Dibawah juga artikel dari Misbahul Munir untuk rujukan di bawah. Selamat mendengar.
(NOTA: Rakaman itu agak panjang dan tidak boleh dimasukkan ke Youtube. Jadi, terpaksalah saudara/ri muat turun.)
Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan - blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.
Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Flight jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Flight berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.
Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.
Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.
Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.
Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO/BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam Al-Qur'an supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.
Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.
Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.
5 comments:
Kepada Mahaguru Topeng Perak Xungwei,
Salam 1Malaysia,
1.Disini saya ingin memohon jasa baik tuan dalam hal yang berikut.
2.Kita sedar, sudah bertahun tahun, Pak Lah diselar oleh kawan baik diktator diktator sedunia (KBDDS) dalam kes MV Augusta.
3.Sebagai pengenalan, saham MV Augusta, iaitu sebuah syarikat yang mengalamai krisis kewangaan yang teruk dibeli oleh KBDDS pada harga yang cukup tinggi iaitu RM 560 juta. Ini langkah bodoh dan kita tertanya tanya, adakah anak KBDDDS mendapat syer dalam pembeliaan tersebut.
4.Setelah PM-5 mengambil alih, syarikat yang mati tak segan, mampus tak mahu dijual dalam proses bernama divesmen. Ini kerana syarikat tersebut menanggung hutang yg cukup tinggi - iaitu lebith RM 400 yang belum dijelaskan.
5.Mungkin KBDDS tak paham beza membeli saham dengan menanggung hutang.
6.Kemudian KBDDS ni cuba mengungkit cerite lama dalam laman blog haram jadahnya.
7.Lebih lebih lagi ada pengkomentar telah mencabar saya untuk memberi pandangan.
8.I kuota:
By jimi on February 12, 2010 12:24 AM
dearest Tun,
Surely Tun would like to hear advice n views of Wenger J khairy on the subject.He seems to know more on many subjects than Tun.I personally would love to read comments and advice from Wenger J Khairy of the wisdom the previous administration in selling MV Agusta. I could have bought it at RM10 and ask them to keep the change.
Nway,thanks Tun for sharing updating and educating us Malaysians. Tun, you are our most valuable asset.
9.Wenger J. Khairy orang yang pantang dicabar. Lalu saya merungkai segala misteri berkenaaan MV Augsuta dan memaparkan kisahnya dlm bentuk ceramah supaya senang difahami oleh penyokong2 Tun.
10.Saya tidak berkomen panjang lebar dilaman blog haram jadahnya. Saya hanya berkata saya telah menjawab tomahan terkhutuk KBDDS dalam posting saya di Wenger At War.
11.Terpulang kepada para pembaca samada nak terus teruja kepada KBDDS ataupun berdepan dengan "THE TRUTH."
12.Akan tetatpi KBDDS telah menahan komen saya menggunakan ISA. Dia dulu yang komplen tiada diberi wadah untuk bercakap kini menggunakkan taktik lama tidak mahu berdepan dengan kritikan.
13.Ini pendekataan yang cukup bacul.
14. Oleh demikian saya meminta jasa baik tuan untuk memberi pautan kepada cerite tersebut.
Ada dua versi.
Versi Ceramah (baca sambil meghirup mee maggi)
Versi Ringkas (baca sampil kena leter oleh isteri
Terima Kasih,
Saya Yang Pantang Di Cabar
Wenger J Khairy
apa barang ni bhaii...dah lambat tu lambat jugak lah.....dah lembab tu lembab jugak namanya....nak usul periksa apa....usulkan jer EGM abis cerita...
sekarang ni aku x paham. lewat sebab ade program lain itu aku paham. tp lewat sbb salah tempat tunggu tu aku xpaham. kenapa masih nak tunggu unit amal kalu dah tahu lmbat??? drebar tu xkan tahu kat mana nak pegi??? kalu takde transport pakai jer limo airport, x salahkan???? kalu rombongan presiden tu kumpul duit sorang sikit pun dh boleh sewa limo..yang penting ahli yg kat bawah diutamakan...anyway aku nak ucap takziah utk keluarga presiden..
sorry *typing error*.*drebar tu xkan tahu kat mana nak pegi???* sepatutnye : drebar tu xkan tak tahu kat mana nak pegi???*
TGHH lewat adalah krn UMNO celaka. Flight sengaja diarah berlepas lebih awal dri biasa supaya TGHH miss.
Pilot yg enggan mengikut arahan itu telah ditukar dgn serta merta jadi ground attendent.
Yg drive flight hari tu ialah ketua pramugari yg dinaikkan pangkat jadi pilot utama waktu itu juga.
Adalah difahamkan pilot segera itu diarahkan mendaratkan pesawat boeing 737 yg membawa TGHH di Macau bukan KLIA. Nmun atas kecekapan Unit Amal yg menyediakan bot laju berkuasa 15juta kuasa kuda, TGHH berjaya mengharungi laut yg bergelora dan cuma lewat 2jam setengah shja.
Tahniah Unit Amal PAS krn bejaya mengagalkan usaha UMNO utk menghalang TG hadir majlis,.
"pakatan dajal"
Post a Comment