"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 02, 2010

Konvensyen Nasional PKR

4 hari menempel diri dalam Konvensyen Nasional PKR di KTC dan jugak Perdana Resort, Pengkalan Chepa. walaupun "punch card" aku tak penuh, tapi Alhamdulillah masih dapat hadir untuk 2 hari terakhir. sempat hadir untuk perasmian Konvensyen AMK dan Wanita pada 25hb. Mei, 2010 dan 2 hari penuh pada 28 dan 29hb. Mei, 2010.

Pandangan aku...

Jujur aku cakap, kebanyakan perwakilan dalam Konvensyen kali ni, sangat-sangat aggresif. kalau kena pada caranya, memang cita-cita untuk kita lihat perubahan politik dalam Negara tercinta Malaysia akan tercapai dalam masa terdekat. tu kalau kita tengok dari sudut "aggresif" dalam ucapan. praktikal tak tau lagi macam mana.

Yang tak bagusnya, kebanyakan perwakilan yang berucap, membentang dan jugak membebel, boleh kata 60% tak berkualiti. banyak yang sekadar membuang masa. idea-idea yang dilontar hampir kesemuanya idea yang akan "membunuh" Parti KeADILan Rakyat dalam arena politik Malaysia.

"Reformis'

Takziah untuk geng-geng "Reformis"... aku tengok kebanyakan korang tak de beza dengan ahli UMNO... banyak yang seronok "membantai" Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang sentiasa "cool" walau dibantai secukup-cukupnya oleh korang. bukan setakat "bantai", tapi semacam ada usaha untuk menjatuhkan YAB Menteri Besar Selangor di kalangan ahli Parti sendiri.

Perwakilan dari Melaka - suara sampai serak-serak membantai Tan Sri Khalid, idea yang dilontar buat aku dan kengkawan blogger dan para wartawan pro Pakatan Rakyat menggeleng kepala sesama sendiri. sinis kami berbisik, ni Konvensyen PKR ke Perhimpunan Agung UMNO..?

Antara yang dikritik ialah Pemerintahan MB Selangor yang tidak menguntungkan para "Reformis". jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Selangor dan anak Syarikat tidak diberi kepada para "Reformis" sebagai menghargai jasa mereka... Ptuih..!

Bila sebut pasal perjuangan, semuanya sembang cakap "ikhlas"... kami tak harap apa-apa balasan. tu cakap-cakap, praktikal..? Kerajaan Negeri Selangor baru 2 tahun lebih ditawan Pakatan Rakyat, korang dah kecoh pasal tak dapat jawatan dalam Kerajaan..? banyak la kau punya ikhlas...

Ada jugak dianjurkan supaya Kerajaan Negeri atau PKR sendiri mengadakan 1 tabung untuk anak muda, "kununnya" tabung ini bagi memudahkan para "reformis" bergerak dan berjuang dalam politik. membantu parti la "kununnya"...

Beb... Parti PAS dah lebih dari 50 tahun umurnya, Parti DAP pun umurnya dah jauh "banyak" dari PKR... cuba ngko tanya aktivis-aktivis dalam PAS dan DAP, pernah tak anak-anak muda yang menyokong dan bersama dalam perjuangan PAS dan DAP dibantu dengan "tabung" sedemikian selama ini..?

Korang tanya budak-budak Unit Amal yang tiap kali diadakan demonstrasi akan berada di barisan hadapan sekali mengawal keselamatan korang, berapa imbuhan atau bantuan yang dorang dapat selama ni..? aku kenal ramai budak-budak Unit Amal dan aku tau, semuanya ditanggung oleh diri sendiri atas nama "Perjuangan".
Uniform bayar sendiri, kasut bayar sendiri, talipinggang bayar sendiri, beret bayar sendiri, seluar bayar sendiri... kalau adapun sumbangan, semuanya dilakukan secara peribadi oleh para penyumbang tanpa melalui 'Tabung Unit Amal" atau "tabung Anak Muda".

Malu la sikit dekat budak-budak Unit Amal ni geng... Jangan bawak "Budaya UMNO" dalam PKR kalau korang sayang dekat Parti korang.

Secara Peribadi, aku hilang respek pada kebanyakan Perwakilan Cabang AMK. sangat-sangat memalukan. perjuangan ikhlas, tak harap balasan, tapi bising bila tak dapat jawatan dan jugak imbuhan (bantuan). apa ni beb..? tak de kederat untuk usaha sendiri ke..?

