"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

Tangkap Anwar - Komplot "Orang Atas"

Ya betul...setakat hari ni dah berbelas ratus kali dah aku dengar Anwar nak kene tangkap, aku ingat tiap-tiap minggu Anwar nak kene tangkap.tiap kali nak kene tangkap...penuh rumah Anwar pakat-pakat tunggu Anwar kene tangkap...sudahnya...tak tangkap-tangkap...

Tapi bila aku tanya mana dapat info? semua jawab - ada geng sms...geng ngko dapat info dari mana? semua jawab - dari sms jugak...dah yang hantor kat geng ngko tu dapat dari mana pulak? semua jawab - sms jugak...abis tu geng kepada geng kepada geng kepada geng ngko tu dapat info dari mana pulak? semua jawab - sms jugak bro...last skali kredit aku abis bodo-bodo je sebab nak sahkan berita "Anwar nak kene tangkap"...

Sape untung? Celcom...Digi...Maxis...ngkorang dapat apa? dapat la perabis kredit barang sploh doploh hengget...baguss...dengan ngkorang, dengan aku bodo-bodo je kene bodo dek penyangak sms...haram jadah punya barua..!

2 hari lepas aku lepak ngan sorang member aku zaman dolu-dolu.sembang dengan dia hal-hal Anwar nak kene tangkap...member aku cakap ni semua belit "orang atas"...ngkorang kat bawah semua kene bodo...kene bodo? apahal pulak kene bodo?

Ha...ni nak ceghita kat ngkorang semua apa yang member aku ceghita kat aku hari tu...ngkorang tak yah tanya la sape member aku tu...tak penting...yang penting ceghita ni...nak cakap maklumat pun buleh jugak...

Engkorang kalau dapat sms Anwar nak kene tangkap tu ngkorang bolayan je la...ni semua trik "orang atas" je ni...sape "orang atas" tu? baca la sampai abis...kang aku hint-hint la kat ngkorang...appara...

Balik pada topik asal...sebenarnya buat masa ni dan ketika ni polis masih tak de keluarkan apa-apa waran untuk tangkap Anwar dan buat masa dan ketika ni jugak Anwar belum disabitkan dengan apa-apa kes atau dakwaan dan buat masa dan ketika ini juga Anwar belum terbukti terbabit dalam mana-mana kes yang digembar-gemburkan selama ni....

Jadi tak timbul soal Anwar nak kene tangkap sebenarnya...1 hal pulak...polis tak kan bagitau bila depa nak tangkap Anwar...member aku ceghita...memang sepanjang masa ni ada 1 team yang standby 24 jam ( lebih kurang 50 orang dari UTK ) untuk tangkap Anwar bila-bila masa je, tapi BELUM ADA KES untuk tangkap Anwar... ( arahan "KENE TANGKAP ANWAR" ni datang dari atas dan tak payah nak ambik tau sape..! ).

Kenapa selalu ada sms "Anwar nak kene tangkap?"...yang ni ngkorang kene faham betul-betul...kegagalan memahami penerangan ni akan mengakibatkan kesilapan besar yang memungkinkan Anwar ditangkap...maknanya...sms "Anwar nak kene tangkap" ni DI REKA OLEH BEBERAPA INDIVIDU YANG DIPERTANGGUNG JAWABKAN UNTUK MENIMBULKAN 1 SUASANA TEGANG DIKALANGAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT & PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.

Sebab-sebab sms "direka"...lumrah penyokong Pakatan Rakyat pantang kalau dengar pemimpin nak kene tangkap, habis sekampung turun berkumpul sebab "prihatin" padahal "keprihatinan" ngkorang ni la yang akan jadi alasan untuk depa tangkap Anwar atas kesalahan menganjurkan "Perhimpunan Haram & menggugat kestabilan awam"...jelas???

Harap-harap lepas ni pimpinan sendiri pun kene hati-hati dengan sms-sms karut marut konon Anwar nak kene tangkap...ngkorang ingat polis senang-senang nak announce nak tangkap sipolan-sipolan??? tak ke menyusahkan kalau sipolan-sipolan tau...mana ada dalam dunia ni polis bagitau orang jahat "aku nak tangkap ngko..."

