"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 17, 2009

(Update) N-41 Manek Urai: Projek Kencing Rakyat MU Oleh TPM

12hb. Julai, 2009 aku sempat skodeng ceramah oleh TPM Muhyiddin Yasin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai (sempat lagi gerombolan gunakan sekolah untuk berkempen... kalau Pakatan Rakyat buat dekat sekolah, mau kecoh 1 dunia..!).
Majlis juga dihadiri oleh Mustafa Mohamad, Awang Adek, Calon BN untuk N-41, Tuan Aziz dan juga bekas ADUN Dabong, Ramzi.
Ada la dalam 200 orang yang datang (ikut bilangan kerusi yang disediakan)
Ketua Puteri UMNgOk Malaysia pun datang jugak dengan gerombolannya... datang dengan kereta besar beb... kereta kecik tak main la... kena jaga status... Khak Ptuih..!

Tapi apa yang aku nak hilite disini ialah tentang janji-janji manis TPM... kalau UMNgOk menang di Manek Urai, TPM janjikan jambatan 2 lorong yang akan menggantikan jambatan selorong yang sedia ada. pergh...

Sebelum tu kita tengok dulu gambar dekat bawah ni...
Gambar dekat atas ni aku ambik dekat jalan masuk ke kawasan projek yang telah dirasmikan oleh...
Ya... dirasmikan oleh tak lain dan tak bukan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Zahid Hamidi...

Tengok pulak slideshow dekat bawah ni...
Slideshow dekat atas ialah gambar-gambar yang aku ambik pagi sebelum TPM berjanji manis di Manek Urai...

Projek yang dah dirasmikan beberapa minggu sebelumnya terus lengang tanpa sebarang kerja-kerja dilakukan selepas majlis pecah tanah dan tanpa segan silu, TPM berjanji pulak 1 lagi projek yang lebih besar...

Setahu aku projek Jambatan Gantung ni regenya tak sampai pun RM100 ribu... kalau projek kecik macam ni pun dah terbengkalai dari awal, apa lagi nak diharapkan dengan projek berharga RM7-10 Juta tu pulak..?

Allow TPM..! siapkan yang ni dulu baru cerita projek lain...

Satu lagi aku dok heran... dalam ceramah hari tu jugak TPM ada sebut nak jadikan Manek Urai sebagai pusat "AgroPolitan"... masa TPM sebut "AgroPolitan" aku tengok ramai pakcik-pakcik garu kepala... aperla punya Ngok TPM ni... masuk kampung yang majoriti penduduknya bekerja kampung, bahasa inggeris tak berapa reti, dok cerita pulak pasal benda pelik-pelik...

Kesian pakcik & makcik dekat kampung tu... tah hapebenda "AgroPolitan" tu mana la diorang tau...

Lagi 1 pulak, aku agak TPM ni langsung tak buat homework sebelum pergi ke kampung Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru... 2-2 kampung ni bila musim hujan, air naik sampai tenggelam rumah 1 1/2 tingkat, nak 'AgroPolitan" hapekebendanya..?

Lain kali sebelum pergi mana-mana kampung, buat la homework... survey betul-betul... dekat kampung ni, kalau nak buat pesta air boleh la...!!!

Tak caya tanya Tok Ggawo..!

Hancusss negara Malaysia sebab ada Mat Sembab yang malas buat homework dilantik jadik orang no 2... huh..!
TPM - Ya..! Kita akan bina jambatan 2 lorong di kampung ini sekiranya UMNgOk menang dalam PRK N-41... ingat ya... "KALAU MENANG SAHAJA..!". prihatin sungguh menatang TPM ni...

Kemaskini 9:50am (17hb. Julai, 2009) -Aku lupa nak usik sekor lagi pimpinan UMNgOk ni...
Ini ialah Datok Ramzi, bekas ADUN Dabong pada penggal lepas... dia ni lah yang bagi idea dekat TPM untuk buat jambatan 2 lorong di Manek Urai tempohari...

