Perak - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, hari ini berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.
"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.
Melaka - Kerajaan negeri akan mewartakan fatwa terhadap senaman yoga selewat-lewatnya Disember ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas umat Islam yang tidak mematuhinya.
''Kita akan mewartakan fatwa ini selewat-lewatnya Disember ini. Saya akan mengadakan satu mesyuarat khas dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk membincangkan perkara ini.
Selangor - Keputusan fatwa yang mengharamkan senaman yoga masih belum berkuat kuasa di Selangor kerana ia belum dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berikut adalah kenyataan akhbar Sultan Selangor yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani di sini hari ini mengenai perkara itu:
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah, bahawa buat masa ini keputusan fatwa yang mengharamkan senaman yoga ini masih belum berkuat kuasa di Selangor kerana ia belum dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Bangi - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.
Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.
''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.
''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Rakyat - Pening..!

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, November 25, 2008
'Saya terdesak' - malaysiakini
Suasana Mahkamah Sesyen di sini hari ini bertukar sayu apabila bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya, Zaharah Jaafar yang mengaku melakukan pecah amanah RM95,500 mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman sambil menangis teresak-esak.
Semua yang hadir turut merasa simpati dan ada mengalir air mata semasa wanita yang mendakwa menghidap kanser pangkal rahim itu membacakan rayuan berpandukan satu nota yang ditulisnya.
''Saya reda dengan apa yang telah terjadi, sampai mati pun saya tetap mengaku kesilapan saya dan saya benar-benar bertaubat. Saya minta diberi peluang untuk perbaiki kesilapan.
''Saya juga akan ingatkan zuriat saya agar tidak lakukan kesilapan yang sama kerana ini dosa yang amat besar dan dosa yang amat pedih,'' rayu Zaharah.
Menurut tertuduh, beliau terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana keadaan yang mendesak walaupun ia bukanlah sesuatu yang diinginkan dalam hidupnya.
Kata Zaharah, beliau juga kesal dengan tindakan bodoh yang akhirnya memakan diri apabila reputasi yang dijaga selama 20 tahun di Pos Malaysia musnah begitu sahaja akibat kesilapan tersebut.
''Akhirnya, impian dan cita-cita anak bongsu saya turut musnah apabila dia terpaksa tinggalkan pengajian untuk membantu keluarga serta menampung perbelanjaan pengajian kakaknya di universiti. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kakaknya.
''Saya sangat memerlukan sokongan dan saya berharap agar sentiasa dapat bersama anak bongsu saya. Mungkin permintaan saya agak keterlaluan, tetapi dengan budi bicara mahkamah, harap dapat benarkan saya habiskan sisa-sisa hidup di sisi keluarga,'' katanya lagi.
Zaharah, 45, mengaku melakukan pecah amanah wang hasil kutipan harian pejabat pos cawangan tersebut berjumlah kira-kira RM95,500 di Pejabat Pos Putrajaya, Aras 1, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 18 Mei 2006.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang kelihatan tidak bermaya terpaksa bergerak dengan dibantu oleh suami dan dua anak perempuannya.
Terdahulu, peguam Hasnan Hamzah memohon agar Zaharah dibebaskan dengan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
Kata beliau, anak guamnya terpaksa melakukan perbuatan itu selepas terdesak untuk membayar hutang ah long sebanyak RM38,000 yang dipinjam bagi membiayai rawatan penyakit yang dihidapinya.
Menurut Hasnan, selepas tiga kali dibedah kerana kanser payu dara pada 1996, tertuduh diserang kanser pangkal rahim dan memerlukan ubat tambahan bagi meredakan kesakitan selain rawatan di hospital kerajaan.
Apabila dipecat serta-merta pada 18 Mei 2006 setelah didapati melakukan pecah amanah, tertuduh sekeluarga hidup dalam kesusahan dengan suaminya terpaksa melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup serta untuk menjaga tertuduh.
''Simpanan sebanyak RM15,000 telah dikeluarkan untuk membayar hutang tetapi anak guam saya masih terpaksa menjelaskan bakinya kepada ah long lebih RM3,000 seminggu.
''Tertuduh sekeluarga hidup dalam ketakutan kerana dikejar ah long, malah pernah dibelasah menggunakan topi keledar. Keadaan yang mendesak akhirnya menyebabkan tertuduh terjebak dalam perbuatan itu,'' jelasnya.

Pembinaan kumpulan ke-2 kapal ronda TLDM diterus - malaysiakini
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan kumpulan kedua projek kapal ronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diteruskan selepas enam kapal ronda dalam kumpulan pertama diserahkan kepada kerajaan pada awal tahun 2010.Menurut Perdana Menteri, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan keupayaan tempur TLDM dan kerajaan komited untuk melaksanakannya.
''Projek kapal ronda ini bukan sahaja untuk meronda dan menjaga kedaulatan perairan negara, malahan bagi penugasan khas di perairan strategik di serata dunia.
