"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 23, 2009

Cegah Diri Dari Penjenayah...

Hari ni aku bawak korang lari sikit dari dunia politik... kita pergi pada masalah keselamatan...

Hari ni (23hb. November, 2009) satu laman blog yang fokusnya ialah melaporkan kejadian jenayah yang berlaku disekeliling kita yang kebanyakannya tidak kita ketahui secara jelas lantaran tiada pihak yang berminat untuk membuat laporan menyeluruh dan juga informasi yang berguna untuk kita dalam mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa penjenayah.
Laman blog ini diusahakan oleh rakan-rakan kita yang prihatin kepada masyarakat sekeliling berikutan kenaikan kadar jenayah setempat akibat dari masalah ekonomi yang semakin meruncing yang mengakibatkan kepada kesukaran mendapat pekerjaan untuk menyara hidup dan ada antara mereka yang bermasalah mengambil jalan singkat mencari jalan mudah untuk menampung hidup dengan menjadi penjenayah.

Ada juga antara penjenayah-penjenayah ini terjebak secara kebetulan akibat dari beberapa masalah peribadi.

Sedikit petikan dari salah satu artikel dalam laman blog bertajuk (Crime Watch - Malaysia, Inaugural Postings) -
  • Idea laman blog ini, "Crime Watch - Malaysia" adalah untuk memperingatkan sesama warga Malaysia dari jenayah di persekitaran kita dan disinilah kita berkumpul untuk melaporkan dan saling berkongsi berbagai peristiwa jenayah yang berlaku di negara kita, dengan harapan kita saling boleh memberitahu sebarang kejadian jenayah di lokasi panas dan tindakan pencegahan yang perlu diambil atau dibuat oleh mereka-mereka yang berada dipersekitaran lokasi panas...
Baca artikel seterusnya disini...

1 comment:

psychomatix said...

Salam.

Jenayah meningkat sejajar dengan pembangunan. Kita membangunkan bangunan2 yg semakin tinggi. Kerakusan mereka yg bergelut utk mendapatkan projek utk membina bangunan2 ini - mewujudkan ruang pemula kepada jenayah terancang. Kemudiannya, setelah ia siap terbina - ia menekan pula mereka yang mahu menjadi salah seorang dari mereka yg berpeluang tinggal di bangunan2 itu ... timbul lagi jenayah2 baru ...

Bangunan tidak bersalah - tetapi mereka yg bertanggungjawab dlm proses pembinaan itu telah menyimpan sesuatu yg penting dlm peti besi ... apa yg mereka simpan?

AKAL mereka!

Salam Perjuangan!