Kene faham 1 hal...memang ada "arahan dari orang tertentu" untuk menghalang Anwar dari aktif berpolitik dan cubaan menjatuhkan Anwar memang giat dijalankan oleh geng-geng "berkenaan" tapi untuk nak tangkap Anwar, still tak de sabitan kesalahan yang ada untuk keluarkan waran...kes liwat??? tak de bukti bro...banyak sangat percanggahan...yang tu aku tak payah terang...ramai sangat dah ulas dan terang...aku tak minat ceghita belakang-belakang ni...

Oleh sebab tak de kes yang boleh disabitkan untuk tangkap Anwar maka apa-apa kes MESTI DIREKA untuk sabitkan Anwar...paling senang...Perhimpunan Haram...reka sms...provoke penyokong...penyokong berkumpul...sambil-sambil penyokong berkumpul, depa akan hantar patrol car 4-5 kali ( depa tau kalau petrol car lalu memang confirm penyokong-penyokong Pakatan Rakyat naik angin ) pas tu kununnya ada orang report "ketenteraman awam terganggu" untuk sedapkan jalan ceghita...then dah ada kes...

Sape yang "reka" situasi??? mereka-mereka diatas...sapa yang buat kes??? penyokong Pakatan Rakyat...ngkorang kene perangkap dekat musuh...sebab lalai, tak sahkan berita betul-betul...kantoi...

Jangan percaya khabar angin..!

So dari penerangan tu ngkorang ambik la inisiatif masing-masing...dapatkan sumber yang sahih...kalau boleh HQ PKR sendiri nak kene sahkan dulu berita angin tu...kegagalan mengesahkan berita angin akan memakan diri.tu je pesan aku...masing-masing tau guna macam-macam alat perhubungan...bahagian-bahagian dan cawangan masing-masing kene sentiasa update info terkini...sumber nak kene tepat...

Kalau stakat sms - member aku hanto, member aku dapat dari member dia, member dia dapat dari member member dia,member member dia dapat dari mememememememember dia...ha tu korang delete je terus...mengarut.nak lebih tersusun lagi, masing-masing nak kene tau sape yang ada source direct ke HQ...senang nak rujuk apa-apa berita...jangan main angguk je...

Sumber dari internet pun kalau boleh sahkan dulu...budak-budak cyber-trooper's ramai sangat skarang.keje budak-budak ni buat kacau...provoke Pakatan Rakyat...tu je keje depa...ngkorang yang "terlayankan" provoke depa ni melilau tak tentu pasal...depa dok rilek je...

Ok...cukup la kot aku terang bab sms Anwar nak kene tangkap tu...fahamkan betul-betul...jangan cepat sangat melatah...cari source yang betul untuk sahkan apa-apa maklumat...sebarang sms berantai kalau boleh deny je...( ada jugak antara sms-sms tu syarikat telekomukasi reka...banyak pulangannya tuh..!...ni aku agak la...)...fikir sebelum kena.

Pesanan aku - tempoh masa sekarang sampai 16 september boleh kita katakan amat kritikal sebab sebolehnya depa nak halang Anwar dari bangkit menuju ke Parlimen.banyak provokasi akan dirancang untuk gagalkan rancangan Anwar...kita yang dalam kalangan penggerak dan penyokong "perubahan" kena pandai jaga "tempoh kritikal" ni supaya tak kene cantas ditengah jalan... Salam perjuangan..!

-jari hantu

Tuesday, August 05, 2008

Lima Pemimpin Dikenalpasti Berpotensi Jadi Kambing Itam

PULAU PINANG, 5 Ogos (Bernama) -- Umno Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti lima pemimpin yang berpotensi untuk menjadi calon pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan nama lima pemimpin berkenaan.

"Yang pasti calon terdiri daripada anak tempatan, kita (Umno Negeri) tidak menyediakan senarai nama tetapi sudah kenal pasti ada lima orang yang berpotensi.