''TLDM perlu memperkasakan angkatannya dengan perolehan lebih banyak kapal tempur bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan termasuk ekoran ancaman keselamatan di laluan perdagangan antarabangsa," katanya pada majlis penamaan kapal ronda PV5 TLDM dengan nama 'Kelantan' di Boustead Naval Shipyard, di sini hari ini.
Pelancaran kapal Kelantan itu dilakukan oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid yang turut disaksikan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.
Abdullah berkata, 'Kelantan' mempunyai keistimewaan kerana ia dibina oleh sebuah syarikat tempatan, Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.
Katanya, kejayaan membina kapal perang canggih itu melambangkan kejayaan dan kemampuan anak tempatan serta menjadikan impian Malaysia membina kapal perang tercanggih menjadi kenyataan.
Kerajaan juga berharap syarikat tempatan dapat meningkatkan taraf dan memperluaskan bidang pasaran mereka ke luar negara melalui kerjasama strategik pintar dengan syarikat antarabangsa.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, kapal peronda ke-6 milik TLDM akan dilancarkan pada Mac tahun depan.
Beliau berkata, Kapal Kelantan yang dilancarkan hari ini dijangka dapat beroperasi pada tahun depan.
Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan
Keputusan sama ada kerajaan akan menetapkan harga minimum minyak atau terus merujuk harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia hanya akan diputuskan Isnin depan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan yang bakal dibuat semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara minggu depan itu dikira yang terbaik selepas mengambil kira keuntungan serta kepentingan semua pihak.
''Majlis Ekonomi Negara akan bermesyuarat dan membincangkan konsep yang perlu dibuat dalam keadaan penurunan harga minyak dunia kini.
''Kita akan bincang, sama ada hendak menggunakan kaedah harga lantai (minimum) atau terus mengekalkan keadaan sekarang yang bergantung sepenuhnya kepada harga minyak dunia,'' jelasnya.
Najib Nak Rampas Balik 2/3? - malaysiakini
Bakal Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertekad untuk mengembalikan penguasaan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Serentak dengan itu katanya, UMNO akan berusaha untuk memperkukuhkan parti itu dengan menangani beberapa permasalahan dan kelemahan dalaman bagi mencapai maksud tersebut.
“Kami bertekad untuk membuat yang terbaik dan Inysa-Allah akan merampas semula majoriti dua pertiga seperti mana yang dinikmati sebelum ini,” ujar beliau dalam temuramah dengan agensi berita AFP di sela-sela Sidang kemuncak APEC di Peru hari Isnin.
Selain tekad tersebut, Najib menjelaskan keutamaan yang perlu dilakukan bagi melonjakkan semula imej gabungan parti pemerintah.
“Parti perlu disegarkan semula terutama dalam soal imej dan bagaimana masyarakat melihat UMNO dan BN,” katanya
Ini adalah kenyataan politik yang dibuat oleh Najib sejak mendapat pencalonan 185 UMNO Bahagian yang bermesyuarat antara Oktober dan November lalu,
Berdasarkan pelan peralihan kuasa, Najib akan mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan Mac 2009 selepas tamatnya Perhimpunan Agung UMNO.
TP - 2/3? Pak Lah Mr.Clean pun gagal nak pertahankan majoriti 2/3 hanya kerana isu "tidur", Pak Najib yang ada isu "tidur" dengan gadis Monggol, entot-entot, skandal rasuah, bunuh dan macam-macam lagi nak pertahankan?
I don't think so... better "clean" all your cases in court 1st Pak Najib... aku rasa zaman Pak Lah, UMNO/BN kehilangan 2/3 majoriti dan zaman Najib pulak bakal kehilangan 2/3 lagi dari apa yang UMNO/BN ada sekarang dengan erti kata lain - dead end for UMNO/BN...
Your guys never learn huh?
Singapura Potong Gaji Kakitangan Awam, Malaysia Pulak? - malaysiakini
Kerajaan Singapura mengumumkan gaji Presiden, Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipotong antara 11 dan 19 peratus tahun depan ekoran kelembapan ekonomi negara itu.
Menurut kenyataan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, pemotongan gaji itu wajar kerana hampir 25 peratus daripada komponen gaji tahunan mereka adalah berkitan dengan pertumbuhan ekonomi negara bandar raya itu.
Mereka lain yang akan terlibat dalam pemotongan gaji termasuklah menteri dan Anggota Parlimen, kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu menyebut pemotongan 19 peratus gaji tahunan Presiden akan menjadikannya turun kepada $3.14 juta dan Perdana Menteri kepada 3.04 juta tahun depan.
Gaji tahunan para menteri akan berkurangan sebanyak 18 peratus kepada $1.57 juta dan gaji beberapa peringkat pegawai kanan kerajaan akan berkurangan sebanyak 12 peratus kepada antara $353,000.
