
Jika anda anak rantau yang sepatutnya pulang ke kampung, sudah pasti memikirkan tentang wang saku. Semalam kerja, sehari cuti untuk mengundi, dan esok bekerja semula. Malahan pilihanraya di adakan pada tengah bulan .. waktu poket kering kontang.
Wahhhh ! SPR hebat ... !
PAS menang dengan undian TANPA anak rantau. Sudah cukup bagus. Tapi peratus keluar undi meningkat ... dari mana datangnya tambahan undian itu agaknya ye...
Pencapaian diutamakan?tak tecapai lagi....
Jambatan?tabur janji pada PRU 13 lak....
Lepas ni nak bina jambatan@jamban kat mana lak?Tunggu SPR umum PRK berikutnya...
19 comments:
he2 ..dah tahu nak kalah awal2 boss dah balik ..ni..lah kalu berparti bertuhan kan money2..janji2 manis ,,dah lama doh kalah ..bila nak menang nie..duit dah banyak habis ..berjimat kat penanti dah perhabih kat MU..mmm ..Insaflah Malaysia bukan utk BN ..tapi utk semua ..rezeki Allah bagi gunakanlah cara betul ....fikir2lah wahai akal yg waras .
Kat P.Pauh-umno kalah
k.Tganu-umno kalah
B.Gantang-umno kalah
B.Selambau-umnobn kalah
manek urai-umno kalah lagi..
Penanti-umno kalah takde telor nak lawan.
Batang Ai-dapat le sebatang.
Asyik kalah manjang je..harap2 pru13 nanti pun umno ni akan terus kalah..
UMNgOk sendiri terkejut kerana berjaya mengurangkan majoriti PAS dengan begitu banyak sekali., padahal mereka yakin undi mereka merosot..
Cuba siasat siasat siapa yang tak terkejut..
Baca sini, copy n paste kat browser len..
http://ceria.my/rakyat/?q=node/116/57#comment-57
apapun tahniah kepada pas khasnya pengundi MU.SENYAPSEPI TV.di bawah menteri yang berpengelaman pun sama juga.semuanya bisu.
saya rasa PAS kena ambil iktibar dari majoriti 65 undi ni...Pas menang tipis begini adalah hasil daripada isu kerajaan perpaduan...PAS kena buat sesuatu dalam masaalah ini...isu dalam Pakatan pun kena diambil kira..isu dipenang dan kedah contoh nya Pakatan tidak harus berdiam diri..kalau ini diteruskan lagi..jangan harap kita nak menang besar selepas PRU13 nanti..kena buat post motem dengan cepat sebab kemungkinan besar PRK negeri perak akan dibuat bila2 masa dari sekarang..itu pra pilihanraya sebelum najib membunarkan Parlimen yang banyak penganalisa politik meramalkan tahun hadapan...
Salam,
setuju dengan pakyob.. isu-isu nasional, masalah dalaman dan janji-janji manis BN serta semua jentera kerajaan digunakan untuk BN. PAS harus muhasabah.
semalam saya sempat menonton Analisis Khas di ASTRO Awani. Salah seorg panel telah menyatakan jentera PAS pada kali ini, dilihat yang terlemah berbanding PRK2 yg lain.
fikir-fikirkanlah.. undi yg diperolehi pas juga merosot sebanyak 399 undi.
Sesuatu harus dilakukan agar ahli-ahli PAS bersatu kembali..
umno parti yg penuh muslihat,penasihat2 parti itu bukan sebarangan,ada import dari negeri di bawah awan..tak caya tengoklah 100 hari bijan pun mat salleh yg analisis termasuk stadium runtuh..yg masih nak kelentong report pkfz tak tau macam mana depa nak pulas kemet renyuk baru bagi report pd umum..pejuang2 kebenaran tentera yg mahu menjual diri pd Allah harus siap mempertahankan wadah Islam walau seperit mana..nilai2 ni tidak ada dlm amno parti tu tunjangnya ialah perut dan kuasa utk memperkayakan pemimpin hasil tipu daya mereka pd rakyat marhen.
Tambahan pengundi dan kurang majoriti...ditambah pulak bukan hari cuti...Hairan seribu hairan...!!!
Okaylah, Tahniah sebab PAS dah menang dan lepas ni kena buat postmortem kata orang. then buat lah planning untuk membina jambatan tu dgn duit rakyat yg ada dikelantan . Katanya jabatan yg ada sekarang ni cuma satu lorong so usahakan untuk jabatan baru demi kebaikan rakyat termasuk umno / bn pun. Tak kisah lah sebab dulu jabatan satu lorong kat selangor pun ada (itu negri paling maju zaman BN kononnyalah)...berkurun jugaklah orang menggunakannya tapi last2 buat juga yg baru.
woi sprm,dakwa la si sembab tu..dah terang2 cuba bg rasuah jambatan kat penduduk man urai..jgn asyik men telor jerr!!
