"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 14, 2011

Tahniah..! Bukti UMNO Sayangkan Islam..!

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...
Seorang imam bertauliah di kawasan Gelang Patah digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dipercayai kerana beliau menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau Hassan Md Said, imam masjid Kampung Ladang sudah berkhidmat selama 14 tahun.

Menurut surat yang ditandatangani Pengarah Jabatan Agama Johor, Elias Hasran, penggantungan Hassan bermula pada tarikh 2 Ogos lalu sehingga 2 November 2011.

Tanpa menyatakan kesalahan Hassan dengan jelas, surat itu hanya menyatakan tindakan penggantungan itu kerana Hassan "melanggar beberapa arahan Majlis Agama Islam Johor melalui Pejabat Kadi Daerah Johor Bharu.

Selain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus kedua-dua ujian saringan yang dijalankan.

Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah.

Lebih merumitkan, Hassan juga telah dinafikan haknya untuk menerima elaun bantuan dari Persatuan Nelayan Kampung Gelang Patah yang sepatutnya diterima oleh semua ahli persatuan sejak sekian lama yang bernilai RM 350.

Pada hari himpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Hassan adalah antara 1600 peserta himpunan yamg ditangkap pihak polis.

Beliau ditangkap ketika memasuki bandar Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi iaitu sebelum himpunan sebenar bermula kira-kira jam 2 petang.

Biarpun alasan penggantungan beliau tidak dinyatakan ada kaitan dengan himpunan itu, namun maklumat yang diterima dipercayai ianya berkaitan dengan kehadiran beliau ke himpunan Bersih 2.0 itu.

Ekoran penggantungan tersebut juga, elaun beliau sebagai imam juga ditarik.

Kini beliau dan isteri serta empat orang anak, terbeban kerana hilang mata pencarian lebih-lebih lagi berdepan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba.

Lebih malang beliau juga terpaksa mengosongkan rumah ehsan masjid yang didudukinya sekarang dan terpaksa menyewa rumah kediaman baru.
Ajaran Islam UMNO...

Imam pergi Himpunan BERSIH, aktif dalam parti Politik sokong selain dari UMNO/BN, hukumannya - Gantung, tukar ke kawasan Pedalaman tak pun tamatkan kontrak...

Imam sokong UMNO/BN, boleh songlap duit tabung Masjid, gelap duit Zakat, kapur duit Tabung Masjid, tak solat, kaki karaoke, Kaki Betina tak leh mandikan Jenazah hukumannya - Kontrak boleh sambung sampai bila-bila, elaun naik ikut sedap anak tekak nak berapa siap dapat bercuti keluar negara perbelanjaan ditanggung.

Dekat Malaysia ni, Islam bukan lawan Zionis... Islam lawan UMNO.

6 comments:

Amuraria said...

JANGAN LUPA USTZ ZAMBRI DI TV9 PUN KENA BUANG TERUS !

BZ said...

Memang spesis yang melantak harta
untuk diri dan keluarga dengan cara
haram kena utamakan bagi puakx ini.
Kalau dengan cara halal dan jujur
lambat nak senang.GO TO HELL WITH UMNO!!!!

Anonymous said...

HOOII BZ..MANA KO TAHU DIORANG LANTAK DUIT ZAKAT??..U ORANG ISLAM TULEN KE???..ATAU ISLAM DAH D FATWAKAN ORANG ISLAM.. CAKAP 2 CONTROL SIKIT.. KO MAZHAB APE??..MAZHAB D.A.P KAAAAHHH?//..

Anonymous said...

umno kalo x makan duit zakat pun..org tetap akan kata umno makan duit zakat..tak da apa lagi yg bole nak percaya pada umno!!! PRU13 umno dok dlm tong sampah..

Anonymous said...

kau org asyik baca surat khabar suara munafik aje, manalah tahu puak-puak kau makan duit haram, tanah yg diwakafkan pun difaraidkan sesama mereka(rawang), tempat aku duit macik bagi untuk korban pun boleh lesap, sapa yg rembat kalau bkn org umno. lain kali baca-bacalah harakah atau suara keadilan. kalau tak betul berita yg dikeluarkan saman aje...

Anonymous said...

kasihan dgn imam tu

klu yer di kena gantung jwtn diharap presiden kamu yg sokong bersih tu dptlah kiranya menghulurkan bantuan kpd imam tu yer jgn lah lps tangan pula