Elaun bagi Anggota Parlimen akan berkurangan sebanyak 16 peratus kepada $190,000, menurut jabatan yang terletak di bawah Pejabat Perdana Menteri itu.
Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata kerajaan akan menangguhkan fasa ketiga penyelarasan gaji bagi kakitangan pentadbiran, pelantikan pemegang jawatan politik, kehakiman dan badan berkanun yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari.
Penyelarasan gaji pada Januari adalah yang ketiga bagi tiga semakan gaji selepas yang pertama dan kedua dilaksanakan pada April tahun lepas dan Januari lepas.
Kakitangan awam bagaimanapun akan tetap menerima pembayaran gaji bulan ke-13 atau gaji tahunan tambahan sebulan, menurut jabatan itu.
Pada tahun lepas, Singapura memperkenalkan satu mekanisme yang membenarkan gaji kakitangan awam berubah berdasarkan prestasi ekonomi negara itu.
TP - itu yang Singapura lakukan dalam menangani kegawatan ekonomi negara mereka. singapura bertindak memotong gaji "orang atasan" tanpa mengusik pendapatan "rakyat bawahan" sebaliknya malaysia mengambil pendekatan yang lebih "unik".
Kekalkan gaji para menteri ( ada jugak depa buat "potongan" sebanyak 10% tapi - "ELAUN"..! bukan "GAJI") , kemudian buat kempen besar-besaran kepada rakyat supaya "berbelanja dengan berhemah"... ( padahal rakyat dah memang sedia dok ikat perut, ada jugak yang asyik miss soru sebab angka gaji tak berubah tapi kos sara hidup makin tinggi )...
Yang paling best ialah tak kena gaya, kakitangan kerajaan akaan melopong tanpa bonus tahunan sedangkan para "orang atasan" bergembira dengan bermacam-macam "elaun dan jugak tuntutan-tuntutan" yang boleh diterima...
Malaysia... oh Malaysia...

Monday, November 24, 2008
Keputusan fatwa: Rujuk Majlis Raja-raja, titah Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum diumum.Menurut baginda ia adalah bagi memastikan supaya kaedah menyalurkan sesuatu keputusan fatwa itu dapat dilaksanakan secara bijaksana bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kontroversi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini, berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam yang mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam, Sultan Selangor menjelaskan bahawa keputusan itu belum berkuatkuasa di Selangor kerana perkara itu belum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, akan bersidang membincangkan perkara itu dengan lebih mendalam berkenaan aktiviti senaman yoga di Selangor, dan selepas keputusan muktamad dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, ianya akan disembahkan untuk perkenan baginda.
Ini selaras dengan prosedur yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berkaitan dengan menerima pakai sesuatu keputusan fatwa.
Pengarah JAIP tarik balik kenyataan pengharaman yoga - malaysiakini
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury hari ini berkata fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ianya diperkenankan oleh Sultan Perak.Bercakap kepada Bernama hari ini bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apaapa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.
"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.
Akhbar The Star hari ini menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.
Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.
Sabtu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsurunsur keagamaan, mantera dan pemujaan.
Pengerusi majlis itu, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dilaporkan berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam - PR
Cadangan Mufti Australia Ditolak
Pengerusi Islamic High Council Darul Taqwa, Australia, Dr Alwan Al-Hasani menolak cadangan agar dihentikan amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita ketika solat di masjid.
Beliau berkata cadangan tersebut tidak bertepatan dengan mazhab Shafie dan mana-mana mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Pendapat ini salah dan kita tidak bersetuju kerana ia tidak bertepatan dengan mazhab Shafie serta ulama-ulama besar," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che Mat, di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Mufti Australia, Sheikh Fehmi Maji el-Iman yang mahu menghentikan amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita ketika solat di masjid bagi memenuhi tuntutan kaum wanita.
Sheikh Fehmi berpendapat, amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita yang diperkenalkan sejak lama dulu, dibuat atas dasar budaya dan bukannya tuntutan agama serta memberi alasan ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W, jemaah lelaki dan wanita tidak diasingkan ketika solat.
Mengulas lanjut, Dr Alwan yang mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah pondok di Kelantan dan Terengganu berkata pendapat Sheikh Fehmi itu juga tidak menggambarkan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia boleh mengelirukan umat Islam.
Beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W telah menerangkan kepada umat Islam berhubung tertib kedudukan lelaki dan perempuan serta kanak-kanak dalam solat.
"Jadi apa yang disebut oleh Nabi Muhammad inilah nas. Kita tidak boleh melangkauinya dan apa yang disebut oleh Rasullulah hendaklah diamalkan dan diterima.
"Zaman Rasullulah, ketika solat baginda menjadi imam dan di belakang baginda orang lelaki dan belakang lelaki itu barulah perempuan. Ini memelihara kaum perempuan kerana mereka tidak dipandang oleh lelaki," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)