"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 22, 2010

Harga Petrol: Dalam Diam KERAjaan Pusat Merompak Lagi..!

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini.

Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia?

Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM3,975,000.00!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!

Sumber - Ustaz Saiful Bahri

2 comments:

matkambing said...

rakyat tak serik ditipu oleh kerajaan umno-bn-apco lagikah? apa tindakan yang mesti dilakukan?

Orang Rompin said...

Sedar tak sedar, kalau kemalangan kereta sekarang.. Konfem tak sempat selamatkan diri... Pasal cepat bebeno terbakar dan meletop...

Adakah sebab Petrol RON95 atau sebab C4?

Harap ada kajian daripada pakar yang betul2 ada kredibiliti... Tak nak dah dengar orang politik bercakap pasal 10 yang dibagitau, memang 10 la yang dia tipu...