"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

Kuala Terengganu: KeADILan, DAP akan beri sokongan padu pada PAS - malaysiakini

Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon PAS yang dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari kelak.

Anwar, yang juga penasihat KeADILan, berkata Kuala Terengganu bukan merupakan kerusi yang selamat bagi mana-mana parti dan Pakatan Rakyat akan berusaha keras untuk memenangi kerusi itu.

"KeADILan dan DAP telah memutuskan untuk memberikan komitmen penuh kepada calon PAS sama ada Mohammad Sabu yang amat berpengalaman atau calon lain yang dipilih untuk bertanding di Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan harijadi ke-56 isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Yayasan Aman,Penanti semalam.

Msian businessmen say police force most corrupt institution, survey finds

Malaysian business people are highly critical of the government's efforts to fight corruption compared with those in other Asia Pacific countries.

They also rated the police force as the most corrupt institution in the country with a Bribe Payers Index (BPI) of 4 (1:not all corrupt, 5: extremely corrupt), according to Transparency International's (TI) 2008 Bribe Payers Index (BPI) findings released today.

The business community also believes that their own companies are highly involved in corrupt practices in Malaysia and the region, while political parties were singled out as the most corrupt institutions in the Asia Pacific region with a BPI of 3.6.

The outcome of the survey is similar to the results in the Global Corruption Barometer 2007, said Transparency International-Malaysia (TI-M) president Tan Sri Ramon Navaratnam.

"TI believes that while most of the world's wealthiest countries already subscribe to a ban on foreign bribery, under the Organisation for Economic Corporations and Development Anti-bribery Convention, there is little awareness of the convention among the senior business executives interviewed in the BPI."

"Therefore it is crucial that governments go beyond speeches and proclamations, and show greater dedication to combat bribery and corruption in spite of great resistance by self-serving pressure groups whose main interest is to benefit themselves even at the expense of civil society."

"Governments have to ensure that foreign bribery should be stopped at source and make good on commitments to prevent and prosecute such practices."

Ramon said TI-M believes that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Bill and two other bills to be tabled by the government in this parliamentary session will help improve poor public perception at home and abroad - that Malaysia has a mediocre score and success in fighting corruption.

"It is important that all MPs support the bills and improve them during the second reading and pass them with maximum parliamentary and public support,," he said.

The survey was conducted among senior business executives from companies in 26 developed and developing countries, including Malaysia. A minimum 100 executives were interviewed in each country and the enterprises they represent were selected through a stratification process that took into consideration the size of firms, their sector and location.

Belgium and Canada showed good results by sharing the first place with a score of 8.8 out of 10.

Harap harga minyak turun lagi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berharap harga runcit minyak di negara ini dapat diturunkan sedikit lagi berikutan aliran berterusan penyusutan harga bahan api itu di pasaran global.

Menurutnya, jika harga minyak terus diturunkan, rakyat atau pengguna boleh menggunakan lebihan wang untuk berbelanja sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan bagi penetapan harga minyak mengikut harga terapung atau harga lantai itu hanya akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara esok.

''Banyak yang kita perlu bincang dan banyak juga faktor yang perlu kita ambil kira sebelum menurunkan harga minyak. Kita kena ambil kira banyak kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga Barang Pasar Raya Tunas Manja di Transit Point di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Abu Samah Shabudin dan Pengerusi Eksekutif Tunas Manja, Datuk Chan Ching Swee.

6 lagi jet Sukhoi belum diterima

Malaysia belum menerima penyerahan enam lagi jet pejuang Sukhoi dari Rusia, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin hari ini.

“Belum lagi. Enam buah lagi akan diterima,” kata beliau ketika ditanya jika semua 18 jet pejuang pelbagai peranan Sukhoi Su-30MKM telah diterima.

TUDM akan menerima jet pejuang lain apabila tiba masanya, katanya kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Pameran dan Pertunjukan Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2009 di sini, hari ini.

MPAJ nafi lulus projek Bukit Antarabangsa

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menafikan pihaknya meluluskan projek-projek pembangunan di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Norhayati Ahmad berkata, projek berkenaan sebenarnya diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Gombak pada tahun 1980-an sebelum tertubuhnya MPAJ.

''MPAJ hanya ditubuhkan pada tahun 1992 untuk mengambil alih tugas Majlis Daerah Gombak dan Majlis Daerah Hulu Langat.

''Kami mengetahui projek itu diluluskan oleh Majlis Daerah Gombak daripada rekod yang kami ada,'' katanya kepada WARTAWAN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu yang dipercayai berlaku disebabkan oleh projek perumahan yang dijalankan di kawasan lereng bukit dan cerun.

Lucut keistimewaan peguam tidak fasih bahasa Melayu

Pengamal undang-undang yang tidak fasih berbahasa Melayu perlu dilucutkan keistimewaan daripada menjadi pegawai undang-undang dan peguam di negara ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu diambil bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem kehakiman dan mahkamah di negara ini.

