"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 22, 2010

UMNO - Penderhaka Raja-Raja Melayu..!

16hb. Jun, 2010 Utusan Malaysia Online lapor:
Kerajaan Kelantan akan memulau majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini malam ini dengan alasan penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn. Bhd., telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap, tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap, manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.
Dalam 2 posting sebelum ni disini dan disini pun aku dah ceritakan lebih kurang apa yang berlaku dan hari ni pulak blog The Kelantan Insider mendedahkan dengan lebih detail apa yang berlaku.

Antara catatan dalam blog tersebut ialah seperti berikut:

Menteri Pembangunan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, telah di dalam 1 mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Kelantan yang beliau pengerusikan sendiri di Bangunan JPPK pada pagi 13hb. Jun 2010, mengumumkan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan dibenarkan untuk berucap di dalam majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16hb. Jun 2010.

Pada malam 14hb. Jun 2010, sewaktu raptai penuh majlis perasmian Kelantan Fiesta dilakukan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Red Carpet Worldwide Sdn Bhd (Shahrul Nasrun Dato’ Kamarudin), iaitu Dato' Kamarudin Abdullah, pula diberitakan telah dengan secara terbuka menghamburkan beberapa kata-kata kurang sopan seperti berikut:
  1. Bahawa Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, seperti kata orang-orang tua, umpama “berak atas pusu”.
  2. Bahawa Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja tidak akan dibenarkan untuk berucap malah perlu diberitahu supaya tidak hadir ke majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16 Jun 2010.
  3. Dengan angkuhnya mengatakan bahawa jika Kerajaan Negeri Kelantan memikirkan bahawa wang sebanyak RM200,000 yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kelantan Fiesta itu adalah satu jumlah yang besar maka pagi esok, sebaik sahaja kaunter bank dibuka, wang itu akan dipulangkannya kembali kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Turut mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh Dato' Kamarudin Abdullah ini adalah dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu YB Abdul Patah Mahmood dan YB Dato' Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Pengurusan), Haji Shafei Ismail, dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Shargowi Deraman.

Baca seterusnya disini.

Ada 1 perkara yang tak dicatit dalam blog tersebut iaitu kejadian pergaduhan antara Ketua Pegawai Eksekutif Red Carpet Worldwide Sdn Bhd (Shahrul Nasrun Dato’ Kamarudin) dan juga "share partnernya" Mohd.Hafiz bin Dato'Rozlan dilobi KTC pada 17hb. Jun, 2010 (keesokan hari selepas "Tragedi Gilang-Gemilang").

Pada hari berkenaan, "Share Partner" kepada Shahrul Nasrun dikatakan tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku pada hari Perasmian Gilang-Gemilang antaranya pembatalan ucapan oleh TGNA, Perasmian yang sepatutnya dibuat oleh Tengku Mahkota Kelantan dan beberapa perubahan pada jadual asal yang telah dipersetujui oleh ke 2-2 belah pihak dan perkara tersebut telah mencacatkan majlis tersebut.

Hafis dikatakan telah meluahkan ketidak puasan hatinya kepada Shahrul Nasron dan setelah berlaku pertikaman lidah, Shahrul Nasron telah ditumbuk oleh "Share Partner"nya iaitu Hafiz dihadapan beberapa staff RCW yang kebetulan berada di lobi.

Yang tu bab gaduh bertumbuk sesama sendiri. Bab Istana Kelantan pulak...

Nampak gaya Stopa Mohammad secara rasminya dah ambik alih "kerusi" Annuar Musa. "Derhaka Pada Sultan Kelantan". bila pulak masanya Stopa Mohammad nak "tabal' Sultan Kelantan bawah pokok di Jeli macam yang Annuar Musa pernah buat dulu..?

UMNO - Penderhaka Raja-Raja Melayu..!

21 comments:

lord reid said...

KIH KIH KIH MUNGKIR JANJI LAGI 1 KEPAKARAN AMENO,,

AMENO BELA BEWAK IDUP,, PENJAWAT AWAM MAKAN GAJI BUTA,, MASUK KEJA LAMBAT, KELUAQ REHAT LAMA2, BALIK AWAI, BUAT KEJA LAMBAT MACAM SIPUT BABI, CUTI MAU BANYAK, BONUS 1/2 BULAN X MAIN, MAU 2,3 BULAN TAK SEPADAN KEJA,

BAWAH AMENO SAMPAI BILA2 DEPA TAK KENA BUANG, KITA DOK BAYAQ CUKAI NI LA DOK TANGGUNG BEWAK2 NI,,

ADA AKAI KA AMENO,,,

Abg Yeop said...

Siapa tu Datok Kamaruddin Abdullah?

TP boleh tolong siarkan gambar Datok yang kurang ajar dan anggkuh tu...???

Biar semua rakyat Kelantan dan Malaysia boleh "cam" muka si sombong angkuh ni.

jit_tontoya said...

haluuuuuuuuuuu.....

aku heran betul la umno ni, setiap program yg ada melibatkan UMNOngok di Kelantan ni semua xder sambutan.

x padan dgn dok punggah orang dgn berpuluh2 bas. beri duit lagi. aku ingat UMNOngok dah lebih dari monopous di bumi Kelantan ni.

Pemimpin UMNOgok ni mana tau pegang janji. Tu sebab masa kecik2 dulu asyik dok makan tarbiah syaitan...