Wanita Dan Srikandi

Kalangan perwakilan dari sayap Wanita dan Srikandi bagi aku sangat-sangat bagus, mantap dan membina. banyak kritikan yang dilontar bakal memantapkan lagi parti... Sayap Wanita sangat konsisten, tegas dan mantap... Thunbs Up untuk korang. Srikandi pun boleh tahan... ucapan yang mantap, tegas dan kritikan yang sangat-sangat membina diutarakan lebih-lebih lagi pada AMK.

Cuma aku harap untuk Konvensyen akan datang, Srikandi dapat menyiapkan teks ucapan yang dikarang sendiri dan bukannya hasil dari orang lain. Srikandi kena bina kekuatan sendiri, jangan jadi lembik macam Puteri UMNO. setakat ni aku tengok kekuatan Srikandi masih ditahap 20/100. kuat berjalan, tapi tak berapa kuat bekerja. kena organize lebih banyak program untuk tarik anak-anak dara yang sebaya supaya mereka ni berminat menyokong Pakatan Rakyat.

Srikandi sepatutnya nak kena rangka program-program untuk dekati anak-anak muda. buatlah aktiviti sukan, bola jaring ke, bowling ke, paint ball ke, sukaneka ke, go-kart ke, futsal wanita ke apa-apa lah... janji dapat tarik anak muda.

Korang bukan tak de tarikan, masing-masing ada tarikan dan kelebihan, tapi masih tak reti nak gunakan kelebihan yang ada tu untuk tarik anak muda. cuba dekati anak-anak muda dengan program-program anak muda... kalau ada program, aku pun minat nak ikut... banyak "objek" tuuu...!!! hahaha...

Tak kiralah apa kata korang, tapi kena ingat, untuk menang PRU-13, Pakatan Rakyat dan BN bergantung sepenuhnya kepada undi dari pengundi-pengundi baru. siapa cepat, dia dapat... jangan salahkan anak muda kalau mereka tak sokong Pakatan Rakyat sedangkan kamu tak pernah berusaha untuk mendekati mereka.

AMK Sucked..!

AMK tak payah cerita... kalau tegur pun macam buang masa... Sam tu bukan makhluk yang boleh ditegur. "Dont tell me how to do and what to do..! i know what i'm doing... don't teach me ok..?"

AMK boleh pergi jauh, tapi tidak dengan Ketua AMK yang cuma pandai "buat report polis sahaja". practically, aku tak nampak report polis tu boleh tarik pengundi untuk undi parti. polis lagiii la makin menyampah. bila ada isu ngko kutuk-kutuk polis, lepas ngko kutuk ngko pergi menyusahkan polis dengan report-report ngko yang bertambun.

Pada masa ni pemuda UMNO berada pada tahap 50% lebih teruk prestasinya dari sebelum ni, tapi dalam masa yang sama, prestasi AMK berada 50% lebih teruk dari Pemuda UMNO. korang kira sendiri la dekat tahap mana AMK berada.

Geng-geng AMK kalau terbaca post aku ni, aku mintak mahap banyak-banyak. terus-terang aku cakap, AMK sucked..!

Pada masa ni, AMK amat-amat bernasib baik sebab Khairy Jamaluddin TIDAK DITERIMA oleh majoriti Pemuda UMNO. kalau Khairy Jamaluddin diterima oleh majoriti Pemuda UMNO, alamatnya tahap prestasi AMK akan berada dibawah paras 2% dari prestasi Pemuda UMNO.

Beb... Pemuda UMNO yang tengah lembik pun korang gagal nak lawan... macam mana nak tawan Putrajaya ni beb..? Sam, lu dengar sini... lu tak boleh nak tarik pengundi muda dengan berguni-guni report polis yang lu dah buat tu, anak muda tak minat dengan report polis... anak muda era "Perubahan" ni, lu sebut "polis" pun diorang dah menyampah.
Anak muda yang tak bergiat dalam politik sekarang dahagakan program-program membina untuk mereka, diorang nak tempat dalam masyarakat, ikut lu buat report polis tak meletakkan diorang dalam mana-mana level dalam masyarakat Malaysia beb... tu tahap "pencacai" je bagi aku.

Atas tahap kepala otak lu yang bergelar "Lawyer", tak leh ke lu pikir idea-idea yang menarik untuk anak-anak muda tempatkan diri dalam 1 level yang masyarakat "pandang" tinggi anak-anak muda ni..?

Beb... tak kan lu tak tau anak-anak muda yang ada dekat Malaysia ni semuanya nak jadi "somebody" dalam Negara ni beb... ada yang nak jadi "programmer" yang tersohor, ada yang nak jadi "pelumba motorsikal" yang hebat, ada yang nak jadi "stunner" yang brutal, ada yang nak jadi "Beckham" walaupun tak hensem dan kaki bangku dan macam-macam lagi.

