"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

Pemuda UMNO Hilang Pertimbangan Sebagai Manusia Waras

Saya tak tau lah. Apalah nasib UMNO ada barisan pemuda yang tak habis-habis melalut tak tentu pasal. Saya membaca laporan MalaysianInsider berkenaan ceramah Pemuda UMNO yang diadakan malam tadi. Dan saya dapati, pimpinan2 pemuda UMNO ini sudah semakin hilang kewarasan dan pertimbangan sebagai manusia yang normal.

Sebagai contoh, dilaporkan:
Muhyiddin membuat tuduhan kepada Anwar tanpa ada bukti-bukti yang kukuh. Hanya tuduhan rambang. Tapi, Muhyiddin tak pula komen bila Dato Najib pernah berkata di Heritage Foundation di Washington DC:
(Amerika mendapat maklumat perisikan Malaysia dengan begitu baik/mudah )

Keseluruhan ucapan Najib dapat dibaca di sini: http://www.heritage.org/research/asiaandthepacific/hl742.cfm)

Atau untuk ringkasan dalam bahasa Malaysia, boleh dibaca di sini: http://www.malaysiawaves.com/2009/04/najibamerika-mempunyai-aksess-yang.html

Jelas Najib dan UMNO berbangga menjadi alat Amerika di dalam memusuhi Islam termasuk menjalankan tangkapan ISA kepada orang2 yang tidak bersalah dan memotong semua bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Semua dilakukan untuk mendapat keredhaan Amerika.

Jadi, saya mencabar Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Muhyiddin supaya membuat tuduhan pembelot kepada Najib Tun Razak juga kerana sanggup menjadikan Malaysia barua kepada Amerika di dalam usaha mereka memerangi Islam? Ini berdasarkan bukti yang cukup jelas dan terang.

Lokman Nor Adam pula dilaporkan berkata:
Aikk Lokman. Dulu masa PAS dalam Barisan Alternatif, Lokman pun sama jugak dalam Barisan Alternatif. Takda pun Lokman cakap macam ni ye?

Dulu apasal elok je, Lokman duduk dalam meeting sama dengan pimpinan DAP dan PAS. Takda pun komplen.

Sekarang ni komplen pulak. Ni la dia contoh manusia lidah bercabang. Dulu bukan main kutuk UMNO dan BN. Sekarang jilat balik.

Saya nak tanya, masa UMNO dulu, kenapa UMNO tak buang alkohol dari Shah Alam? UMNO duduk dalam Majlis MBSA selama bertahun2, takda pula usaha nak buang alkohol macam sekarang ni?

UMNO rujuk pada siapa apabila UMNO tidak mengharamkan arak dan judi di Malaysia? Rujuk pada MCA dan Gerakan? Ataupun yang lebih jelas, UMNO takut pada tokeh judi dan arak yang menjadi sumber kewangan UMNO?

(sila rujuk: Isu Arak di Selangor: Pemuda UMNO Jangan jadi Munafik).
UMNO biar sahaja 3 orang Melayu/Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Carlsberg dan dua orang Melayu/Islam dalam Guiness/Anchor.

(Untuk Guiness Anchor, rujuk http://www.gab.com.my/investor/ar_08/Board_of_Directors.pdf)

PAdahal diorang boleh lantik BoD dari Bumiputra Sabah/Sarawak yang bukan Islam tapi diorang lantik orang UMNO juga.

Dia sebuk pasal PAS dengan DAP sedangkan di Selangor, arak tetap haram kepada orang Islam. Itu polisi yang jelas dan dipersetujui DAP.

UMNO ni hipokrit, munafik, talam dua muka, lidah bercabang, mengata dulang paku serpih, cakap tak serupa bikin.

Pemuda UMNO pula macam orang separuh tiang. Tak tau ke hulu, tak tau ke hilir. Pemuda PAS Selangor bijak sebab mereka tak termakan dengan pelawaan Pemuda UMNO Selangor untuk berdemo baru-baru ini.

Pemuda PAS Selangor sedia maklum bahawa UMNO adalah penipu no wahid. Jadi, tak perlu nak ikut mereka.

Tulang Besi