Sebelum tu aku nak cerita sikit apa yang dia ni dah buat masa dia jadi ADUN Dabong dalam penggal lepas... cuba korang tanya penduduk Kandek dan juga Biak (2 perkampungan pedalaman di Dabong, Kuala Krai) apa dah jadi dengan jambatan yang juga dijanjikan oleh Ramzi maa dia jadi ADUN Dabong dulu..?

Aku cerita sikit tentang kampung ni... kampung ni terletak di pedalam Dabong dan ke 2-2 kampung ni terpisah dengan sebuah sungai yang alirannya sampai ke Sungai kelantan. pengangkutan yang ada untuk berhubung antara ke 2-2 kampung ni hanyalah dengan menggunakan perahu enjin galah. tak ada jambatan.

Masa Ramzi jadi ADUN Dabong dulu, dia pernah berjanji dengan penduduk tempatan disini untuk bina sebuah jambatan yang akan menjadi penghubung antara 2 kampung tersebut (Kandek dan Biak) tapi sampai hari dia tergolek dalam PRU-12 tempohari, bayang kepala jambatan pun tak nampak...

Yang penduduk Dabong nampak ialah Villa Mewah Ramzi tersergam indah diatas puncak bukit di Dabong dan kehebatannya boleh dilihat dari jauh...

Cuba korang ingaat-ingat balik berapa banyak jambatan dah yang pimpinan UMNgOk janjikan di Malaysia ni dan dah berapa banyak jambatan yang siap..?

Dioarang ni gila jambatan ke..?
Satu-satunya "projek" yang berjaya disiapkan oleh Ramzi ketika menjadi ADUN Dabong ialah "Projek jalan Simen"... itupun sekerat jalan je... separuh dari simen berjaya disonglap untuk projek jalan masuk ke Villa Ramzi diatas sebuah bukit di Dabong... orang Kandek dengan orang Biak cukup-cukup ingat perkara ni...
Seorang sahabat ketika kami melakukan lawatan ke Kampung Kandek dan Biak tempohari. berlatar belakangkan sungai dan juga satu-satunya pengangkutan untuk berhubung antara 2 kampung ini iaitu perahu enjin galah.

Cukup-cukuplah "Projek Membodohkan Rakyat" UMNgOk Oi...!!!

12 comments:

maw said...

kalau pakatan buat ceramah "DEKAT" sekolah kecoh satu dunia,itu baru dekat,kalau betul buat dalam sekolah terus perang dunia kot.ago..poliktan buah mutan kot..polik polik tu natang apa hah!fleri

CUPING MERAH said...

habis le projek terbengkalai cam tu je..klau kerjaan umngok ikhlas dia sambung balik projek tu..tapi aku rasa tidakk.
tempat yang dia menang pon dia tk laksanakan apa lagi kalah!!

kahaak ptuiiihh!!

Tok Mudim said...

kah..kah..kah..
macam lubang kubur je...
kah..kah..kah..

Woi Mat Sembab..
projek kecik cam ni pun kantoi..
kah..kah..kah..

Woi Dulu Pork Lah janji jambatan jugak... Habuk pun tadak...
tiang jambatan pun tak nampak sampai hari ni...
kah..kah..kah...

Woi Udah la woi...
Berenti la projek Tipu Rakyak...
kah..kah..kah..

Anonymous said...

kah..kah..kah..kawe tok buleh tehe baco cerita ni...nok menangis pun ado


i'm no king

Anonymous said...

kg aku kat kemubu sblh dabong jer..
klu ckp pasal villa atas bukit tu mmg perghhhhhh.. klu x silap DARUL MAKMUR namanye.. tp umah penduduk kat kawasan tu xtau la nk cakap... pintu gerbang je dah takut rakyat nak masuk.. klu ikut ckp org kg ni, nk jumpe mmg susah.. x mcm ADUN yg skrg ni.. bapak aku siap sembang dengan dia kat pekan sehari hanya dengan motor cabuk, pakai tracksuit jer..siap dok bercangkung sesama pilih ikan lg.. ini la pemimpin yang rakyat kelantan inginkan!!