"Umno Negeri menyerahkan keputusan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan Umno di sini hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding merebut kerusi Parlimen berkenaan bagi berhadapan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjadi teka teki.

Abdul Rashid berkata Umno Pulau Pinang mempunyai ramai pemimpin yang berwibawa untuk menentang Anwar dan mampu merampas kembali Permatang Pauh walaupun ia "dilihat sangat sengit".

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan berikutan pengunduran penyandang kerusi itu yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu.

Abdul Rashid berkata Umno Negeri telah membuat persediaan sepenuhnya dan mengatur strategi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

"Jentera telah disusun untuk mengawasi 28 peti undi yang meliputi 92 cawangan Umno, kesemua peti undi itu juga akan dipantau oleh 12 bahagian Umno dengan dibantu oleh Umno dari negeri-negeri lain," katanya.

UMNO Kalut...Depa Nak Gubal Undang2 Baru...

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran supaya menggubal undang-undang bagi menghalang mana-mana wakil rakyat daripada meletak jawatan dengan sewenang-wenangnya bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata di bawah undang-undang yang dicadangkan itu, wakil rakyat tidak dibolehkan meletak jawatan dalam tempoh empat atau lima tahun daripada tarikh sesuatu pilihan raya umum diadakan, kecuali sekiranya berlaku kematian atau kurang upaya ke atas seseorang wakil rakyat.

"Pilihan raya adalah proses demokrasi untuk menegakkan kepimpinan negara melalui suara rakyat dan tidak wajar jika ada mana-mana pihak mengkhianati proses tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Ali yang juga Ketua Umno bahagian Cheras berkata langkah larangan tersebut akan menjimatkan wang rakyat apabila pilihan raya kecil yang disengajakan tidak berlaku di samping ia akan mengekalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Apabila setiap kali berlakunya pilihan raya kecil, kerajaan khususnya SPR akan mengeluarkan peruntukan besar bagi membiayainya dan ini adalah wang rakyat serta berlaku pembaziran ketara," katanya.

Syed Ali merujuk kepada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh yang terpaksa diadakan semula selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami beliau untuk bertanding.

"Tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi telah mengkhianati amanah pengundi di Permatang Pauh dan tidak menghormati prinsip demokrasi," katanya.

-mSTAR Online

Laporan HKL : Apa Sebenarnya..?

Assalamu'alaikum...

Betul pening kepala aku...pasal laporan dari HKL yang dilaporkan sebelum ni, masih tak dapat apa-apa update yang dapat sahkan berita tu benar atau tak...sms yg aku hantar untuk confirmation dari individu-individu tertentu pun tak terjawab lagi...so buat masa ni masih tergantung kesahihannya...

Dalam net memang aku tak jumpa langsung laporan selain yang dicopy & paste dari blog p99 ( macam aku jugak daaa... ).tapi aku dah try belek-belek media perdana...

Ni aku jumpa 1 laporan yang berkaitan tapi detailnya tak de...pun ceritanya tergantung jugak...aku taipkan untuk korang baca -

Wanita PKR beri bunga pada Hospital Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur - Wanita Parti KeADILan Rakyat (PKR) berkata pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah melaksanakan peranannya secara profesional berlandaskan etika bidang perubatan semasa mengendalikan apa jua kes di hospital tersebut

Sehubungan itu, mereka hari ini menghantar 10 jambangan bunga kepada pengurusan hospital itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap khidmat bakti HKL selama ini.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin, yang datang bersama 15 anggotanya memberitahu wartawan bahawa mereka tidak mampunyai apa-apa niat selain mahu menolak dakwaan negatif terhadap hospital berkenaan dan profesion seorang doktor bagi sebarang rawatan perubatan yang diberi kepada pesakit

Ketika ditanya dakwaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibogelkan semasa pemeriksan di hospital itu sebelum ini, Zuraidah berkata: "jika benar tindakan itu perlu untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan maka bagi pihak kami tiada masalah."

