"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 18, 2011

Husam: Pengundi Melayu Terperangkap Dalam Dilema

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini.

Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu.

Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik.

"Orang Melayu agak berhati-hati dalam perkara ini... Tugas PAS, (perlu) banyak (memenangi) kerusi Melayu untuk (memastikan) politik stabil dan mantap.

"Berjaya atau tidak, ia sukar (ditentukan).Tugas PAS adalah mendapatkan semaksimum (kemenangan) di kerusi (dari kaum) Melayu.

"Berubahlah daripada mengundi BN dan mengundi Pakatan. Jika 60 kerusi parlimen (kita ambil) daripada Umno, kita boleh menggantikan Umno... Nasihat saya, kita mesti berubah," katanya.

Husam berkata demikian selaku panel forum bertajuk Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke Arah Pertengahan dalam Kemajmukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam semalam.

Turut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.

Bercakap di hadapan kira-kiranya 50 hadirin, Husam berkata pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu.

"Kita lihat trend ini berterusan di Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka kita dapat tambahan kerusi sebanyak 27 kerusi (parlimen) berbanding 82 kerusi (sekarang).

"Dalam pilihan raya umum ke-13, kita mempunyai 109 kerusi, tidak cukup lima kerusi untuk menubuhkan kerajaan,

"Oleh itu, kita merayu kepada tuan-tuan, untuk mengundi Pakatan Rakyat (dalam pilihan raya umum akan datang)," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin - yang rata-ratanya dari kaum Cina.

Menurutnya lagi, jika kecenderungan itu berterusan, ia memberikan kebaikan kepada kaum Cina walapun ada pihak yang mendakwa kaum tersebut tidak mengenang jasa.

Beliau juga berpendapat, golongan India Muslim yang merangkumi empat peratus daripada pengundi dilihat "kurang menyertai" parti Islam itu.

Katanya, sekiranya kumpulan tersebut menyokong PAS, ia memberikan kelebihan dan memudahkan parti itu untuk merangka sesuatu polisi.

Husam berkata antara cabaran parti itu adalah untuk memastikan calon yang sesuai termasuk calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, parti itu memerlukan "tokoh yang berintegriti dan mampu memikul amanah" bagi memastikan sokongan khususnya daripada bukan Islam kepada PAS.

"Jadi tuan-tuan kena beri input dan tunjukkan di mana kerusinya yang boleh diwakili oleh wakil (kita)... Dasar PAS adalah semua orang tanpa kaum, bersama-sama dalam perjuangan," katanya.

Menjawab soalan sama ada PAS berpeluang menang pada pilihan raya umum akan datang di Terangganu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan yakin perubahan politik akan berlaku di negeri pantai timur itu.

Pada pandangannya, unjuran boleh dibuat berdasarkan kepada kehadiran dan sambutan luar biasa dalam siri-siri ceramah di negeri itu termasuk kutipan derma yang banyak diterima.

Husam yang juga ADUN Salor berkata perlantikan pesuruhjaya PAS negeri baru - Mohd Abdul Wahid Endut - mampu untuk membuat perubahan politik termasuk merampas beberapa kerusi parlimen di negeri itu.

Sementara itu, Lee pula berkata antara cabaran yang perlu dihadapi oleh kepimpinan PAS yang baru dipilih dalam muktamar baru-baru ini dengan menjalankan dasar yang liberal, inklusif dan progresif.

Beliau berharap hasrat tersebut dapat dipenuhi oleh kepimpinan baru itu khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

Menurutnya lagi, kehadiran PAS dan Pakatan Rakyat dalam persada politik tanah air juga boleh menjadi pengimbang dan mengurangkan ketegangan antara kaum.

"Saya berharap PAS dan Pakatan dapat mencapai satu persefahaman yang dapat mengendurkan suasana tegang dan menjadikan persahabatan antara kaum lebih teguh berasaskan prinsip demokrasi.

"Melalui politik permuafakatan, maka (suasana politik) pada masa akan datang akan lebih cerah," katanya.

-Malaysiakini


7 comments:

Anonymous said...

1.mai nak habaq kat hangpa no!!puak melayu dan islam pangkah pas kerana dulu pas adalah parti islam!bila pas dah tukaq kepada parti kebajikan!!puak melayu terutama puak yang duduk atas pagaq!!tak akan pangkah pas lagi la oii!!
2.puak totok pas!!mungkin akan terus pangkah pas!sebab depa bukan tau apa!!puak low class jee!!puak atas pagaq tak mungkin akan pangkah pas lagi!!tambahan bila tenguk puak pas dok jadi barua puak komunis dap jee!!
3.pas menang pada pru 12 dulu kerana puak atas pagaq tolong pangkah!!nak harap pada ahli totok pas!!berapa orang jee!!
4.hangpa tunggulah pru 13 nanti!!tanda-tanda puak atas pagaq dah meluat pada puak pas ni dibuktikan pada pilihanraya kecil di gallas!di n.9 dan johor!!pas dah bungkuih berkarong guni!!
5.hussam!mat sabu!hangpa tenguk la nanti!!kecuali depa bertanding di ipoh ka!kota melaka ka!tapi puak kit siang dan guan eng tak boddo macam puak-puak pas nii!!
6.eloklala hangpa buat demo bersih nanti!!kalau tak dak puak akai tak dak macam puak pas ni!!puak kapiaq tak seronok!bimbang la depa!!sebab tak dak puak yang boleh depa cucuk idung!!

Anonymous said...

aku dok pahang natang ni tulih mende .. mung mari kapong mane ?

Anonymous said...

Kalo ketua Pemuda pun serupa BERUK,
yg kena jadi pecacai sbb BANGANG..tu pasai yg tulis kat atas mcm "BERUK BANGANG"...

Anonymous said...

hang tak payah nak habaq la,hang sama je dgn pemimpin2 umno kaki kelentong...

kaut duit dan tanah melayu bagi kat apco yahudi laknatullah...pencacai bongok.

daripada undi puak2 umno munafikun, lebih baik undi dap...

1. elaun kafa naik.

2. elaun imam dan siak naik.

3. bantuan sekolah agama rakyat.

4. bantuan khairat.

5. biasiswa pelajar.

ada umno barua kesah!

Anonymous said...

united non Malay Organisation sbb tu x kesah langsung hal org melayu & islam.

Anonymous said...

Mat Sabun akan bawa pasngok ke lobang-lobang kubur dan lobang-lobang neraka. Itulah balasan Allah kepada manusia-manusia yang engkar.

Anonymous said...

kah..kah...umNO jilat jubok cina, makan taiiik sendiri.