Menurutnya, antara keistimewaan yang perlu dilucutkan ialah mereka tidak boleh berhujah di mahkamah sekiranya tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

"Isu peguam dan hakim yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu sepatutnya berakhir sejak 41 tahun lalu apabila undang-undang penting telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

"Seksyen 117 Akta Tafsiran 1967 menyebut sekiranya ada pertelingkahan atau perselisihan antara bahasa Inggeris sesuatu undang-undang bertulis dengan sesuatu terjemahannya, maka naskhah bahasa itu hendaklah dipakai,'' katanya ketika dihubungi WARTAWAN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas rencana tulisan peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang disiarkan MEDIA kelmarin menuntut supaya dipercepatkan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah di negara ini.

Arif Shah at PKR’s Aidiladha feast - malaysiakini

Seberang Jaya assemblyman Datuk Arif Shah Omar Shah has set tongues wagging again after he was spotted at an Aidiladha kenduri (feast) organised by PKR here.

The Umno assemblyman was leaving the kenduri at Permatang Rawa near here when Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived with his entourage.

Also present was Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin, the man Arif Shah was rumoured to replace.

After exchanging smiles, both Anwar and Arif Shah shook hands.

When Arif Shah was asked to pose with Anwar for a picture, he declined saying that he was rushing to another kenduri.

”This is just a coincidence and not a planned meeting. I am just meeting up with my constituents,” he said.

Arif Shah explained that the chairman of the Permatang Rawa surau had invited him to the kenduri and he had no idea that the event was organised by PKR.

Asked if PKR was reaching out to Arif Shah, the PKR de facto leader said the party would reach out to the entire community.

He added that it was good of Arif Shah to come and it was the first time he was meeting Arif Shah after the Permatang Pauh by-election.

It has been rumoured that Arif Shah was being wooed by PKR to replace Mohammad Fairus as deputy Chief Minister but Anwar has denied that.

Earlier this month, Umno sacked former de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim for attending events organised by opposition parties.

Jabatan Cerun Diarah Buat Kajian Terperinci Kejadian Tanah Runtuh, Kata Zin

Jabatan Cerun diarahkan membuat kaji selidik terperinci di kawasan berlakunya tanah runtuh di sekitar Bukit Antarabangsa dengan serta-merta, kata Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata jabatan berkenaan akan melakukan kajian teknikal dengan aspek kejuruteraan forensik supaya data tertentu dapat diperolehi seterusnya memberikan gambaran jelas keadaan di kawasan itu.

"Mungkin dengan data yang sedia ada ini, kita boleh memberi gambaran yang jelas di kawasan tersebut. Kalau hujan berlarutan ini akan lebih memudaratkan kawasan tersebut. Kajian untuk beri gambaran awal akan dapat dilakukan dengan laporan geoteknikal," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

Beliau juga dimaklumkan kawasan terbabit adalah kawasan mukabumi yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh dan jabatan terbabit sedang melakukan pemantauan.

"Oleh itu dalam keadaan sedia ada semua pihak harus mengambil langkah lebih berhati-hati dan menerima nasihat daripada pakar geoteknik.

Saya kira arahan Perdana Menteri supaya semua pembangunan (di kawasan tanah tinggi) diberhentikan adalah tepat dan sesuai dalam iklim dan suasana yang dihadapi masa kini," katanya.

Mengenai kawasan tanah tinggi yang membabitkan lebuh raya, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sentiasa menggunakan helikopter untuk meneliti kawasan yang terdapat takungan air apabila hujan dan pemantauan dilakukan berterusan.

"Ia bagi memastikan sistem aliran (kawasan takungan air) tidak mengancam kestabilan tanah," katanya.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga membuat pemantauan sehingga selesai musim tengkujuh, katanya.

Ibadan Haji Lontar Jamrah Jalan Lancar

Ibadah melontar jamrah pada tiga hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) yang bermula menjelang fajar hari Selasa berjalan lancar sehingga awal petang termasuk melibatkan sebahagian kecil jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi menjamin keselamatan dan keselesaan, sebahagian besar jemaah Malaysia dijadualkan melakukan ibadah itu sebaik sahaja masuk waktu solat isyak Selasa malam.

"Jemaah kita diatur ke dalam kumpulan-kumpulan kecil terdiri daripada tidak lebih 250 orang bagi mempastikan mereka dapat melontar dengan sempurna," kata beliau yang turut mengerjakan haji kepada wartawan Malaysia.

"Langkah kerajaan Saudi membesarkan jamrah dan membahagikan kawasan melontar mengikut wilayah negara-negara jemaah haji juga melicinkan dan lebih selamat," kata beliau.

"Jemaah kini tidak lagi perlu berhimpit-himpit untuk melontar," katanya.

Isnin malam, Dr Zahid sempat meninjau khemah jemaah haji pakej Almaas (pakej harga tertinggi) dari Malaysia yang terletak di pinggir kawasan kompleks jamrah di sini.