Sementara itu, Timbalan Pengarah Perubatan (HKL) Dr Lailanor Ibrahim enggan mengulas mengenai pemberian jambangan bunga itu kerana tidak menjangkakkannya. - BERNAMA


Kat atas ni laporan dari akhbar Sinar Harian mukasurat N6.

Pening...pening...pening...apa yang disembunyikan??? siapa yang menyembunyikan??? kenapa nak sembunyikan???

Ketua Polis Johor Elak Media

JOHOR BAHARU, 5 Ogos (Bernama) -- Usaha mendapatkan ulasan mengenai kehilangan bahan bukti kes dadah bernilai RM1 juta dari bilik bahan bukti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini gagal apabila Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengelakkan diri dari pihak media.

Bertindak atas maklumat yang menyatakan Mokhtar sedang menghadiri satu mesyuarat, seramai lebih kurang lapan wakil media di sini telah berkumpul di perkarangan IPK Johor pada lebih kurang 10 pagi.

Mereka bagaimanapun kecewa apabila diberitahu Mokhtar tidak ada di situ sebaliknya melawat Ibu Pejabat Polis Dearah Kota Tinggi.

Timbalan Mokhtar, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang ditemui enggan memberikan ulasan sebaliknya memberitahu media agar berjumpa dengan Mokhtar sendiri.

Pihak media kemudiannya berkejar ke IPD Kota Tinggi pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan Mokhtar.

Mereka kemudiannya bertembung dengan kereta yang dinaiki Mokhtar di taman perumahan Polis Kota Tinggi namun menyedari kehadiran media, pemandu kereta tersebut yang diiringi oleh tiga anggota trafik dan dua kereta peronda terus memecut ke arah bandaraya ini.

Pihak media yang kemudiannya sampai ke IPK Johor pada pukul 2 petang gagal sekali lagi untuk berjumpa dengan Mokhtar dan akhirnya bersurai pada lebih kurang pukul 3 petang.

Hari ini, tiga akhbar Media Prima - New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian - melaporkan berita kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu minggu lalu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta yang menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan seorang pegawai bertugas mendapati mangga bilik berkenaan telah dirosakkan dengan asid.

Laporan juga menyebut satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral di mana 60 orang pegawai dan anggota yang ditugaskan menjaga bilik berkenaan diarahkan menjalani ujian air kencing untuk mengenalpasti sama ada mereka terlibat dalam kehilangan dadah itu.

Hasilnya seorang pegawai ditahan Sabtu lalu setelah gagal ujian tersebut.

Anwar sedia serah diri, mungkin 'ditahan' bila-bila?

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk 'menemui' polis jika diperlukan untuk menghadapi kemungkinan tuduhan meliwat berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih sebulan yang lalu.

Peguamnya, Saiful Izham Ramli berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada pejabat Ketua Polis Negara bagi meminta agar dimaklumkan jika Anwar akan 'ditahan'.

Tujuan surat itu dihantar ialah bagi mengelakkan pihak polis membuat tangkapan seperti yang berlaku pada 16 Julai lalu.

“Kami meminta supaya polis maklumkan agar Datuk Seri Anwar boleh pergi sendiri untuk serah diri, tak perlu nak hantar pasukan polis bertopeng lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Saiful berkata salinan surat bertarikh 28 Julai tersebut juga telah dihantar kepada Peguam Cara Negara, Datuk Idris Harun untuk makluman.

Tambah beliau, polis tidak memberi sebarang maklum balas mengenai surat itu dan mengakui turut mendengar khabar angin bahawa Anwar akan ditahan dalam tempoh terdekat.

“Khabar angin memang banyak sejak disahkan siasatan polis telah selesai. Ada yang kata nak tangkap Isnin (semalam) dan ada juga kata Jumaat ini,” katanya.

Namun pihaknya hanya menunggu tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

Anwar yang kini masih berada dalam jaminan polis setelah dibebaskan pada 17 Julai lalu akan hadir ke ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini untuk melapor diri.