Kemenangan yang tidak meyakinkan. PR sila ambil iktibar. Bukan salah PAS aje. Tapi keseluruhan PR.
Banyak isu yang timbul tidak menguntungkan rakyat.
DAP menyumbang kpd situasi ini. Rakyat kurang yakin hubungan PAS DAP.
Rakyat dah mula perhati. So, pandai-pandaila.
Mana tak turun Majoriti kalau Umno main taik
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/majoriti-rendah-sebab-taik-umno.html
atau di..
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/07/majoriti-rendah-sebab-taik-umno.html
Kesian tu pun dapat turunkan Majoriti je..
Naruto suka PAS menang..
ok, macam ni. saya cuba letakkan diri saya pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi pas. dan saya duduk di manik urai di kampung yang UBN janjikan jambatan. sudah pasti saya akan undi UBN kali ini kerana masalah jambatan selorong ini sangat ketara menyusahkan saya dan penduduk khususnya. lagipun kalaupun saya pengundi atas pagar yang cenderung mengundi pas, kali ini saya akan undi UBN kerana pas takkan tergugat memandangkan ianya kukuh di negeri kelantan dengan kelebihan kerusi yang ada. apa salahnya undi UBN kali ini memandangkan banyak janji pembangunan akan dibuat. jadi ini faktor utama yang menyumbang kepada keputusan kali ini. pas silap mengatakan UBN tak perlu bertanding kerana ianya tak memberi apa-apa kesan kepada kedudukan kerajaan negeri, sebenarnya kehilangan kerusi manik urai itulah yang tidak memberi kesan yang membuatkan pengundi atas pagar cenderung mengundi UBN (malahan pengundi setia pas pun mungkin pangkah UBN oleh kerana nak kana ke pembangunan yang dijanjikan. itu pandangan saya. saya tak arif politik. tapi saya cua jadi orang biasa yang meletakkan diri saya dikalangan pengundi manik urai.
Assalam wbt.
Memang PAS menang kali ini....tetapi tidakkah PAS mahu lagi menang dan terus menang......UMNO dah menampakkan kesannya sekarang....PAS harus membuat sesuatu.....Wallahu'alam.
Woi trisakti..kawasan yang umno janji nak buat jambatan semua umno menang..rakyat kat situ dah menangkan umno,jadi umno kenalah tunaikan janjinya.Rasa rasanya tak adanya umno tu nak buat..sia sia je undi umno tu..memang penipu besar dari dulu lagi..
Udah menang jadik camni:
BARU SETAHUN JAGUNG PENTADBIRAN NEGERI PR!!!!!
Dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai penglibatan salah seorang Exco dengan kumpulan kongsi gelap dan pelbagai lagi aktiviti haram membuktikan kelemahan barisan Exco kerajaan Negeri Selangor.
Bekas MB Selangor Dato' Mohd Khir Toyo persidangan DUN berkata, ''Saya tidak mahu terlibat dalam pertelagahan di antara mereka. Namun, saya melihat Exco yang ada ketika ini tidak melaksanakan tanggungjawab membangunkan negeri termasuk gagal menghormati peraturan serta undang-undang.
''Jadi lebih baik buat rombakan, bagi orang lain pula jadi Exco,'' katanya ketika ditemui selepas sesi tengah hari Sidang Dewan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Choo Keong yang membuat dakwaan tersebut dalam blognya, http://weechookeong.blogspot.com bagaimanapun tidak menamakan individu berkenan.
Beliau mendakwa Exco terbabit menggunakan pejabatnya untuk mengadakan pertemuan dengan individu-individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.
Dalam pada itu, Mohd. Khir memberitahu, berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bilangan pusat urut dan judi di Selangor semakin meningkat daripada 700 kepada 4,000 ketika ini.
Beliau menegaskan, pertambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah membekukan lesen baru premis berkenaan sejak 2006.
''Berbeza dengan semasa pentadbiran BN dulu, ada premis terbabit beroperasi tanpa lesen dan tindakan juga turut diambil.
''Sekarang saya nampak premis tanpa lesen ini semakin bertambah, seolah-olah tiada tindakan yang diambil,'' ujarnya.
Salam...
Udah2 la tu anak lenggong, takkan dah kalah takde isu plak nak cite kot?
Elok la tu org2 PR ada gak yang dedahkan kelemahan puak2 sendiri walaupun satu geng. Tak mcm BEnd,masing2 tolong cover member. Yang salah pun boleh jadik tak salah. Pasal khir toyo tu, tak usah la nak amik ayat yang dia cakap tu. Menyampah aku. Cakap tak serupa bikin. Dulu jadik mb pun aper sgt la yang dia buat untuk selangor? sebelum dia nak cakap banyak2, mintak la dia istihar dlu harta yang dia ada, baru bleh nak gebang byk2. Klau khalid boleh buat, why not dia pun buat gak. Kita tgk sapa yang kena....;p
dato pa nak cari 65 pengundi yg menjadi realiti kekalahan kali ke6..kikikiki..
Post a Comment