Kepala otak lu bantut sangat ke (macam lu) sampai tak leh nak pikir idea-idea macam tu..? sekarang bila lu pegang jawatan Ketua AMK Pusat, lu nak orang bantu diri lu sendiri ke lu nak nak bantu orang lain sebagai tanggungjawab lu..?

Kalau lu nak orang lain bantu lu dengan jawatan lu, baik lu belah cepat-cepat lepas tu pergi daftar masuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Malaysia Idol atau lain-lain rancangan "realiti Tivi"... gua serius ni... lu nak marah, lu marah la...

1 kenyataan yang lu kena terima ialah, "kalau" lah Khairy Jamaluddin ditakdirkan tergerak hati dia untuk Insaf terima perjuangan Pakatan Rakyat dan dia masuk pulak PKR, terus-terang gua cakap la... kalau Khairy Jamaluddin masuk PKR, Sam dan lain-lain pimpinan PKR yag muda-muda akan terlingkup terus... kalau ada pun pencabar terdekat Khairy Jamaluddin setakat yang aku tengok cuma Chegu Bard sorang je. yang lain semua hampeh.

Dah la... nak terima teguran, terima... kalau rasa hebat sangat tak leh nak terima teguran, lu punya suka la... gua tak de kepentingan dalam AMK. dalam DAP dengan PAS pun gua tak de kepentingan.

Terengganu Dan Orang Asal Membanggakan..!

Lain-lain Perwakilan terutama dari Terengganu sangat-sangat membina bagi aku, dalam korang-korang dok membantai Tan Sri Khalid pasal tak bagi jawatan dan tak reject orang-orang bukan Pro Pakatan Rakyat di Selangor, Perwakilan dari terengganu tampil mengingatkan para pemerhati supaya renung balik apa yang berlaku di Terengganu akibat dari tindakan Kerajaan PAS Terengganu dulu.

Apa yang PAS Terengganu lakukan dulu masa dapat ambik alih Terengganu, sama macam apa yang kebanyakan perwakilan minta Tan Sri Khalid buat. reject yang bukan Pro Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor, serah semua Jawatan-Jawatan penting pada ahli parti dan bla bla bla...

Diakhirnya apa yang berlaku di Terengganu..? 4 Negeri yang kita tak sangka boleh menang akhirnya menang dengan bergaya sementara Terengganu menaggung malu akibat perbuatan bodoh.

Yang ni nak kena ingat... kalau korang nak Negeri selangor jadi macam Terengganu, sila teruskan dengan idea-idea BANGANG korang tu. para "Reformis" ni kadang-kadang aku tengok bengong lebih sikit dari orang UMNO... jarang pikir panjang... nak cakap belum akil-baligh, tak mungkin la... tapi...

Sepanjang Konvensyen PKR tu aku cukup-cukup kagum dengan Perwakilan bukan MeLAYU... paling hebat antara semuanya ialah Wakil Orang Asal, Ramli Logan... kalau semua Perwakilan terutamanay geng-geng "Reformis" berfikiran macam Ramli Logan, PRU-13 aku boleh confirm - Putrajaya dalam genggaman. tapi aku tak rasa geng-geng "Reformis" ni berfikiran macam Ramli Logan.

Tan Sri Khalid Ibrahim - Mutiara Dalam Kaca

Tan Sri Khalid bagi aku sorang MB yang sangat-sangat bagus yang telah dilahirkan oleh PKR. apa yang dilakukan oleh MB Khalid setakat hari ni bagi aku akan menjamin sokongan Rakyat Selangor pada Pakatan Rakyat.

Tempoh 1 penggal bukan masa untuk kita mengaut hasil yang ada pada bumi bertuah yang kita kuasai, tempoh 50 tahun juga bukan masa untuk kita melakukan perkara yang sama, rakyat memilih Pakatan Rakyat bukan sebab Pakatan Rakyat "hebat" sebaliknya rakyat memilih Pakatan Rakyat sebab Rakyat "benci" pada pemerintahan terdahulu.

Jadi ambiklah masa singkat yang ada ni untuk buktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir dengan baik. ada baiknya kita semua bantu MB Khalid mentadbir, baiki segala kelemahan yang ada dan bukannya mengharap pada jawatan atau apa-apa yang hanya menguntungkan diri sendiri.
Geng... kalau MB Khalid bagi jawatan-jawatan penting dekat para "Reformis", kontrak-kontrak pada "Reformis", PRU-13 nanti korang nak jawab apa kalau UMNO/BN naikkan isu "Kronisme, Nepotisme"..?