“Kalau tiada apa-apa yang berlaku (tangkapan) dalam tempoh ini, maka kita boleh tahu sama ada Anwar akan didakwa atau tiada kes terhadapnya semasa melapor diri,” katanya.

Bagaimanapun beliau kesal kerana hingga kini pihaknya masih belum menerima salinan waran tangkap terhadap Anwar daripada pihak polis.

-mSTAR Online

TP - i'm week of this shit..!

Jurugambar dikasari selepas ceramah Anwar, PKR mohon maaf

PULAU PINANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memohon maaf kepada media berhubung kejadian seorang jurugambar wanita akhbar Guang Ming Daily dikasari selepas membuat liputan ceramah perdana parti itu di tapak ekspo Seberang Jaya, dekat sini malam Ahad lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kassim berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku dan PKR kesal dengan kejadian itu.

"Saya bagi pihak parti memohon maaf kepada pihak media terutama jurugambar berkenaan. PKR akan siasat perkara ini secepat mungkin dan jika yang terlibat itu adalah anggota parti, kita akan mengambil tindakan iaitu memecat mereka daripada parti.

"Saya dan beberapa Exco kerajaan negeri akan pergi melawat jurugambar berkenaan hari ini bagi memohon maaf secara peribadi bagi pihak parti dan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, Loh Hoay Hoon, 25, mengalami bengkak di belakang kepala setelah dipukul ketika hendak meninggalkan tapak pesta itu sebaik sahaja selesai membuat liputan majlis ceramah yang dihadiri Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loh kemudiannya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya, pada malam itu.
Abdul Malik berkata, pihaknya akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

"Untuk memastikan keadaan itu tidak berulang, pihak media akan disediakan tempat," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Dr. Mohamed Shah Hussin Shah ketika dihubungi berkata polis akan mengambil keterangan daripada jurugambar itu bagi membantu siasatan kes itu.

-mSTAR Online

BREAKING NEWS..! Jangan Mudah Terpedaya...

Pagi tadi aku terkejut bila dapat sms mengatakan laporan HKL bocor & keputusan laporan mengesahkan bahawa DSAI disahkan tidak terlibat dalam kes liwat keatas Saiful Bukhari...

Laju je aku bangun berkejar ke PC aku & search dengan Google & resultnya tak banyak laporan yang aku dapat...setakat tengahari ni aku cuma dapat laporan dari blog p99 Parlimen Ampang milik YB Zuraida yang mengesahkan laporan tu...tak lama lepas tu bila aku nak update tak dapat nak akses dah...apa yang terpapar hanya "sedang dikemaskini"...

Aku bukak blog Suara KeADILan attachmentnya sama dengan yang aku dapat dari blog YB Zuraida pas tu dari result enjin carian google pun aku dapat attachment yang sama...that's mean sumber tak banyak & bagi aku belum cukup tepat walaupun YB Zuraida dah publish dalam blog dia...

Bukan nak pertikai kenyataan YB Zuraida tapi cuma berhati-hati...mana la tau ada malaun pegi hacke blog YB Zuraida pas tu publish berita bukan-bukan ( puaka-puaka cyber ni bukan boleh caye sangat... ).stakat tika & saat ni pun aku tak dapat nak sahkan lagi berita ni benar atau tak...

Sedang dekat blog Suara KeADILan pun lepas keluar berita ni ( laporan HKL ) tetiba keluar pulak berita DSAI nak kena tangkap...tu yang aku bengong tu...nak caya ke tak nak caya???dalam blog/web lain tak de pulak publish pasal keputusan laporan terbaru ni...kalau government punya media lagi la jangan harap kalau berita ni tak nguntungkan depa...senyap-senyap dah la...lagi baik keluar berita MRR2 nak runtuh dari berita sensasi makan diri lagu ni...

Jadi setakat waktu korang tengah baca posting aku yang ni...aku mintak maaf banyak-banyak...apa yang aku publish ( laporan HKL ) tu mungkin betul tapi setakat ni aku masih tak dapat confirmkan kesahihannya...aku anggap...berita sensasi je...