MAMPOS UMNOngok

Anonymous said...

Datok Kamaruddin Abdullah

Datok Mindanao

Adik Razak Abas

Bekas SU Kerja BN Kelantan

Orang kuat Datok Fatmi di KB

Pakai Mercedes plet DS 10

Cakap kurang hajar

SAMDOL said...

SHAHRUL NASRUN BONGOK. PERGI ISTANA BALAI BESAR DENGAN SOMBONGNYA MENDABIK DADA, TENGOK AKU, UMUR 24 TAHUN DAH DAPAT BAWAK BALIK EVENT BESAR KE KELANTAN. PIIRAH, BELAJAR SETAKAT SPM, DAPAT EVENT HARAP MENYEMBAH BELAS IHSAN ORANG KAMI TAK HERAN LA MANGKUK!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
STAPO said...

Dato' Stopa Mamat derhaka perlu dinyah dari bumi Kelantan!

Mengkudu said...

Harap2 Pemangku Sultan Kelantan tarik balik title "DATUK" si kurang ajar Kamaruddin Abdullah tu.

Bengang betoi aku.....dapat title tu...nak tunjuk lagak sombong pulak.

Kalau sombong macam tu...lebih baik jadi kucing kurap aja....wahai si Kamaruddin woiiiiiii... orang tak pandang la...

Anonymous said...

Suruh dia pulangkan semula RM200,000 tu segera. Sebab duit tu duit rakyat, dia pulak dah tipu rakayat.

ulatahi said...

bewok kelantan kamar nih?

Anonymous said...

Dato' Kamarudin Abdullah.

Bapak kepada Shahrol Nasron.

Adik kepada Razak Abas (yang selak kain dekat Puteri UMNO dulu).

Seorang berketurunan "Syed".

Pakai kereta Mercedes lampu bulat (sposen dua posen) warna biru plet DS10.

Bekas orang kanan Zaid Ibrahim.

Berpakat dengan Dato'Fatmi dalam menjatuhkan "majikan" sendiri masa pemilihan Ketua Cawangan UMNO dalam pemilihan lepas.

Kalau korang nak tengok sangat muka dia, korang try carik video demo depan bangunan UMNO Kota Bharu menjelang PRK Hulu Selangor.

Dia ni memang jenis sombong tapi takut dekat bini.

-Bekas Staff Dato'Zaid Ibrahim-

MALIK RIDWAN said...

Dato' Kamarudin Abdullah ni Dato' Mindanao la, janji bayar RM3,000 untuk dapat Dato' tu tapi pah ke lo ni tak abih2 lagi bayar, kah kah kah. Kecek besar teh nak bayar RM200,000 bila bank buka. Buleh tubik Kelantan la kalu nak derhaka kat Tuanku gak weh!

WAK KAK A said...

Dato' Kamarudin dan Shahrul Nasron dah buat silap besar, wakaka.

Konon nak guna Kelantan Fest untuk projeksi diri dalam UMNO, wakaka.

Konon mereka anak-beranak hebat dalam politik Kelantan, wakaka.

Last-last dengan anak dengan bapak semua terbungkang, wakaka.

Dengan Dato' Pa pun terbungkang, cakap guna hailer, wakaka.

Dato' Pa jangan harap nak dapat laluan di Kelantan, wakaka.

Orang Kelantan banyak benci sama itu penderhaka, wakaka.

MAT SAMAN said...

POJI, TOLONG TUNJUK GAMBAR DATUK KAMARUDIN YANG LANCANG INI! KAMI NAK RAMAI2 DOAKAN DIA JADI BISU KALAU TAK MINTAK MAHAP KAT TOK GURU!

Anonymous said...

Dia ni memang jenis sombong tapi takut dekat bini?

Kah kah kah

Cakap berdegar-degar tapi takut dekat bini?

Aku dengar kabar, dato kamarudin mindanao ni ada susut bini muda, ada saper2 tau ker kat mana wei?

Anonymous said...

"Susut Bini Muda" tu maknanya 'sorok bini muda" ke?

Ha..?

Best nih!!!

Bongkar!

Paytime!!!

Anonymous said...

YA, YA. AMBO PUN ADA DENGAR KAMARUDIN BEDOLAH DS 10 NI ADA BINI MUDA TAPI TAK NGAKU KAT BINI TUA TAKUT KENA MARAH KAT BINI TUA, HA HA.

BONGKAR, JANGAN TAK BONGKAR.

halim said...

DS 10 datuk kamarudin tu kereta second hand jah. dulu haji noor sawmill dusun muda hak pakai.

memang tak patut dia menyakitkan hati tok guru dan mereka yang rapat dengan tok guru.

dasar mulut celupar, lama-lama akan jumpa la buku dengan ruas tu.

Anonymous said...

nasrun kena tumbuk? ha ha ha. padan muka, berlagak sangat.

bapa dengan anak dua kali lima. dua-dua jenis makan gu dan makan bos, tak boleh buat kawan tak boleh nak ditumpang.

KERABAT said...

umno kelantan derhaka kepada tengku faris. jangan harap umno nak menang selagi tengku faris ada. stopa mamat penderhaka.

Anonymous said...

umno pasti pupus di kelantan... harimau mati meninggalkan belang, umno mati meninggalkan tembelang