Nak jawab dengan "report Polis"..? ngko ingat rakyat nak terima ke..? Peeegidah...!!!

19 comments:

Anonymous said...

salam TP, aku stuju sangat dengan pendapat ko. Banyak jugak penyakit²APNO ni dalam AMK². Tu lah dia Ikhlas tapi "Mau"

Fread

Anonymous said...

ini gua mau bagi cadangan untuk AMK.

Buat satu bengkel ke apa ke promosi GNU/linux. Tak kisah la ubuntu, fedora, opensuse ke asal Linux. Bebaskan diri dari cetak rompak & membuang duit membayar lesen pada microsoft & bebas virus.

AMK anti cetak rompak. Baru cool.

huhu tak ada dengar PAS buat kempen hapuskan cetak rompak perisian komputer.

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru.com said,

SALAM

1.SAMSHUL ISKANDAR SEORANG YANG SETIA DAN VERY ORGANISED PERSON..

TERUSKAN SAM PIMPIN AMK

2. DULU HADI PIN DI TERENGANU BAGI FREE TOL DI TERENGANU SAMPAI HASIL TOL 80 JUTA HILANG

TAN SRI KELID PUN BAGI FREE AIR ..

TAN SRI KELID ADALAH PAKLAH VERSI PKR MACAM HADI PIN VERSI PAS

AKIBATNYA? TERENGANU HILANG...
SELANGOR MACAMANA?

KALAU AHLI PKR DAN AHLI UMNO PUN TAK PUAS HATI DGN TS KELID... APA JADI?

3. MALAYSIABARU.COM SEMALAM POST
' BERSIHKAN PKR DARI UNSUR UMNO' PKR DATANGNYA DARI AKYAT UNTUK RAKYAT

4. KAMI CABAR SEMUAR ORG KUAT PKR BUANG 'DARJAT' TAN SRI DAN DATUK , DATO! KE TONG SAMPAH.. KALAU KORANG BETUL BETUL SEBAHAGIAN DARI RAKYAT! BUKAN EX EX EX KRONI UMNO!

petikan
www.malaysiabaru.com/blog.html

Anonymous said...

TP, dlm keseriusan komen2 hang mengenai konvensyen PKR ada satu bahagian yg hang puji sangat iaitu bahagian Srikandi. Aku rasakan, hang mesti dah berkenan dgn salah seorang member Srikandi yg comel lote...hahahaha..amacam beb ada can ke? jgn malu-malu..

Reformis Jalanan said...

Terbaiklah bro. Gua suka lu punya ulasan. Nak buat macam mana, inilah jadinya kalau sesebuah parti itu diterajui oleh kaum Melayu. Perangai busuk hati dan nak jatuh menjatuh tu mesti ada. Tak kiralah UMNO ker, PAS ker, PKR lagilaa...bekas-bekas UMNO. Tak dapat habuan merengek macam anak kecil.

Anonymous said...

standard la 2.. ibarat hangat2 tahi ayam.. mula2 ikhlas dah lama mula nak kebas.. realitinya la kan, bukan semua amk 2 dtg dr yg terpelajar, dr uni semua. byk nye bdk2 lepas spm kononnya hati terbakar anwar kena fitnah.. dlm tiap2 cabang xbanyak yg ada ahli nya bdk2 lepasan u.. mcm tmpt aku ada sorang je doktor muda join. aku mmg xjoin ahli pun.. haha.. cuma memerhati sahaja.. yg paling penting pkr kena tegaskan pd ahli perjuangan mesti ikhlas bukan kerana jawatan. serius beb rmi bekas umno bwk perangai umno dlm pkr. mcm pilihanraya kecik kat pd dulu. ada mak datin dlm pkr suh org2 pkr yg nak p pd sewa hotel dgn dia sbb dia dah reserve byk bilik. katanya apartment. bila diorg pegi rupanya bilik yg disumbat katil sepenuh2nya. mak datin 2 ambik kesempatan buat duit plak time mcm 2. apa pnya teruk la. nasib la yg area tmpt aku ni bersabar, dtg sbb nak tlg. ketua cabang pun nasib bek jenis yg kuat sabar. yelah pasal semua perbelanjaan dia sorg tanggung. byk sgt dah dia keluar duit. smpi naik kesian aku. yg len sume xleh harap sesen pun. syg betul dia leh kalah plhraya umum

Anonymous said...

cetak rompak perisian komputer... ada sesetengahnya pegang dengan kata perisian tu milikan serikat simpatisan yahudi... harus untuk kita lemahkan serikat mereka dengan berbuat hal-hal yang merugikan mereka tuh...