Beliau menyatakan rasa puashati dengan operasi pengangkutan jemaah haji negara dari Arafah ke sini malam Ahad lalu yang disusun TH dengan kerjasama agensi haji Saudi yang berjalan lancar.

"Perjalanan (pengangkutan jemaah) dari Arafah ke Mudzalifah, Alhamdulilah saya dapat laporan tiada yang lewat, kecuali pasukan media.

Semua jemaah kita telah berada di sini dan telah melontar jamrah Kubro," katanya merujuk ibadah lontar jamrah Kubro, satu daripada tiga jamrah, pada 10 Zulhijjah sebelum mereka melontar ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyriq.

Pasukan media merupakan kumpulan terakhir meninggalkan Arafah pada kira-kira pukul 1 pagi, tujuh jam selepas kumpulan pertama jemaah bergerak ke Mina kerana bas mereka dinaiki jemaah lain dan mereka terpaksa menunggu kenderaan gantian.

Dr Zahid mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Saudi kerana memperbaiki sistem trafik jemaah dari Makkah ke Arafah yang kini berjalan lancar, sambil menambah mengikut pengalamannya semasa mengerjakan haji pada tahun 2006 ada jemaah lewat tiba di Arafah sehingga 22 jam.

Beliau selanjutnya berkata TH akan membuat kaji selidik maklumbalas daripada jemaah haji negara terhadap perkhidmatan dan penemuannya akan digunakan untuk memperbaiki lagi pelayanan mereka.

"Kita juga akan memantau surat-surat kepada pengarang akhbar dari pembaca dan blog.

Bagaimanapun, saya minta semua maklum balas janganlah berniat memburuk-buruk seseorang kerana sebab-sebab politik," katanya.

Katanya, pengurusan yang baik dan cekap TH telah membantu menaikkan imej negara dan ini perlu sentiasa dikekal dan dipertingkatkan.

Jangan Hanya Salahkan Kerajaan Bila Berlaku Tanah Runtuh, Kata Ahmad Shabery

Orang ramai tidak sepatutnya hanya menyalahkan kerajaan berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku hujung minggu lepas, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan kerana gagal bertindak setiap kali bencana alam berlaku.

" Tidak adil untuk kata kerajaan tidak bertindak. Kita tidak boleh hanya salahkan satu pihak. Hakikatnya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, tetapi di sini ia melibatkan tiga, kerajaan, pemaju dan pembeli," katanya kepada Bernama di sini.

Ahmad Shabery mengulas keadaan tuduh menuduh di kalangan pihak berkuasa, pemaju dan orang ramai selepas kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman kelas tinggi itu yang mengorbankan empat nyawa dan memusnahkan 14 banglo.

Dalam perkembangan terkini, mangsa kejadian tanah runtuh itu memutuskan untuk menyaman pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan bagi menuntut pampasan.

Ahmad Shabery, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Kebangsaan, berkata pembeli rumah juga perlu kritikal, terutama dalam aspek keselamatan, apabila mempertimbangkan untuk membeli hartanah di cerun bukit.

Bakal pembeli, katanya perlu menggunakan hak mereka untuk mendapatkan jaminan daripada pemaju bahawa hartanah yang akan dibeli adalah selamat untuk didiami dan adanya perlindungan insurans bagi bencana alam.

" Keselamatan sepatutnya mengatasi status dan keindahan. Pembeli perlu menjelaskan kepada pemaju.

Sebagai contoh, pembeli perlu memaklumkan pemaju bahawa mereka tidak akan membeli jika pemaju tidak sanggup menyediakan kemudahan insurans menyeluruh, termasuk bencana alam," katanya.

Ahmad Shabery berkata penguatkuasaan pada peringkat pihak berkuasa tempatan perlu diperkukuhkan untuk mencegah bencana seperti itu daripada berulang.

Mengenai cadangan untuk mewujudkan badan petugas khas bagi mengawal pembangunan di cerun bukit, beliau berkata ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan berikutan pelbagai masalah kerana tanah di bawah kerajaan negeri.

" Ia mengambil masa untuk dilaksanakan," katanya mengulas cadangan Dr Nehemiah Lee, pakar berkaitan tanah, yang mencadangkan penubuhan badan seperti itu bagi meneliti pembangunan cerun bukit.

Sementara itu, Ahmad Shabery turut memuji langkah-langkah pro-aktif yang dijalankan oleh pelbagai organisasi sektor swasta untuk menyediakan bantuan kepada mangsa dan mengambil contoh peranan Maybank dalam mengetepikan pembayaran ansuran selama enam bulan kepada pelanggan-pelanggan yang rumah mereka musnah dalam kejadian tanah runtuh itu.

Katanya usaha-usaha seperti itu akan meringankan sedikit kesengsaraan mangsa dalam membina semula kehidupan mereka.