Anonymous said...

dato ramzi...ore kg kawe tuh..
asal kube bate tumpat..
rumah depe masjid..
dio gi numpe jah dabong/..ore kg sendiri pun dio tok caro..ni lah dio pemimpin kito..dato` lazy abdul rahman....ahahaha

taipingmali said...

setuju lah bro...byk projek BN membodohkan rakyat seperti
1. buat PLUS
2. BUAT KERETA PROTON DAN PERODUA
3. BUAT JAMBATAN PULAU PINANG
4. BUAT JALUR LEBAR BERUK BAND
5 BUAT IT UNTUK INTERNET
6 BUAT TNB UNTUK MENERANGKAN UMNO
7. BUAT IWK UNTUK KUMPUL TAIK
8 BUAT PEJABAT POS
9. BUAT TABUNG HAJI
10 BUAT MASJID
11. DAN MACAM-MACAM LAH KERJA BODOH UMNO NGOK...
12 MEMANG HARAMM JADAH UMNONGOK

Anonymous said...

askum..
Habis tu kenapa aku tengok ramai orang2 PAS yg pakai kereta proton n produa....?

sila jawab...beb

Anonymous said...

mace kenal mamat duk pegang kasut tepi sungai.... hehehehe

Anonymous said...

sila list projek mega PAS (selain ceramah mega) setelah 19 thun perintah kltan,.

mudahnya husam berkata-kata,.

wpun BN kalah tapi tetap suruh buat jmbtan,.

KENAPA PAS X BUAT JMBATAN 2 LORONG WPUN ITU YG SGT DIDAMBAKAN OLEH PENDUDUK MANIK URAI???

DAH DEKAT 20 TAHUN DAH WEHHH!!!!

Prof. Era Pasca said...

puak gerombol bengang... ha ha ha

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Anonymous said...
sila list projek mega PAS (selain ceramah mega) setelah 19 thun perintah kltan,.

mudahnya husam berkata-kata,.

wpun BN kalah tapi tetap suruh buat jmbtan,.

KENAPA PAS X BUAT JMBATAN 2 LORONG WPUN ITU YG SGT DIDAMBAKAN OLEH PENDUDUK MANIK URAI???

DAH DEKAT 20 TAHUN DAH WEHHH!!!!

July 18, 2009 2:06 PM
-----------------------------------

PPK1 Jawab:

Nak suruh Kerajaan PAS Kelantan buat jambatan tu mudah sangat jah:-

1.
BAYAR ROYALTI minyak hok kerajaan pusat sekat tu.. RM 1 Ribu juta boleh buat macam2.

2.
HAPUSKAN hutang yang kerajaan negeri terpaksa bayar padahal hutang RM740 juta tu dibuat oleh Umno semasa memerintah Kelantan dahulu.

3.
HASIL CUKAI dari rakyat Kelantan adalah RM204juta setahun, tu belum dikira HASIL BUKAN CUKAI lagi.. Kalu nak suruh Kerajaan Kelantan buat pembangunan gak, semua hasil cukai dan bukan cukai ni masukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri la..

4.
JANGAN sekat peruntukan pembangunan kepada Kelantan.

5.
GERAN KESEIMBANGAN juga perlu adil, jangan bulan 12 baru nak bayar kepada Kerajaan Negeri.

6.
JANGAN SEKAT pelabur yang ingin datang melabur di Kelantan. Rakyat Kelantan tahu semua ini.. dan Dato Mustapha Mohamad (Pengerusi Umno Kelantan) sendiri pun mengaku bahawa beliau telah sekat projek dari datang ke Kelantan.. sila lihat sini...

http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/07/royalti-minyak-dato-mustapha-muhammad.html

Lain kali, kalu nak bercakap biar dengan hujjah, jangan dgn fitnah.

Dalam masa 20 tahun ni, dah banyak Kerajaan Kelantan buat dan Umno tidak buat.. takkan tak nampak?

www.pemudakemehe1.blogspot.com