Tapi aku harap 100% betul la berita tu...padahal dari semalam dah aku dengar & dapat berita sok sek sok sek cuma tak sape-sape dapat buat confirmation...nanti la...aku try akses mana-mana sumber yang boleh sahkan berita nih...buat masa ni kita jangan happy sangat...

Korang sendiri tau kan macam mana "GAME" ni...kita bukan baru dalam permainan sorong tarik ni...

Zuraidah beri bunga kepada Pengarah HBKL

KUALA LUMPUR, 5 OGOS (SK)- Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang medianya selepas pertemuan bersama pihak Pengarah HBKL, beliau berkata 10 Jambak bunga yang dihadiahkan beliau mempunyai mesej tersirat dan pihak hospital agak terkejut dengan kehadiran beliau.

Menurut catatan di blog beliau, p99ampang.com, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak hospital kerana tulus jujur dan amanah dalam mengeluarkan laporan tersebut.

Katanya, beliau telah mendapat tahu isi laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat,” kata blog berkenaan.

Tambah tulisan blog berkenaan lagi, “salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.”

-SK

BREAKING NEWS : HKL Sahkan Anwar Tidak Liwat Saiful.

Hospital Kuala Lumpur hari ini telah mengeluarkan laporan di mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes meliwat Saiful. Laporan ini telah di bocorkan oleh salah seorang pegawai di hospital berkenaan dan Pejabat Parti Keadilan telah menerima laporan tersebut pada tenghari tadi.

Ternyata Dato Seri Anwar tidak bersalah dan pihak kerajaan cuba untuk mereka cerita demi kepentingan politik mereka. Sejurus menerima laporan tersebut ketua wanita keadilan Puan Zuraida Kamaruddin telah menghadiahkan sejambak bunga bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital berkenaan kerana tulus, jujur dan amanah.

10 Jambak bunga yang di hadiahkan sebenarnya ada motif yang tersirat.

Bunga yang di hadiahkan Puan Zuraida adalah untuk menyampaikan mesej bahawa pihak Parti Keadilan sudah mengetahui mengenai laporan perubatan tersebut. Pihak Hospital agak terkejut kerana laporan yang asal itu telah di bocorkan.

Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat. Salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.

Dato’ Seri Anwar juga sebelum ini telah membuat kenyataan walau apa sekali pun yang terjadi Beliau tetap akan bertanding walau waktu kempennya berada di Balai Polis. Namun dengan laporan perubatan yang sahih dikeluarkan tidak ada sebab lagi untuk DSAI ditahan.

Jika ramai yang sedar Pihak B.N juga ingin mempermainkan lagi rakyat dengan kenyataan mereka untuk turunkan harga minyak. Jika benar ingin turunkan, turunkan sekarang. Jangan tunggu sehingga pilihan raya kecil tamat. Semata-mata ingin menipu pengundi. Dalam debat baru baru ini mereka memberitahu bahawa minyak tidak boleh diturunkan dan mengangap DSAI hanya beromong kosong.

Tetapi sebaliknya mereka yang tidak bijak dalam mengurus ekonomi. Menurut mereka harga minyak tidak boleh turun kerana mengikut harga pasaran global. Tetapi bila sudah hampir dengan pilihan raya kecil tiba-tiba sahaja ingin menururunkan harga minyak. Adakah ini yang di katakan harga global ? Adakah kerana Permatang Pauh Harga Global minyak terjejas ? Hebat sungguh penipuan keajaan BN. Ini jelas membuktikan mereka tidak pandai dalam ekonomi. Padanlah Malaysia mengalami kemerosotan kebelakangan ini.

Ini merupakan berita gembira bagi rakyat Malaysia. Akhirnya komplot mereka sudah hampir terbongkar dan cerita yang semirip novel ini sudah mahu sampai ke penghujungnya. Nantikan kesudahannya dengan penangkapan seorang demi seorang dari ikan yang kecil hingga ke ikan yang besar.

BersamBUNG...