Anonymous said...

Memang cun TP. Weh, malaysia baru, hang ingat dengan sokongan beberapa kerat ahli AMK tuh selangor bleh menang ker.. ko jgn tengok ati perut ahli parti je bro.. ati perut rakyat terbanyak yang takde kepentingan yang utama.. AMK suck!!

mankerbau said...

kabinet baru najib dipenuhi oleh politicaj rejects pada pru12 lalu. dah tak da orang yang layak ke?

Syukri Sapuan said...

nice bro.

Anonymous said...

..semua part aku sokong..tp part yg ko kate mensyuarat agung umno ke congress parti keadilan rakyat....
at least la kan..diorg tegur depan2...mcm diorg kate..bukan mintak gunung emas..hny ihsan...agak2 la nk mintak projek berjote....tan sri khalid,pimpin kerajaan negeri selangor tip top!...untuk rakyat bekerje sepenoh nye!...tp nk membantu parti tu...haih...biler parti nk buat program...bukan maen susah...ingt la...die dpt jawatan pon sebab org parti..x mintak duit pon..pandang la kami..dgr pendapat2 org parti..lepas tu diorg tegur pimpinan2 parti sbb sayang...sayang kat parti keadilan rakyat...sayang kat datuk seri,sayang kat president..kalau tidak x de maknye nk pg klantan sejauh2 nye..kalau betol la diorg tu kaki mintak duit.
ape ahli parti keadilan rakyat ni bukan rakyat?....

kalau AMk tu laen cite la..mmg stupid!...sume bende x jln..sket2 peruntukan!..x kan maju mcm tu!

Anonymous said...

ahh lantaklah korg nak mengomel sendiri2 pastu angkat bakul sendiri kat sini aku tak mo masuk campur..

yg aku tau, PKR adalah PARTI KENCING RAKYAT..

al-khattab said...

itu sbb aku merasekan tiada jalan lain selain menggantikan BIG SAM dg SDRA CHEGUBARD yg kini menjadi idola kpd seluruh generasi anak muda seluruh malaysia!!! ciri2 semua itu ada pada susuk insan ini...!!! beliau akn mengembalikan legacy AMK yg prnah ditakuti oleh UMNO utk sekian lamanya..!!!

poji anak luar nikah said...

kau lagi sial...tak mengaku ahli PKR
pakai topeng pas...

orang boleh nilai dari cara kau tulis tu...kau memang fanatik PKR...

Mr Joker said...

Kah kah kah kah kah...

Orang PAS cakap aku Fanatik PKR...

Orang PKR cakap aku fanatik PAS...

Orang PAS cakap aku ahli PKR...

Orang PKR pulak cakap aku ahli PAS...

Kah kah kah kah kah...!!!

Woi ahli PAS & PKR...

Kalau rasa tak leh nak terima teguran, pegi masuk UMNO beramai-ramai la...!!!

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru.com said,

salam

kpd anon 12.08

KAMI CADANGKAN MB KELID TERUS PEGANG KUASA DEMI UNTUK MELAYAN GOLONGAN TUA BANGKA MACAM TUN M AND THE GENG DAN TOKOH KORPORAT DAH PENCEN TERMASUK PIHAK ISTANA

MANAKALA

AZMIN ALI JADI TIMB MB UNTUK MELAYAN GOLONGAN MUDA DAN MENERUSKAN MISI REFORMIS PARA BELIA DGN MENGANJURKAN PROGRAM MENCABAR.... TERMASUK PENGURUSAN ADMIN DAN PERJAWATAN DI SELANGOR

maaf kalau terkasar bahasa

petikan
www.malaysiabaru.com/blog.html

Anonymous said...

aku setuju benar blog kau nih...dah parti serpihan..ada ker nk minta jawatan sangattt..sangap ker?

pkir , tgk masa lalu kesilapan yg dilakukan.mmglah dikata,,parti serpihan umnos..

al-khattab said...

TPU, lu mmg style...jgn layan puak2 yg takde tamadun tu. bila ko tgur pakai fakta dia ckp ko fitnah! bila tanya balik dorang blur. senang cite ko langgar jer...ktorg support kau sampai menang negara gila ni..
ayuh TPU!!!

mat melaka said...

ini sam mr u turn pukimak! bantut bodoh bangang. kerja buat laporan polis jer apa kejadahnyer....jadi barua azmin guling dan gugur semua demokrat dlm pkr.guling zainon jaafar kakak khalid jaafar di melaka.cuba guling khalid ibrahim.guling yg potensi utk ganti anwar. hoi bantut sial aku org melaka meluat dgn cara sundal ko tu lahabau!